bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Showing posts with label music review. Show all posts
Showing posts with label music review. Show all posts

Monday, December 28, 2015

Slayer "Repentless"


                        Jeff Hanneman menutup usia pada 2013,bagai jatuh ditimpa tangga Slayer terpaksa pula berhadapan dengan masalah birokrasi sesama line up yang sekaligus menyaksikan pengunduran Dave dari kumpulan ini...Slayer menjadi isu worldwide bila rata2 peminat dan pemerhati muzik bertanya-tanya satu soalan iaitu KEMANA LEPAS NI???..akibat ketiadaan Jeff dan diikuti pengunduran Dave pelbagai pendapat dilontar oleh penyokong mereka,ada yang mahu Slayer terus hidup walau realitinya kita tahu mereka akan terpaksa struggle dengan ketiadaan arkitek mereka Jeff dan ada juga yang mahu Slayer turut dikebumikan bersama jasad Jeff.
                         Aku agak kurang bersetuju jika Slayer ni harus dimatikan,ini kerana mereka adalah branding dan dalam masa yang sama mereka adalah trendsetter bila kita berbicara soal Thrash Metal America ataupun dunia.

  1.  Setelah Venom dan Bathory berjaya mempamerkan imej satanik Slayer pula adalah generasi kedua berjaya membingungkan masayarakat umum dengan term satanik bahkan ia lebih terang-terangan berbanding Venom mahupun Bathory. 
  2. Mereka juga antara pencetus/pemula bagi kumpulan music dunia yang berani mencemuh kerosakan sosial politik barat sehingga ada beberapa album mereka terpaksa disekat pengedaran dan trend ini kemudiannya diikuti oleh Kreator dan lain2 untuk tidak duduk diam keatas kuasa barat.
  3. Bila kita bercerita tentang American Metal rata2 penggemar muzik aliran berat dunia mengakui Slayer adalah penanda aras untuk term berkenaan. 
  4. Walaupun Metallica jauh mengecap populariti namun jika kalian adalah penggemar Thrash pasti akui bahawa Slayer adalah penghulu subgenre itu di America.Bahkan kesedaran ini juga diakui oleh Metallica sendiri bilamana mereka alhirnya TERPAKSA memanggil Rick Rubin untuk menjadi producer kepada album "Death Magnetic" 

             Jika hanya kerana ketiadaan Jeff menjadi kayu ukur supaya Slayer wajib berkubur kita kena ingat bahawa Metallica tidak pernah mati perjalan karier mereka bilamana Cliff Burton tiada..begitu juga Napalm Death yang tidak pernah berehat walaupun Jesse Pintado mati.Dan bab Dave pula kita tak boleh jadikan ia isu sebab album comeback dia hanya "World Painted Blood" saja dan sebelum2 tu Slayer ok je walaupun takde dia.


                          Jika kita amati dalam album ni (itupun kalau korang dah beli) sound dan cara play yang ditunjukkan Slayer adalah perfect walaupun ada beberapa perkara yang nampak seakan-akan terlalu berhati2 terutama bab solo namun satu kredit yang patut diberi kepada mereka kerana ia berjaya melantonkan gambaran Slayer tanpa sedikit cacat mahupun tempang.


                           Jadi sebagai rumusan adakah tanpa Jeff album ni effect the sound??..absolutely not..ini kerana dari dulu lagi Slayer bergerak as a band bukan individu bertopengkan band.Jika Dave Mustaine dalam Megadeth tu aku tak pasti hahaha..apa yang nyata tanggungjawab yang dipikul oleh araya dan King masih boleh dijunjung walaupun tanpa arkitek besar Slayer itu sendiri iaitu mendiang Jeff Hanneman.

Saturday, September 6, 2014

SUFFOCATION "nightmare in red"


               Label afterlifeprod seakan belum bersedia untuk berhenti dari mengeluarkan produk2 klasik tempatan,Selepas berjaya dalam beberapa siri produk seperti MUTILATION "Massacre On Bodies" dan juga UNGODLY DEATH "Lost Nation" dan juga beberapa nama lagenda lain dan tidak diketepikan juga SUFFOCATION (pre-SUFFERCATION) iaitu demo "Nightmare In Red".
               Suffercation adalah gagasan death metal tempatan yang terawal mengkucar kacirkan dunia music mainstream pada awal era 90'an dulu melalui album mereka "Day Of Darkness" (klik sini untuk baca) yang menurut aku ia adalah sebuah album yang cukup menepati piawaian kebuasan sebenar dalam radar death metal tulen.
               Demo mereka ni dirakam sekitar tahun 1990 dan pada waktu itu pasaran untuk demo ni tidaklah secara meluas.Pada waktu itu demo ini hanya dicetak dalam beberapa keping dan tidak lama selepas ia dipasarkan pihak Valentine Sound Production (VSP) telah melamar mereka untuk merakamkan album "Day Of Darkness",maka cerita perihal kekuatan demo ini pun lenyaplah.
               Kualiti rakaman demo ini amatlah menyesakkan dada jika anda adalah penilai music metal suci ciptaan MTV,namun jika anda adalah penggemar music metal tulen yang memahami prisip "metal means stay underground" pasti anda menghargai karya dalam demo ini.Walaupun ada beberapa track yang kedengaran vocal lebih lantang dan terkedepan bunyinya berbanding instrument tetapi itulah karya jujur yang dimainkan kemudian dirakam tanpa sebarang edit.
             
Tracklist

  1. nightmare in red 
  2. the remains
  3. posthumous
  4. suffocation
  5. through the darkness 


Tuesday, May 6, 2014

Abhorer "Rumpus Of The Undead"


                   Pada tahun 1984/85 jauh nun di benua America latin seakan meletus satu ledakan bom dari Brazil apabila sebuah kumpulan yang bernama SARCOFAGO mengeluarkan demo mereka yang pertama iaitu "satanic lust"..ia sekaligus membawa satu lagi pecahan atau satu lagi pemilihan pada dunia yang tatkala itu Thrash Metal sedang dalam proses bertatih.Kehadiran SARCOFAGO membuka satu lagi bidai pemilihan yang diakui seluruh pengamal media music berat sebagai Black Thrash.
                   Pembiakan dari titik tolak itu maka imej mahupun unsur sound band itu menjadi satu ikutan pada mereka yang memilih jalan music Rock n Roll yang berat selepas ia berjaya dilakukan oleh VENOM terlebih dahulu.....dan ia menular hingga ke asia.


                         Abhorer adalah satu lagenda music berat dari temasik yang mana boleh dikatakan antara kumpulan awal dari negara Singapura sebaris zamannya dengan Profancer mahupun Sexfago (pre-Impiety). Menzahirkan wadah pertama melalui sebuah demo yang mana kini demo tersebut menjadi sebuah rujukan penting dalam siri penggeledahan sejarah Extreme Metal asia.
                         Rumpus Of The Undead dikeluarkan pada tahun 1989 dimana aku cukup yakin ia bertentangan dengan selera orang benua sebelah sini yang sedang mabuk dengan deman Rock Kapak,namun demo ini tetap berjaya mencuri pandangan pada mana2 individu yang sememangnya mencari ketulenan dalam music Metal itu sendiri.
                          Berbekalkan sound yang cukup raw bagaikan mendengar sebuah rehearsal dari kumpulan2 barat kerana standard yang ditunjukkan Abhorer melalui demo ini cukup menarik (untuk kumpulan berat pada waktu itu).Menuruti nama2 besar seperti SARCOFAGO dan juga SEPULTURA (versi lama) Rumpus Of The Undead menjadi manifesto Thrash Metal yang paling kanan barangkali pada era itu.


                      Namun term yang mereka junjung ini tidak kekal sehingga waktu full length pertama mereka (Zygotical Sabbatory Anabapt) dikeluarkan pada 1996.Melalui album itu prinsip Black Thrash yang raw ditinggalkan sebaliknya mereka mempersembahkan seni Brutal Death Metal yang agak komplek sebagai bukti kematangan mereka berkarya.
                      Namun pada tahun 2014 demo ini dikeluarkan semula oleh Thrashingfist Prods dalam format kaset.Seakan menggali semula khazanah lama yang tenggelam dalam perut bumi bagi memberi peluang pada generasi sekarang merasai magis demo ini.Berharga rm25 (free poster + Sticker) adalah satu harga yang cukup berbaloi bagi sesuatu karya hebat sebegini.Bagi yang berminat pada tshirt pula bolehlah berhubung dengan Metalzone Distro untuk proses tempahan...

Sunday, May 4, 2014

Iron Curtain "Road To Hell"



                        Bila bercakap mengenai retro band ia memerlukan satu posting khas bagi membincangkan isu ini dengan lebih dalam.Namun untuk kali ni biarlah sekadar ulasan album saja.Jika kalian adalah pemerhati atau aktivis yang secara langsung atau tidak bagi pergerakan music bawah tanah pasti anda pernah mendengar atau membaca perihal kumpulan retro ini.Sekitar penghujung 90'an membawa keawal tahun 2000 didalam mana2 temuramah bersama band2 besar pastinya si editor akan bertanyakan kepada band tersebut perihal kemunculan kumpulan2 retro ini.Dimata penggerak u/g ketika itu boleh dikatakan AGAK kurang senang dengan kehadiran kumpulan2 sebegitu,kerana barangkali mereka menganggap kumpulan sebegini tidak lebih dan tidak kurang hanya cuba meniru lagenda2 terdahulu demi kepentingan karier music mereka....
                        Tapi itu mentaliti dizaman lewat 90'an,sekarang band2 sebegini bukan lagi sesuatu yang asing malahan karya2 mereka sudah mula memasuki jaringan2 besar dunia.Dikala band2 lagenda lebih berminat untuk TIDUR namun band2 retro ini lebih agressif mencipta nama walaupun idea mereka berasal dari lagenda2 besar genre tersebut.Sebagai contoh lihat bagaimana Hammerfall menjulang nama Heavy Metal diabad yang mana boleh dikatakan Heavy Metal bukan lagi satu trendy pada kebanyakkan anak2 muda....(korang paham ke tak paham apa yang aku tulis ni???hahaha)


                     Iron Curtain bolehlah dikatakan antara band retro yang agak menonjol.Melalui full length pertama mereka ini (Road To Hell) apabila ia menampakkan hasil.Berimejkan watak panglima Heavy Metal seperti Judas Priest,Alcatrazz,dan lain2 kugiran diera emas NWOBHM Iron Curtain adalah pemberi nafas baru pada genre sebegini.
                      Mendengar lagu2 mereka adakalanya seakan2 mendengar lagu2 dari RAINBOW mahupun IRON MAIDEN dan adakalanya seakan mereka menghidupkan semula karya2 lama dari kumpulan STEELER.Seronok sebenarnya bila mendengar karya2 sebegini.Almaklumlah disaat kumpulan2 Metal di seluruh dunia sedang menonjolkan permainan yang music yang laju dan berbelit2 namun tiba2 datang pula kelompok sebegini yang cuba berpatah balik kezaman dimana Heavy Metal itu adalah sesuatu yang mengasyikkan...menarik bukan?
                      Album yang dikeluarkan pada tahun 2012 ini telah di release dalam format kaset oleh label tempatan iaitu Basement Rekordz dengan harga RM9..murah bukan??dan lebih menarik setiap pembelian akan diberi poster bersaiz A4 secara percuma...tak payahlah bicara soal record store day atau sebagainya kalau RM9 pun susah nak keluar dari kocek...hahahaha jangan marah gurau je!!!

Tuesday, April 29, 2014

Judas Priest "Nostradamus"

                       Punyalah lama tak update sampai password blog sendiri pun dah ingat2 lupa...memang aku menjangkakan tahun 2014 ni MUNGKIN adalah tahun2 terakhir aku menulis blog...apapun sementara mood tengah cantik ni ayuh kita jalan terus..


                      Sebelum aku melalut lebih panjang apakata aku imbas sedikit apa pandangan aku mengenai Judas Priest ini secara peribadi...Jujur aku katakan bahawa Judas Priest bukanlah band yang mendapat perhatian aku selama ni.Pernah juga beberapa kenalan cuba untuk menyogok supaya aku meminati karya2 dari band lagenda ini namun pada aku sendiri sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.
                      Kurangnya minat aku pada Judas Priest bukanlah kerana music mereka tidak berkualiti atau apa cuma barangkali telinga ni sedari kecil telah diasah untuk menghadam karya2 Black Sabbath mahupun Iron Maiden sehingga Judas Priest aku terlepas pandang.Tidak aku nafikan bahawa mereka juga adalah salah satu nama terpenting selepas Black Sabbath dalam pembentukan genre Heavy Metal yang ada pada masa sekarang.Dan aku juga akui bahawa album "painkiller" adalah karya berat paling signifikan dalam sejarah heavy Metal yang komersil bahkan ia lebih tinggi prestijnya berbanding "Black Album" yang dicipta Metallica.


                         Album 2 disc yang aku beli dengan harga runtuh rm20 ringgit ni membuatkan aku termenung seketika tatkala aku memainkannya dirumah....ye aku termenung sebab masih bingung apakah benar ini adalah karya Judas Priest hasilkan.Cuba anda bayangkan band yang pada awal penubuhannya terkenal dengan imej bikers kemudian memperagakan pula gaya penampilan leather dan juga kaya dengan ideologi "metal totok" tiba2 membuat pusingan 360' darjah melalui album ini dan pada pendapat aku ia sebuah PERCUBAAN yang cukup menjadi.
                         Mereka mempergunapakai sejarah hidup lagenda tukang telek dari France iaitu Michel de Nostredame (Nostradamus) sebagai modal untuk menjadikan album ini sebuah album konsep (concept album) pertama dalam katalog mereka.Aku tidak hairan andaikata terma2 sebegini telahpun dikuasai oleh mendiang Ronnie James Dio kerana kita sendiri sedia maklum bahawa mendiang sememangnya adalah specialist didalam penulisan2 berbentuk mitos (myth) namun bagi band seperti Judas Priest pastinya ia boleh diibaratkan mereka berjaya membuka satu kawasan baru dalam penghasilan karya2 mereka.
                         Apa yang mereka lakukan melalui album ini bukanlah satu benda yang cukup sempurna namun setidak2nya keberanian untuk meneroka dan mencuba itu yang menyebabkan album ini harus diberi merit yang tinggi.Sekaligus boleh menelanjangkan pemahaman2 yang beranggapan bahawa "kreativiti hebat seorang pemuzik hanya mampu dijana pada usia muda mereka".....sekarang Judas Priest telahpun membuktikan bahawa jika anda betul2 paham apa itu seni pastinya tidak kira dimana usia anda sekalipun ia mampu dizahir secara luar biasa.


                        Direksi music mereka masih kekal seperti apa yang kita kenal tentang Judas Priest cuma ada beberapa bahagian diubah mengikut kesesuaian.Pada beberapa lagu yang mana mood nya berbentuk agak sedikit depressif maka Judas Priest cuba bermain riffing yang sedikit doom dan ia sekaligus memberitahu kita sapa dia Black Sabbath dihati pemuzik2 veteran Judas Priest ini (itupun kalau korang peka lah).Mempunyai 14 buah lagu dimana keunikannya ialah pada setiap 1 atau 3 lagu ia pasti dimulakan dengan sesuatu intro.Ada diantara intro nya berbunyi akustic dan ada juga yang berbunyi orchestra yang mengikut kesesuaian satu2 lagu...dan setiap intro itu juga diberi title. 
                        Pada peringkat umur seperti aku,menghadam sesuatu album dengan bersungguh2 adalah sesuatu yang mustahil,jika dizaman sekolah dulu mungkin ye aku mampu untuk cuba menghafal atau cuba mentelaah dengan detail satu2 album yang aku minat.Tapi bila dah masuk kategori umur "remaja purba" ni tanggungjawab dan beban semua dok bermain dekat otak maka mendengar lagu hanya sekadar mendengar bukan cuba untuk meneliti secara terperinci.
                       Namun tidak pada album yang satu ni..aku kembali membelek2 inlay untuk membaca lirik dan memahami artistik lukisan pada album ni,satu perkara yang dah lama aku tinggalkan...terasa muda balik dimana zaman terlalu seronok meneliti cover kaset yang dibeli hasil tabungan duit belanja sekolah.Mungkin pada anda album ini bukanlah sesuatu yang begitu menarik namun pada aku pula ia berlainan.Setiap track lagu menyebabkan aku berasa begitu teruja untuk mendengar lagu seterusnya kerana ia bagaikan menatap satu cerpen yang dizahirkan melalui aliran Heavy Metal... 



Nota: Aku adalah antara ratusan mangsa yang hampa akan kegagalan untuk melihat Kreator beraksi pada rabu lepas....nak ke kalau aku tulis pasal luahan hati aku pada pembatalan show tu???

Monday, April 8, 2013

MEGADETH "Countdown To Extinction" 20 Anniversary Boxset


                 Macam yang aku beritahu dalam posting yang lepas bahawa aku ada membeli dua buah boxset satu Led Zeppelin "Celebration Day" maka yang lagi satu ialah Megadeth "Countdown To Extinction" versi Anniversary yang ke-20...sempena ulang tahun album hebat ni maka ia dikeluarkan semula dalam versi kotak (box) dimana selain dari audio cd (cd album) turut disertakan juga adalah satu lagi cd live mereka pada tahun 1992 (live at cow palace).Juga kepingan 4 poskad yang memaparkan wajah2 line up semasa album ni "Mustaine,Menza,Friedman,Ellefson" dan juga sebuah poster yang bersaiz gajah mati kena gilis punya besar hahahaha...
                 Seperti yang kita tahu bahawa katalog2 album Megadeth yang lahir pada era 90'an adalah antara yang terbaik berbanding beberapa rilisan pada tahun 80'an (pendapat aku saja...) maka bolehlah dikatakan kehebatan album2 Megadeth di zaman 90'an tu bermula dengan "Countdown To Extinction" ni kemudian diikuti dengan beberapa album yang tak kurang hebat juga..kembali ke album ni kita dapat lihat lagu2 yang berstatus anthem banyak didapati di album ni dan sekaligus meletakkan album ni begitu istimewa buat cik abang Mustaine....
                 Tahukah anda?? (cewah soalan hehehe) bahawa Mustaine pernah terduduk atau frust dengan diri dia kerana album ni??....ok dipendekkan cerita bahawa Mustaine cukup kecewa bilamana album yang dia buat dan anggap begitu perfect tapi masih GAGAL untuk cantas reputasi Metallica dan ia dizahirkan bila Metallica melalui "Black Album" memenangi award dan sekaligus menewaskan album "Countdown To Extinction" dari Megadeth ni dan perkara ni juga sedikit sebanyak sudah kasi drop cik abang Mustaine ni punya semangat...well kita sedia maklum bahawa "Black Album" tu pun bukan calang2 punya album ye tak??

                                album + live audio disc + book inlay

                                poskad dengan muka2 line up masa album ni...

                                semua pakej termasuk poster yang size maut panya besar...
             

Sunday, March 31, 2013

Led Zeppelin "Celebration Day"

                  Ada dua boxset yang aku dapat minggu ni satu Megadeth "Countdown To Extinction" (20th Anniversary dan satu lagi ialah Led Zeppelin "Celebration Day"...mulanya ingat nak bantai review dua2 sekali gus tapi memandangkan Led Zeppelin "Celebration Day" ni memerlukan satu ruang penulisan yang panjang so aku hold dulu untuk review boxset Megadeth tu....


                   Tahun 2007 dulu ramai yang terkejut beruk bila Led Zepp mengumumkan akan mengadakan satu persembahan khas (one night show) bagi memberi penghormatan kepada pengasas 'Atlantic Record' iaitu Ahmet Ertegun dan sekaligus untuk peminat2 dorang yang memang dah lama gian nak tengok mereka beraksi...harus diingat bahawa show ini adalah moment penting bagi penggemar Led Zepp khususnya dan bagi peminat Rock n Roll umumnya kerana ia adalah persembahan reunion dari sebuah kuartet pemuzik rock lagenda yang telah lama tidak beraksi iaitu hampir 27 tahun...

sedikit trivia :
              Masa tahun 2007,Led Zeppelin telah mengeluarkan satu flyer perihal konsert reunion ini dimana flyer berkenaan cukup cantik atonasi warnanya yang berwarna warni,dan dalam tahun yang sama (kalau tak silap) Sweet Charity juga turut melakukan persembahan reunion sempena "father's day" dan Sweet Charity juga menggunakan atonasi warna yang sama dengan flyer Led Zepp didalam flyer mereka...aku tiada masalah tentang isu kesamaan flyer ni kerana mungkin Sweet Charity juga adalah penggemar tegar Led Zepp dan kita juga harus tahu bahawa kedua2 buah band ni mempunyai sorotan cerita yang hampir sama iaitu masing2 adalah pencetus revolusi..jika dibarat Led Zepp adalah "god " dalam kecambahan dunia Rock namun di sebelah benua sini Sweet Charity adalah antara virus terawal mengajak anak2 melayu menyusur jalur music berat tu...ironik bukan??


                O2 Arena London menjadi saksi bahawa band ini masih kuat pengaruhnya walaupun hampir 27 tahun mereka tidak bermain pentas diatas nama Led Zeppelin..dan ia diabadikan didalan sebuah album khas yang dipanggil "celebration day"..terdapat 4 jenis boxset yang dikeluarkan oleh Warner Music dan aku punya ni pula adalah versi 2 cd audio live dan 2 dvd...juga turut dikeluarkan daam bentuk vinyl (piring hitam).
               Ada dua dvd yang mana dvd pertama adalah rakaman live mereka didokumentasikan...sebuah show dan performance yang aku anggap berstatus lima bintang..dengarkan saja suara Robert Plant yang mana setelah berusia ni agak serak2 basah dan secara automatic tone suaranya memberatkan (heavy) lagu yang ada,Jimmy Page masih lagi mampu menyerang walaupun rambut yang dulu hitam tapi sekarang dah macam nenek kebayan hahaha...John Paul Jones juga adalah karektor penting,lihat bagaimana ia mengendalikan bass dan dalam masa yang sama adalah keyboardist bagi sesetengah lagu..kagum juga aku tengok dia ni..dan tempat mendiang John Bonham digantikan dengan anaknya sendiri iaitu Jason Bonham..permainan Jason pada pendapat aku adalah "biasa-biasa" je dan mustahil mampu menyamai reputasi mendiang ayahnya....kalau dulu ayah dia sampai pecah drum set dikerjakan..


                             
                                poster tu adalah free gift dari mag metal hammer.. 

               Aku beri jaminan kepuasan jika korang beli boxset ni itupun kalau korang minatlah pada style yang macam ni.Minggu ni dvd live mahupun cd audio album ni menjadi playlist harian aku... 

track: 

  1. Good Times Bad Times
  2. Ramble On
  3. Black Dog
  4. In My Time Of Dying
  5. For Your Life
  6. Trampled under Foot
  7. Nobody's Fault But Mine
  8. No Quarter
  9. Since I've Been Loving You
  10. Dazed And Confused
  11. Stairway To Heaven 
  12. The Song Remain The Same
  13. Misty Mountain Hop
  14. Kashmir
  15. Whole Lotta Love
  16. Rock N Roll 
 

Monday, January 7, 2013

Tribute To SILENT DEATH



                   
               Sebelum ni aku pernah review akan album terbaru mereka (2012) iaitu "Silent Kiss Of Death" (klik SINI untuk baca) dan kali ni adalah wajar juga untuk aku review sebuah lagi album yang berbentuk penghargaan keatas mereka yang baru dikeluarkan oleh Metal Zone Distro yang diberi nama "Tribute To Silent Death".Sebelum aku berceloteh panjang lebar perihal album tribute ni maka ada baiknya juga aku singkap sedikit tribute posting dari aku pula untuk Silent Death ni...
              Ok..seperti yang kita tahu perkembangan irama berat di Malaysia pernah melalui beberapa fasa dan perkembangan...bermula dari wabak2 Thrash Metal yang dibawa oleh nama2 gah seperti NEMESIS,RATOR,PICAGARI mahupun PUNISHER.Dan apabila fenomena music sudah mula turn pada genis yang dipanggil DEATH METAL maka muncul lah  nama2 yang sudah sedia untuk ambil alih dominasi perhatian dari penggemar music aliran keras ini..
               Glorious era untuk Malaysia tatkala itu (awal 90'an dan pertengahan),manakan tidak kerana ketika itu nama2 seperti SIL KHANNAS (sebelum bertukar huruf "Z" di pangkal akhir nama) SUFFERCATION dan pastinya SILENT DEATH masing2 mengeluarkan material yang berstatus "cult" bukan itu sahaja malah penerimaan yang cukup positif dari dalam dan luar negara.
               Pernah ditulis bahawa tatkala SIL KHANNAZ mengeluarkan mini album "Pendita Gila" dimana mini album tersebut mendapat pujian dari editor2 luar negara dan mereka menyamakan SIL KHANNAZ dengan CELTIC FROST (ni bukan alang kepalang punya puji nih..hahaha) kemudian kita lihat pula bagaimana SUFFERCATION melalui album "Day Of Darkness" yang mana jualannya mampu menyaingi jualan kumpulan Rock mainstream walaupun tanpa sebarang promosi besar-besaran dibuat dan SILENT DEATH sendiri pernah ada beberapa radio station luar negara memainkan lagu2 mereka.....harus diingat diera itu serba serbi kekurangan tanpa ada internet dan pelbagai kemudahan lain namun mereka mampu bagi impact dan menyatakan pada orang luar bahawa kita juga punya movement. 
                Kembali kepada SILENT DEATH,mereka pernah melalui beberapa era dan zaman...ketika nama masih lagi BACTERIA hinggalah ke era "Before The Sunrise" dan melalui beberapa waktu BEREHAT PANJANG dan KEMBALI kemudian REHAT PANJANG semula dan kemudian DATANG SEMULA...dan dalam tahun 2010 adalah titik tolak yang menurut aku SILENT DEATH sudah mula atur langkah dengan cemerlang...mereka mula turun semula ke pentas2 gig dan mula berkampung di studio bagi rakaman album baru (Silent Kiss Of Death)...
                 Tapi segalanya tampak mula hambar apabila frontman mereka iaitu Stone mula menghidapi masalah kesihatan dan berakhir dengan pemergiannya pada tahun lepas.Album mereka "Silent Kiss Of Death" menerima pujiaan hebat,jualan melebihi paras dari jangkaan pengedar yang pada awalnya memandang sinis akan band yang sebegini dan yang cukup menarik lagi album tersebut berjaya  tercalon dalam senarai album terbaik dalam ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM 2012).....


           Sebagai satu penghormatan,maka sebuah label dari Kedah (Metal Zone Distro) melahirkan tribute album ni,memanggil beberapa nama dari dalam dan luar negara tak kira band lama ataupun band baru setahun jagung untuk sama2 menjayakan album ni....menurut aku ini bukan sebuah album tribute biasa tapi ia juga adalah manifestasi kecintaan dari pemuzik mahupun penggemar sehinggalah pembeli album ni kepada SILENT DEATH...
             Seperti yang dinyatakan oleh Aziz (tokey Metal Zone Distro) bahawa beliau tak kan kaya dengan mengeluarkan album ni..kerana ia lebih kepada penghormatan dan berkongsi kecintaan pada band ni bersama2 dengan orang lain yang juga dulu mahupun sekarang pernah terkena bias akan kehebatan band lagenda ini....jadi kepada sahabat,rakan,teman dan taulan aku mintak jasa baik kalian untuk zahirkan sokongan korang semua kepada band lagenda ni dengan membeli album ni sebagai koleksi....dimaklumkan juga ia tidak akan ada cetakan kedua jika sudah habis nanti!!!!!

Moga Arwah STONE (guitar/voc) dan PINK (guitar) diletakkan bersama orang2 yang beriman..Amin Ya Rabbal Alamin!!!

dapatkan album ni melalui Metal Zone dengan klik link dibawah :
http://www.facebook.com/meta.distro?ref=ts&fref=ts

segala informasi Silent Death boleh berhubung melalui link dibawah :
http://www.facebook.com/pages/SILENT-DEATH/178894181657?fref=ts 

Sunday, November 4, 2012

WHITESNAKE "Slip Of The Tongue"

                     
                   Tahun lepas aku dah pun review album "1987" (klik SINI untuk baca)..dan tahun ni pula ada rezeki sikit untuk membeli album "Slip Of The Tongue" ni pula.Maka rasanya cukup cantik lah untuk di reviewkan dan boleh lah dianggap sebagai posting genap setahun aku menyaksikan band ni beraksi di Kuala Lumpur (review penuh klik SINI ) hahahaha.
                    Ok,album WHITESNAKE yang satu ni membuatkan terpecahnya dua kelompok peminat,bagi peminat yang pertama iaitu mereka2 yang memang alert dengan band ni pasti kurang senang kerana trademark utama WHITESNAKE iaitu BLUES telahpun dilucutkan hampir 90%...maka branding yang WHITESNAKE pegang dari awal penubuhan memang dah pupus sama sekali.
                    Dan bagi peminat kedua pula ni adalah album yang cukup kick ass dimana guitar work dari tukang petik 7 string ada di dalam album ni,bagi mereka ini album "the darkness part" bagi WHITESNAKE sama macam DREAM THEATER di dalam album "Train Of Thought".




                Ni pendapat aku secara peribadi,album ni bukanlah "lost" sangat pun,cuma pada waktu ni WHITESNAKE berada di tengah kemuncak,dorang tengah stylo dengan jualan gempak album "1987",dorang tengah stylo bila dah menjadi headliner untuk konsert2 besar,dorang tengah hot bila Steve Vai datang and join as a team so tak heranlah kenapa album ni tampak lain dari yang lain,kira dorang punya mind set waktu tu "kalau buat album ghazal pun takpe sebab dah ada fanbase".
               Jadi atas sebab musabab tulah album ni berbeza dengan album 1987,kerana album 1987 tu dorang rekod semasa John Sykes kena kutuk kaw2 dengan semua guitarist hebat masa tu kononnya mamat tu punya permainan nampak tipikal,kira 1987 tu album John Sykes nak tebus malu lah sebab tu album 1987 tu nampak sangat2 PERFECT. 
               Rasanya tak rugi pun kalau beli album ni,banyak lagu2 yang sedap dan sesuai untuk dibawa masa kenduri cukur jambul (hahaha gurau2) sebab ia datang dari band yang cukup detail dari segi produksi dan pastinya setiap produk mereka bukan dari hasil yang tangkap muat...aku suka album ni dan bagi 5 bintang..

Track: aku malas nak menaip so tengok jelah gambar

Monday, October 15, 2012

DAMOKIS "Grinding Mother Whore"


                 Pada waktu ini jika kita bersembang perihal grindcore pasti nama yang akan disebut adalah Wormrot ini dek kerana kejayaan band muda tersebut yang telah dipancing oleh label yang cukup berpengaruh dalam dunia extreme metal iaitu Earache Record.Tapi takpelah kita simpan dulu cerita tentang kejayaan anak2 muda yang hebat dari temasik tu...kita patah balik ke Malaysia,ada ke band2 grindcore yang hebat dari Malaysia ni??...jom baca catatan ringkas aku ni sekaligus review album mereka.
                  Ok,band yang bergelar DAMOKIS ni adalah band grindcore generasi kedua selepas terjahan irama itu menerjah melalui pendedahan dari band otai iaitu INFECTIOUS MAGGOT dan DAMOKIS boleh dikatakan second wave grindcore Malaysia sama umurnya dengan nama2 klasik seperti NEGATION,SPERMBLAST,PARKINSON dan juga TORTURE INCIDENT.Secara jujur aku bukanlah orangnya yang mampu membahas dengan detail akan kehebatan music sebegini cuma dengan sekelumit minat yang ada maka mampu jugalah aku menulis.
                  DAMOKIS (menggunakan nama DAMOKLES pada awalnya) mendapat nama unik berkenaan atas dari sumbangan idea dari Tom Angelripper (SODOM...believe it??) band yang ditubuhkan oleh guitarist yang cukup humble pada aku iaitu saudara Bob yang mana pernah memberi khidmat bakti pada nama2 besar di Singapura seperti DEMISOR (lagenda grindcore S'pore),BEHEADED (ex-PROFANCER) dan juga CASTIGATE,maka dengan pengalaman beliau yang pernah bermain dengan barisan band2 hebat pastinya DAMOKIS juga akan terkena tempias kreativiti beliau.


                Album ini adalah album pertama mereka...mesti korang tertanya kenapa dah lebih dari 13 tahun band ini wujud tapi takde release album penuh??....mereka memang belum ada rezeki untuk kearah merakam full album tapi itu bukan kerana MALAS tetapi lebih kepada penumpuan pada projek2 luar,mereka cukup aktif dalam produk2 seperti split album mahupun memasuki segala macam compilation dari dalam mahupun luar negara,bahkan jika dikumpul segala lagu yang telah mereka sumbang dalam rilisan2 yang telah DAMOKIS joint rsanya lebih dari satu album pun boleh,dan aku percaya nama DAMOKIS ni sahaja telah pun beredar sehingga ke pelusuk benua dunia kerana aktifnya mengeluarkan split & compilation album dengan band2 luar.
                Mengguna pakai nama "Grinding Mother Whore" (maaflah kalau title agak kasar,standard lah grindcore hehehe) maka 17 track dihembur melalui album ini.Berbeza dengan band2 grindcore diluar sana special nya DAMOKIS ni kerana lirikal mereka tidak berpegang pada mana2 ideologi,jika band2 sealiran dengan mereka cukup selesa dengan laungan Anarcho-Punk dengan membidas segala macam bentuk sistem namun DAMOKIS lebih selesa bercerita tentang apa sahaja dalam lirik mereka,baik tentang perkara mistik,alam sekitar,haiwan mahupun makanan (makanan memang sinonim dengan band ni hahahaha)

      

       Kepuasan yang aku dapat melalui album ni adalah kerana DAMOKIS cukup setia pada proksi Grindcore yang asli,mereka tidak pernah mencuba-cuba untuk kearah grindcore yang lain seperti crusty mahupun noise seperti kebanyakkan band2 grindcore sekarang lakukan.Mengambil nama2 klasik irama sebegitu seperti NAPALM DEATH,CARCASS,REPULSION mahupun BIRDFLESH maka rasanya album ni memang telah masuk kearah tradisional grindcore yang tepat...sound juga kedengaran lebih kepada  mono dan mengingatkan kita (kalau korang minatlah) dengan demo2 klasik lagenda grindcore dunia. 

sebarang info dan pertanyaan korang boleh klik link dibawah: 

Sunday, September 9, 2012

WRECKAR "Rape All"


         Band yang lahir diatas kejayaan lagu Perisher yang dimuatkan didalam album kumpulan Au Revoir menerusi album Engine Of My Heart maka terlahirlah Wreckar yang mana sebuah band berkomposisikan lagu2 seperti 'Perisher' (hanya drum dan bass tanpa guitar).Berbekalkan individu2 yang pernah/masih menganggotai band2 Metal underground tempatan maka untuk menyebarkan nama Wreckar ni rasanya tidak lah terlalu sukar sepertimana beginner yang lain apatah lagi band2 setiap personalnya seperti Au Revoir,Hereafter mahupun Devastator bukanlah asing dari pengetahuan.




           Menerusi rilisan yang bertajuk "Rape All" ni Wreckar mempertaruhkan 5 buah track lagu.Mengikuti beberapa update dan juga promotion mereka di Facebook ada mereka menyatakan bahawa mereka adalah sebuah band Punk dimana diadun dengan beberapa pengaruh lain seperti Motorhead dan juga Sodom sebagai pengaruh utama.Namun selepas aku mendengar Cd ni apa yang aku amati bahawa album ni bukanlah total Punk dan rasanya lebih bagus jika mereka guna term Rock n Roll.
            Ini kerana bila kita berbicara tentang Punk ia berkait rapat dengan beberapa ideologi yang JUJUR bagi pengikutnya,music mereka fashion mereka apatah lagi passion mereka juga adalah tinggi.Aku mungkin bukanlah individu yang tepat untuk cerita perihal ni namun dengan sedikit pengalaman berkawan dengan beberapa rakan yang duduk dalam aliran tu maka sedikit sebanyak mampu jugalah aku huraikan.Harus diingat Punk bukan music tapi dari culture dan selepas itu baru lahir musicnya.
            Bagaimana pun kewujudan band2 yang unik sebegini cukup positif buat aku kerana setidak tidaknya ianya dapat memberi variety dalam pergerakan music bawah tanah.Aku kata macam tu sebab adakalanya aku sendiri terasa bosan dengan music yang aku suka maka dengan kehadiran band2 yang sebegini dapat juga dilarikan selera yang hilang untung something yang baru apatah lagi dengan 5 buah track yang mampu menggasak dan menguji sound speaker korang....


         Sedikit promosi,bagi mereka2 yang berada di Johor khasnya korang bolehlah luangkan sedikit masa untuk menyaksikan Wreckar pada 13 october ni dalam misi mereka menghuru hara kan keadaan...

dapatkan korang punya copy menerusi link di bawah ;
http://www.facebook.com/Faithcraftproductions
dan segala update band ni boleh diikuti menerusi page facebook:
http://www.facebook.com/Wreckar

Sunday, July 15, 2012

QUEEN "Jazz"


                    Seperti yang aku janjikan maka kali ni aku akan review album "Jazz" milik kumpulan lagenda dari England ni....jom baca...
                   
                           Ok,album ni release pada tahun 1978 dan buat pertama kalinya Queen merakamkan album di luar kampung halaman mereka bahkan pelancarannya pun dibuat di America.Album ni sebenarnya bukanlah satu album yang hebat jika nak dibanding dengan album "Sheer Heart Attack" bahkan album "Jazz" ni kena hentam teruk juga disebabkan music Queen pada album ni cukup berkecamuk dan kacau bilau.Tapi aku memilih album ni kerana rata2 lagu didalamnya adalah lagu2 terawal Queen yang aku dengar tatkala pertama kali mengenali mereka.
                         Antara lagu2 yang melekat dalam album ni adalah seperti lagu "Fat Bottomed Girl","Bicycle Race" dan tidak lupa juga lagu kacukan Arabic dan Rock melalui lagu "Mustapha".Masa mula2 aku tengok album ni (masa tu belum layan Queen) aku ingat ia sebuah project album Queen yang memainkan semua lagu2 Jazz memandangkan title Jazz tu sebagai nama album,ternyata salah besar aku rupanya..hahahaha


                       Gambar album ni adalah berilhamkan lukisan yang berada di tembok Berlin,selain itu promosi nya pun cukup hebat dimana Queen telah mengupah seramai lebih kurang 60 orang perempuan berlumba basikal dalam keadaan bogel dan ini juga salah satu sebab mengapa album ni kuat dikritik selain pada music nya.Semalam Dave pemilik label feudal Throne Record baru menunjukkan aku akan poster perempuan berlumba basikal dalam album Jazz ni dan inilah kali pertama aku melihat akan poster yang menjadi kontroversi buat album ni.Dan dimaklumkan hanya German sahaja yang melepaskan foto berkenaan dalam first pressing album tu dan kemudian telah menggantikan dengan gambar yang lain.Untuk pasaran sini jangan cakaplah memang sah-sah takkan lepas punya.Jadi pada sesiapa yang cukup memuja akan lagenda ni   bolehlah mendapatkan album ni sebabnya pada aku walaupun album Queen ni hebat dikritik namun tiada satu pun yang mampu menyangkal kredibiliti Queen dalam mencipta lagu2 hebat mereka termasuklah dalam album ini sekali.

  1. Mustapha
  2. Fat Bottomed Girl
  3. Jealousy 
  4. Bicycle Race
  5. If You Can't Beat Them
  6. Let Me Entertain You
  7. Dead On Time
  8. In Only Seven Days
  9. Dreamer's Ball 
  10. Fun It
  11. Leaving Home Ain't Easy
  12. Don't Stop Me Now
  13. More Of That Jazz 


Nota: Bila baca lirik lagu "More Of That Jazz" aku tahulah dimana Megadeth dapat idea untuk bikin lirik lagu "victory" dalam album Youthanasia....

NEFTARAKA "Morts"


                  Bilamana masuk zaman peralihan abad 2000 seakan sama juga ledakan peralihan kuasa music extreme.Cabangnya jika dahulu hanya ada 2-3 sahaja pecahan sub-genre namun kini dianggarkan lebih dari 10 pecahan.Perkara ini bukan sahaja berlaku diperingkat global namun di Malaysia sendiri misalnya punyai pelbagai band yang muncul dengan pembawakan masing2.Ada yang membawa unsur symphonic ada yang membawa unsur war dan jika ada yang lebih berani mereka akan mengenengahkan konsep yang terkeluar dari dogma kemanusiaan.
                  Tapi lain dengan Neftaraka,mereka masih utuh dengan style lama,mereka masih primitif dan yakin dengan konsep yang mereka anuti sejak dari awal penubuhan (1996??)."Morts" adalah album penuh kedua mereka selepas hampir dua tahun mereka mengeluarkan full album pertama iaitu "Eternal Harsh".Aku mengenali Neftaraka melalui sebuah kompilasi "The First Born Evil" beberapa tahun dulu dan dari sejak itu Neftaraka sentiasa menjadi antara fav extreme band bagi aku.
               

                     Berbalik pada "Morts" ia mempersembahkan 8 track yang ratanya masih lagi utuh dengan elemen raw yang sememangnya sudah menjadi taruhan mereka dari dulu cuma bezanya kali ini mereka mempersembahkan dengan sedikit kesempurnaan pada bahagian sound namun begitu kita masih boleh mengenali akan siapa punya music kerana pada pendapat aku sendiri Neftaraka tetap Neftaraka.Album ini dikeluarkan oleh label dari Britain (???) iaitu "Eldritch Lunar Miasma Record".Istimewanya keluaran mereka ni ialah bukan sahaja ia keluar dalam bentuk Cd namun turut dikeluarkan dalam bentuk Kaset.Ilustrasi pada cover album ni mengingatkan aku pada ilustrasi pada album lagenda Death Metal kita iaitu Suffercation menerusi album "Day Of Darkness" (1992).Andaikata music sebegini memang makanan anda makanya "Morts" harus ada dalam simpanan kalian...


  1. Rituale
  2. Sufferance
  3. Morbid
  4. Legions (Silverian Kult) 
  5. Pandemonium
  6. F.O.A.D.A 
  7. Anttarra Solitude
  8. Morts 

Sunday, June 10, 2012

VISITANT "The Sword Without Eyes"


                    Pada mereka2 yang pernah terlibat dengan pergerakan Underground lewat 90'an pasti kenal dengan nama ni,tidak kisahlah samada korang terlibat secara langsung ataupun tidak..yelah kalau aku yang baru setahun jagung ni pun boleh hidu nama ni mustahil korang boleh kata tak kenal..
                    Nama VISITANT aku kenali melalui split tape mereka bersama TASYIM dan melalui album tu juga secara tak langsung mengenalkan aku kepada kedua2 band tersebut.Dalam split berkenaan juga dapat aku dengar betapa kerasnya asuhan VISITANT ketika itu dengan style raw yang dipersembahkan dan sekaligus aku harap agar nama ni akan kembali.


               Tahun 2012 mereka tampil semula..satu perkara yang menarik tentang kembalinya mereka ialah kehadiran mereka hanya diberitakan melalui satu temuramah menarik dalam Majalah Karisma dan tidak lama lepas tu terus keluar mini album ni.Beza dengan sebilangan band2 lain yang mana kalau nak buat comeback habis riuh satu malaya dicanangnya tapi hasil tak juga keluar..dan dari segi itulah VISITANT dah dapat full mark dari aku kerana dorang takda cakap banyak dan biarlah mini album ni yang berbicara sejauh mana kemampuan mereka pada waktu sekarang ni.
                Macam2 persoalan bermain dalam otak aku sebelum aku dapatkan album ni (dah 2 bulan aku beli album ni cuma lambat review hehehehe) kerana dalam fanpage di Facebook masih lagi dinyatakan bahawa mereka tetap utuh dengan "War" nya tapi sejauh mana "War" itu dapat diserasikan dengan keadaan sekarang ni,dalam keadaan sub genre Metal itu sendiri telah pun bercabang dan berevolusi dengan pantas.Dan jawapan terjawab bilamana album ni sudah ada dalam tangan aku.


                Mereka berjaya selarasakan term "War" itu dengan tepat dan kena...cukup kena bukan saja dari produksinya bahkan lirikalnya juga membentuk satu mood yang cukup selari dengan apa yang mereka mahu lakukan...dan yang lebih penting percaturan mereka cukup tepat dan berjaya.Sebanyak 4 buah lagu diperdengarkan,permainan yang cukup tight dalam segala sudut yang kita mahu dalam Death Metal itu ada pada album ni dan aku angkat mini album ni sebagai produk kedua terkemas permainannya selepas ARADIA dalam "Draconis Eulogy".
                 Kalau tak salah pemasaran bagi album ni pun not bad sehingga ada diumum yang Cd mereka turut dijual di kedai seperti Rock Corner..hmm..baguslah kalau macam tu,sebabnya kita kalau nak spread apa2 benda pun biarlah ia senang dicari barulah target tu senang nak dapat toksah lah dok fikir pasal term2 negatif seperi "commercial" ke atau "sell out" sebab disaat ni apa yang kta mahu adalah music yang kita bina kita dapat kongsi bukan saja dengan kelompok yang kenal kita tapi kalau boleh biar semua dapat rasa.

track:

  1. The Sword Without Eyes
  2. Through Me I Can't See
  3. Nida' Lil Haq
  4. Tales Of The Past II 


Untuk lebih informasi korang boleh berhubung dengan mereka melalui link di bawah :
http://www.facebook.com/visitant.official

Monday, June 4, 2012

Robert Plant & Alison Krauss "Rising Sand"


                Dua hari lepas aku ada bersembang dengan kawan aku Idham,aku bercerita mengenai Moq (ex-vocalist SEARCH dalam album 'selepas banjir') yang mampu menyanyikan lagu2 Led Zeppelin dengan baik (klik SINI dan SINI kalau nak tengok)..jadi dari hasil perbualan tu terdetik pula aku untuk review album ni yang dah bertahun juga dalam simpanan aku.
                 Secara peribadi aku bukanlah peminat kuat Led Zepp tapi satu yang cukup aku akui bahawa Robert Plant adalah antara vocalist Rock yang punya tone paling best pernah wujud.Selain Ian Gillan (Deep Purple) mahupun David Coverdale (Whitesnake) dia ni juga antara vocalist Rock paling aku suka.
                 Aku pun tak ingat rasional apa yang mendorong aku beli album ni.Sebab untuk pengetahuan korang album dia dengan minah cun ni adalah full album yang berkonsepkan Folk/Fushion blues yang sahih2 bukan aku punya bidang hahahahaha...


                 Jika tak salah album ni ada masuk dalam beberapa anugerah music dan menang (hmm..selera mat salleh memang susah nak teka)..pada sesiapa yang punyai sound system yang tiptop mungkin seronok juga lah layan album ni sebab korang boleh dengar overall instrument yang ada selain dari classic drum dan juga stand bass.Walau apapun aku tak berani nak beri jaminan kenikmatan yang paling maksimum pada korang untuk album ni kerana macam yang aku cakap tadi konsepnya adalah asing melainkan memang korang ada pendedahan dengan diksi2 music sebegitu..

  1. Rich Woman
  2. Killing The Blues
  3. Sister Rosetta Goes Before Us
  4. Polly Come Home
  5. Gone Gone Gone (Done Moved On) 
  6. Through The Mourning,Through The Night
  7. Please Read The Letter
  8. Trampled Rose
  9. Fortune Teller
  10. Stick With Me Baby
  11. Nothin'
  12. Let Your Loss Be Your Lesson
  13. Your Long Journey 

Saturday, May 26, 2012

HUMILIATION "From Strength To Strength"


                Andaikata ada mana2 pihak yang sudi memanggil/menjemput aku untuk memberi pilihan band baru manakah yang rasanya patut diberi perhatian nescaya aku akan menyebut kumpulan ini.Atas dasar beberapa faktor yang ditunjang oleh mereka membuatkan mereka begitu penting kewujudan nya pada masa ini dimata aku.
                Tatkala boleh dikatakan MAJORITI band2 yang lahir kebelakangan ini seakan berlumba2 menunjuk kan skill,menunjukkan  technical permainan mereka dengan memacu genre Death Metal dengan selaju lajunya  namun tampil HUMILIATION dengan memberi sedikit solusi buat kita dengan pembawakan Classic Death Metal (old skool Death Metal).Sekaligus memberitahu umum bahawa music sebegini masih ada penggiatnya juga dalam masa yang sama menelanjangkan beberapa fahaman songsang bahawa Death Metal harus laju lintang pukang sampai kita yang minat pun jadi tak faham.
                  Sengaja aku bagi satu introduksi panjang untuk album ni kerana ada aku dengar dari mulut2 longkang yang berkata "alah dorang main music old skool Death Metal ni sebab nak market sebab sekarang ni semua main speed"...mungkin ia juga kata2 dari bahalol ni tapi menurut aku ia bukan dari segi itu namun ianya lebih kepada KECINTAAN pada genre old school itu sendiri.Mereka dah pun buktikan melalui katalog2 yang lepas bahawasanya mereka cukup cinta dengan genre sebegini...bukan kah itu dipanggil die hard??....


                     Katakanlah ia tidak lebih dari sekadar mencuba market aku pasti untuk album ke-3 ini konsep mereka akan goyah dan terus berubah namun seperti yang aku sebutkan tadi ia lebih kearah KECINTAAN pada genre dan mereka buktikan melalui album "From Strength To Strength" ini bahawa mereka masih tetap dengan ikrar mereka.
                      Sebelum terlahirnya album ni disaksikan juga HUMILIATION telah merobek beberapa stage luar seperti Singapore dan juga Thailand dan siapa sangka sejauh Japan juga telah pun mereka jejaki.Album ketiga ini masih utuh dengan konsep yang mereka anuti,terma music mahupun lirikal masih lagi mengetengahkan isu2 peperangan dan ia masih mendominasi dalam setiap karya2 band ini.
                      Melalui label 'Ultra Hingax Production' (UHP) nampaknya susulan2 kreativiti mereka terus bergerak dan bergerak...ya sebuah band yang bagus adalah band yang sentiasa produktif dalam menjana karya,orang jemu ke orang meluat ke semua tu taruk tepi apa yang penting disiplin dalam menghasilkan produk itu adalah kunci utama dan pengukur kemampuan sesebuah band dalam survival mendatang.
                       Perubahan beberapa personal juga rasanya tidak merencatkan sedikitpun bagi album ini.Tidak pasti samada promosi sudah dijalankan atau belum ini kerana jika anda berminat pada album ini anda bukan sahaja boleh berurusan dengan label UHP namun jika anda bertandang ke gig2 yang  mereka turut serta anda boleh mendapatkannya terus dari band member HUMILIATION kerana memang dari dulu mereka lebih selesa berurusan terus dengan penggemar selain dari promosi dari label terbabit.


  1. Set The Fire
  2. Days Of Terror
  3. Artillery Open Fire
  4. Counter Offensive
  5. Blind Bomb
  6. Nassau
  7. Preposition Of Violence
  8. Fastkill
  9. Manifesto Of Lie
  10. Struggle Of Wills
  11. Bukit Kepong.  

Wednesday, May 9, 2012

HAYAGRIVA "Descendant Xll"


             Tahun lepas aku ada membuat ulasan mengenai mini release dari band ini yang berjudul EMPEROR AWAITS iaitu sebuah mini album dimana ia memuatkan beberapa track untuk album penuh yang bakal HAYAGRIVA keluarkan...setelah hampir setahun maka full album terbaru mereka telah pun beredar dan diberi tajuk "Descendant XII" yang memuatkan 12 lagu baru termasuk beberapa track yang telah pun mereka lepaskan pada mini album mereka itu.
              Masih mengekalkan line-up yang sama pada mini album tersebut ternyata langkah disusun cukup teratur.Pendekatan juga sedikit lain dari segi musicalnya berbanding album sebelum ini iaitu RED HEAVEN.Aku berpendapat yang album ni adalah sebuah album yang mungkin cukup teliti perancangannya baik dari susunan lagu,lirik hinggalah ke ilustrasi yang dipamerkan pada CD ini.Ia datang dalam sebuah pakej yang cukup solid dan hampir sempurna.
              Walaupun secara peribadi aku cukup kagum dengan album mereka sebelum ini (Red Heaven) namun yang terbaru ini juga punya kesan yang tersendiri,terutamanya pada bahagian lirik2 nya.Boleh dikatakan pendekatan HAYAGRIVA pada album kali ni tampak lebih bersih dan kemas namun masih dalam landasan extreme itu sendiri.


               Positifnya album ini yang membuat ia harus dipandang adalah kerana mesej2 yang cuba disampaikan.Ini adalah pendekatan yang cukup BERBEZA bahkan ia juga terlalu ASING apatah lagi ia dibawa oleh sekumpulan entiti Metal extreme (Hayagriva bermain konsep 'Dark Shadow Metal') dan secara tak langsung mereka telah menelanjangkan tohmahan2 selama ini yang kerap dituding pada pemuzik/peminat irama sebegini.Aku tak nak beritahu mesej sebagaimana yang mereka cuba ketengah dan kalau nak tahu korang dapatkan dulu album ni kerana untuk rilisan sehebat ini hanya bermodal RM35 sahaja.
               Tapi ada beberapa perkara juga yang rasanya harus HAYAGRIVA betulkan disini terutama dari segi susun atur lagu.Ada beberapa track yang panjangnya melebihi 5 minit,dan untuk lagu sebegitu seharusnya HAYAGRIVA mesti menyusun atur sekurang kurangnya 3-4 melodi dalam satu lagu.Ini kerana bagi sesebuah band yang membawa term sebegini (melodic) permainan melody adalah kunci utama dalam sebuah struktur lagu2 yang berdurasi panjang.Andaikata lagu yang panjang namun melodi yang terbentuk hanya ada 1-2 dan kemudian diulang semula boleh mendatangkan sedikit kebosanan buat pendengar (terutama pada mereka yang tak berapa into dengan style Metal yang melodic) dan diharap ia dapat diperbaiki.


                Artwork bagi album ni aku bagi 5 bintang..baik dari segi logo mahupun cover layout ia tampak begitu modern sekali rupanya.Sekaligus HAYAGRIVA telah melangkah kepada satu pembaharuan dimana umumnya cukup tahu rata2 band sebegini selalunya menggunakan permainan warna hitam dan putih sahaja sebagai hiasan album dan HAYAGRIVA telah memecah ruyung.

track:

  1. Descendant XII (Instrumental)
  2. Is It Time For Me to Die?
  3. Heavenly Of Red Heaven
  4. Poem Of My Return
  5. Forgotten Soldiers
  6. Deep Breath Before The Plunge (Instrumental)
  7. Unseen Planet
  8. Al Masihks Magic
  9. Arrival Of The End
  10. Emperor Awaits
  11. Supreme Deception Order (instrumental)
  12. Syurga Di Hujung Jarum (SYJ/SOFEA cover) (Album Bonus) 
untuk sebarang pertanyaan ataupun perkembangan HAYAGRIVA sila tekan link di bawah:
http://www.facebook.com/myhayagriva 

korang boleh klik dekat SINI untuk menonton video klip mereka iaitu 'Emperor Awaits'

Thursday, April 26, 2012

AS SAHAR "Bugis"


                      Satu nama yang tidak asing bila kita bercerita tentang perkembangan industri music Metal Extreme nusantara.Bahkan adalah sesuatu yang pelik andaikata ada diantara penggemar2 music sebegitu yang tidak kenal akan nama AS SAHAR ni..dan aku sendiri secara peribadi mengakui bahawa band ini lah pencetus dan menjadi punca aku mula mendekati music berat secara umumnya yakni melalui album2 klasik mereka.
                      Ok,album terbaru ni adalah kesinambungan pada aktifnya mereka semula di persada underground tempatan.Kali terakhir buah tangan mereka adalah melalui album 'Tir' yang dikeluarkan pada tahun 2006 dan selepas itu kita boleh nampak AS SAHAR mulai banyak mengisi slot2 gig.
                       Album terbaru yang diberi judul 'Bugis' ni telah pun menjengah pasaran pada beberapa bulan lepas.Istimewanya album ni bukanlah kerana ia menampilkan karya2 baru AS SAHAR tapi pada aku istimewanya album ni kerana AS SAHAR telah mula memperkenalkan acuan music folk dalam lagu2 mereka.Ini yang membuatkan ia tampak begitu menarik pada aku.Secara jujur sudah terlalu lama aku menanti band (asia timur) manakah yang akan muncul untuk membawa konsep sedemikian.Bahkan aku membayangkan bahawa MUNGKIN generasi2 baru yang akan mencubanya namun sangkaan aku meleset sama sekali,apatah lagi aku langsung tidak menjangka bahawa mereka yang BERANI mencuba itu adalah AS SAHAR...


                      Dan ini sekali lagi membuktikan yang mereka memang serious dengan perjuangan music mereka dan berani menjadi PENCETUS pada sesuatu yang rata2 nya belum biasa dengan apa yang mereka cuba.Mereka telah melalui beberapa revolusi dalam berkarya bermula dengan katalog2 album yang agak primitive kemudian dengan berani menongkah arus dengan membawa konsep Rock dalam album "baku karama' kemudian mencuba pula unsur2 jihad didalam album "intifada" dimana tatkala itu isu tentang jihad adalah terlalu asing untuk didukung pada sesebuah band seperti mereka.
                      Pada aku AS SAHAR tidak pernah untuk try to play a save game sebaliknya mereka sentiasa gamble dengan apa yang mereka buat,orang suka atau tidak itu belakang cerita yang penting mereka cuba....ada band yang seberani ini??...
                      Rasanya (kalau tak salah) ni adalah album pertama mereka dibawah label milik Malek Hanael (bassist) iaitu BLAKCWINDS PRODUCTION.Dan ia tampil dengan lyric didalamnya.7 buah lagu menjadi taruhan mereka dan disertakan satu re-record untuk lagu "berwahi (dalam tuntut)" dan juga 2 lagu yang diambil dalam siri album 4 split EASTERN DAMNATION yang berjudul "fear the bogeyman" dan juga "rejoice in funeral".

track

  1. By The Swung Of The Machete 
  2. Bissu
  3. Possi Lana Dari Celebes
  4. Berwahi (dalam tuntut)
  5. Rejoice In Funeral  
  6. Akkasaraki Nabbiya 
  7. Fear The Bogeyman 
untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka boleh berhubung melalui link dibawah :
http://www.facebook.com/pages/As-SaharOfficial-band-page/144808662206426

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...