bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, September 29, 2011

Live For ROCK!!!

                  Memandangkan selepas dari ini aku akan mulai sibuk dengan tuntutan pekerjaan,makanya aku ambil keputusan untuk henjut 4 review album dalam satu posting.Untuk yang pertama ni aku highlight beberapa rakaman LIVE (ROCK) yang ada dalam simpanan aku dan Insyaallah dalam masa terdekat nanti rakaman album LIVE untuk METAL pulak akan aku review (harap2 sempat lah siapkan).Jadi sebelum blog ni akan bersawang dalam masa beberapa minggu,jadi biarlah aku tinggalkan dengan cara terhormat ...harap sudi membaca..Ok lah dah panjang sangat melalut...let's go crazieeee!!!!

    BLACK SABBATH "Live At Last"- ini adalah testimoni live terakhir Ozzy selaku tukang carut bagi band yang berstatus pioneer dalam pengkelasan Heavy Metal sebelum beliau dipecat dari BLACK SABBATH.Antara live yang terbaik juga dari mereka pada era itu dan sesiapa yang memang kutu dengan band ni pasti tahu akan teori live mereka macam mana iaitu menampilkan lagu2 yang doomy dan moody (kadang2 bosan juga dengan style macam tu) kemudian diselang pula dengan lagu yang Heavy.Seleksi juga menarik kerana mereka mendendangkan hampir keseluruh lagu2 penting mereka seperti children of the grave,war pig dan sudah pasti anthem song mereka iaitu paranoid.Terasa akan semangat dalam live ni,dan pastinya boleh dirasai oleh pendengar yang memang mengikuti jatuh bangun akan kumpulan berstatus AYAHANDA ni..mereka mempersembahkan muzik yang gila pada generasi2 yang cukup taksub dengan aliran music baru (waktu itu..) dan lebih nostalgik ia adalah rakaman akhir Ozzy sebelum tampuk pemerintahan nya diberi pada beberapa lagenda yang pernah mengisi posisi itu seperti Ian Gillan (Deep Purple),Rob Halford (Judas Priest/Fight) dan yang paling akronim iaitu mendiang Ronnie James Dio...album ni aku sarankan buat mereka yang baru berjinak dengan music aliran berat....

      KIX "Live" - Pada peralihan awal 90an banyak band Hard Rock yang kecundang dengan peralihan kuasa music baru dari generasi grunge.Jika diamati beberapa nama sahaja yang mampu meneruskan survival perjuangan mereka seperti BON JOVI,MOTLEY CRUE mahupun GUN N ROSES namun yang lain nya seperti CINDERELLA,DOKKEN dan lain2 hanya sekadar mampu tersenyum dengan kejayaan mereka yang terdahulu.Tapi ada satu lagi band yang menurut pendapat aku ia cukup Humble dan bergerak secara senyap pada era 90an dan percaturan mereka bagi menyemai benih Rock pada generasi baru cukup MENJADI  iaitu kumpulan KIX.Jujur aku nyatakan aku baru terdedah dengan mereka lebih kurang 2-3 tahun lepas.Tak banyak yang aku tahu perihal mereka,namun rakaman LIVE ini menjadi saksi dimana mereka dijemput oleh pelajar2 Universiti bagi menjayakan sebuah show yang berstatus gig di dewan universiti mereka menuntut.....ia sekaligus membuktikan yang band ini punya persona yang mampu menarik generasi baru (90an) untuk hanyut dengan Rock N Roll ciptaan mereka...menarik bukan??..seleksi lagu2 hebat mereka seperti hot wire,blow my fuse,dan pastinya don't close your eyes (arghhh!!!) menjadi taruhan pada show malam itu.Jika anda meminati Rock yang berbaur sedikit GATAL mungkin ini adalah album yang dirilis khas buat anda kerana jika selama ni anda menjangka kan yang MOTLEY CRUE itu adalah band Playboy makanya KIX adalah band yang mampu menangkis tanggapan tersebut..

MSG "Unplugged Live" - Sepertimana AC/DC yang aku memang tidak pernah ambik pusing perihal sejarah mereka mahupun kekuatan lagu mereka,nasib serupa juga buat MSG...aku memang langsung tidak pernah ingin ambil peduli,dan aku hanya sekadar mengetahui yang Guitarist band ini adalah guitar hero yang lahir dari generasi ke-2 gergasi Rock German iaitu SCORPION..itu je yang aku tahu.Ego aku mula hancur sikit demi sedikit bilamana lagu2 di dalam album ni menerjah masuk ke dalam telinga aku dan terus melekat...sangkaan aku meleset..mereka jauh lebih tajam nilai susunan lagunya berbanding SCORPION..
      Aku cukup terdedah dengan seleksi balada yang ala2 rhythm of love mahupun still loving you,tapi selepas aku sudah memiliki album acoustic ini SCORPION bukan lagi band yang harus aku beri perhatian penuh,MSG menyempurnakan seleksi lagu2 mereka dengan cukup kemas melalui live ini dan cukup kena dengan term unplugged itu sendiri.Mereka mempersembahkan seleksi lagu2 hantu mereka seperti anytime,when i'm gone,nightmare dan sudah pastinya doctor doctor....arghhh!!!
                Bukan lah aku mengatakan bahawa mereka ini adalah terbaik,aku juga tidak mengatakan bahawa mereka telah mengalahkan SCORPION,manakan mungkin ada band yang mampu memijak sejarah panjang SCORPION,andaikata SODOM berjaya cipta 100 album terbaik sekalipun nescaya German tetap juga mengiktiraf SCORPION adalah eksport terbesar music dari negara mereka.Cuma aku nyatakan jika anda ingin mencuba sedikit kelainan mood acoustic itu,cubalah dengarkan album ni.Ini kerana acuan mereka masih sama hanya kematangan menyusun note2 penciptaan itu sahaja yang membuatkan aku nampak MSG ada sikit beza dari SCORPION.....

     VAN HALEN 'LIVE" - Ini aku tak mahu ulas panjang2 sebabnya kalau korang rasa yang korang ni Mat Rock pastinya apa juga produk Van Halen korang mesti kasi support.Live yang menampilkan Sammy Hagar sebagai vocalist (waktu itu) menyajikan seleksi lagu2 lama era pasca David lee Roth sehingga ke lagu2 zaman sebelum dorang berkubur (sekarang dah aktif semula dan bergabung balik dengan David Lee Roth)..
      Pada kaki2 Van Halen aku tak payah lah susah2 nak review sebab aku tahu korang mesti suka apa juga yang Van Halen bikin,tapi pada mereka yang masih kabur aku sarankan cubalah nikmati rakaman live ini.Sepertimana anda mendengar lagu2 mereka melalui cd begitulah juga bunyinya tatkala lagu tersebut dibawa ketika konsert,ini adalah kehebatan Van Halen (juga band2 otai yang lain)..hanya pemuzik2 80an je yang cerewet perihal sound sebab tu bunyi konsert mereka semuanya superb..Lagu2 hit mereka seperti panama sehinggalah lagu terhebat mereka ketika menjengah abad 90 iaitu dream disempurna dengan cukup profesional...satu rilisan buat Mat Rock diluar sana.....

Lepas ni review album Live untuk METAL pulak...tapi tak janji lah...hehehe

Sunday, September 25, 2011

Magazine Still Rulez!!!

                       Dulu aku ada cerita pasal rak kaset yang aku beli dekat pasaraya di Shah Alam,so sebenarnya ada satu lagi rak yang aku beli pada waktu tu bagi tujuan menyelamatkan beberapa helaian naskah majalah music yang ada dalam simpanan aku.


               Hehehe ini lah dia rak tu (macam reban ayam kan??) bagi mengisi atau dalam ertikata lain menyusun agar lebih terurus lah bilik tidur aku.Sebenarnya ni rak kasut dan bukan lah rak majalah,tapi masalah bagi aku sekarang ni iaitu rak2 yang diciptakan khas untuk majalah selalunya adalah rak yang jenis berkain,mana lah dapat nak tampung majalah2 aku (kerana majalah music selalunya tebal!!) jadi aku pilih lah rak kasut ni sebagai jalan akhir...rak kasut pun rak kasut lah,janji orang tua aku tak bising sebab bilik bersepah dah lah!!


                      Sebelum ni memang banyak yang aku simpan,tapi ada yang dah kena rembat dengan member2 yang datang melepak dalam bilik dan ada yang aku dah jual,tapi mana2 isu yang special tu masih aku simpan dan jaga dengan rapi.Sedikit menyentuh perihal majalah ni,ada yang kata sekarang ni info apa juga (termasuk music) boleh didapati dihujung jari,tapi itu korang bukan aku.....aku masih suka membaca,aku suka liputan penuh,aku suka ulasan yang detail dan aku juga suka membaca komentar dari editor yang berpengalaman bukan ulasan dari web master yang dok belasah bagi info.
                      Lagipun aku suka kan feel membaca dengan memegang bukan menatap.Cuba bayang kita baca majalah sambil baca review2 informasi yang kita suka sambil dengar radio,dalam masa yang sama pekena kopi o panas bukan kah menarik???mungkin aku budak kampung sebab tu mentality kurang rugged tapi macam yang aku sebut aku masih suka cari informasi melalui pendedahan zine bukan web....

Tuesday, September 20, 2011

Sudah Satu Tahun...Terima Kasih Pada Semua


               Pada tarikh 18/9/2010 adalah hari pertama Blog ni aku buat.Pada awalannya ia dibuat sekadar untuk suka2 dan aku tak terfikir pun yang aku akan serious dalam dunia penulisan blog ni sebab nya tatkala masa mula2 aku memberitahu rakan2 rapat akan hasrat aku menulis Blog ni ramai yang ketawa,ada yang menyindir, konon2 aku ni macam perempuan pulak suka main tulis2 dalam Blog.Terkesan juga dihati akan setiap ejekkan yang aku terima,tapi mujurlah ada dalam lingkungan 2-3 orang teman baik yang menyokong terus apa yang aku buat demi kepuasan aku sendiri tanpa mempedulikan sindiran orang lain.
             Aku minat music..dan pastinya music itu adalah asas blog ni,walaupun bukan 100% tapi main dalam setiap posting ia pasti berkaitan music.ia jelas.Sebelum ni (sebelum menulis Blog) aku adalah pembaca setia dalam beberapa Blog..hmm rasanya tak perlu lah aku sebutkan nama Blog yang aku minat tu sebabnya kang jadi isu pulak Blog sipolan ni aku sebut tapi Blog dia aku tak sebut..jadi biarlah ianya random je..berbalik pada Blog yang aku minat tu,dari situ aku mula simpan niat untuk adakan Blog aku sendiri,aku boleh menulis apa juga benda perihal harian aku dan benda yang aku minat dan kongsikan dengan teman2 yang lain yang mana kalau ada yang sudi singgah di Blog aku yang buruk ni.
           Pejam celik dah setahun,aku pun tak tahu berapa lama aku akan simpan minat menulis ni memandangkan masa yang cukup ketat,tapi aku harap aku dapatlah teruskan apa yang dah aku jalan kan.Jutaan terima kasih pada rakan2 Blogger yang kerap singgah dan memberi komen dan teguran,aku pun kadang2 naik malu juga sebab korang rajin singgah blog aku tapi blog korang pulak aku jarang masuk..hehehe..apapun ucapan TERIMA KASIH aku ucap bagi rakan2 Blogger yang menyediakan Link Blog aku ni pada Blog korang..juga TERIMA KASIH pada yang sudi Follow (you Rock!!)...sekali lagi jutaan TERIMA KASIH diajukan buat semua!!!!HAILZ!!!!!

Monday, September 19, 2011

BERSAMA SELAMANYA "The Album"

      Masih ingat tak dengan majalah komik Bersama Selamanya yang pernah menjadi tatapan kita dulu?? sedih untuk aku ceritakan bahawa aku dah hilang semua koleksi komik berkenaan semasa banjir besar melanda Kuala Lumpur pada tahun 2003 dulu.Semua simpanan aku lesap macam tu je.Yang tinggal hanya babak2 dalam kronologi kisah2 nya sahaja yang masih ada dalam ingatan aku.
      Tapi selain dari itu,ada satu lagi cebisan khazanah dari komik berkenaan yang masih sempat aku selamatkan semasa banjir dulu,iaitu kaset Bersama Selamanya "The Album Vol.1".Perghhh kalau yang ni pun hanyut dulu memang meleleh lah aku.
            Kaset ni aku beli pada tahun 2002 kot (dah tak ingat!!) masa tu kalau tak salah ada karnival jualan di   Central Market secara besar-besaran untuk majalah2 seperti Ujang,Lanun,Apo..dan juga dua majalah komik ni iaitu Bersama Selamanya dan juga Blues untuk aku.Yang menariknya bagi dua majalah komik berkenaan disertakan setiap pembelian dengan sebuah kaset.Jadi aku yang masa tu memang kerap lepak di Central Market (port kutu2 Rock sekolah melepak) terus sambar kedua dua sekali majalah komik berkenaan.
           Aku tak nak cerita pasal majalah Blues untuk aku sebabnya aku memang kurang sikit follow jalan ceritanya,barangkali tidak cukup Heavy Metal untuk aku..hahaha.Tapi untuk Bersama Selamanya ia memang seronok dibaca kerana ia kena dengan aku yang tatkala tu cukup rebel dengan pegangan Metal Extreme nya..hahaha.Mana tidak nya,setiap karikatur,setiap dialog,setiap situasi keadaan yang berlegar dalam plot2 komik berkenaan semuanya berkisar tentang Rock/Metal mau nya tak seronok aku baca..


                Aku tak nak ulas perihal album ni,memadailah ia diangkat sebagai karya Heavy Metal Modern yang kena dengan Plot cerita dalam komik berkenaan.Ketika aku masih memiliki majalah komik berkenaan,aku akan pasang kaset ni semasa membaca nya,cukup nostalgik dan menarik sekali mood pada waktu tu (masa muda!!).Ini bukan sebuah album picisan,kerana ia dipersembahkan dengan cukup baik sekali bagi setiap lagu.Dan satu lagi kita harus tahu bahawa setiap petikan guitar dalam album ni adalah dari hasil tangan Hillary Ang (Ex-Search,Cromok) ..jadi nak pertikai apa lagi kalau guitar hero malaya yang main dalam album ni kan??Pada sesiapa yang masih memiliki album ini,putarkanlah semula tatkala ada kelapangan,kerana saya pasti ia akan terbangkan kita semula kezaman muda kita dahulu dimana sel2 Heavy Metal berselirat dalam urat nadi kita.....Heavy Metal Till Die!!!!arghhhhhhhh!!!!

Thursday, September 15, 2011

NORTHDARK "Dark Propecy"


              Sebuah air tangan dari Negeri Terengganu...bila menyebut perihal scene metal Terengganu secara jujur aku akui yang aku hanya mengenali akan kumpulan lagenda ekstreme Metal mereka iaitu MODAR (pelopor DOOM METAL tanah melayu).Lain dari itu aku memang tidak tahu menahu.Bulan lepas aku di tag akan sebuah video mengandungi sebuah track dari sebuah band yang berasal dari negeri tersebut yang diberi nama NORTHDARK.Aku terkejut kerana aku sendiri secara peribadi memang ingin sekali mendengar music bawaan dari negeri berkenaan.Sebab apa aku teringin dengar music dari mereka ni???ok sebab nya aku tahu ada negeri2 mahupun kawasan2 yang jarang kita dengar akan penglibatan mereka dalam pergerakan u/g adakala nya memberi impak besar juga....ingat tak bagaimana band dari Langkawi (salah satu kawasan yang jarang ada band metal ekstrem) iaitu SAMARTARY melalui album mereka "Bestial Thrash Invation" membawa kesan dari album itu,sekaligus mengangkat martabat scene Langkawi???..hehehe
              Ok,berbalik pada video yang di tag kepada aku tu,ketika music bermula aku terus terbayang IMMORTAL...ya IMMORTAL,mereka membawa nuansa music metal yang berkiblat dari Norway dengan cukup kuat,mengingatkan kita pada band2 yang gah dari sana (tengok jelah nama band pun..hehe).Rakaman yang dibuat di studio nexro x di Ipoh ni ditunjangi oleh seorang je (one man band) yang memainkan semua Instrument melainkan drum part yang dimainkan oleh drummer Neftaraka.Jujur aku katakan ini adalah rilisan yang paling gratis dari band tempatan yang aku beli.Tak semua produk local band aku support dan beli,adakala nya aku beli tak lebih hanya menyokong perjuangan music rakan semata.Tapi bagi mini album ni aku cukup puas hati dan 4 track rasanya tidak cukup bagi aku yang memang haus akan geseran music sebegini.
              Jadi pada sesiapa yang memang memuja akan pembawakan music metal ekstreme yang berbaur ala2 IMMORTAL (old),DARK THRONE (old) mahupun DARK FUNERAL (old) rilisan ni mungkin boleh menjadi solusi halwa telinga anda tatkala masa free.Sila hubungi EASTERN MYTH RECORD bagi copy anda sendiri.Sebuah rilisan yang aku bagi jaminan kepuasan sebanyak 5 bintang...

Track

  1. Dark Prophecy
  2. Spells Of The Stranger
  3. Southbright
  4. Blast In The Northern


             

Sunday, September 11, 2011

Di Tepian Muara Klang

                  Jumaat lepas setelah selesai waktu bertugas pada pukul 10 malam,aku ditemani lagi 3 orang rakan terus menuju ke Klang.Misi kali ni adalah nak lepas gian makan makanan yang betul2 superb selepas sebulan berpuasa.Dan kami memilih untuk makan di "Medan Ikan Bakar Muara Klang"...tempat yang cukup familiar juga rasanya bagi pecinta makanan laut.Aku sendiri pun dah lama tidak kesana dan kali terakhir pun semasa arwah ibu aku masih hidup.
                Bertolak kira2 pukul 11 malam,perjalanan yang mengambil masa hanya 45 minit cukup SEKSA buat aku ini kerana didalam kereta sewaktu perjalanan ke sana kawan aku dok pasang sekuat2 nya lagu2 shuffle dan techno ..apakan daya aku menumpang kereta orang..sesampai je kami ke medan selera sesi memilih jenis2 seafood untuk menketedarah pun dilakukan kami berempat..kami pilih ikan pari (2 bentuk) untuk dibakar,ikan siakap (1 ekor) untuk masak 3 rasa,sotong sumbat (4 ekor besar) untuk goreng bertepung..selain sayur kailan goreng belacan dan air jus tembikai...

                                sotong goreng tepung!! 


                                siakap masak 3 rasa!! 


                            Pada sahabat2 yang memang gemar berjalan demi mencari makanan2 yang menarik,tempat ni aku cadangkan buat kalian.Selain dari pemandangan dan suasana yang santai,harga juga cukup berbaloi..ini kerana dari semua menu yang aku sebutkan diatas (gambar pari bakar lupa nak snap) dan beberapa lagi lauk remeh temeh bagi 4 orang kami hanya perlu membayar tidak sampai RM100.

Sunday, September 4, 2011

Beraya Bersama DOKKEN !!!

             Hari jumaat lepas,semasa sesi kunjung mengunjung sempena hari raya yang mulia ni,aku sempat curi2 sedikit masa untuk keluar minum teh dengan idham.Asalnya nak pekena roti bakar tapi sayang kedai tu masih tidak beroperasi jadinya plan bertukar ke kedai mamak yang berhadapan dengan Campbell Complex menjadi sasaran.Jadi bila dah berdekatan dengan Campbell ni pastinya satu penyakit adalah MESTI nak masuk ke kedai cd.Pada awalnya konon2 nak masuk hanya cuci mata namun berakhir dengan satu pembelian istimewa.


             Ni dia album DOKKEN series 5 album dalam satu digipack set.Album ni dah pun aku usyar sehari menjelang Syawal lagi sebenarnya,namun bila memikirkan balik akan perbelanjaan untuk persiapan raya untuk keluarga tu lebih penting maka aku tinggal kan juga lah album ni (walaupun dipujuk keras oleh tawkey)..jadi bila singgah semula selepas raya aku lihat album ni masih ada dan yang lebih sadis ia tinggal hanya satu copy je lagi,tanpa bicara basah basi (cewah!!) terus bayar dan sah jadi milikku...hahaha


                  Pandangan dari sisi tepi...ia diletakkan di dalam satu envelope keras yang tercetak cover asal setiap album.Tiada Inlay disertakan,ialah memandangkan ianya bukanlah special boxset tapi hanya satu set digipack version.Dari segi penjagaan mungkin leceh sikit memandangkan cd hanya diletak dalam sebuah envelope keras,tapi apa nak heran janji murah,janji ori yang lebih penting janji jimat sudah lah kalau ada rezeki terletak esok aku belilah balik versi original album yang siap Inlay.

                                Album "BREAKING THE CHAINS" 


                                Album "TOOTH AND NAIL" 


                                Album "UNDER LOCK AND KEY" 


                                Album "BACK FOR THE ATTACK" 


                                Album "BEAST FROM THE EAST" 


                 Jadi inilah dia peneman aku semasa raya ni rasanya.Dah beberapa hari beli baru dua album je sempat layan,almaklumlah rumah masih ada yang berkunjung.Apapun pada sesiapa yang terjumpa album ni boleh lah asingkan sedikit duit merokok anda memandangkan ianya cukup istimewa dan harga juga murah iaitu RM55.90 sahaja bagi 5 buah album..berbaloi bukan?? walaupun ia bukan didatangkan khas dengan packaging yang best (tiada inlay) namun bagi yang terhad pendapatannya ia pastinya sudah memadai,kerana anda tetap memiliki sebuah album yang ori bukan cetakan CD-R atau yang sama jahanam dengan nya....

Saturday, September 3, 2011

Mengikut Biar Pakai Otak!!


                  Minggu ni segala macam hal berlaku,disaat semua umat Islam menyambut lebaran dari satu sisi music lain pula kisahnya.Pernah dulu aku memaki hamun perihal sesuatu isu kerana dek ketidak puasan hati aku.Tapi kali ni aku memilih untuk memerhati kerana melalui pandangan aku masalah ini memang tiada penghujung.Apa yang bakal aku tulis selepas ni boleh lah dianggap sebagai satu komentar peminat music sahaja (bukan sebagai pendokong scene).
                  Sebenarnya dari dulu lagi aku memang tak setuju apa juga SEKATAN dibuat terutama berkaitan music yang konon nya atas dasar kebaikan lalu SEKATAN harus dibuat...sekali lagi aku ulang aku TIDAK SETUJU...music itu bebas,music itu untuk semua dan music adalah hadiah buat manusia..tiada satu undang2 sekalipun dalam dunia ini yang boleh MENGAWAL seseorang itu dari meminati music apa yang diminati nya. Aku jamin jika berbicara tentang SEKATAN dalam music pastinya ia adalah sesuatu yang NEGATIF (merujuk dari definisi kebebasan bermusic).Kita singkap semula,ingat tak dulu ketika negara ini mencadangkan kuota 99:1 terhadap lagu2 Indonesia yang masuk kesini??ya, itulah dia SEKATAN..apa yang mereka cakap berkanaan isu itu,konon2 kita tidak mahu karya anak watan tenggelam...bunyi nya indah bukan tujuan SEKATAN tu??tapi hakikatnya ia adalah satu alasan dari ketidak mampuan mereka menjana music menarik makanya SEKAT dan SEKAT adalah jalan mereka...sekali lagi aku ulang AKU TIDAK SETUJU.
                 Begitu juga perihal beberapa isu lain.Begitu juga apabila music extreme metal difatwakan haram beberapa tahun lepas,atas alasan akidah dan moral serta akhlak,mana bukti??sampai ke hari ini kita masih menunggu rakaman visual jika benar ada anak melayu yang melanggar sifat2 manusiawi melalui music seperti yang digemparkan oleh media2 pendusta sebelum ni.Namun hari demi hari bukti tak kunjung keluar tapi undang2 sekatan dah diluluskan terlebih dulu.Jika sesiapa ada memiliki album dari lagenda Death Metal kita iaitu kumpulan LANGSUYR dimana satu rangkap ayat melalui special thanks mereka didalam album ASYIK ada mereka nyatakan "...MANA MUNGKIN KERANA MUSIC PERKARA INI(perbuatan negatif yg dimomokkan media) BOLEH BERLAKU"...aku setuju dengan baris ayat berkenaan,ia ringkas tapi punya isi yang luas jika kita diamati.
                 Ini kerana aku cukup pasti yang mana asalkan nama mereka itu adalah melayu,makanan mereka itu makanan melayu,denyut nadi dan nafas mereka itu adalah melayu juga mimpi malam mereka adalah mimpi malam melayu aku yakin dan cukup2 yakin mereka tidak akan sesekali melanggar batas2 kemelayuan mereka hanya kerana music biarmana sekalipun yang masuk kesini itu adalah barisan2 pemuzik yang umumnya tahu mereka yang telah hilang pedoman hidup.Usah risau dan khuatir kerana kita mampu menilai baik buruk.Berbalik pada soal SEKATAN tadi,suka aku ingatkan bahawa,apa juga SEKATAN yang dikenakan pada music ia adalah NEGATIF.....lihat siapa dia disebalik sekatan itu....apakah mereka disebalik sekatan itu adalah orang2 yang benar tahu perihal pro dan kontra atau sekadar malu kerana duduk tidak sama rendah berdiri tidak sama tinggi makanya sekatan demi sekatan dibuat bagi menyelamatkan maruah mereka atau yang lagi memalukan jika ia hanya menangkuk di air keruh semata mata...malu bukan??


NOTA : Maaf jika ada yang tidak faham mengenai apa yang ditulis,namun pada mereka2 yang rapat dan mengenali aku pasti tahu apa tujuan ia dinyatakan disini....salam syawal semua!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...