bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, July 31, 2011

LED ZEPPELIN "Mothership"


                      Album ni aku beli masa nak pergi tengok DOUBLE TROUBLE tahun lepas.Sebelum show tu start aku sempat lah pusing2 Sunway Piramid dan masuk ke dalam kedai SPEEDY kat situ.Tengah syok belek2 cd yg ada kat SPEEDY tu kawan aku tunjuk cd ni kat aku,so kami pun ingat nak ambik 2 keping lah yang mana untuk aku satu dan dia satu,tapi memandang kan tinggal hanya satu copy ni je maka terpaksa lah aku rebut cd ni kat tangan dia dan terus pergi bayar...hahahaha..sampai hari ni dia tak boleh terima perbuatan aku tu..
                    Jujur aku nyatakan bahawa aku memang tidak pernah memiliki apa juga bentuk rilis dari LED ZEPPELIN ni,dan jika nak dibanding kan dengan band2 era mereka seperti DEEP PURPLE mahupun BLACK SABBATH rasanya LED ZEPPELIN ni memang aku kurang pendedahan,yang aku tahu pun mungkin sekadar 2-4 lagu dorang yang famous jelah.Jadi nya bila ada SALE untuk album ni (RM25 untuk dua disc) aku memang ambil peluang untuk memiliki album kompilasi dari SUPER GROUP yang telah merevolusikan Rock N Roll dunia.

                                 Inlay setebal 14 mukasurat..bukan 2 keping 


                 Selain didatang kan khas dengan Special Case,album ni juga disertakan dengan inlay yang setebal 14 mukasurat yang disertakan tentang jatuh bangun sebuah band yang bernama LED ZEPPELIN ni sebelum mereka berada di puncak kemasyuran.



                Sepertimana BLACK SABBATH yang mengeluarkan kompilasi yang bertajuk BLACK SABBATH THE DIO YEARS bagi meraikan reunion mereka bersama DIO 4 tahun lepas,jadi album kompilasi MOTHERSHIP ni pun dikeluarkan bagi meraikan ONE NIGHT SHOW yang dijayakan oleh LED ZEPPELIN di kota LONDON pada 2 tahun sudah.Bezanya kompilasi ni dari yang lain adalah kerana ianya seleksi yang dipilih sendiri oleh Jimmy Page dan juga Robert Plant.


                 Walaupun album ni bukan lah menjadi setlist harian aku sejak dibeli tahun lepas,namun ia adalah satu album yang cukup menarik tatkala aku dah mula bosan melayan lagu yang "pumpang pumpang".So bila pasang je CD ni dia ada sikit feel yang cool sebab nya??sebab kita umum nya pasti tahu yang LEDD ZEPP ni adalah band yang masih kuat bau Fusion mahupun Blues dalam karya mereka..so kepada brother2 yang diluar sana yang rindukan jeritan Robert Plant mahupun petikan unik dari Guitar hero double neck Jimmy Page dapat kan segera album ni...harga aku tak pasti,sebab nya pada mula album ni dikeluar kan harga nya mencecah lebih dari RM50..tapi aku dapat kan nya dengan harga RM25 sebab SPEEDY ada sale waktu tu..

Disc 1 :

  1. Good times Bad Times
  2. Communication Breakdown
  3. Dazed And Confused
  4. Babe,I'm Gonna Leave You
  5. Whole Lotta Love
  6. Ramble On
  7. Heartbreaker
  8. Immigrant Song
  9. Since I've Been Loving You
  10. Rock N Roll
  11. Black Dog
  12. When The Levee Breaks
  13. Stairway To Heaven 
Disc 2 :

  1. The Song Remain The Same
  2. Over The Hill And Far Away
  3. D'yer Maker
  4. No Quarter 
  5. Trampled Under Foot
  6. Houses Of The Holy
  7. Kashmir
  8. Nobody's Fault But Mine
  9. Achilles Last Stand
  10. In The Evening
  11. All My Love 


NOTA : Kesempatan ni aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan RAMADHAN buat rakan2 blogger..moga amalan kita sentiasa dikelilingi kerahmatan daripada Allah sepertimana kerahmatan bulan itu sendiri Insyaallah!!!

Tuesday, July 26, 2011

Akhirnya LOUDNESS di Malaysia

                     Macam2 rasa ada,teringat hari pertama diperkenal kan oleh rakan sekolah,kemudian pasang kaset mereka sambil ramai2 layan kat bilik mesyuarat murid.Semua itu tergambar semula tatkala melihat empat susuk tubuh raja Heavy Metal Asia ni beraksi.Kalau ditanya aku 5-6 tahun lepas samada percaya atau tidak LOUDNESS akan mendarat kesini??pastinya aku menyatakan TIDAK..mana mungkin mereka akan kemari,kalau pun mereka ke sini mungkin aku harus ke Singapore untuk melihat mereka.Namun ini yang dipanggil rezeki barangkali dan mereka telah menjejak kan kaki mereka kesini walaupun umur mereka telah dipanjat usia.

                                 Minoru Nihara!! 


                Ungkapan pertama yang diucapkan oleh Nihara tatkala keluar ke stage adalah mereka memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang telah berkorban segalanya dan telah menanti mereka terlalu lama,dan beliau sendiri tidak menjangka kan bahawa disini (Malaysia) punyai ramai pengikut tegar LOUDNESS...baru nak tahu ke cik abang ooii??takpelah,dosa LOUDNESS tu kami sebagai peminat dah ampunkan,dan yang kami mahukan pada malam ini adalah energy kamu seperti yang telah kamu persembahkan di konsert2 hebat di negara lain.

                                 Minoru Nihara & Akira Takasaki 


              Tanpa berlengah satu persatu lagu klasik mereka dihemburkan buat peminat yang sememang nya sudah lama menanti mereka,lagu2 seperti Crazy Night dan Heavy Chain diselesaikan dengan cukup baik dan sempurna tanpa ada sebarang pengubahan pada lagu tersebut.Suasana yang dah hiruk pikuk pada malam tersebut diredakan sedikit keadaannya apabila So Lonely pula dihadiah kan buat peminat mereka disini.Pada waktu lagu ni disampaikan,suara aku dah hilang sebab terjerit2 menyanyi lagu yang sebelumnya,namun walaupun tekak dah mula kering tetap juga sing along lagu ni,bukan senang beb,seumur hidup sekali je...hahaha

                                 Amy Search & Akira Takasaki 


              Setelah selesainya lagu So Lonely itu tadi,stage digelap kan beberapa minit,kemudian setelah stage dihidupkan semula,Minoru Nihara mengumumkan bahawa LOUDNESS menjemput Amy (SEARCH) naik ke pentas.Ini barangkali adalah satu penghormatan buat Amy mahupun SEARCH yang menjadi wakil pejuang music Rock di Malaysia.Amy naik kepentas dan sekaligus bergandingan dengan Nihara bagi menyempurnakan lagu Shadow Of War.Walaupun energetic nya Amy pada malam itu,namun pendapat aku malam tu aura Amy tidak kelihatan,bukan kerana beliau tidak hebat,namun kerana aura LOUDNESS itu yang menenggelam kan kehebatan beliau.



                 Rasanya tidak akan lengkap sesebuah persembahan LOUDNESS andaikata tiada slot Guitar Solo dari AKIRA bukan???jadi lebih kurang 20 minit kami dihiburkan dengan sesi solo Akira.Dari reaksi yang aku lihat dari sekeliling macam2 rupa ada,ada yang menghangguk kan kepala,ada yang terpaku dan ada juga yang terlopong dengan alunan solo guitar beliau.Manakan tidak,selalu kita tengok kehebatan jari jemari beliau hanya melalui video je tapi sekarang sudah pun di depan mata.


               Sesi kedua menyaksikan mereka membawa lagu2 dari seleksi album pasca milenium  meraka.Masa ni rasanya segelintir jelah yang layan kot,almaklum lah aku berani jamin 90% penonton yang hadir mana ambil tahu sangat dengan album2 baru dorang sebab sejak dari kecil ataupun dari muda telinga kita dah diasah dengan LOUDNESS yang berambut gerbang kan..bukan berambut Dread Lock hahaha.Selesai sahaja persembahan itu makanya LOUDNESS mengumumkan bahawa mereka telah selesaikan tugas mereka.Aku sejak dari awal lagi dah tahu yang ni semua gimik..jadi aku takdelah ikut penonton2 yang lain menjerit2 meminta LOUDNESS kembali ke pentas,sebab aku tahu memang dorang akan naik semula.
              Selang beberapa minit kemudia LOUDNESS naik semula ke stage bersama Amy bagi menyempurnakan 2 buah lagu lagi iaitu Let It Go dan diikuti dengan lagu Like Hell.Keadaan dah tidak terkawal,gelombang manusia yang berpusu2 pada malam itu menyebabkan aku yang bersaiz kecil ni dah jadi macam ketupat.Mereka semua seakan akan dirasuk walaupun aku faham yang mereka semua cuba untuk mengabadikan detik2 akhir persembahan band pujaan mereka..selesai sahaja 2 lagu berkenaan LOUDNESS pun mengakhiri persembahan mereka disini..............namun???


                Walaupun krew2 mereka telah naik ke stage untuk mengemaskan segala peralatan,namun bukan semudah itu rakyat Malaysia mahu melepaskan mereka balik.Kami menanti puluhan tahun lamanya baru dapat melihat mereka beraksi makanya mahu atau tidak LOUDNESS harus tunduk pada tuntutan kami.Dan kerana itu lah sekali lagi LOUDNESS terpaksa naik semula ke pentas buat kali kedua nya.Mereka mnyelesaikan tugas mereka pada malam itu dengan lagu klasik S.D.I dan sesudah itu maka nya berakhirlah persembahan mereka.Sebaik sahaja mereka keluar stage,pihak venue dengan segera memutarkan lagu Jazz menandakan yang konsert berkenaan sememangnya telah berakhir..hahaha..kalau dorang tak pasang lah lagu Jazz tu aku berani jamin yang peminat akan menjerit dengan harapan LOUDNESS akan membuat Encore kali ketiga..
              Ini adalah konsert paling menarik sekali yang pernah aku hadiri.Ia membuat kan aku merasa seperti di zaman persekolahan semula.Dari segi sound juga ianya cukup hebat dan berbaloi lah dengan pelaburan harga tiket yang hampir mencecah seratus ringgit.Memandangkan konsert ini berlangsung pada hujung bulan,tak dapat lah aku membeli banyak sangat cenderahati untuk dibuat kenang2an.Aku hanya membeli sehelai Official Tshirt dan sebuah majalah yang LOUDNESS menjadi cover kulit hadapan sebagai bukti yang aku dah pun menyaksikan mereka disini........tq LOUDNESS..tq for everything!!

Monday, July 25, 2011

SOFEA Live (Opening For LOUDNESS) 2011

                 Semalam adalah satu sejarah besar buat aku kerana berpeluang menyaksikan LOUDNESS bermain didepan mata aku sendiri.Macam2 perasaan ada dan aku tak boleh nak bayangkan apa yang aku rasa tatkala menyaksikan mereka.Apa yang pasti ianya satu pengalaman yang cukup manis.Namun,sebelum aku membuat review perihal LOUDNESS semalam,ada baiknya aku review dahulu akan sebuah lagi lagenda Rock tanahair kita yang telah diberi penghormatan sebagai opening band untuk Tour LOUDNESS di Malaysia.Ada 3 kumpulan yang disenaraikan antaranya ialah SHEWOLVE (kumpulan rock kangkang gadis2),SATIRA iaitu sebuah kumpulan Rock lama namun mempersembahkan konsep music yang baru,dan satu lagi adalah SOFEA.
                 Sebelum tu aku nak terangkan disini,walaupun ada 3 opening band namun hanya SOFEA sahaja yang aku layan,makanya memang tiada sebarang review bagi SHEWOLVE mahupun SATIRA disini..harap maklum.Baiklah,ini adalah persembahan ke 3 buat SOFEA selepas mereka kembali aktif,show pertama mereka adalah pada bulan april yang lepas bagi siri KL METALCAMP kemudian yang kedua mereka turut diberi peluang menjadi Band pembuka bagi showcase Anniversary kumpulan MAY dan kali ini adalah show mereka yang ketiga......


               Menarik nya tentang persembahan mereka kali ini adalah kerana mereka mengenakan Custom Glam Rock yang ala2 MOTLEY CRUE sama seperti aksi mereka pada lewat 80an dahulu.Ini tidak seperti dua show mereka yang lepas dimana mereka hanya selesa berpakaian simple.Mungkin ini kerana pada malam tersebut SOFEA telah memberitahu semua bahawa mereka telah bersetuju untuk KEMBALI..makanya mereka ber Dressing seperti itu.Pada aku ianya cukup nostalgik.Aku memang mahu menonton SOFEA yang sebegini iaitu SOFEA yang berani dan cukup rasa Rock nya,bukan seperti SYJ'08 yang cuba dihidupkan semula oleh Alang dengan bantuan budak2 hingusan.
              Tanpa bicara panjang lagu Hati Syaitan disampaikan dengan cukup baik,diikuti dengan lagu Boneka Pentas sebelum sesi akustik bagi lagu Bunga Padang Pasir yang disampaikan oleh Man Rani.Masa ini keadaan sudah tiada kawalan,baik yang muda mahupun yang tua semua telah hanyut dibawa oleh seleksi2 nostalgia dari SOFEA.Satu persatu lagu disampaikan dengan cara yang paling maksimum selaras dengan title lagenda mereka.
                                Man Rani 


                                 Sesi akustik Bunga Padang Pasir 


          
            Mereka menyudahkan persembahan pada petang itu dengan lagu Orang Timur,pada waktu ini Amir telah membawa bendara Jalur Gemilang bagi menaikkan mood pada lagu tersebut dan ia sekaligus mendatangkan bunyi2an coir dari penonton yang turut sama menyanyikan lagu berkenaan.Pengalaman yang cukup indah malam tadi,sebuah persembahan daripada kumpulan yang punyai sejarah yang cukup panjang dalam rentetan music Rock tanahair.Aku berharap agar dapat sekali lagi hendak nya untuk melihat SOFEA beraksi di pentas...apa yang nyata ini adalah bukti mereka adalah pejuang music yang sejati.
            Antara VIP rock yang turut hadir semalam seperti MAN KEEDAL,SEARCH,ALI (Empire),dan juga MAY...agak2 nya apa perasaan mereka ye tatkala melihat SOFEA didukung oleh ribuan peminat yang rata2 nya berumur bawah 25 tahun seperti aku??ini yang dipangkil KUASA sebenarnya..SOFEA yang baru ini (Reunion) adalah SOFEA yang terlahir atas desakan PEMINAT...manakala band2 Rock yang lain kebanyakkan nya Reunion semula atas desakan Recording Company...

Monday, July 18, 2011

RAINBOW "Sekali Henjut"

                     Secara peribadi aku nyatakan bahawa pandangan aku mengenai guitarist lagenda Ritchie Blackmoore adalah kehebatan dia menjana music bersama DEEP PURPE..dan aku anggap bahawa DEEP PURPLE itu adalah jiwa sebenar Blackmoore bukan bersama band folk "Blackmoore Night" yang ditubuhkan bersama isteri muda nya.Tapi ini cuma pandangan aku yang jahil dalam soal music,tapi walau macamana sekalipun tiada siapa pun dapat menyangkal akan kehebatan satu lagi kapal yang pernah dinakhodakan oleh Blackmoore iaitu RAINBOW.
                       Berbanding DEEP PURPLE,aku memang kurang mengikuti akan pergerakan RAINBOW ni sebenarnya,walaupun pernah meminjam beberapa siri album dari rakan.Namun ada beberapa lagu dalam RAINBOW ni yang cukup KUAT kesan nya dan Blackmoore memang tidak akan dapat mencapai nya jika lagu itu dibawa bersama line up DEEP PURPLE.Lagi pun bila aku buat sedikit Homework mengenai RAINBOW ni,aku yakin ia bukan lah seperti sebuah band yang hanya ditubuh untuk melawan band yang lain (merujuk pada pertelingkahan Blackmoore bersama Deep Purple) namun ia lebih kepada  EGO Blackmoore untuk memberitahu dunia yang dia sememang nya adalah seorang yang mampu berdiri walaupun tiada barisan Rockstar (Deep Purple) di sisi......ok cukup lah kot introduksi ni..aku story pasal dua album RAINBOW yang aku ada pulak!!


             
                     Gambar dekat atas ni adalah kompilasi RAINBOW yang diberi tajuk "Pot Of Gold".Setelah hampir setahun lebih tak membeli album kerana menganggur,jadi bila dah kerja dan keluar nya gaji yang pertama CD ni aku terus rembat...hahaha..banyak juga lagu2 yang menarik...dan yang lebih menarik ialah album ni adalah pembelian dari gaji pertama aku...hahahaha...
                      Inlay dia memang macam celaka lah,cuma ada dua muka surat,dan tiada lirik..tapi tawkey tu cakap dengan aku ni CD import..takpelah aku malas nak memekak pasal benda yang remeh macam ni,lagi pun aku ni bukan Big Fan RAINBOW yang nak buat collection item,aku beli pun sekadar nak layan lagu2 dia yang mungkin aku dah terlepas pandang itu je..  


                     Yang ni pulak RAINBOW "The Very Best Of"...album ni aku beli tatkala hidup dah ada sedikit selesa hahaha..dua album dalam dua situasi berbeza..menarik bukan?? album ni cetakan Malaysia dan Inlay cover sama juga macam "Pot Of Gold" tadi.Sebenarnya dulu aku pernah ada versi kaset album "The Best Of" ni,dan seingat aku dalam kaset terbabit disiapkan sekali sebuah HIRARKI sejarah personal2 yang pernah berkhidmat bersama RAINBOW dari awal penubuhan sehingga kompilasi ini keluar,dan aku menjangka kan HIRARKI tu turut disertakan juga lah dalam CD ni namun ternyata kalau cetakan Malaysia tu ia tetap juga cetakan Malaysia....

track dalam RAINBOW "Pot Of Gold"

  1. Still I'm Sad 
  2. Stargazer
  3. Kill The King
  4. L.A Connection
  5. Rainbow Eyes
  6. Since You Been Gone
  7. Makin' Love
  8. Danger Zone
  9. Vielleitcht Das Nachste Mal (Maybe Next Time) 
  10. Eyes Of Fire
  11. Stone Cold
  12. Fire Dance
  13. Fool For The Night 
track dalam RAINBOW "The Very Best Of"

  1. Man On The Silver Mountain
  2. Catch The Rainbow
  3. Starstruck 
  4. Stargazer
  5. Kill The King
  6. Long Live Rock And Roll
  7. Gates Of Babylon
  8. Since You Been Gone 
  9. All Night Long
  10. I Surrender
  11. Can't Happen Here
  12. Jealous Lover
  13. Stone Cold 
  14. Power
  15. Can't Let You Go 
  16. Street Of Dream 
NOTA : Walaupun kedua2 album ni adalah kompilasi,namun kedua2 nya mempunyai persamaan iaitu tiada lagu Anthem bagi RAINBOW iaitu "Temple Of The King"...

Sunday, July 17, 2011

SEARCH vcd konsert evolusi 2004 'first edition'

                     Pada tahun 2004 menyaksikan SEARCH kembali bergabung dengan Line up termantap dalam sejarah mereka iaitu Amy,Kid,Din,Nasir dan penampilan drummer baru mereka iaitu Lola (Ex-XPDC) menggantikan Yazid yang ketika itu berkhidmat bersama RAMPAGE dan juga band metal zapin iaitu kumpulan BARONGAN..hahaha..ok berbalik pada SEARCH tadi,setelah kata sepakat akan reunion itu,makanya satu konsert susulan telah dibuat bagi memberitahu peminat bahawa SEARCH masih hidup dan perjuangan mereka dalam Rock & Roll masih belum selesai.
                    Jadi bertempat di Stadium Negara sebuah konsert yang dipanggil "Konsert Evolusi Search" telah berlangsung disamping mereka membawa sekali lagenda Rock Indonesia GODBLESS sebagai opening band bagi konsert bersejarah ini.Sedikit mengenai persembahan GODBLESS pada malam itu,dimana Awie (Wings) dijemput melakukan persembahan bagi beberapa buah lagu disamping Achmad Albar (Vocalist GODBLESS). Makanya atas dasar business barang kali konsert ini dirakam untuk tatapan umum.

                   
               Untuk pengetahuan semua,gambar diatas ni adalah FIRST PRESSING bagi vcd konsert ni.Ianya dijual dalam kadar yang cukup sedikit.Ini kerana vcd yang rasmi keluar selepas pada ini adalah sebuah rakaman penuh,manakala yang aku beli ni hanya ada beberapa track sahaja lagu.Kalau tak silap jarak masa diantara vcd yang aku beli ni dengan vcd yang rasmi agak lama juga.Mungkin atas sebab teknikal editing untuk vcd yang rasmi makanya Mcat (Online music distro) mengeluarkan dahulu versi ini bagi memenuhi tuntutan mat2 Rock yang dah tak sabar nak layan konsert ni.Vcd ni aku beli di Komplek Pertama dengan harga kurang dari RM15 rasanya.

                                Nampak tak dia tulis apa??hehehe 


                Kalau nak diikutkan bukan lah untung sangat sebenarnya memiliki versi yang macam aku ada ni,sebabnya bukan nya banyak lagu,ada lah dalam 5-6 track,tapi sebab masa tu dah tak tahan sangat nak tengok Konsert terbaru SEARCH (lepas reunion) makanya aku rembat jugak lah versi ni.Tapi akhir2 ni rasa macam dah Rare pun ada benda ni sebab aku tak pernah nampak pun mana2 mat rock yang upload gambar vcd versi ni dalam sesawang sosial..hahaha.. 
                Antara yang menarik dalam vcd versi ni,kita boleh lihat dimana semasa SEARCH membawakan lagu berhantu dorang iaitu Pawana, Lola selaku drummer mereka telah melakukan kesilapan iaitu dia Rolling drum sebelum part yang sepatut nya..hahaha..time tu muka dia pucat habis,mana tak nya,yang dia main sekarang ni bukan kecik2 band tapi SEARCH lah weii..kalau korang ada memiliki vcd ni tak kisah lah samada versi ni atau yang rasmi,pasti korang akan perasan yang Nasir banyak monitor kepada permainan Lola waktu itu...pada aku lah,macam mana hebat atau metal pun drummer tu tapi kalau dengan SEARCH Yazid juga yang dapat jiwai semua lagu dengan baik,sebab tempoh perkhidmatan dia yang paling panjang selain Amy.

                                 Cover sebenar Vcd yang rasmi .  


Track

  1. Fantasia Bulan Madu 
  2. Pawana 
  3. Pelesit Kota 
  4. Issabella 
  5. Laila Namamu Teratas 
  6. Di Pintu Sepi 
  7. Isi Dan Kulit 
  8. Pasti.   
                      Ni ajelah lagu2 yang ada..sikit je tak banyak pun,so kalau korang peminat atau pengumpul artifak2 seni Rock tanahair makanya sila lah renbat vcd ni ye!!sebab boleh dikatakan banyak juga lagu dari album keramat SEARCH iaitu Fenomena telah dibawa semasa konsert ini....pheeeeeewwwwiiitttttttt!!!!

Sunday, July 10, 2011

MARDUK "Plague Angel"

      Manifesto hitam dari sebuah gugusan generasi ketiga Black Metal dunia iaitu MARDUK ni dirilis pada tahun 2004.Kepada mereka2 yang memang berkancah dengan music2 hitam pastinya tahu bahawasanya super duper group yang berasal dari Sweden ini adalah antara pelopor mahupun perintis kepada music extreme yang condong ke arah War Metal suatu penghasilan yang lari sedikit dari kebiasaan Black Metal (Post-Black).
      Album yang bertajuk "Plague Angel" ni pada pengamatan aku ia bukan lah sebuah sekuel kepada album2 klasik MARDUK yang banyak menginspirasikan kepada jutaan band di dunia untuk bermain permainan metal yang maha laju,namun ia diibarat kan sebuah hasil seni yang telah menampak kan bahawa MARDUK cuba memberi bayangan awal yang mereka mungkin DAH PENAT dengan  permainan yang bercorak Fast & Speed.Kita tahu pada satu peringkat di abad ke 21 ni boleh dikatakan semua band2 Black Metal (yang status legend) telah menampak kan kesan HILANG PUNCA.
                Tapi ia bukan lah bermakna album ni adalah sebuah album TANGKAP MUAT.Ianya ada beberapa aspek profesional yang harus diberi perhatian.Aku ada sedikit pengalaman dengan MARDUK melalui beberapa album mereka yang aku miliki,antaranya adalah album "Panzer Division" dan juga "World Funeral" yang sememang nya layak diangkat sebagai album yang berstatus KLASIK dan TERBAIK.
                 Namun aku dikejut kan dengan album ini dimana tempo kelajuan yang biasa nya dijana 100% oleh mereka (Standart bagi War Metal lah) telah diperlahan kan kepada 50% sahaja.Ianya tidak dapat dirasai ketika pertama kali mendengarnya apatah lagi dua dari track awal masih menampak kan taring mereka menghembur peluru2 tajam dalam melodi extreme,namun setelah satu persatu didengar terdapat (hampir semua) lagu tidak seperti MARDUK yang dilabelkan sebelum ini.

                 

                 Antara sedar atau tidak ada beberapa lagu dapat dikesan akan pengaruh2 yang diceduk dari SARCOFAGO (Death/Thrash) selain beberapa lagu yang secara tidak sedar telah jatuh kearah Doom buatan dari lagenda Candlemass.Apakah ianya disengajakan??pada aku mungkin ia berbentuk percubaan bagi MARDUK mencabar diri mereka untuk bermain METAL pada skala perlahan setelah berpuluh album dizahirkan dalam bentuk yang laju dan buas.
                 Secara tak langsung album ni dapat menepis tanggapan peminat2 muzik Extreme yang bahawa generasi ketiga Black Metal rata2 nya adalah pemuzik yang RENDAH kreativitinya.Dan MARDUK cuba (mungkin) buktikan bahawasanya mereka bukan tergolong dalam barisan2 Black Metal yang RETRO dan rendah KREATIVITI sepertimana kumpulan2 sampah seperti Watain,Gehennah,Gorgoroth mahupun dua nama penderhaka besar irama Black Metal iaitu Cradle Of Filth dan juga Dimmu Borgir.  


Track Of Nuclear :

  1. The Hangmen Of Dragur 
  2. Throne Of Rat
  3. Seven Angel,Seven Trumpet
  4. Life's Emblem
  5. Steel Infemo
  6. Perish In Flamrs
  7. Holy Blood Holy Grail
  8. Marschau
  9. Dcathmarch 
  10. Everything Bleeds
  11. Blutrache

Saturday, July 9, 2011

Tiket Dah Ada Dalam Tangan


                  Akhirnya kebimbangan sebab takut tak dapat tiket dah berakhir.Dua tiket untuk aku dengan lagi sorang kawan dah ada depan mata sekarang ni...tinggal nak apply cuti je lagi..harap2 lulus lah hendak nya.Bila bercerita tentang konsert LOUDNESS ni,ada baik nya juga kalau aku cerita pasal pengenalan aku dengan jenama dari NIPPON ni.
                   Masa di sekolah menengah dulu,ada seorang rakan yang cukup minat dengan style2 guitar dari Akira Takasaki ni,pendek kata semua solo dan riff dari Akira semua menjadi bahan cerita dia.So satu hari dia bagi lah aku dengar album Thunder In The East dan pada aku pula bagaimana??hmmm boleh lah..banyak riff2 dari corak VAN HALEN ada Akira selit kan dalam permainan dorang.
                   Taring nya LOUDNESS aku masih tak nampak lagi (masa tu) sehingga aku diberi pinjam sebuah kaset dari seorang rakan yang mana ianya adalah album LOUDNESS bersama vocalist mat salleh iaitu Mike Viscera(pernah bersama Malmsteendan album itu adalah album Soldier Of Fortune .Melalui album itu baru aku AKUI yang LOUDNESS memang lain dari mana2 Rock band asia yang seusia mereka.Aku minat semua lagu dalam album tu.Dan melalui album tu juga aku slow2 buka hati untuk telan semua karya2 lama mereka termasuk pada pasca Minoru Nihara .
                   Untuk konsert kali ni aku dah beli siap dah Tshirt LOUDNESS (punya lah semangat) untuk dipakai pada show tu nanti.Aku tahu mesti ramai yang pakai tshirt LOUDNESS yang celoreng2 merah putih tu kan??tapi aku tidak..aku benci dengan corak macam tu,kadang2 aku terfikir takda rasa macam badut ke kalau pakai tshirt macam tu??jadi aku hanya memakai tshirt LOUDNESS dari album Soldier Of Fortune yang tertera gambar askar yang dalam kanta senapang..kenapa Tshirt tu yang aku pilih??ianya simbolik pada cinta pertama aku dengan LOUDNESS....are u ready????

Wednesday, July 6, 2011

Sweet Charity VS Lefthanded


                Ada sesiapa yang akan pergi ke konsert raksasa SWEET CHARITY & BLUES GANG nanti tak??kalau ada yang akan pergi aku ucapkan selamat menikmati muzik hebat dan segar dari gegaran ENGINE lama ni.Aku memang tak pergi..sebab nya aku memang langsung tak familiar dengan lagu2 dari kedua2 band berkenaan (kecuali beberapa lagu mereka yang selalu air play di radio).Lagi satu sebab nya kerana ekonomi untuk diri sendiri sekarang ni cukup gawat akibat dok berebut mendapat kan tiket konsert LOUDNESS yang bakal berlangsung nanti...arghhhhh!!!!
              Ok..balik pada album ni..album kompilasi yang dinamakan DOUBLE FOR TROUBLE (bukan DOUBLE TROUBLE tau..) ini menampil kan komposisi2 dari seleksi lagu2 terbaik dari dua nama besar dalam industry music (terutama nya ROCK) iaitu SWEET CHARITY dan juga LEFTHANDED.Album ni aku dapat kan nya pada bulan lepas.Aku bukan lah fanatik kepada kedua2 buah band berkenaan,namun aku harus akui NILAI mereka pastinya tinggi,ini kerana RELEVAN nya music mereka telah merentasi zaman dan masih ada generasi2 baru yang meminati mereka.
              Umum nya tahu yang SWEET CHARITY mahupun LEFTHANDED telah banyak merilis kan album2 berbentuk kompilasi yang mana seleksi lagu2 mereka yang dimuatkan adalah lagu2 yang biasa kita dengar..pada aku itu cukup rugi,kerana aku yakin bahawa banyak lagi lagu2 yang hebat dari mereka yang tidak diketengahkan,dan ia lebih dari sekadar Kamelia mahupun debunga wangi.Namun tidak pada kompilasi ini dimana kebanyakkan lagu2 yang jarang didengar (oleh budak mentah macam aku ni) terkandung dalam kompilasi yang didatang kan khas dengan dua disc ni.Dan aku memilih untuk membeli nya sebagai riadah halwa telinga aku dimasa lapang. 

Disc 1

  1. Berita gempa (Sweet Charity) 
  2. Alam Dan Pencipta (Lefthanded)
  3. Di Tahun 2000 (Sweet Charity) 
  4. Hidup Dan Perjuangan (Lefthanded) 
  5. Ribut 10:59 (Sweet Charity) 
  6. Semangat Lamina (Lefthanded) 
  7. Kawan Ketawa,Kawan Menangis (Sweet Charity) 
  8. Perjalanan (Lefthanded) 
  9. Musibah (Sweet Charity)
  10. Tenat (Lefthanded) 
  11. Lahirmu Bukan Untuk Dunia (Sweet Charity) 
  12. Sepanjang Riwayat Hidupku (Lefthanded) 
  13. Wanita (Sweet Charity) 
  14. Sudi-Sudikah Dikau (Lefthanded) 
  15. Dekatlah Padaku (Sweet Charity) 
Disc 2

  1. Seruan (Lefthanded) 
  2. Mengejar Mimpi (Sweet Charity) 
  3. Carilah (Lefthanded) 
  4. Raja Kumbang (Sweet Charity)
  5. Rentasi Dunia Music (Lefthanded) 
  6. Hanya Rock&Roll (Sweet Charity)
  7. Bertemu Dalam Rock& Roll (Lefthanded) 
  8. Asmara (Sweet Charity) 
  9. Rockrama (Lefthanded) 
  10. Perjalanan (Sweet Charity) 
  11. Blues (Lefthanded) 
  12. Penunggu (Sweet Charity) 
  13. Lanun (Lefthanded) 
  14. Bayang Bayangku (Sweet Charity)
  15. Keadilan (Lefthanded)  
                           Amacam??puas hati??? ada 30 buah lagu..tiada lagu ballad..kalau ada pun mungkin dari SWEET CHARITY itupun bukan ballads biasa namun ianya berbentuk Blues...Apalagi geng??kasi angkut lah ini album....sebab ini bukan calang2 band lah...ada dua guitar hero malaya yang terbabit dalam kedua2 band ni..yang pertama ROSLI MOHALIM yang telah dinobat kan sebagai guitar hero melayu yang pertama dan diikuti MAN KEEDAL yang sehingga kini masih ampuh sebagai guitar hero yang dominan di kancah Rock Malaysia..jadi nak cerita apa lagi???

             

Saturday, July 2, 2011

jawapan kepada soalan "APA YANG KURANG"

                  Dua hari lepas aku ada menonton sebuah rancangan hiburan (berbayar) yang mana rancangan ini ada lah sebuah rancangan temubual kepada artis2 (rata2 pemuzik baru) tentang jatuh bangun sebuah Industry.Dalam rancangan tersebut pengacara ada mengajukan soalan kepada dua orang panel (pemuzik mainstream barangkali) dengan soalan yang berbunyi di Malaysia ni "APA YANG KURANG".
                  Soalan ini diajukan bagi mendengar pendapat kedua2 panel berkenaan selaku wakil dari generasi pemuzik baru mengenai KESUKARAN pemuzik sekarang untuk terus HIDUP dan RELEVAN.Salah seorang dari panel menjawab KONON2 nya media penyiaran berat sebelah terhadap pemuzik baru....???lepas dia bagi jawapan aku terus gelak besar....hahahaha...yang sepatutnya beri jawapan yang macam tu adalah pemuzik2 VETERAN bukan nya dia.Barangkali dia ni buta HATI agaknya,apa dia tak nampak ke betapa besar nya ruang untuk pemuzik2 macam dia ni dicipta oleh media penyiaran...bukti nya??


  1. Terdapat beberapa station radio (tempatan) yang hanya memutar kan lagu2 dari pemuzik2 baru selain lagu2 yang TERKINI sahaja..bukan kah ini dipanggil RUANG buat anda??
  2. Kebanyakkan saluran hiburan (berbayar) hanya memaparkan rancangan2 hiburan yang mana rata2 artis nya adalah pemuzik/band baru..bukan kah ini dipanggil RUANG buat anda?? 
                Tapi jawapan bagi panel yang kedua adalah paling menarik dan membuat kan aku lagi sekali tergelak besar...jawapan dia adalah Malaysia KEKURANGAN icon untuk dijadikan contoh???hahahahahaha...ini sebenarnya adalah jawapan dari orang yang BANGGANG!!!..jawapan yang mamat ni bagi adalah jawapan nak sorok kelemahan diri,jawapan yang nak tutup keBODOHAN dia yang tak mampu nak tarik minat orang mendengar lagu2 sampah dia.


                      Aku nak ajak kalian berfikir sejenak tentang jawapan dari panel kedua ni yang konon2 kita langsung tiada artis yang boleh dijadikan RUJUKAN buat mereka.Apakah benar kita memang tiada sebarang contoh untuk itu???tak kan lah dari zaman era R.Azmi yang mana rata2 artis zaman tu terpaksa bersawah dan berladang semata2 untuk merekod suara kepiring hitam sehingga lah ke zaman sekarang ni iaitu zaman artis dipilih melalui undian dan bukan nye bakat tiada langsung yang boleh kita angkat sebagai ICON...pasti ada bukan??
                     Jadi jawapan sebenarnya ialah kita bukan kekurangan ICON untuk diikuti,masalah pokok nya ialah artis/band itu sendiri yang sudah KERING dengan IDEA mahupun KREATIVITI..itu adalah jawapan sebenar.Jangan dolak dalih dengan tuduhan yang bukan2.Jangan cuba2 nak sorok kelemahan dengan menuding jari kearah orang lain kalau diri sendiri yang tak mampu bersaing!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...