bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Showing posts with label Review Rock Melayu. Show all posts
Showing posts with label Review Rock Melayu. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

WINGS Menakluk Kosmos..

                         Artikel ni dah pending dua tahun dalam draft..cuma ada penambah baik sikit dari sudut review.Sepatutnya minggu lepas lagi aku post artikel ni tapi sebab taknak ganggu mood SCORPION LIVE korang tu maka minggu ni baru aku publish.Tu pun pikir 2-3 kali juga nak post minggu ni takut bertembung dengan review2 pasal album Metallica pula hahaha...takpelah,disaat korang tengah mabuk dengan album baru Metallica tu harap sudi baca apa yang aku merapu ni ok..


                                 Ramai yang terkejut dengan perkhabaran ni..tanpa ada sebarang petanda tiba2 berita tentang album baru dari lagenda Rock WINGS berlegar di media sosial..menambahkan lagi teka teki apabila nama2 seperti Edrie Hashim,Ito Blues Gang dan Ramli Sarip menurusi laman Twitter dan Fb masing2 menyatakan mereka telah mendengar beberapa track dalam album tersebut dan ianya cukup solid and heavy.
                                 Apa yang aku nak sentuh perihal album ni ada dia punya sudut positif dan  negatif.Dan aku mulakan dengan negatif dulu.Ok,seperti yang kita tahu ini adalah koloberasi pertama diantara WINGS dengan KRU MUSIC,dari apa yang aku tahu KRU MUSIC sememangnya jagoan dalam melahirkan album baik dari segi produk mahupun promosi,ia akan dibuat secara besar2an dan ini standard bagi mana2 company besar bagi dapat pusingan modal dan untung...jika difikir WINGS bertuah dan pasti hasilnya adalah positif jika album baru ini dibawah KRU MUSIC.Namun sebaliknya pula berlaku.
                                 Untuk pengetahuan korang KRU MUSIC telah membayar station radio melayu SINAR,FM sebagai rangkaian rasmi promosi.Sehinggakan untuk dalam masa seminggu SINAR.FM menukar nama mereka kepada WINGS.FM.....ini bermakna jika sebelum ni tagline station mereka berbunyi seperti ini "JANGAN KEMANA-MANA TERUSKAN BERSAMA SINAR.FM" tapi dalam masa seminggu ia bertukar menjadi JANGAN KEMANA-MANA TERUSKAN BERSAMA WINGS.FM"...faham kan??...jadi ini bukan melibatkan kecik anak punya modal dan pastinya amaun besar digunakan dalam rangka promosi.


                                   Tapi sayang seribu kali sayang sedikit pertelagahan berlaku diantara dua pihak mengakibatkan pengedaran terbatas pada waktu tu.Aku dimaklumkan hanya lebih kurang 100-200 keping sahaja yang terlepas kepasaran sebelum pihak pengedar terpaksa memberhentikan edaran ikutan dari pertelagahan tersebut.Aku sendiri terpaksa tawaf satu kedai ke satu kedai untuk mendapatkan edaran terhad tu,dari cheras terus ke ampang,kemudian terus ke pusat bandar last2 dekat kedai speedy video area umah aku juga yang ada baki 2 keping...mereka yang terlambat terpaksa menunggu 2-3 minggu selepas itu baru dapat stock cd.
                                   Disinilah mistake besar telah berlaku menurut perhatian aku,disaat promosi sedang ligat berjalan tapi album tiada dipasaran.Cuba korang fikir SINAR.FM adalah salah satu station radio yang gah dan ramai pendengar,takkan dalam nisbah 10 takde sorang pun yang tertarik nak beli kan?...kalau 5000 pendengar dah berapa pula tapi semua tu tak berguna sebab album tiada dipasaran.

                                Dari sudut positif pula album ni aku anggap dah melepasi garis statik rock kapak melayu,ia bukan tipikal lagi tapi sebuah album yang betul2 boleh kita iktiraf sebagai album.Tahun 2002 WINGS keluar dengan "Naga Kramat" dimana ianya cukup gelap dan raw seolah2 mereka mempersembahkan album solo joe kerana bunyi guitar work joe sahaja yang menari2 disetiap lagu,tetapi beza dengan album ni ianya tampak balance dan terlalu hebat jika hendak diletak sama taraf dengan album2 rock baru mainstream sekarang ni.
                                 lagu-lagunya hebat,boleh dikatakan joe mendominasi pembuatan lagu dan produksi,sepertimana yang kita tahu album2 WINGS sebelum ni ada juga kesan2 air tangan dari Andy Rahman mahupun M.Nasir,tapi kali ni WINGS betul2 punya WINGS dan mereka pukul rata.Kalau 2002 lagu "ranggi metropolis" menghiasi taruhan album tapi kali ni lagu "ingatkan dia" meninggalkan bisa yang lebih tajam,bukan saja taruhan utama album ni tetapi lebih dari itu,menjuarai pilihan2 diradio dan digunakan sebagai soundtrack drama dan sebagainya membuktikan ia betul2 secret bullet WINGS yang benar2 menjadi..

                                Segalanya tampak lengkap,baik dari segi sound mahupun lagu2 yang terkandung,tapi kalau korang yang dah biasa dengan WINGS pasti akan rasa ada sikit ruang kosong dalam produksi kali ni,bukan aku maksudkan album tempang tapi seakan2 ada satu sisi yang kita rasa WINGS tak buat dalam "menakluk kosmos"...mungkin jawapan dia ada pada trivia note dekat bawah ni...


TRIVIA NOTE

  1. Peminat WINGS terpaksa mengambil masa hampir 12 tahun selepas "Naga Kramat" untuk mendengar hasil terbaru WINGS "menakluk kosmos" 
  2. Kembalinya WINGS mengguna nama band mereka sendiri..berbeza dengan "Naga Kramat" band terpaksa meletak nama WINGS & AWIE sebab masing2 terikat dengan kontrak syarikat rakaman yang berbeza waktu tu. 
  3. Langsung tiada hasil air tangan dari M.Nasir dalam album ni,malah dalam credit thanks pun langsung tiada disebut nama M.Nasir...jadi bolehlah WINGS tepuk dada dengan bangga sambil sebut "NO M.NASIR...NO PROBLEM" 
  4. Eddrie Hashim menyumbang 2 lagu sahaja dalam album ni,syukur juga cuma 2 lagu kalau 7-8 lagu takut WINGS jadi Projek Pistol Malam Edan pulak...masak nak menjawab nanti.. 
  5. Album kali ni tiada lagi nama2 seperti J.S Kevin dan Loloq...dan inilah mungkin punca mengapa album ni agak sedikit berlubang kosong..ini kerana 2 nama ni adalah orang2 kuat produksi WINGS sebenarnya terutama Allahyarham J.S Kevin...natijah dari kehilangan 2 insan hebat ni bukan sahaja WINGS yang terkesan malah mana2 band yang pernah mendapat bantuan nasihat produksi dari arwah J.S Kevin turut terkesan....contoh mudah tu XPDC tu..kan jahanam lagu2 baru dia.. 
  6. WINGS dah ada killer song baru "ingatkan dia" sementara SEARCH masih lagi statik dengan pawana rozana isabella... 


Dah beli dah...nak ke kalau diulas??...ke biar ia terus positif dimata korang yang mendambakan ia kembali ke era And Justice For All???kahkahkahkah...






Saturday, October 29, 2016

SWEET CHARITY






Telah kupeluk telah ku dakap cita-cita...telah ku genggam kau dengan cerita lara......

Monday, February 11, 2013

Search pasca reunion 2004 & Empire Garden "Lost Album"& Gothic Malam Edan

                Sebenarnya aku nak review album Search iaitu "Gothic Malam Edan" sahaja tapi bila difikir balik ada eloknya aku imbaskan sedikit perjalan kumpulan lagenda ni semenjak dari era reunion mereka di tahun 2004 dulu...aku mungkin tidak layak untuk bercerita dari awal sejarah penubuhan kumpulan ni memandangkan usia pun baru setahun jagung,namun tatkala mereka mula bersatu pada tahun 2003/2004 aku sudah cukup matang dalam penerimaan sesuatu hasil music termasuklah sesuatu yang digelar Rock N Roll...jadi segala bahan bacaan yang bakal kalian semua baca ni 100% adalah dari kacamata aku sendiri yang mengikuti perjalanan kumpulan ni semenjak mereka bergabung dan tiada istilah cut & paste dari internet atau segala macam....so sementara korang rileks2 dekat kampung sempena musim cuti panjang ni harap korang enjoy dengan posting kali ni.......tu dia..poyo punya mukadimah kihkihkih!!!!


                    Tahun 2004 secara rasminya kumpulan lagenda ni bersatu..dizahirkan melalui sebuah konsert yang digelar "konsert evolusi Search"(klik SINI untuk baca) dimana turut mengundang Achmad Albar dari lagenda Rock Indonesia iaitu kumpulan God Bless untuk beraksi.Konsert ini mendapat sambutan cukup hebat..dimaklumkan juga tatkala itu barisan artis2 tanahair juga ramai yang datang untuk menyaksikan lagenda ni beraksi...beritahu aku kumpulan mana dalam Malaysia ni yang mampu menarik minat artis lain datang ke konsert mereka selain dari Search??...
                    Kesinambungan dari reunion ini Search sudah mula mengumumkan bahawa mereka bakal tampil dengan sebuah album baru yang diberi nama "Empire Garden".Namun album Empire Garden yang dijadualkan bakal menemui fan pada tahun 2006 tidak juga muncul.Album yang sepatutnya diterbitkan oleh M.Nasir ni masih tiada status rasmi,hanya Search sahaja ketika itu yang kerap menyatakan bahawa album tu dah hampir siap.
                    OK,kita letak tepi dulu pasal album "Empire Garden" ni...kita buka pula cerita pasal Seacrh yang dikecam teruk kerana ada beberapa live dorang ketika itu dikatakan agak "gagal" dari segi performance ...aku tidak pasti "gagal" itu dari segi apa dan puncanya tapi terbukti perkara tu sedikit sebanyak memberi impak kepada kumpulan ini.Paling tidak boleh dilupakan apabila Search menarik diri dalam konsert anniversary mereka dan tempat Search digantikan pula oleh kumpulan SLANK yang menjadi headliner untuk konsert berkenaan...masih ingat kejadian ni??...
                   Masih lagi aku ingat dimana ada sebuah rancangan debat dalam sebuah station tv berbayar dimana pada malam itu Amy berdebat dengan Tang (Clockwork Record) dan isu dalam perdebatan itu adalah mengenai isu artis seberang....pada permulaan debat Amy banyak bercerita bagaimana Search telah menawan indonesia pada akhir 80'an dahulu dan macam2 lagi yang Amy cerita dan kemudian Tang (organizer yang membuat konsert Dewa19) menyoal Amy hanya dengan satu soalan sahaja yang berbunyi lebih kurang begini "kalau you guy's betul2 senior kenapa lately ni show you all semua hancur??" dan dengan soalan itu sahaja Amy terus terdiam dan tidak mampu menjawab.....barangkali brother Amy lupa bahawa Search masuk ke Indonesia tatkala itu informasi music disana sememangnya serba serbi  kurang,namun jika Search masih berfikir bahawa mereka adalah MONSTER pada pendapat aku itu sudah SILAP...kerana diwaktu ini negara Indonesia memiliki barisan nama2 yang jauh prestasinya banding dengan apa yang kita ada...mereka sudah ada EDANE yang bikin soundtrack untuk movie SPIDERMAN,mereka sudah punyai IWAN FALS yang mana majalah "The Times" meletakkan beliau sebagai "Hero Asia",mereka sudah punya SLANK yang dah bikin tour seluruh America dan Eropah,mereka sudah punya Ahmad Dhani yang mengepalai Dewa19 yang dah banyak kali menang dalam festival jazz diluar negara.....so????


                    Album "Empayar Garden" masih lagi belum dikeluarkan...tak tahu apa puncanya..ada pihak yang menuding jari menyalahkan M.Nasir kerana ketika itu M.Nasir terlalu sibuk dengan artis2 realiti tv..ada juga pihak yang menyalahkan Kid dan juga Din kononnya masalah disiplin mereka berdua menyebabkan kelewatan album ni disiapkan...aku sendiri pun tak pasti...apa yang pasti hanya Search saja yang tahu apa masalah mereka.
                    Dipendekkan cerita pada suatu show untuk sambutan malam tahun baru (tak ingat tahun apa!!) Amy turut menyerikan show berkenaan,dalam show itu juga Hillary Ang adalah guitarist yang bermain untuk keseluruhan show itu...maka secara nostalgiknya Amy dan Hillary dipertemukan disatu pentas dan membawa lagu2 Search yang evergreen...ketika Amy membawa lagu "pawana" pada malam itu aku nampak betapa enjoy nya Amy dan Hillary memainkan lagu tu bersama dan pada masa tu aku dah terdetik dalam hati yang tak mustahil Hillary akan dipanggil masuk semula kedalam Search.
                   BOOMMMMMM....selang seminggu terpampang dalam majalah dan akhbar dimana Search mengumumkan bahawa Hillary sudah kembali kepangkuan Search dan beliau (Hillary) sudah bersedia untuk membantu Search bagi mereleasekan album baru.....persoalan kemana Din dan Kid??...


                       Aku tidak pasti samada pasangan Rock N Roll Adik beradik ni dipecat atau mereka sendiri yang keluar dari band lagenda itu...apa yang pasti mereka berdua masih lagi rebel dengan music Rock dan sempat bermain dalam one off gig yang mana gig berkenaan dipanggil "guitarist stories" dimana Kid dan Din adalah headline pada gig berkenaan dimana turut menampilkan kumpulan Rock 90'an iaitu BABYLON sebagai opening!!!... 

                
                   Dengan kemasukan Hillary dan hasil bantuan Edrie Hashim maka terlahirlah sebuah manifesto terbaru dari Search yang dipanggil "Gothik Malam Edan".Album ni menyaksikan Search sudah mula bermain dengan unsur2 modern dan mereka meneroka segala macam bunyian digital,hasil album ni menurut aku memuaskan,apatah lagi bagi sebuah band yang seperti Search mereka memang harus meneroka segala bentuk teknologi yang mana band2 lain belum termimpi untuk melakukannya....tertanya juga dimana album "Empire Garden"??..apakah lagu2 dalam "Gothik Malam Edan" ini adalah lagu2 yang sama dalam album "Empire Garden"??...Search memberitahu bahawa "Empire Garden" telah menjadi "Lost Album" dan hanya 2-3 lagu sahaja dalam "Empire Garden" dibawa masuk kedalam "Gothik Malam Edan".
                  Album ni menyebabkan fans kumpulan Search terbahagi dua..ada yang memahami tujuan album ni dilahirkan dan ada yang mengecam teruk akan kemampuan album ni....hinggakan penerbit album ni iaitu Edrie Hashim dipersalahkan dalam isu berkenaan.Pada aku album ni bukanlah seteruk mana,kerana macam yang aku cakapkan tadi yang kumpulan seperti Search memang wajib untuk move on tanpa ada sekatan,sebab mereka adalah icon jadi mereka harus jadi yang PERTAMA dalam meneroka apa juga subjek dalam term Rock N Roll..
                  Secara peribadi album ni adalah antara album yang terbaik pernah Search bikin,cuma kekurangan untuk album ni hanya satu iaitu kurangnya lagu2 yang berunsur "liar dan buas"..dalam segala aspek trend mahupun apa sahaja Search perlu juga tahu bahawa mereka perlu ada lagu2 yang berstatus KILLER seperti lagu 'kereta merah','Emanuelle' mahupun 'diari habil & qabil'.....
                   

Sunday, March 25, 2012

LEFTHANDED "Nafas"

             
            Rasa macam dah lama tak review album dari kumpulan2 lagenda Rock Melayu 80'an kan??...last rasanya aku ada review pun adalah album SOFEA "Anak Liar" ..walaupun aku tak sempat nak merasa keghairahan kancah dunia Rock Melayu yang hebat pada dekad tu namun kerana membesar dengan lagu2 dari kumpulan2 dari zaman berkenaan rasanya wajar juga jika dibuat satu kolum khas untuk setiap posting berkenaan album2 Rock zaman tu yang aku label kan sebagai "Review Rock Melayu"
            Ok...ini adalah album yang dikeluarkan pada tahun 1996 iaitu album kedua LEFTHANDED tanpa Nash sebagai vocalist iaitu selepas pertama kalinya melalui album "Fanatisme" yang keluar pada tahun 1991 dimana Abang Ramli Sarip menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Nash.Vocalist bagi album 'Nafas' ni pula ialah Arab,yang mana pada pendapat aku adalah susuk yang paling tepat untuk membawa apa juga lagu2 dari LEFTHANDED ni.
             Bukan sahaja vocalist namun drummer nya juga adalah personal yang berbeza,bukan lagi Man Dayak namun diganti dengan drummer dari kumpulan REVOLVER iaitu Abang Tom....terlanjur bercakap pasal Abang Tom ni rasanya beliau ni cukup layak untuk diberi penghormatan.Bukan sahaja kerana bakatnya mengemudi jentera pukul memukul tu je namun kreadibiliti beliau mengiringi mana2 artis dalam dan luar negara tak kiralah apa konsep dan rupa bentuk music mereka sekalipun.Andaikata Rosli Mohalim diangkat sebagai Guitar Hero Melayu pertama rasanya tak keterlaluan juga jika kita mengangkat Abang Tom ni sebagai Drum Hero Melayu yang pertama.


                  Berbalik pada album ni tadi (hehehe) ianya nampak begitu eksklusif kerana menampilkan tiga bentuk rakaman sekaligus iaitu rakaman live,rakaman lagu baru dan juga rakaman semula dua lagu lama yang diberi  nafas secara akustik.Untuk rakaman live ia adalah rakaman pada sebuah konsert LEFTHANDED yang berlangsung di Stadium Merdeka pada tahun 1994.
                  Dan kalau tak salah (kalau salah tolong betulkan) lagu2 studio pada album ni (bukan lagu2 live) hanya dimainkan oleh Arwah Samad sahaja kerana pada waktu itu Man Keedal terlalu busy menyiapkan album solo beliau sendiri.Tapi pada aku walaupun album ni tanpa Man Keedal sekalipun ia tetap sempurna kerana individu2 penting pada nama LEFTHANDED itu masih ada seperti Yan dan juga Arwah Samad.Jika sebelum2 ni album2 LEFTHANDED dikemudi oleh Abang Ramli Sarip sebagai penerbit namun pada produksi ini ia diterbitkan oleh personal LEFTHANDED sendiri.
                 
Track :

  1. Seruan (live) 
  2. Keadilan (live) 
  3. Hidup Dan Perjuangan (live) 
  4. Blues (live) 
  5. Debunga Wangi (live) 
  6. Semangat Lamina (live) 
  7. Kenangan Bersamamu (versi akustik) 
  8. Sutra 
  9. Nafas Rindu 
  10. Maya Persada (versi akustik) 

Sunday, February 12, 2012

REAL XPDC Live 1999...

                    Bila terbaca ulasan brother Deaf mengenai Live SEARCH & XPDC di Singapore baru2 ni membuatkan aku berfikir..aku berfikir bukan kerana heran Search yang jadi opening untuk Xpdc tapi aku berfikir bahawa begitu cepat masa berlalu,rasanya bagai baru semalam si Mael dok sakan bergaduh dengan geng2 lain Xpdc namun hari ni dorang dah boleh duduk semula satu stage dengan kesemua Line Up sama2 berganding bahu diatas satu payung yang bernama Xpdc..Alhamdulillah..
                    Bukan aku nak mengungkit cerita lama,namun sekadar untuk imbas balik kisah2 pahit jerih Mael berjuang diatas nama Xpdc itu sendiri.Beliau dengan kawan2 yang lain (REAL XPDC/REAL X) ditekan kanan dan kiri oleh mereka2 yang kurang senang dengan beliau (waktu itu)...kalau korang ada baca kisah mereka pelbagai kisah2 yang sukar kita nak telan jika kita ditempat Mael..apa yang dorang tak rasa??..dari penangguhan  rilis album bagi Mael punya group baru (REAL XPDC) sampailah sekatan demi sekatan ketika itu..alhamdulillah pada tahun 2002 syarikat rakaman EMI akhirnya bersetuju mengeluarkan 2 single dari group Mael namun harus ditukar nama band dari REAL XPDC menjadi REAL X...klik SINI kalau korang nak baca pasal dua single tu..


                 Macam yang aku sebutkan tadi,Mael telah dikunci kaki dan tangan ketika itu oleh pihak2 yang memboikot beliau walaupun dalam masa yang sama REAL XPDC yang dipacunya sudah mengumpul begitu ramai pejuang2 Heavy Metal melayu dibelakangnya.Dan membuatkan pihak pengurusan band ini mengambil keputusan untuk merakam satu show mereka di Shah Alam pada tahun 1999 sebagai hadiah bagi peminat2 yang begitu rindu dengan dendangan Mael.Untuk pengetahuan korang show ini dirakam tanpa pengetahuan Mael sendiri..ia begitu spontan dan ini yang menampakkan ia begitu istimewa dan masuk dalam kategori album live paling klasik dalam deretan album live Metal Mainstream.
                Album ni juga adalah pesaing terdekat dengan album live dari band lamanya iaitu XPDC yang ketika itu baru sahaja mengeluarkan album live mereka sendiri pada tahun 1998 yang diberi nama "Konsert Raksasa XPDC Brutal"....bukan itu saja bahkan album live ini juga adalah pesaing bagi satu lagi studio album XPDC iaitu "Samurai" yang diterbitkan pada tahun yang sama (1999)...boleh dikatakan ketegangan kedua2 pihak ini (REAL XPDC dan XPDC) memang sengit,bahkan seingat aku dulu pernah dirancang satu konsert khas yang dipanggil "The Battle Of Brutal" dimana konsert ni dirancang untuk memperlihat sapa yang lebih havoc samada XPDC ataupun Mael (REAL XPDC) begitu sekali hebatnya penangan krisis kedua mereka ni dulu...tapi kalau tak salah show tu pun tak jadi dilaksanakan atas beberapa sebab,kalaulah ia diteruskan korang rasa sapa yang menang time tu??...hehehehehe


                 Ok,berbalik pada kaset ni,ketika rakaman live ini dibuat line up yang bertanggungjawab ialah Mael sebagai vocalist,Fares (Melissa/Undertaker) sebagai Guitar,Adeq (Fahrenheit) bass dan Joe (Fahrenheit) diposisi drum..walaupun begitu line up paling diingati bagi peminat REAL XPDC adalah semasa Bonn (Fahrenheit/Meditasi) menjadi guitarist yakni guitarist tatkala nama mereka bertukar kepada REAL X dan melahirkan single promo.
                 Pada sesiapa yang masih pegang lagi album ni aku ucapkan tahniah sebab anda memegang salah satu portfolio penting dalam rentetan sejarah Rock Malaysia.Album ni masih berfungsi baik sehingga hari ini dan setiap kali aku mainkan semula kaset ni terasa macam zaman2 remaja dulu ketika mabuk dengan XPDC..apapun sekarang ni XPDC dah pun bergabung semula dengan Mael bahkan kroni2 lain juga sudi sebumbung dengan XPDC bagi menjana survival XPDC dalam gelanggang music tempatan..

Track :

  1. Jangan Tak Mandi
  2. Senapang Patah
  3. Ntahapahapantah
  4. Hidup Bersama
  5. Apa Nak Dikata
  6. Bahalol
  7. C.I.N.T.A versi METAL 
  8. Selendang Merdeka
  9. Taknak Jadi Soh Chai

Friday, November 25, 2011

SOFEA "Anak Liar"

               Pada minggu lepas telah berlangsungnya konsert anniversary ke-30 kumpulan gergasi Rock Malaya iaitu SEARCH,siri konsert berkenaan dimulakan di Pulau Pinang.Aku sempat bertanyakan pada rakan2 kenalan dalam laman sesawang cinta muka buku yang telah pergi menonton konsert berkenaan,rata2 nya meluahkan rasa kesal,menyesal,sedih,sakit hati,bengang,marah dan segala macam lagi terhadap konsert tu,alasan mereka ialah SEARCH tidak memberi apa yang mereka bayangkan...aku tak pasti apa maksud mereka,apakah kegagalan SEARCH "Diawan Biru" pada tahun 2009 berulang sekali lagi di Penang???Allahuaklam,hanya mereka yang hadir pada malam itu ajelah yang tahu apa masalah SEARCH sebenarnya...Namun rasa2 negatif mereka itu ada sedikit terubat kerana opening band pada malam itu adalah salah satu gangster lagenda dalam dunia Hard Rock melayu iaitu kumpulan SOFEA...bahkan mereka memberikan kredit pada SOFEA lebih tinggi dari SEARCH...hahahaha...ini sudah pelik..SOFEA jadi opening act tapi diangkat status persembahan mereka sebagai headliner... 
                Aku akui yang persembahan SOFEA (yang terbaru ni) memang terbaik,mereka all out,salah satu spirit yang jarang dipertonton kan oleh band2 Rock seusia mereka dan aku pernah menyaksikan aksi mereka beberapa bulan lepas tatkala SOFEA menjadi opening buat LOUDNESS (klik sini untuk baca)...dan oleh kerana tu jugalah terdetik hati aku nak review pasal album ni.


                         Ada yang kata album ni tak sepuas album "Boneka Pentas"...tapi pada aku sendiri sebagai seorang peminat baru,setiap rilisan lagenda ni pasti punya cerita dan nostalgia nya...tapi not bad apa,lagu2 pukul rata macam ANAK LIAR dan BUNGA PADANG PASIR kan melalui album ni.Mungkin mereka yang menafikan album ni adalah peminat tegar SYJ barangkali....tapi album sulung atas nama SYJ iaitu KHUDRAT (vokalis ALANG) takdelah sehebat mana,biasa2 je walaupun time tu Alang & Co try nak hidupkan balik zaman2 rebellious atas nama SYJ sekalipun...dan aku pun tak minat dengan album KHUDRAT tu secara peribadi.


                        Aku anggap album ni antara album Klasik Rock Melayu terbaik yang ada dalam simpanan aku,dan aku seronok pusingkan album ni tatkala masa terluang,mungkin juga tak sehebat album keramat mereka yang lain,tapi jangan terlepas pandang...wei,ni SOFEA lah bukan kumpulan pop leleh...tak kan nak pertikai apa juga yang dorang bikin...


  1. Anak Liar
  2. Titik-titik Noda
  3. Bunga Padang Pasir
  4. Siksa Bayangan
  5. Godaan Syaitan
  6. Gadis
  7. Suratan Perpisahan
  8. Kejutkan Mereka
  9. Pabila Cinta Bersemi (amboii tajuk bukan main..hahaha) 
  10. Sisa-sisa Hidup 


P/S : Bila cerita pasal Live SOFEA teringat masa tengok dorang hari tu,sikit punya banging aku dengan kawan aku Fareez...almaklumlah sebelum ni dengar cerita,sekarang dah tengok depan mata...

Tuesday, October 18, 2011

SEARCH & AWIE "Bikin Wilayah"

               Masuk era 90'an tiada satu pun Band Hard Rock yang menjadi..sebut lah mana Band yang gah segalipun baik WINGS mahupun MAY semua seakan akan hidup segan mati tak mahu..dan nasib serupa juga terpalit pada gergasi Rock Malaysia iaitu SEARCH.Album2 SEARCH pasca pertengahan 90'an tiada satu pun yang menjadi.Tiada yang mencapai impak seperti Fenomena mahupun melepasi album Karisma.Kenapa ini semua berlaku?? sebabnya pada tahun pertengahan 90'an adalah zaman XPDC..zaman dimana semua orang menolak ketepi album METALLICA kerana memadai lah dengan album2 seperti Kita Peng yu ataupun Brutal dan inilah dia punca mengapa Band2 gergasi Rock yang lain ada sikit terTAMPAR dengan ketepatan idea XPDC..
              Ok,balik pada cerita SEARCH tadi,tahukah anda dalam semua kegagalan album mereka (menurut aku) namun ada satu album di penghujung tahun 90'an yang telah memberi IMPAK yang besar dalam dunia Rock sekaligus memberitahu seluruh umat tanah melayu bahawa SEARCH masih hidup??ia tidak lain dan tidak bukan adalah album special project SEARCH bersama AWIE  yang diberi nama BIKIN WILAYAH.


                 Album ni cukup nostalgik pada aku secara peribadi..ia seakan2 sebuah album yang boleh diibaratkan sebagai sebuah tong gas yang diberikan kepada SEARCH untuk terus hidup walaupun dalam jangka masa yang singkat selepas itu.Ini kerana ramai yang menganggap SEARCH akan arwah setelah Amy membawa haluan sendiri.Namun rezeki sekali lagi berpihak pada SEARCH tatkala lagu PUKUL RATA seperti "Nurnilam Sari' telah diterima cukup baik oleh segenap masyarakat...SEARCH memang punyai magis mereka sendiri... ada beberapa perkara yang aku nampak dalam album ni

  1. SEARCH mengguna pakai formula DEEP PURPLE pasca album BURN,dimana David Coverdale mempunyai partner vocal bersama dengan Glen Hughes (Bassist)..begitu juga album ini dimana Awie digandingkan bersama Fauzi (bassist SEARCH waktu itu) bagi menambahkan lagi kacau bilau Rock anutan mereka dalam Bikin Wilayah.. 
  2. Jika sebelum ini M.Nasir menjadi penerbit album2 mereka dan paling tidak pun sebagai penasihat produksi namun dalam album ini M.Nasir hanya menjadi penata vocal...ini bermakna SEARCH sudah mulai progress dan mahu satu mood baru dalam penciptaan album. 
  3. Lirik2 didalam album ini LIAR dan BUAS,tidak seperti album2 mereka bersama Amy.Bahkan setiap lirik yang dicipta masuk dengan setiap lagu. 
  4. Album ni aku anggap sebagai album yang betul2 telah DIFIKIR sebelum direkod...ini kerana kesempurnaan bagi setiap aspek produksi itu ada dalam album ni. 



                       Jika anda pernah / memiliki album ni pasti anda tahu akan perbezaan langit dan bumi album ni jika dibanding album2 mereka yang lain.Aku berani katakan album ni adalah album magic SEARCH yang kedua selepas Fenomena.Bahkan menurut aku juga album ni 100 kali lebih rugged jika nak dibandingkan dengan album Gothik Malam Edan.Walaupun lagu Nurnilam Sari adalah anthem ballad dalam album ni,namun aku memilih lagu "Bayangan Baiduri' sebagai lagu balada tersolid dalam rilisan ini,dan lagu berat pulak pada aku semua boleh dilayan sebab semua best....anda harus miliki album ini jika anda adalah peminat setia SEARCH..


  1. Mancis Dah Basah
  2. Bayangan Baiduri
  3. Zen (Bikin Wilayah) 
  4. Setia Dalam Kacamu
  5. Ichiban
  6. Kanta Biru
  7. Ghairah Malam 15
  8. Mutiara Embun
  9. Penghujung Jalan
  10. Nurnilam Sari 

NOTA : Album ni aku puas cari,dua hari lepas baru jumpa itu pun kaset je...pada sesiapa yang tahu mana nak dapat album ni dalam format CD bagitau aku segera....tq...

Wednesday, July 6, 2011

Sweet Charity VS Lefthanded


                Ada sesiapa yang akan pergi ke konsert raksasa SWEET CHARITY & BLUES GANG nanti tak??kalau ada yang akan pergi aku ucapkan selamat menikmati muzik hebat dan segar dari gegaran ENGINE lama ni.Aku memang tak pergi..sebab nya aku memang langsung tak familiar dengan lagu2 dari kedua2 band berkenaan (kecuali beberapa lagu mereka yang selalu air play di radio).Lagi satu sebab nya kerana ekonomi untuk diri sendiri sekarang ni cukup gawat akibat dok berebut mendapat kan tiket konsert LOUDNESS yang bakal berlangsung nanti...arghhhhh!!!!
              Ok..balik pada album ni..album kompilasi yang dinamakan DOUBLE FOR TROUBLE (bukan DOUBLE TROUBLE tau..) ini menampil kan komposisi2 dari seleksi lagu2 terbaik dari dua nama besar dalam industry music (terutama nya ROCK) iaitu SWEET CHARITY dan juga LEFTHANDED.Album ni aku dapat kan nya pada bulan lepas.Aku bukan lah fanatik kepada kedua2 buah band berkenaan,namun aku harus akui NILAI mereka pastinya tinggi,ini kerana RELEVAN nya music mereka telah merentasi zaman dan masih ada generasi2 baru yang meminati mereka.
              Umum nya tahu yang SWEET CHARITY mahupun LEFTHANDED telah banyak merilis kan album2 berbentuk kompilasi yang mana seleksi lagu2 mereka yang dimuatkan adalah lagu2 yang biasa kita dengar..pada aku itu cukup rugi,kerana aku yakin bahawa banyak lagi lagu2 yang hebat dari mereka yang tidak diketengahkan,dan ia lebih dari sekadar Kamelia mahupun debunga wangi.Namun tidak pada kompilasi ini dimana kebanyakkan lagu2 yang jarang didengar (oleh budak mentah macam aku ni) terkandung dalam kompilasi yang didatang kan khas dengan dua disc ni.Dan aku memilih untuk membeli nya sebagai riadah halwa telinga aku dimasa lapang. 

Disc 1

  1. Berita gempa (Sweet Charity) 
  2. Alam Dan Pencipta (Lefthanded)
  3. Di Tahun 2000 (Sweet Charity) 
  4. Hidup Dan Perjuangan (Lefthanded) 
  5. Ribut 10:59 (Sweet Charity) 
  6. Semangat Lamina (Lefthanded) 
  7. Kawan Ketawa,Kawan Menangis (Sweet Charity) 
  8. Perjalanan (Lefthanded) 
  9. Musibah (Sweet Charity)
  10. Tenat (Lefthanded) 
  11. Lahirmu Bukan Untuk Dunia (Sweet Charity) 
  12. Sepanjang Riwayat Hidupku (Lefthanded) 
  13. Wanita (Sweet Charity) 
  14. Sudi-Sudikah Dikau (Lefthanded) 
  15. Dekatlah Padaku (Sweet Charity) 
Disc 2

  1. Seruan (Lefthanded) 
  2. Mengejar Mimpi (Sweet Charity) 
  3. Carilah (Lefthanded) 
  4. Raja Kumbang (Sweet Charity)
  5. Rentasi Dunia Music (Lefthanded) 
  6. Hanya Rock&Roll (Sweet Charity)
  7. Bertemu Dalam Rock& Roll (Lefthanded) 
  8. Asmara (Sweet Charity) 
  9. Rockrama (Lefthanded) 
  10. Perjalanan (Sweet Charity) 
  11. Blues (Lefthanded) 
  12. Penunggu (Sweet Charity) 
  13. Lanun (Lefthanded) 
  14. Bayang Bayangku (Sweet Charity)
  15. Keadilan (Lefthanded)  
                           Amacam??puas hati??? ada 30 buah lagu..tiada lagu ballad..kalau ada pun mungkin dari SWEET CHARITY itupun bukan ballads biasa namun ianya berbentuk Blues...Apalagi geng??kasi angkut lah ini album....sebab ini bukan calang2 band lah...ada dua guitar hero malaya yang terbabit dalam kedua2 band ni..yang pertama ROSLI MOHALIM yang telah dinobat kan sebagai guitar hero melayu yang pertama dan diikuti MAN KEEDAL yang sehingga kini masih ampuh sebagai guitar hero yang dominan di kancah Rock Malaysia..jadi nak cerita apa lagi???

             

Wednesday, June 15, 2011

EDANE 9299


                 Bila kita bercakap tentang perjalanan music Rock (80an/90an) di Indonesia,aku yakin yang pasti melintas di kepala kita adalah nama2 seperti GODBLESS,SLANK,JAMRUD mahupun BOMERANG bahkan aku juga yakin ada lagi ratusan nama2 Rock hebat dari sana namun kurang diberi perhatian disini kerana tiada rilisan dari mereka yang masuk menyeberangi tanah melayu.Namun tahukah anda bahawa antara ratusan band2 Rock hebat itu ada satu lagi nama yang cukup dekat dengan pecinta2 music Rock Indonesia yang mana impak music mereka menerajang terus akan kehebatan pemuzik2 Rock di Malaysia yang tatkala itu cukup mendominasi pasaran mereka??Ya mereka adalah EDANE..sebuah entiti muzik berat yang cukup2 akronim dengan sayembara perjuangan music keras Indonesia.
              Aku mengenali kumpulan ini melalui pendedahan dari rakan2.Pada awal nya aku agak sedikit sinis dengan mereka kerana pada aku mana kan mungkin band2 dari sana mampu menyaingi kehebatan pemuzik rock di Malaysia,namun selepas aku dengar lagu2 mereka menerusi album keramat mereka yang berjudul JABRIK semua pandangan awal aku terhadap mereka telah terlanjang bulat serta merta.Ya mereka mempersembah kan music yang cukup berselera di bawah naungan Hard Rock yang sebenar.Dan mulai dari saat itu aku mula perlahan2 mencari akan album2 dari EDANE ni.Tapi sayang nya cukup sukar untuk aku dapat kan.


             Cari punya cari akhirnya dua tahun lepas aku dapat kaset ni.Sebuah album kompilasi dari EDANE dari tahun 1992-1999 iaitu melalui formasi line up tersolid dan bersejarah buat pecinta music mereka iaitu tatkala IWAN,EET,HERI dan juga FAJAR mendukung watak2 disebalik music2 hebat dari EDANE.Album ni yang menampilkan lagu2 terbaik dari album2 hebat mereka seperti dari album JABRIK,BORNEO dan juga THE BEAST.Turut menampil kan 2 lagu baru sebagai hadiah.Harus diingat bahawa album ini bukan lah sebuah kompilasi yang biasa,namun ianya lebih berbentuk seperti portfolio bagi EDANE yang umum nya tahu bahawa mereka adalah jagoan Hard Rock Indonesia,kerana selepas pada era kompilasi ini EDANE telah menukar habis konsep mereka dan mereka lebih selesa bermain music yang bercorak MODERN ROCK.

Antara yang menarik tentang EDANE pada aku

  1. Andaikata dibuang vocal pada lagu EDANE,pasti nya anda akan merasakan lagu yang sedang didengar adalah lagu yang dimainkan oleh pemuzik2 Rock barat.Ini kerana EDANE telah mendapat struktur bunyi yang moden yang pada aku sama level dengan Rock oversea 
  2. Guitarist mereka iaitu EET SJAHRANI adalah guitar hero buat negara Indonesia.Semasa awal karier beliau,kumpulan Rock gergasi GODBLESS pernah menggunakan khidmat nya dalam beberapa siri album (ketika IAN ANTONO meninggal kan group tersebut).Selain dari itu karektor EET SJAHRANI yang gemar mengikut aksi pemain guitar AC/DC (Angus Young) antara perkara paling menarik tatkala melihat beliau beraksi 
  3. Pada aku EDANE adalah satu2 nya band music ROCK yang mampu membuat gubahan music ala2 VAN HALEN dengan cukup kemas dan bergaya.Ada beberapa band tempatan dulunya menciplak riff2 dari VAN HALEN namun nampak cukup gonjeng.Tapi tidak pada EDANE mungkin kelebihan ini terletak pada fungsi sound mereka yang betul2 tepat buat frequency music sebegitu.   


Lagu2 dalam album ni

  1. Rock On 
  2. Dengarkan Aku
  3. Ikuti 
  4. Big Town
  5. Pancaroba
  6. The Beast
  7. Untuk Dunia
  8. Borneo
  9. Free Granny

Thursday, May 26, 2011

MAY 25th Anniversary 'The Emperor Of Heavy Metal' 2011


                Pada mulanya aku ingatkan album ni memang tiada dikeluarkan dalam bentuk CD audio,ini kerana album ni dikeluarkan pada awalnya dalam bentuk Box Set yang disertakan dengan pakej seperti CD + DVD + buku Biografi akan kumpulan MAY yang dah menjangkau usia 25 tahun,sebab tu aku memang tak ambik tahu langsung pasal album ni sebabnya harga bagi sebuah Box Set pastinya tinggi dan aku bukan tergolong dalam golongan pembeli mampu milik bagi rilisan sebegitu.Tapi petang tadi masa merayap lepas balik kerja aku ternampak album ni yang dijual dalam versi CD DIGIPACK sahaja.Tanpa banyak tanya aku terus bayar sebab nya tawkey tu cakap CD yang ada ni last stock dan lepas pada ni dia hanya akan order yang versi Box Set sahaja.Syukur,rasanya recording company tu pun tahu kot ramai yang miskin macam aku ni yang minat MAY namun tak mampu membeli rilisan dalam bentuk sebegitu,mungkin sebabnya ia dikeluarkan juga dalam versi CD yang biasa.


               Album yang menampilkan beberapa lagu baru juga lagu lama yang diberi nafas baru ini adalah satu penanda aras ataupun lebih tepat sebagai LAMBANG kesetiaan MAY dalam memberikan kita semua rencah music Rock melayu selama 25 tahun tanpa rasa JEMU atau bosan dengan music yang mereka galas..ya mereka masih setia pada acuan Hard Rock dan akan sentiasa begitu.Semenjak Reunion mereka melalui album SINAR (2003??) kita boleh lihat komited mereka dalam memperjuangkan music ini tanpa menoleh kebelakang.Mereka terus dan terus aktif berproduksi dengan pelbagai jenis rilisan dikeluarkan samada rakaman Live mahupun kompilasi.


                    Aku dan beberapa rakan yang lain menggelarkan MAY ni sebagai HERO sebenar dalam sayembara kuasa music Rock,sebab nya dorang ni memang betul2 punya Gamble,mereka berani tampil dengan album/lagu baru tanpa ada perasaan takut samada album mereka bakal terjual atau tidak di pasaran modern,tidak seperti band2 lain yang berstatus legend namun hanya memainkan lagu lama mereka sebagai taruhan persembahan tapi tak berani langsung merekod album baru dengan seleksi lagu baru sebagai wadah dalam perjuangan mereka pada abad yang berlainan sekarang ni.Yang kedua nya MAY ni DARI KACAMATA aku dilihat antara kuartet lagenda yang Humble lah,manada dorang expose sangat kalau dibanding dengan band2 seusia mereka yang masih aktif,tapi mereka tetap akan sentiasa ada benda untuk diketengahkan secara tak langsung orang pun takdelah jemu tengok mereka.Kalau asyik2 buat konsert pastu lagu2 serupa mesti boring jugak kan??.
                Salah satu bukti yang mereka ni adalah band no1 dalam gugusan kumpulan Rock melayu adalah apabila mereka berjaya menggondol 3 kali anugerah dalam 'Anugerah Industri Music (AIM)' dalam kategori 'Best Hard Rock Album'.Bermula pada tahun 2003 melalui album SINAR,yang kedua pada 2004 melalui album OTAI JAMM 1 dan yang ketiga pada tahun 2005 melalui album Live&Unplugged @ Hard Rock Cafe.Testimoni yang MAY kecapi ni dah cukup membuktikan siapa mereka,kenapa mereka masih lagi relevan dalam persada music Rock Melayu.Jadi kepada anda yang memang membesar atau remaja nya anda memang bersama lagu2 mereka,makanya ni album wajib lu orang cari!!!!

Sunday, April 24, 2011

Real XPDC/Real X Single Tape 2002


                Kalau korang ni memang Mat Rock yang sentiasa follow perkembangan music Rock pasti korang tau kan cerita disebalik konflik pergelutan yang berlaku dalam band Heavy Metal gergasi Malaya iaitu XPDC dengan vokalist lama mereka Mael (sekarang dah joint balik..).Kalau kita semua ingat Mael ni sempat tubuh kan band yang mana macam nak cabar kehebatan XPDC lah kot dgn nama REAL XPDC yang selepas pada tu disingkat menjadi REAL X.Time tu penyokong XPDC pun dah terbelah dua,ada yang menyokong terus XPDC dan ada yang yang setia dengan dendangan Mael.
                REAL XPDC memang banyak turun bagi slot2 show (awal tahun 2000) dan dorang mendendang kan semula semua lagu2 XPDC dengan cara mereka sendiri.Kalau kita baca dalam mana2 majalah music di bahagian ruangan pembaca,pastinya soalan yang diajukan pada REAL XPDC ni adalah 'Bila nak keluar album'??.Sampai band tu pun dah naik pening dok menjawab benda yang sama.Yelah dorang pun nak juga dengar lagu2 dari REAL XPDC apa rupanya sebab waktu itu XPDC pun dah mula merapu dengan album Un'Metal 1&2 so semua peminat Heavy Metal melayu ni pun berharap lah kalau2 REAL XPDC dapat mengubati kehausan dorang nak melayan Metallica Melayu balik.Tapi apakan daya Mael dikongkong syarikat rakaman lama sehingga tak mampu berbuat apa2.
                Namun tahun 2002 menjawab semua penantian bagi peminat2 REAL XPDC apabila dua track dari mereka iaitu lagu 'Segar Dalam Ingatan' dan 'Disebalik Senyuman' telah mula dimainkan di semua station2 radio.Boleh dikatakan REAL XPDC ni memang bertuah sebab kesudian DJ2 radio untuk putarkan lagu mereka sekerap mungkin.Aku ingat lagi,yang mana tatkala lagu ni mula2 masuk dalam carta radio era dimana minggu pertama pencalonan lagu 'Segar Dalam Ingatan' terus mendapat no1 sekaligus meletakkan juara bertahan kumpulan SPIDER yang masa tu tengah panas dengan lagu Aladdin jatuh ke tangga ke-2.Begitu lah penangan Rock Melayu..hahaha..mana mungkin music2 Rock yang baru dapat menidak kan kehebatan Rock lama..hahaha
               Gambar kaset diatas ni adalah mini album yang mengandungi 2 track lagu yang aku sebutkan tadi.Asal nya track2 berkenaan hanya mahu diberi pada station2 radio sahaja,namun mungkin syarikat rakaman sedar yang mereka boleh dapat untung kalau keluar kan dalam bentuk album maka ianya dikeluarkan dalam kuantiti yang cukup TERHAD.Mana tak nya,masa tu peminat2 REAL XPDC ni memang ramai.Kira memang boleh buat duit lah,kalau tak masakan pada waktu itu di PERTAMA COMPLEX hampir semua lot kedai pakaian menjual Tshirt2 yang tertera nama REAL XPDC ni..Tapi nama REAL XPDC telah bertukar tatkala rilisan ini keluar,ianya dipendek kan dimana hanya REAL X sahaja.Dorang tak nak peminat kedua2 band keliru kot mana satu XPDC dan mana satu XPDC yang REAL..hahahaha

Sunday, January 30, 2011

REAL 'sifu'


                         Diantara penghujung 90an hingga ke awal millenium perasan tak yang mana banyak album2 berstatus 'Tribute' dibuat oleh banyak syarikat rakaman untuk dibarisi oleh band/pemuzik rock mahupun metal??kita buka semula antara yang sukses adalah XPDC dengan 'Metal 60an' nya,selain dari itu kalau tak silap FTG juga ada merakam kan lagu2 yang berkonsep cover juga.Dan banyak lagi lah.Band2 dari gugusan underground pun tak ketinggalan dimana album2 tribute seperti 'underground tribute to WINGS','underground tribute to SEARCH',dan juga 'underground tribute to RUSTY BLADE'..antaranya yang terlibat adalah seperti skinbasher,vociferation eternity,samurai dan banyak lagilah.
                        Antara lambakan2 album berkonsep sebegitu,perasan atau tak kita tentang satu lagi album yang berkonsep tribute yang dizahirkan pada tahun 1999 yang bertajuk REAL SIFU???sebuah album penghargaan khas buat sifu M.NASIR namun digarap dengan style Japanese Metal.Aku banyak lihat koleksi2 hebat mat rock di facebook tapi rasanya album ni memang tak ramai yang simpan.Bahkan aku sendiri baru je berpeluang untuk memiliki album yang berstatus 'Cult' ni bila aku terjumpa di sebuah kedai muzik lama di (rahsia!!) dengan harga yang cukup murah iaitu RM(rahsia!!)..
                      Kalau dilihat dari mata kasar pasti kita akan menjangkakan bahawa individu2 yang terbabit dalam album ni adalah mereka2 yang datang nya dari negara maria ozawa tu,yelah bukan je dari segi muzik,tapi bentuk cover album jugak.Bahkan nama2 pemuzik nya pun ala2 Nippon bunyinya.Tapi sebenarnya mereka2 ni adalah pemuzik2 dari band metal mainstream yang dikenali juga.Tapi biarlah aku rahsiakan identiti dorang.Cukuplah lah dorang dikenali melalui Art mereka je dalam album ni.Sebab dorang pun adalah nama2 besar dalam industri muzik Rock mainstream.
                       Bila cerita tentang re-cycle balik lagu2 M.NASIR ni kita tau mesti banyak artis2 Rock yang pernah buat Tribute untuk dia antara nya SEARCH pernah juga merakam semula lagu 'MALAM',AMY (SEARCH) juga ada cover balik beberapa lagu,tu tak termasuk HATTAN dalam album 'MENTOR' dan 'AKU & MENTOR'.Tapi yang ni memang lain sikit lah..no no..lain banyak sebenarnya..muzik arrangement yang cukup tight,selain penggunaan penyanyi yang tidak banyak guna high pitch (sebab M.NASIR pun tak penah high pitch) secara tak langsung TIDAK merosak kan lagu2 yang digubah.Kalau kita bayang kan Metal mainstream yang best tu datang dari XPDC aku rasa korang mesti try pulak lah layan album ni.Lari sikit dari prinsip METALLICA wannabe..tapi cuba pulak style Japanese Rock..memang album ni berkonsep habis sepenuhnya.  

Joekunza Obe (Drum)
Boyima Unawa (Voc)
Bonniekama (Guitar)
Adiqimata (Bass) 

selektif lagu :
  1. Gerhana 
  2. Jangan tak nampak
  3. Keroncong untuk ana
  4. Empat penjuru 
  5. Perjuangan 
  6. Malam 
  7. Hati emas
  8. Lagu untuk seorang ibu 
  9. Duit
  10. Bunga bakawali
  11. Balada Osman Tikus 
  12. Disini 

Friday, November 26, 2010

SLANK 'slow but sure'


                    Apa gelar yang mereka tak pernah dapat???? the best band??? the legend band???  semua pernah mereka dapat..dan masih berterusan penghargaan itu terhadap mereka..Ya, mereka adalah legenda rock Indonesia,mereka adalah jagoan bagi rakyat nya,mereka adalah suara bagi penggemarnya dan mereka adalah hero bagi Slankers semua.
                   Ini adalah studio album ke-16 bagi mereka yang telah diterbitkan pada tahun 2007.Aku secara peribadi cukup senang untuk mendengar lagu2 mereka,ini kerana mereka tiada menggunakan sound2 digital mahupun mengambil sebarang jenis software penambahan bunyi,mereka hanyalah kumpulan muzik yang benar2 jujur dengan asas mereka,bakat mereka,kreativiti mereka,lantas hanya bunyian straight rock yang mereka hadiah kan buat pecinta rock n roll tegar. 
                   Album slow but sure ni begitu unik sekali pada pandangan aku,ianya kerana Slank yang dikenali dengan jolokan 'The Indonesia Rolling Stone'  cuba berekperimentasi dengan mengubah vibe serta mood karya mereka pada album kali ini..mereka cuba bercatur dengan akustik yang lebih terarah kepada style Bob Dylan juga John Lennon.Lirikal mereka kali ini juga tidak terlalu keras bersuara namun lebih santai selari dengan terma akustik mereka.
                   

              Memberikan sebanyak 11 lagu untuk santapan Slanker2 semua.Fakta yang cukup menarik tentang band ni,mereka tidak pernah berkias dalam setiap bait2 lirik mereka,andaikata terma provokasi yang ingin disampaikan,makanya memang lantang lah provokasi yang disuarakan.Prinsip itu masih kekal bagi album ini cuma tiada sebarang provokasi keras malahan hanya nasihat dan juga penceritaan peribadi barang kali yang disampai kan.   

selalu begitu 
cinta?
sejak kau benci
break
intros
alon 2x asal klakon
me & Reny
slow but sure
sin city
10  my skooter love
11  lapindo       

                 Aku memang tercari2 akan mana2 kumpulan yang mampu mencernakan karya2 mereka dengan jujur sekali,kumpulan ini pada aku adalah kumpulan yang benar2 telah mendapat fomula identiti mereka tanpa berselindung di sebalik idola nya.Aku belum jumpa lagi band dari tanahair yang mampu mengdoctrinkan hasil sebegini kepada umum,di Thailand mereka sudah punya Loso,namun kita???????

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...