bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, January 30, 2011

REAL 'sifu'


                         Diantara penghujung 90an hingga ke awal millenium perasan tak yang mana banyak album2 berstatus 'Tribute' dibuat oleh banyak syarikat rakaman untuk dibarisi oleh band/pemuzik rock mahupun metal??kita buka semula antara yang sukses adalah XPDC dengan 'Metal 60an' nya,selain dari itu kalau tak silap FTG juga ada merakam kan lagu2 yang berkonsep cover juga.Dan banyak lagi lah.Band2 dari gugusan underground pun tak ketinggalan dimana album2 tribute seperti 'underground tribute to WINGS','underground tribute to SEARCH',dan juga 'underground tribute to RUSTY BLADE'..antaranya yang terlibat adalah seperti skinbasher,vociferation eternity,samurai dan banyak lagilah.
                        Antara lambakan2 album berkonsep sebegitu,perasan atau tak kita tentang satu lagi album yang berkonsep tribute yang dizahirkan pada tahun 1999 yang bertajuk REAL SIFU???sebuah album penghargaan khas buat sifu M.NASIR namun digarap dengan style Japanese Metal.Aku banyak lihat koleksi2 hebat mat rock di facebook tapi rasanya album ni memang tak ramai yang simpan.Bahkan aku sendiri baru je berpeluang untuk memiliki album yang berstatus 'Cult' ni bila aku terjumpa di sebuah kedai muzik lama di (rahsia!!) dengan harga yang cukup murah iaitu RM(rahsia!!)..
                      Kalau dilihat dari mata kasar pasti kita akan menjangkakan bahawa individu2 yang terbabit dalam album ni adalah mereka2 yang datang nya dari negara maria ozawa tu,yelah bukan je dari segi muzik,tapi bentuk cover album jugak.Bahkan nama2 pemuzik nya pun ala2 Nippon bunyinya.Tapi sebenarnya mereka2 ni adalah pemuzik2 dari band metal mainstream yang dikenali juga.Tapi biarlah aku rahsiakan identiti dorang.Cukuplah lah dorang dikenali melalui Art mereka je dalam album ni.Sebab dorang pun adalah nama2 besar dalam industri muzik Rock mainstream.
                       Bila cerita tentang re-cycle balik lagu2 M.NASIR ni kita tau mesti banyak artis2 Rock yang pernah buat Tribute untuk dia antara nya SEARCH pernah juga merakam semula lagu 'MALAM',AMY (SEARCH) juga ada cover balik beberapa lagu,tu tak termasuk HATTAN dalam album 'MENTOR' dan 'AKU & MENTOR'.Tapi yang ni memang lain sikit lah..no no..lain banyak sebenarnya..muzik arrangement yang cukup tight,selain penggunaan penyanyi yang tidak banyak guna high pitch (sebab M.NASIR pun tak penah high pitch) secara tak langsung TIDAK merosak kan lagu2 yang digubah.Kalau kita bayang kan Metal mainstream yang best tu datang dari XPDC aku rasa korang mesti try pulak lah layan album ni.Lari sikit dari prinsip METALLICA wannabe..tapi cuba pulak style Japanese Rock..memang album ni berkonsep habis sepenuhnya.  

Joekunza Obe (Drum)
Boyima Unawa (Voc)
Bonniekama (Guitar)
Adiqimata (Bass) 

selektif lagu :
  1. Gerhana 
  2. Jangan tak nampak
  3. Keroncong untuk ana
  4. Empat penjuru 
  5. Perjuangan 
  6. Malam 
  7. Hati emas
  8. Lagu untuk seorang ibu 
  9. Duit
  10. Bunga bakawali
  11. Balada Osman Tikus 
  12. Disini 

Friday, January 28, 2011

Ini alasan aku...


                        Salam semua...hari ni aku nak menjawab beberapa persoalan yang diterjah ke diri aku sejak beberapa minggu ni.Soalan yang memang aku ingin jawab tapi tiada masa untuk aku buat.Tapi memandangkan kebelakangan ni kebiadaban yang dilemparkan terhadap aku makanya mahu tak mahu kena jugak aku jawab.Semalam aku memang tak dapat nak lelap kan mata bilamana ada message yang aku terima dari kawan2 (kenalan terdekat dalam METAL lah konon) yang mana message nya agak menggangu aku..aku tersekat diantara mahu pertahan kan PERSAHABATAN atau pertahan kan PENDIRIAN..maka nya biarlah aku jawab secara melaui blog buruk aku ni..
                    
Antara soalan yang diajukan:

Beb!!pesal lu dah lama tak turun gig??kalau tak minat pun datang lah jenguk kawan2.  
  1. Aku memang dah tak larat lagi nak kunjungi apa2 gig lagi buat masa ni.Ini disebab kan beberapa faktor.Antara nya adalah senarai band yang main terlalu ramai.Kadang2 aku hanya datang untuk melihat satu je band,namun aku terpaksa menunggu sehingga larut malam hanya untuk melihat band yang aku minat beraksi.Pernah sekali tu aku sampai di venue gig pada pukul 2.30 ptg dan aku terpaksa menunggu hingga pukul 11.00 malam untuk melihat band yang diminati naik buat persembahan.Ini masalah nya..BOSAN..cukup BOSAN.. dan rasanya cukup tidak berbaloi dengan kadar bayaran yang rata2 nya sekarang ni melebihi rm20 keatas.Band yang aku nak tengok kadang2 tak sampai pun 2 buah band.  
  2. Lain masalah nya lagi adalah kerana aku memang rasa tak cukup selesa dengan keadaan sekeliling berlangsung nya sesebuah gig.Terlalu ramai yang datang lebih minat untuk berpeleseran dari menjengah live band yang membuat show.Ini yang betul2 membuat aku rasa sedikit Strange..bila aku datang ke mana2 gig sekarang ni rasa nya seolah2 melihat sebuah persembahan di Up Town je,dimana band buat persembahan tapi crowd pulak tak minat nak tengok.Sebaliknya lebih selesa berbual diluar dan jual muka masing2 untuk menjadi best of the best pada pandangan umum (konon nye lah!!)..masih hijau diingatan aku,pada tahun 2001 kalau tak silap aku mula2 nak belajar menjejak kaki ke gig2 metal sekitar KL,pada waktu itu cukup sukar dek kerana kes BLACK METAL yang meniup kencang di dada akhbar tempatan.Aku terpaksa kena spot check dengan pihak berkuasa sebelum masuk ke venue.Kaset,cd,aksesori dan macam2 lagi dirampas kalau aku hendak masuk (sebab bawah umur) tapi aku tetap berani juga untuk pergi..sebab nya???sebab pada waktu itu  obsesi kepada muzik terlalu kuat bukan sahaja pada aku namun pada semua metalhead2 yang datang.Tidak satu pun yang terkecuali,semuanya datang untuk melihat live.Tapi itu mungkin dulu..sekarang ni kebanyakkan new comer metalhead lain pula cara nya...menjadi famous dimata crowd2 yang datang menjadi keutamaan.. Itu masing2 punya pembawakan.Tapi pada aku ini semua memang tak selari dengan pegangan aku. 
  3. Dulu gig hanya mebariskan 4-5 band sahaja.So tak susah lah kalau nak beriadah sebab nya gig tu berlangsung tidak terlalu lama.Tapi sekarang ni??sampai 11 band beraksi.Kalau semuanya hebat takpe tapi kalau semua nya '$%^%&^' pulak macam mana??kan sia2 waktu cuti yang ada hanya untuk melangok berjam2.Bukan senang untuk seseorang yang bekerja dalam sektor industry macam aku ni nak dapat cuti rehat.So dari membazir masa macam tu ada bagus aku buat apa2 juga aktiviti (yang bukan berkenaan music sekalipun) asal kan bermanfaat untuk masa terluang. 
  4. Aku memang rindu sangat nak melihat live show.Sape yang memang kaki metal mesti tau lah macam mana syok nya bila dapat lihat performance yang betul2 buat kita macam kena rasuk dek penangan muzik yang cukup menyelerakan.Tapi masa ini untuk melihat perkara itu memang cukup mustahil.Jadi biarlah dulu aku jauh dari semua schedule gig2 ni.Insyaallah kalau ada setlist gig yang cukup strong tak mustahil aku akan datang semula menjengah.   
Lu kena tunjuk muka jugak beb biar geng2 dalam scene kenal kita..  
  1. Hahahaha..wahai sahabat..aku berkawan dengan semua sekali.Ikhlas aku berkawan dengan kalian kerana minat kita sama,anutan muzik kita serupa,hobi kita,passion kita semua nya hampir serupa iaitu METAL..kalau korang rasa aku berkawan kerana nak dikenali dalam kelompok scene ni rasanya ni dah silap.Aku tak pernah kemaruk untuk jadi 'somebody' dalam music.Biarlah aku ni dikenali sebagai peminat sahaja.Peminat yang serious barangkali. 
  2. Sebenarnya dari awal lagi aku memang tak pernah letak diri aku duduk dalam komuniti u/g ni.Bukan sombong,tapi lebih selesa rasanya sebegini.Rasanya lebih positif macam ni (pada aku lah!!) kerana andaikata jika aku terlalu expose diri aku ni dalam komuniti ni bermakna terlalu banyak hati kawan2 yang perlu aku jaga.Contohnya dalam isu band dari Spore yang dikhabar kan akan mendarat di Perak untuk sebuah persembahan pada februari ni (dah cancel dah pun!!).Ramai kawan2 yang nak menyuarakan pendapat mereka,tapi mereka tak mampu menzahirkan nya..sebab??sebab mereka takut andaikata komentar mereka menyinggung perasaan kawan2 lain dalam kelompok u/g ni..tapi aku tidak.. bahkan dalam isu berkenaan aku mampu memberi apa jugak komentar2 yang aku rasa betul pada pendapat aku tanpa perlu takut nak menjaga hati sesiapun.Inilah dia kelebihan jika kita menjadi pemerhati dimana secara tidak langsung kita menjadi pengkritik (yang positif!!!) untuk pergerakan muzik ganjil ni.Bukankah bagus macam tu???at least ada juga orang bersuara bukan??dari tak puas hati tapi terpaksa dikunci mulut??  
Bro..lu kena joint jugak dengan member u/g ni..kalau tak esok sape yang nak support lu kalau lu dah ada band nanti...  
  1.  Serious aku tak tahu pulak sekuat ni tentangan yang datang kalau kita tak joint kelompok ni...hmm.. takpelah,memandangkan buat masa ni aku memang takde apa2 pun aktiviti band so rasanya takdelah masalah sangat..walaupun lewat ni memang ada beberapa kali perbincangan kearah penubuhan sebuah band (masih dalam perbincangan) tapi masih jauh lagi perjalanan nya. 
  2. Tapi andaikata memang diizinkan untuk aku menggerakkan sebuah band sendiri biarlah ianya diketahui oleh rakan taulan yang terdekat je,dan pergerakan band ini juga biarlah menjadi tanda tanya siapa individu2 yang memainkan nya..yelah tu jelah caranya..kang tunjuk muka sah2 korang tak nak support kan..so kami akan hiding diri kami dari diketahui sesiapa.Segala urusan dilakukan dalam senyap.Dan harap2 ianya mampu juga menerobos ke dalam u/g market tanpa sedar..sapa tahu kan?? sebab rezeki itu hanya boleh di AMIN kan oleh tuan yang empunya kerajaan langit dan bumi ini sahaja..bukan datang dari kawan2 yang duduk semeja melepak di kedai mamak.  
                       
                     Bukan niat aku untuk kecil kan hati sesiapa melalui posting kali ni.Cuma ini sahaja saluran yang aku ada.Aku diserang dari segenap sudut.Dan lebih pedih bilamana ia nya datang dari kawan2 sendiri.Aku memang tak pernah banned mana2 geng dalam u/g.Aku tak pernah benci dengan sesiapa.Cuma aku mintak supaya jangan lah aku ditarik untuk melakukan sesuatu yang sukar aku nak buat.Alasan pun dah aku beri kan. Kalau korang minat gig,minat lah sape pulak yang nak marah??kalau korang minat nak glamour dalam komuniti u/g ni so itu hal korang lah sapa pulak yang nak halang??tapi jangan lah bila mana aku tidak selesa dalam satu barisan dengan korang lantas aku terus korang label dengan macam2 title yang aku memang kurang senang nak dengar.Sampai aku tulis blog ni pun korang nak jadi isu.Rileks arr bro...jangan tepu sangat otak tu..biar buruk rupa jangan buruk perangai.
                  Seni muzik extreme metal ni memang unik,cukup unik.Sampai bila pun aku akan terus sokong walaupun dari jauh.Sebagai tanda sokongan,aku akan mengikuti setiap band2 (yang bagus) dalam setiap apa juga yang dorang buat.Aku akan beli segala bentuk merchandise(kalau ada duit lebih) dan mana tahu satu hari melihat pulak mereka beraksi.Tapi biarlah aku minat secara begini je.Apapun mana yang kenal dengan aku kawan tetap kawan..aku hormat kalian as my metal brothers!!!

Sunday, January 23, 2011

Ygwie Malmsteen 'ATTACK'





                          
             Dalam satu temuramah di dalam ROLLING STONE pernah dia menyatakan bahawa ini adalah album dimana dia nak menebus kesilapan yang berlaku pada rilisan sebelumnya iaitu 'War To End All War (2000)' yang pada waktu itu mamat gemuk ni memang berangin dengan sound engineer yang tak dapat buat apa yang dia nak dalam album berkenaan.Kira album ni dia repeat bagi menebus balik album 'War To End All War'.Dan tahun 2002 album ni pun rilis dengan rasminya.
             Aku bukan lah big fan kepada Malmsteen,tapi aku cukup tertarik dengan style dalam album2 pasca Trilogi,Magnum Opus,Eclipse,mahupun Fire n Ais,tapi melalui ATTACK ni ada sikit lain pulak dekat telinga aku.Tak tau apasal minat betul dengan semua lagu yang ada.Kalau tak minat masakan aku pernah membeli kaset untuk album ni sebanyak 3 kali (sebelum ada cd).Kalau nak dicerita tentang album2 millenium Malmsteen sesiapa yang memang mengikuti beliau pasti tahu apa beza nya..kalau ditanya aku pastinya jawapan aku adalah DRUM PATTERN nya.Kalau sebelum ni setiap lagu laju si drummer mesti kena ikut beat2 drum dari legendary RAINBOW tapi untuk millenium tak lagi..drum pattern lebih berbentuk stroke speed metal 80an seperti RIOT mahupun pun METALLICA (awal).Dan ini diikuti juga dalam album2 seterusnya seperti dalam album 'Unleash The Fury'. 
               OK..balik pada album ni,well..semua kita tahu yang nama nya Rising Force ni adalah bahagian logistic untuk mana2 personal yang telah ditendang keluar oleh Ritchie Blackmoore.Banyak nama2 besar yang pernah bekerja dengan Blackmoore pernah diisi dalam barisan Rising Force.Album ni misalnya, menyaksikan Doogie White (bekas penyanyi RAINBOW) telah menjadi lead vocal bagi formasi ATTACK ni.Selain tu juga ni adalah album pertama juga buat bekas keyboardist DREAM THEATER iaitu Derek Sherinian diberi kepercayaan untuk bersama Malmsteen. 
              Bila cerita pasal Derek Sherinian ni,pada aku sesiapa yang mendambakan beliau akan mampu membawa variety dalam corak lagu2 malmsteen itu adalah sangkaan yang SALAH,kita kena ingat ini band bukan band yang boleh dibawa bincang macam DREAM THEATER tapi ini adalah ONE man BAND..haha
jadi kalau korang nak tau apa rupa style Derek dalam album ni??ok senang je..korang bayangkan John Lord (Deep Purple) main tapi versi laju sikit..hahahaha..ni lah nasib menumpang band orang..padan muka dia...


                                            dua2 masih bfungsi dengan baik 

track : 

  1. Razor Eater 
  2. Rise Up
  3. Valley of King
  4. Ship Of Fool
  5. Attack
  6. Baroque & Roll
  7. Stronghold
  8. Mad Dog
  9. In The Name Of God
  10. Freedom isn't Free
  11. Majestic Blue (Instrumental)
  12. Valhalla
  13. Touch The Sky
  14. Iron Clad
  15. Air (Instrumental)
  16. Nobody Fool

Thursday, January 20, 2011

KHEROW 'Bintang Timoer'


               Album yang didatangkan khas dari nun jauh di Sarawak.KHEROW sebuah band generasi baru Death Metal akhirnya berjaya merilis kan sebuah album penuh (bukan demo,bukan cdr copy dan bukan mini album).Ini membuktikan mereka benar2 serious dengan perjuangan muzik yang mereka bawa.Tahniah!!.. Secara peribadi akhir2 ni aku agak bosan untuk mendengar rilisan2 dari band2 pasca baru.Ini dek kerana kualiti (album mahupun muzik) mereka betul2 duduk dalam kategori 'Syok Sendiri'.Hanya beberapa sahaja rilisan yang membuat kan aku betul2 menghayati,antara nya ialah HELDRASIL (Son Of Darkness) mungkin juga HUMILIATION (Dawn Of Warfare).
             Tentang album ni???yes..pada aku sebuah album yang cukup sempurna dari setiap segi.KHEROW yang membawakan Melodic Death Metal ni adalah antara mereka yang sedar (barangkali) bahawa Death Metal itu bukan terletak dari sudut kepantasan semata mata.Oleh itu 8 buah hasil tangan dianyam dengan ritma muzik metal yang cukup menyelerakan bagi aku.


                     Melihat dari band ini yang meletak kan kaum hawa sebagai Front Band apatah lagi dorang juga membawa aliran Melodic pasti ada yang mendakwa ini adalah Arch Enemy wannabe..sebelum kita merumus kan mereka baik dengar dulu lagu2 mereka.Walaupun Melodic adalah menjadi taruhan utama namun aku masih dapat mendengar dengan jelas yang muzik mereka juga ada berbau sedikit Progressif ,ada beberapa riff yang dah sedikit condong ke arah DREAM THEATER (Train Of Thought) mahupun yang sama waktu dengan nya...hahaha.Purata keseluruhan dari segi permainan aku memang puji.Cukup teratur.Ini adalah hasil dari latihan yang kerap dan result nya pasti tidak menghampa kan.
                 
                                           album yang menjadi toplist aku bulan ni 
 
track list :
  1. The Rapture 
  2. Requiem For The Fools
  3. Phantom Caretaker
  4. Choked With Your Lies (Pointless) 
  5. Savages Of Yesterday 
  6. Rise Of Uranium 
  7. Petang Peti (Instrumental) 
  8. Bintang Timoer 
                          KHEROW dibarisi oleh 4 jiwa iaitu Pricilla (Voc),Zizi (guitar),Muss (Guitar) dan Afdzal (drum).Sekalung ucapan tahniah dari aku buat KHEROW.Terus kan dengan penjanaan muzik yang berkualiti dan dedikasi terhadap muzik anda.Andai kata usaha kalian ini berterusan,aku percaya anda adalah JAWAPAN dan PENAWAR bagi pemuja muzik death Metal tempatan yang sememang nya kita semua tahu bahawa di semenanjung hanya segelintir sahaja yang benar2 komited dengan muzik,dan margin nya masih rendah jika nak dibandingkan ratusan band metal yang meletakkan FASHION adalah segalanya..Syabas KHEROW!!!

Sunday, January 16, 2011

SEARCH live in hard rock cafe 1985

      DVD ni aku beli masa show SEARCH 'DIAWAN BIRU' tahun 2009.Masa tengah sibuk2 dok mencari tshirt dan merchandise tetiba ternampak pulak DVD ni yang dijual dalam official booth barangan SEARCH.Tanpa cakap banyak dan berbekal kan hanya RM10 DVD ni pun sah lah menjadi milik aku..hehehe..
      Ini bukan rakaman rasmi dari SEARCH aku rasa sebab dalam video tersebut menyatakan juga nama pemilik rakaman berkenaan.Jadi memang tahniah lah buat insan berkenaan yang mampu memelihara khazanah seperti ini untuk generasi baru macam aku. Kalau nak diikut kan video ni memang dah masuk status RARE jugak lah..sebabnya yang pertama HARD ROCK CAFE masa tu masih lagi di Taman Tun, Yang kedua dapat lihat aksi Man Keedal bersama SEARCH,dan yang ketiga dapat lah lihat macam mana SEARCH bawak lagu cover.Sebab dalam ni hanya satu sahaja lagu mereka iaitu KEJORA yang dipetik dari album CINTA BUATAN MALAYSIA dan yang lain nya semua cover.Pada otai2 yang memang dah lama follow dengan SEARCH ni memang tak heran lah sebab zaman2 PANGGUNG ANNIVERSARY tengah happening dulu memang SEARCH rajin bukak panggung dengan seleksi lagu cover (menurut cerita lah..) tapi macam aku yang belum lahir time tu macam mana nak tengok.Selamat lah ada insan yang menyimpan khazanah macam ni.





                Line up yang main dalam show ni adalah line up yang sama dalam album CINTA BUATAN MALAYSIA.Yang syok tengok DVD ni adalah sebab time ni semua energetic gila.Baik Amy (sampai sekarang energetic) hingga lah ke bro Nordin dan Man Keedal.Yan macam biasalah lah steady je dengan Bass cuma bro Yazid yang tersorok sikit disebalik set drum.Tapi masa tu bro Yazid pun slim lagi..hehehe..
Antara lagu yang dimainkan adalah Empty Room (GARY MOORE),Hallowed Be Thy Name (IRON MAIDEN),Rock You Like Hurricane (SCORPION),Jump (VAN HALEN),Kejora (lagu dorang lah) Heaven And Hell (BLACK SABBATH). 
               Kita boleh tengok dalam ni bro Man Keedal bermain keyboard masa SEARCH membawa lagu Empty Room dan juga Jump.Kira berstyle jugak lah Man Keedal ni,yang kita tau dengan LEFTHANDED beliau banyak dipengaruhi Ritchie Blackmoore RAINBOW dan sikit macam Malmsteen (pasca ALCATRAZZ) kali boleh lah tengok dia main dalam version rock yang pelbagai.DVD ni memang aku simpan baik2 lah dalam koleksi aku.Bukan senang oii nak dapat.Kalau korang pun ada jaga lah elok2.

Saturday, January 15, 2011

majlis kesyukuran

                         Hari ni (waktu posting ni ditulis) aku je selesai mjlis kesyukuran.Majlis ini dibuat antara sebab nya kerana pembedahan abang aku berjaya dan nampak dia pun dah makin sihat..alhamdulillah.Yang kedua nya kerana anak buah aku baru2 ni mendapat keputusan 6A dalam PMR.Jadi kami sekeluarga pun adakan lah majlis kesyukuran ni secara kecil kecilan.kami hanya memanggil beberapa orang kariah masjid dan sanak saudara terdekat sahaja.


 
                   Antara juadah yang disediakan ialah ikan bakar (pakej air asam dan sambal belacan), gulai daging kawah,masak sayur campur,selain dengan pencuci mulut iaitu kuih koci.




                   Antara jemaah yang sudi datang menghadirkan diri di teratak buruk kami..


                Lepas jemaah dah balik family punya time pulak belasah makan..




                                                   Terima kasih pada yang datang...

                                         

FTG live at metal wars

     
        Sesiapa yang pernah melalui era2 akhir dekat 90an pasti nya memang tau lah yang pada waktu itu adalah waktu generasi rock ke-3(rock/metal komersial) melebar kan sayap bakat masing2..diwaktu itu juga kita mendengar nama2 seperti XPDC (the new re-branding) REAL XPDC,METALASIA,AMUK,MANTERRA,JINBARA, AWIE & DRAGON MALAYA,dan tidak terlepas juga veteran Thrash Metal kita iaitu FTG yang juga pada waktu itu acap kali kelihatan melakukan persembahan bersama band2 metal komersial tersebut.
       Jadi tahun 1999 berlangsung lah sebuah konsert dimana menggabung kan FTG,XPDC dan METALASIA di satu pentas yang dipanggil METAL WARS.Melalui konsert ini maka ia telah dirakam dan terlahirlah sebuah live album yang berjudul 'LIVE AT METAL WARS'.Peluang rakaman ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada peminat FTG merasai kehebatan mereka yang bukan sahaja hebat melalui sound di album bahkan juga kehebatan mereka beraksi live.
       METALASIA juga turut mengambil peluang dalam konsert ini untuk aksi mereka dirakam dan dikeluarkan dalam bentuk live album.Ini adalah dalam satu rangka promosi bagi susulan album pertama mereka KHALIFAH ALAM MAYA.Hanya XPDC sahaja yang tidak membuat rakaman ini kerana pada tahun sebelumnya (1998) mereka baru sahaja merakam kan live album mereka sendiri iaitu 'Konsert Raksasa XPDC BRUTAL' .SO hanya METALASIA dan FTG jelah yang merekod.

                                             kaset yang masih tersimpan baik dalam rak aku.. 

           Berbalik pada live FTG ini tadi.Sememang nya ini adalah rakaman live yang cukup profesional dari segenap sudut.Ianya tidak ditokok tambah mahupun menjalani edit sound.Apa yang dorang main itulah yang keluar.Kita boleh dengar jeritan penonton,celoteh Tajul (vocalist)bersama penonton dan macam2 lagi yang membuat kan sapa yang mendengar merasa seakan2 berada dalam konsert sebenar.Tidak seperti XPDC dimana mereka telah edit sound terlebih dahulu sebelum mengeluarkan rakaman live mereka pada tahun 1998.Kalau anda pernah melihat XPDC dalam 'konsert raksasa XPDC brutal 98' versi vcd pasti anda akan tahu dimana ketika permulaan lagu SENAPANG PATAH tali guitar Izo putus dan menyebab kan lagu tersebut hanya mendengar petikan BASS dari Zuar sahaja sampai hampir penghujung lagu.Tapi kalau korang dengar pulak dalam versi CD atau KASET (live yang sama) lagu senapang patah tu mempunyai Guitar Track..maksud nya ia telah diedit dan bukan rakaman asal.

lagu lagu yang terkandung
  1. Malaysia maju 
  2. Life
  3. Spirit to rebel
  4. metal heart
  5. Behind this wall 
  6. Anak melayu 
  7. Mana tahan
  8. Black Night 
  9. Paranoid
  10. Askar
  11. We're gonna take it 
  12. Bila larut malam 
  13. Anak tiri 
              Kalau nak diikut kan ini adalah hasil seni yang baik untuk disimpan.Sebab nya adalah mustahil kita sekarang ini untuk mendapat kan live album yang betul2 jujur dari segi rakaman mahupun persembahan.Kalau adapun rakaman live bermutu pasti ianya datang dari otai2 rock 80an sahaja.Nak harap band sekarang?? jawapan dia Assalamualaikum jelah..

Saturday, January 8, 2011

METALLICA 'RIDE THE LIGHTNING'


                  Apa yang boleh diceritakan lagi??aku rasa tak payah satu mukadimah panjang lebar mengenai nama ni.Dari si tua bangka sampailah ke budak kecik yang baru nak kenal dunia muzik pun tahu akan kewujudan band ni.Cakap lah apa jugak tentang band ni..'too mainstream' ke 'too commercial' ke atau korang boleh cakap 'fuck to them' akibat terlalu marah dengan idea2 mereka yang pernah curang lantas meninggalkan tradisi Thrash Metal sebenar satu ketika dulu..mahupun apapun lah..tapi apa yang pasti kata2 korang tu memang takde kesan pada mereka.Hilang 10 orang peminat lama,mereka akan mencipta 100 peminat baru sebagai fan based.Sebab tulah sampai hari ni pun mereka masih mampu mengeluarkan album.hahaha..padan muka korang yang terlalu statik dengan pegangan muzik tanpa mahu menoleh hadapan.
                 Ride The Lightning ni adalah album yang paling aku minat.Sebenarnya aku memang obses dengan karya2 mereka iaitu sebelum lahirnya The Black Album.Tapi tak tau lah..yang satu ni cukup aku minat.Dan aku berani cakap yang asuhan muzik mereka ni lebih liar dari album Kill em All.Oleh sebab tu makanya entry ini dibuat atas dasar cuba menerokai segenap apa juga yang terzahir bukan sekadar hangguk kepala sahaja.
                 Ini adalah wadah kedua selepas sukses melestarikan material yang cukup besar impak nya dalam dunia Heavy Metal/Thrash Metal 80an dulu.Jika diamati Kill em All yang begitu sukses pun masih tidak terkesan oleh mereka.Ini kerana masih ada lagu2 didalam album itu yang di cipta oleh guitarist asal mereka yang pernah juga menjadi musuh no 1 dorang iaitu Dave Mustaine (Megadeth).Bahkan Dave Mustaine sendiri ada mengeluarkan komen yang menyatakan Metallica adalah band yang bacul kerana tidak mampu mencipta lagu sendiri dan hanya menggunakan lagu beliau sebagai loncatan untuk kemasyuran.
                So,mungkin bengang dengan kenyataan berkenaan (barangkali..hehehe) makanya album ini dikeluarkan pada tahun 1984 dengan cukup hebat.Bukan hebat dari segi lagu namun ia dilengkapi dengan lyric yang lebih mudah difahami dan teratur selain dilengkapi dengan barisan line up yang cukup kuat untuk merobek apa saja yang menghalang perjalanan karier mereka.Ya..didalam album ini 100% hasil dari mereka. Hanya menampil kan dua sahaja lagu yang datang nya dari Mustaine (itupun kerana lagu terbabit tidak dimuat dalam album pertama).Selain nya kita dapat mendengar riff2 liar..tidak lagi straight forward seperti sebelumnya namun lebih kepada heavy riffing,mid tempo and speed riffing,jamm and heavy jamm. 
               Ianya cukup catchy.Bukan semua band mampu membuat sesuatu muzik dalam bentuk jujur serta bersahaja dan yang lebih penting hasil nya cukup SEMPURNA bentuknya.Ini mereka buktikan melalui album kedua mereka.


                Pada aku,magik album ni adalah terzahir kerana pada waktu itu mereka punyai satu team yang cukup kuat.Mana mungkin Megadeth mampu menandingi mereka kerana dalam Megadeth hanya ada Dave Mustaine sahaja sebagai doktor @ dominator,dan sedangkan Metallica pula mampu menggerak kan semua line up mereka.Makanya mereka mempunyai 4 orang doktor kat dalam band.Hey..takyah nak pertikai kemampuan kirk hammet ok..memang lah dia tak boleh nak pukul Dave Mustaine tapi sebenarnya Metallica memang harus ada guitarist yang limited skill nya untuk balance pada muzik speed/heavy dorang. Cuba kita bayang apa akan jadi kalau Dave Mustaine still ada dengan dorang apa yang akan jadi?? sah2 lah kita takkan dapat layan album yang macam Master of Puppet tu kan..dan pemuja Megadeth pula takkan dapat dengar album sebab Mustaine masih dalam Metallica.
                  
                                           antara material album ni yang sempat aku beli    
 Track album :
  1. fight fire with fire 
  2. ride the lightning
  3. for whom the bell tolls
  4. fade to black
  5. trappen under ice
  6. escape
  7. creeping death 
  8. the call of ktulu 
                            Nah..kepada yang mengaku fan tapi tak pernah menyimpan satu pun album dorang ni sekarang korang boleh bukak mata besar2 dan tengok seleksi lagu2 diatas.Semua lagu2 klasik mereka yang boommm tu boleh dikatakan semuanya lahir dari albun ni.Jadi berani berani kan lah keluarkan duit untuk menyokong muzik..sebab tak rugi pun beli kalau ianya datang dari band yang bagus..tak macam band anda hahahahaha.....
    

Monday, January 3, 2011

chronicle live of 2010

                         Tahun 2010 dah pun berlalu walaupun aku rasa macam baru semalam je 2010 ni menjengah. Sekarang ni masa cepat betul berjalan.Antara sedar atau tak tahun tetap jugak berganti.Aku meninggalkan tahun 2010 dengan 1001 cerita.Ada yang best dan ada yang tak.Macam2 dugaan dan cabaran.Aku redha je dengan apa yang dah terjadi.Harap tahun 2011 ni lebih sempurna lah buat hidup aku.Ok..itu cerita pasal aku..macam mana pulak dengan impian aku??..yes impian aku untuk melihat gergasi2 metal untuk beraksi boleh dikatakan telah tercapai..ya..tahun 2010 memberi seribu kepuasan untuk aku dalam segi keinginan untuk menyaksikan persembahan live lagenda2 metal di Malaysia..disini aku cuba buat sedikit catitan2 berkenaan show yang aku lihat dalam tahun 2010.


        Pengkabaran yang menyatakan lagenda Thrash Metal Malaysia ini iaitu RATOR telah di realisasikan pada 30 january 2010.Sebuah event wajib tonton bagi generasi seperti aku yang tidak dapat melihat kehebatan mereka satu ketika dulu.

                                                                         RATOR

           Selain dari RATOR,keistimewaan gig ini ialah dimana aku dapat menyaksikan persembahan sulung dari lagenda Death Metal iatu SILENT DEATH yang telah lama hilang dan muncul semula bersama vocalist asal mereka iaitu bro STONE

                                                        SILENT DEATH 

         Memang cukup seronok bilamana menyaksikan lagenda2 yang sebelum ni sekadar dengar je kehebatan mereka,namun sekarang dah dapat menilai kemampuan mereka kerana aku turut menjadi saksi pada malam berkenaan.

                 Pada 7 march pula telah berlangsung sebuah gig yang mana menampilkan sekali lagi SILENT DEATH sebagai HEAD LINER bagi event tersebut.Disamping beberapa buah band lagi dengan pelbagai genre antaranya Mistik (extreme metal),Antacid (thrash metal)al azazil (black metal) reaper (thrash metal) selain beberapa lagi band terlibat.

             Gig yang boleh dikatakan diantara series yang paling berjaya setakat ini 'KL METALCAMP 3' yang telah berlangsung buat pertama kalinya di 1 pub cafe,jika sebelum ini dua siri sebelum nya berlangsung di dewan MCPA.Kehebatan siri ke-3 KL METALCAMP ini dapat dirasai melalui setlist persembahan dari band yang diundang.Kalau sebelum ini Istidraj (black metal from Spore) pernah mengisi slot METALCAMP yang pertama,namun kali ini lebih banyak band luar yang beraksi antaranya Tormentress (s'pore),Purgatory (Thai),Jasad (Indon) dan jaguh death metal dari negara matahari terbit iaitu Defiled (Japan).
          Selain itu keistimewaan kali ini ialah penganjur telah sedaya upaya cuba mengumpulkan semula nama2 yang hebat dalam sirkit metal kita seperti Reunion METALASIA (original line up) dan paling dinantikan tidak lain dan tidak bukan kumpulan  PUNISHER dan PICAGARI.Sekali lagi peluang untuk menyaksikan jentera lama beraksi dah tertunai.


            Setelah menyaksikan RATOR,SILENT DEATH,PICAGARI dan PUNISHER,terdetik juga dihati, alangkah indah nya manuskrip tahun 2010 ni kalau aku dapat menyaksikan lagenda Black Metal kita iaitu kumpulan  BLACKFIRE beraksi.Aku sempat berbual dengan rakan menyatakan dengan harapan KL METALCAMP 4 dapat lah diundang BLACKFIRE beraksi.Namun tidak perlu hingga tahun hadapan.Selang beberapa bulan sahaja rumor tentang lagenda Black Metal ini bahawa mereka sudah sedia untuk ke pentas semula kuat menyerang dalam laman sosial facebook.
            Persiapan cuti dibuat lebih awal.Aku tak nak terlepas peluang ni,BLACKFIRE hanyalah sebuah nama yang aku kenal melaui bacaan dan cerita2 orang.Kali ni apapun aku mesti nak tengok mereka beraksi.Dan pada tarikh 1/8/2010 tercipta lah lagi satu sejarah yang indah dalam hidup aku bilamana dapat menyaksikan mereka beraksi di VOKILL FEST.
                                                                BLACKFIRE  
             
             Walaupun hanya menampil kan Azmi sahaja sebagai anggota asal namun itu sahaja sudah cukup buat aku yang memang nak sangat melihat BLACKFIRE untuk beraksi semula.Ini adalah penglaman yang paling berharga dan terindah sekali dalam hidup aku.Kalau sebelum ini hanya mengenali melalui cerita dan hanya mendengar album mereka sahaja namun sekarang aku dah mampu tersenyum sebab aku sendiri sudah menyaksikan mereka berkonsert.


            Konsert mini reunion kumpulan meditasi yang berlangsung pada 24 november lepas ada aku review sebelum ni.Antara seleksi konsert yang melengkap kan lagi diary 2010 aku.Selain yang extreme yang Hard Rock layan jugak.


            Dan ini adalah show penutup buat tahun ni.Konsert ni pun ada aku review dalam posting yang lepas. Sebuah konsert yang cukup best dari semua segi.Berbaloi lah pelaburan yang dibuat.Pendek kata 2010 ni cukup indah jugak lah sebab semua kesempatan yang aku sebut tadi dapat jugak aku realisasikan.Aku tak pasti samada tahun 2011 ni apakah tahun yang istimewa untuk aku ataupun tak.Harap2 ada lagi lah benda2 menarik yang dapat aku explore pada tahun 2011 ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...