bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Showing posts with label jom borak-borak. Show all posts
Showing posts with label jom borak-borak. Show all posts

Sunday, March 19, 2017

Sales..Sales..Sales

                                         Sedar tak sedar ni adalah posting pertama aku untuk tahun 2017...korang tak benci ke dengan blog ni??..kejap ada kejap tidak..janji tak pernah tunai hahaha...so amacam tahun 2017 ada bagus??..barang makin mahal??..politik makin berkecamuk??..apa nak buat dah takdir kita macam ni hadap jelah...
                                         Ini berkait rapat dengan cerita yang aku nak sampaikan dimana satu lagi kedai music menyembah bumi iaitu Rock Corner di The Curve damansara...sesiapa yang biasa dengan tempat ni pasti tahu Rock Corner yang ada disitu antara yang gah juga disaat beberapa tahun kebelakangan ni satu persatu branch mereka tutup (terakhir cawangan di KLCC kalau tak salah) namun di The Curve nampak masih mampu bertahan...
                                        Tapi tulah,panas yang disangka ke petang akhirnya hujan jua di tengah hari dan akhirnya Rock Corner disitu juga bakal melaburkan tirainya dalam bidang perniaagaan.Pada aku mereka tutup bukan kerana "business matter" semata-mata namun lebih dari itu....ye minat membeli music fizikal sebenarnya dah masuk fasa akhir dan dah disifatkan pupus sama sekali...zaman ni bukan lagi zaman orang mahu menjengah kedai music,zaman ini bukan lagi zaman dimana bentuk fizikal di lestarikan sebagai koleksi.
                                       Mungkin ada yang kurang setuju kan??...anda mungkin kurang setuju kerana anda sendiri duduk didalam circle pembeli tegar,maka anda rasa music fizikal masih relevan...sedangkan populasi korang dan kawan-kawan korang yang membeli tu adalah kurang dari 8% dari penduduk tanah melayu ni dan sebab tu kita tidak sedar.Dan ia terbukti selepas satu persatu record store menyembah bumi..




                                  Agak lewat juga dapat tahu perkabaran tentang jualan clearance sales ni maka jangan haraplah nak dapat album2 dari Metallica ke Megadeth ke...tapi masih ada saki baki juga yang menarik untuk aku rembat...dan antaranya check lah gambar dkat bawah ni





                                    13 keping cd ni aku bayar kurang dari rm150....ini aku pergi dua minggu sudah,menurut kata kawan aku yang pergi minggu lepas pula katanya dah licin dah genre2 rock dan metal ni yang tinggal lagu2 merapu jelah (tak pasti lagu merapu yang dia maksudkan tu apa..)


owhh ya sebelum terlupa nak bagitahu yang aku suka album Search Fenomena yang baru release semalam...tak sabar nak tunggu punya pasal sanggup pi kedai Dream Studio terus hehehe...


Friday, November 7, 2014

Cassette Store Day @ Teenage Head Record


                  Sepertimana perayaan "record store day" yang diraikan bagi penggemar mahupun pengumpul album music berbentuk fizikal (vinyl,cd,kaset mahupun cartridge) yang tiap2 tahun diraikan maka tahun ini satu term baru pula lahir iaitu Cassette store day.Sebelum aku melalut panjang biar aku titipkan sikit perihal aku dalam minat terhadap format kaset ini.

                            koleksi peribadi yang seketul dua cuma.... 

         Jika diikutkan format kaset ni telahpun dikebumikan diera peralihan milenium apabila mp3 menguasai mood dalam pemilihan manusia dalam menikmati music.Istilah 'teknologi dihujung jari' menambahkan parah bukan sahaja pada kaset namun hampir keseluruhan album yang dalam bentuk fizikal.
         Tapi itu adalah satu fakta jika kita lihat ia dari sudut sekali imbas...tapi jika anda duduk dalam lapangan music yang lebih luas dan punya mandiri yang tersendiri pasti anda tahu yang format2 album masih hidup dan tak pernah mati..masih ada label2 punk misalnya masih ligat mengeluarkan format vinyl.
          Di Malaysia pada tahun 2010 tiba2 demam kaset buat "u-turn"...berebut2 band nak rakam album mahupun demo dalam format berkenaan,label2 pun berlumba keluarkan album dalam format kaset seiring demand entah dari mana ia dipupuk tiba2 orang gila nak beli kaset.Dan pasaran kaset menggila apatah lagi jika dalam jualan...standard untuk album rock kapak konfim rm100 keatas tak lari...dan lebih sadis ada yang sanggup membeli walaupun kaset tersebut ada keluar dalam format cd yang masih dijual dikedai dengan harga yang jauh lebih rendah....
          Aku sememangnya meminati format kaset ni dari bangku sekolah lagi..ia bukan dibuat2 (sebab ada kata yang beli kaset zaman ni lebih kepada nak ikut trend)..sebagai peminat pada irama extreme metal atau black metal khususnya mendengar sound mendap melalui format ini lebih terasa grim berbanding mendengar cd...tapi aku bukanlah menolak dan menafikan akan format2 music lain,misalnya sebagai peminat kumpulan MEGADETH (especially Megadeth era Marty Friedman) pasti anda mahu mendengar work band ni melalui satu bunyi yang sempurna dimana Mustaine berlawan2 ritma bersama Friedman..dan ini tidak mampu dicapai melalui kaset sebaliknya mendengar music mereka melalui proper format iaitu cd.


                    Bertempat di kedai music Teenage Head Record yang berlokasi di subang seluruh peminat music (ada juga muka yang datang sekadar nak menempel tapi tak beli album) datang bagi meraikan CSD ini.Aku tiba pada pukul 1 petang bersama dengan Arif yang sanggup meredah hujan dari Mantin ke Kuala Lumpur semata2 untuk tidak ketinggalan meraikan CSD yang julung kalinya diadakan.
                    Disambut mesra oleh owner kedai berkenaan (Bro Radzi) sebelum sesi menghabiskan duit gaji bermula.Masih aku ingat kali pertama aku datang ke kedai ni ketika mula2 ia dibuka dimana owner kedai ni bertanya kepada aku tentang kepelikan beliau melihat generasi baru yang datang ke kedai dia dan mencari kaset...kerana dia menyangkakan kaset dah lama mati hahaha..
               

                          gambar 10 ketul kaset ni adalah hasil tangkapan aku pada hari tu hahaha

Friday, August 23, 2013

Settle....


                         Segala keluh kesah mahupun resah gelisah semuanya dah terjawab malam semalam (21 Ogos 2013) apabila nama band yang kita rasa adalah MUSTAHIL untuk bertandang kemari dah pun menyelesaikan tugasan mereka pada malam tadi.Stadium Merdeka menjadi saksi bagi satu lagi liputan sejarah Rock tanahair apabila salah satu pioneer wirama Thrash Metal telahpun menjejak kesitu untuk berkonsert.
                          Jujur aku katakan ni adalah konsert dimana buat hidup aku jadi perit...segala macam dugaan sampai dari dugaan semasa hendak mendapatkan tiket sehinggalah kepada kesulitan cuti.Sedikit sebanyak perkara2 ni dah ganggu mood aku masa bercuti raya.Tapi syukur masih ada ruang kesempatan dan dapat juga tengok... 
                         Review penuh pasal konsert ni akan aku cuba siapkan dalam masa terdekat...nak rushing2 sangat menulis pasal konsert ni pun tak guna juga sebab bak kata kengkawan blogger lain "band ni dah tua tak pi tengok pun tak nyesal " hahahahaha..saja gurau jangan marah..Insyaallah aku cuba siapkan sebelum konsert dorang di Singapore sabtu ni..... Do you want heavy??..Matalliccaa will give you heavy bebehhh!!!!!

Sunday, June 23, 2013

Ujian Tuhan


                  Bangun tidur petang ni..buka tingkap ingatkan mimpi melancong ke oversea rupanya jerebu hahahaha...saja bagi peringatan buat kawan2 agar jaga kesihatan semasa dalam ujian Allah ni.Kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak....

Monday, January 28, 2013

Cerita Minggu Ni...


                       
                         Dua barang yang aku ambil minggu ni...satu rokok elektronik dan satu lagi hasil BR1M untuk rebate smartphone yang ditawarkan kerajaan....


                      Maka dengan itu bertambah satu lagi gears yang mana akan bertindak untuk aplikasi blog ni tak kira samada untuk gambar mahupun on-line dan reply sebarang komen pada setiap posting di blog ..kira blog aku ni masih lagi tidak menggunakan sebarang gadget2 canggih seperti CANON ke APPLE ke sebab aku masih selesa mengguna pakai barang2 murah dan ikut kemampuan diri aku sendiri!!!!!maka Blackberry Curve,Nokia Ashaa,dan juga Nokia C3 ni yang akan bertugas!!!!

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013


           Ok...Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk kita masih bernafas sehingga detik jam 12.00 tadi dan melangkah ke tahun baru..nikmat ni wajib kita syukur kerana kita toleh kiri dan kanan masih lagi kita dapat lihat orang yang kita sayang ada disisi kita....so apa macam dengan korang punya target tahun lepas??..dah tercapai belum??...azam pula macam mana??...tak payah lah poyo sangat nak berazam,yang penting kita plan elok2 hidup kita kemudian tawakal kepada tuhan.....aku bukan nak bersyarah cuma sekadar nak ucapkan happy new year 2013 kepada semua kengkawan blogger mahupun reader yang kerap masuk ke blog ni...tak kiralah samada korang suka atau meluat dengan blog ni asalkan korang tahu akan kewujudan blog ni maka korang adalah kawan.....itu je!!!hehehe

LONG LIVE ROCK n ROLL!!!!!

Monday, December 24, 2012

The Best 8 Album in 2012

                      Dah nak masuk penutup tahun 2012,so amacam??ada bagus??..harap apa juga yang korang azam kan secara poyo diawal tahun dulu dah pun tercapai.....aku sebenarnya pening dok fikir posting apa yang aku nak update untuk korang baca kali ni,fikir punya fikir dapat pula idea untuk review beberapa album (local underground material) yang menurut aku tahun ni nampak ada sedikit peningkatan dari segi kualiti berbanding tahun sebelumnya....asalnya petang tadi aku nak review album2 dari oversea yang mana tahun 2012 ni menyaksikan terlalu banyak album2 hebat dikeluarkan,tapi bila fikir balik apalah gunanya aku review album2 mat saleh tu yang mana memang dah pun berjaya walaupun tanpa sebarang review lebih2 lagi review yang datang dari blog buruk aku ni..
                      Maka aku mengambil keputusan untuk review akan beberapa album Metal Underground tempatan yang mana tahun 2012 ni memang banyak band local melahirkan produk,dengan sedikit rezeki yang ada pada aku tahun ni dapat juga aku memiliki beberapa album tanda sokongan pada pergerakan music bawah tanah tempatan.....banyak juga sebenarnya yang ada dalam simpanan aku tapi setelah dihitung dan dihisap maka 8 album aku pilih sebagai album terbaik bagi tahun ni (2012)...segalanya aku buat berdasarkan pendengaran aku,mungkin ada diantara korang rasa 8 album ni tidak layak tapi melalui kaca mata aku yang jahil perihal music ni berpendapat 8 buah album ni adalah satu tanda aras bahawa kita sudah mula BANGKIT DARI TIDUR YANG PANJANG!!!!....












VISITANT "The Sword Without Eyes" 
              Album ni cukup istimewa pada aku,menurut aku VISITANT telah memecah kebuntuan pada mereka2 yang sudah mula bosan dengan karya2 yang lemah.Mereka masuk gelanggang 2012 dengan mengeluarkan album ini..sebuah album yang cukup sempurna baik dari segi rakaman mahupun sound dan juga susun atur lagu.Pada aku mereka telah menunjukkan kematangan dari segala segi dalam band ni dan ia jauhhhhhhhh lebih hebat berbanding zaman rebellious mereka dulu.












NEKRAD / VOCIFERATION ETERNITY "Dragonia Pegaso"
                 Sebuah split album yang terbaik..pertembungan diantara dua nama yang bukan sahaja datang dari era yang berbeza tetapi juga konsep yang berbeza dimana NEKRAD adalah sebuah pendatang baru yang bermain music extreme Metal yang punyai unsur symphonic dan sedikit goth manakala VOCIFERATION ETERNITY adalah lagenda Metal yang lebih sinonim dengan term mereka yang "depressif"....positifnya album ni kerana dengan adanya Vociferation dalam split ni dapatlah sedikit sebanyak membantu akan NEKRAD yang baru bertapak dalam arena music tempatan...ini bukan kali pertama band2 lagenda dari Ipoh Perak melakukan split bersama band2 yang berstatus "new comer" kerana sedikit masa dulu lagenda Brutal Death Metal negara iaitu NECROTIC CHAOS juga pernah melakukan split bersama pendatang baru dari Singapore (tak ingat apa nama band tu!!hehehe)....












HUMILIATION "From Strength To Strength" 
                      Mereka telahpun berangkat dalam rangka "European Trespassing Tour 2012" ...all d best for HUMILIATION.....ok,berbalik pada album ni,tidak boleh disangkal lagi kemampuan mereka menjana music Death Metal.Band yang cukup produktif ni tidak pernah sesekali merasa selesa dengan apa yang mereka ada,maka tidak hairan jika mereka sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap produk..album ni membuktikan bahawa mereka sudah memasuki dalam senarai antara hero dalam liga Death Metal di Malaysia.

untuk baca review penuh sila klik link dibawah:
http://darkshahrulez.blogspot.com/2012/05/humiliation-from-strength-to-strength.html












NEFTARAKA "Morts" 
                NEFTARAKA tidak pernah mengecewakan disetiap produk yang di keluarkan.Pada mereka yang gemar akan sound Metal yang primitive (seperti band2 Black Metal 90'an) maka aku yakin korang pasti tertarik dengan setiap inci karya NEFTARAKA.Kumpulan yang cukup humble ni masih lagi setia dengan direksi music yang serupa dan variasi mood yang cukup hebat disetiap lagu.

untuk review penuh klik link dibawah:
http://darkshahrulez.blogspot.com/2012/07/neftaraka-morts.html












SUCCUBUS "Sadistic Rites Of Evil" 
                   Tolong beri perhatian pada band ini,jarang sekali dilihat ada band (baru) yang mampu menzahirkan karya diperingkat awal dengan cukup baik,namun SUCCUBUS seakan pecah kepejatan dengan memberikan sebuah manifestasi yang menurut aku ia cukup baik bagi sebuah band yang diperingkat permulaan...












DAMOKIS "Grinding Mother Whore" 
              Otai grindcore yang cukup beretika dalam memperjuangkan music mereka ni telahpun mengeluarkan full album pertama mereka pada tahun ini.Sebuah album yang pada aku berstatus album "pukul habis" ni menutup segala dakwaan bahawa Malaysia tidak punya band grind yang berkualiti..nahhhh ambik kau album ni,takde satu ruang nafas pun yang bagi keizinan untuk sebarang bentuk melodi,yang ada hanya grind grind dan grind.... 

untuk berhubung dengan Damokis sila klik link dibawah:
http://www.facebook.com/jbgrinder?ref=ts&fref=ts

untuk baca review penuh album ni sila klik link dibawah:
http://darkshahrulez.blogspot.com/2012/10/damokis-grinding-mother-whore.html












HEREAFTER "Endcient" 
                Album ni adalah "The Best" berbanding album2 mereka terdahulu,HEREAFTER telah menunjuk kan term Thrash Metal yang solid bagi sebuah direksi music Thrash Metal yang sebenar melalui "Endcient".Dengan berpandukan beberapa nama besar seperti JUDAS PRIEST,SODOM mahupun MEGADETH rasanya mereka berjaya manipulasi kesemua itu dengan cara mereka sendiri...

sebarang informasi perihal band "orang jahat" ni korang boleh klik dekat bawah:
http://www.facebook.com/hereaftermetal?ref=ts&fref=ts













IMPERIAL "Transcendent Salvation" 
              Masih panas lagi CD ni (baru beli beberapa hari lepas)... IMPERIAL sebuah nama yang hampir dilupakan (mungkin aku je yang lupa hahaha) jika dibandingkan dengan band seusia mereka seperti ARADIA...album yang diberi tajuk "Transcendent Salvation" ni adalah pembuktian mereka bahawa "jentera lama" masih ada bisanya.Sepertimana perfect nya album ARADIA "Draconis Eulogy" album IMPERIAL ini juga memberi kepuasan kepada aku...dari segi sound mahupun lagu semuanya menarik..produk juga didatangkan secara profesional dimana disertakan juga sebuah poster besar dan juga sebuah sticker....


Sunday, October 21, 2012

Cerita plastik Republik Cinta

               
       Aku dapati ada beberapa album lama yang dalam format cd dah mula berhabuk,misi untuk selamatkan segala harta benda ni bermula pada minggu lepas dimana aku rasa dah sampai masa untuk seal semua cd yang ada dalam simpanan aku supaya dapat tahan lama.....punya lah sayang dekat cd sampai sanggup beli itu ini,dulu masa zaman bercinta pun takde aku sayang awek aku sampai macam ni kahkahkahkah!!!..ok ni adalah plastik yang sesuai untuk disarung pada album2 yang dalam bentuk jewel case dalam tu ada 500 helai dan harga hanya rm15 aku beli di Plaza Low Yatt..


                  Suku dari koleksi dah pun aku bubuh menatang plastik ni,lagi beberapa hari rasanya settle lah kot kerja2 pembungkusan.Koleksi aku tak banyak jadi rasanya takdelah nak ambik masa lama nak bubuh plastik untuk semua cd,kalau macam brother berteromber ke atau brother deaf ke mungkin makan masa juga nak buat kerja2 macam ni sebab koleksi dorang semua ribut2 belaka.


                 Minggu lepas juga akhirnya dapat aku complete kan semua versi album 'Republik Cinta' dari band favorite aku iaitu DEWA 19...jadi dari studio album hingga ke vcd karaoke dari cd hingga ke kaset semua dah lengkap.... 

Sunday, October 7, 2012

Second Anniversary Of Rock N Roll Writing & Special Review for LAVATORY,DEATHEVOKER&NIGHTWOLF

                               profile pertama untuk blog ni masa tahun 2010 :) 

           Aku sendiri pun tak sedar dah 2 tahun blog buruk ni aku kelolakan.Faktor lupa ni berlaku kerana tahun ni adalah tahun yang paling sulit buat aku terutama dari segi pengurusan masa,bahkan percaya atau tak bahawa pada tahun lalu dah terdetik dah dalam hati aku untuk stop berblog ni,namun masih punya kudrat maka 2 tahun dah pun dicapai.....
           Tiada jaminan apakah ada lagi entry dalam blog ni pada masa mendatang,almaklumlah untuk menulis dalam keadaan berlelah lelah berkejar dan berlari mencuri masa bukan satu benda yang mudah.Tapi jauh disudut hati rasa sayang pada blog "langit mendung" ni masih membuak-buak cuma ada kalanya semangat tinggal semangat.......
           Sekali lagi diingatkan bahawa ni bukan webzine mahupun total 100% blog music tapi ia adalah blog peribadi sebab tu blog ni berkecamuk sikit posting nya,ni wajib aku tegaskan sebab masih ada beberapa teman2 dan kawan2 yang menganggap ni blog music yang 100%...jadi jawapannya "bukan"..kalau ada review album mahupun gig/konsert ia adalah berkaitan dengan minat aku...harap maklum...
            Jadi terima kasih pada sesiapa yang sentiasa sudi dan tak jemu nak masuk kesini membaca benda merapu yang aku tulis,tanpa perlu aku tulis nama blogger mana sekalipun sekali imbas aku tahu korang ni cukup loyal dan aku hargai......memandangkan dah hampir sebulan blog ni terbengkalai maka aku cover balik kekhilafan tu dengan review ringkas untuk band Lavatory (Transgression),Deathevoker (Eternally Rot) dan juga Nightwolf (Bite Em'Dead)...kesemua album ni adalah produk2 yang rilis pada tahun ni dalam format kaset/tape..aku ucapkan terima kasih pada mana2 band/label yang masih setia keluarkan produk dalam format ni....only tape is real....analog sound rulez!!!  

      Disaat kepesatan retro-thrash melanda pelusuk tanahair namun masih ada lagi beberapa produk yang lain dari itu yang mampu buat aku tersenyum.Jika sebelum ni HUMILIATION dengan gahnya melaungkan "Death Metal Still Alive And Well" kali ni muncul pula Lavatory yang menzahirkannya melalui "Transgression".
        Berbeza dengan Humiliation maka Lavatory lebih selesa dengan style "Swedish" Death Metal.Walaupun dalam beberapa temuramah ada dinyatakan bahawa mereka cuba untuk membuat lagu2 mereka agar tidak terlalu kedengaran "swedish" namun hakikatnya ia masih lagi sendat dengan riffing dan beat Death Metal dari benua tu.
           5 track ditembak tepat dikepala menerusi tape ni...warkah2 bernama seperti "transgression","side of sin","breathing for possession",raise the dead" dan juga "blinded by darkness" adalah diantara bahan tembakan yang cukup memuaskan jika anda adalah "ol'skool Death Metal Maniac".
           Jika anda adalah pemuja nama seperti KRISIUN mahpun ANGEL CORPSE maka duit dalam poket tu eloklah beli rokok je,tapi jika anda adalah pemuja karya2 klasik Death Metal seperti ENTOMBED,DISMEMBER mahupun NECROPHOBIC maka ini adalah rilisan yang wajib ada dalam simpanan longgokan kaset Death Metal anda.

sila klik link dibawah jika berminat:
http://www.facebook.com/MorbidInvasion?fref=ts


         Jujur aku katakan bahawa apa2 juga produk yang datangnya dari Sabah mahupun Sarawak belum pernah mengecewakan aku,sebutkan saja mana juga band mahupun apa juga genre yang digalas pasti mereka mampu deliver dengan cukup cemerlang.Rasanya lepas ni Sabah mahupun Sarawak akan masuk dalam list sebagai negeri2 yang akan aku kunjungi jika ada rezeki.
        Masih lagi dengan Death Metal dan kali ni giliran Deathevoker pula menerjah buas dengan album "Eternally Rot" mereka.Jika sesetengah band selesa dengan terma catchy mereka pula menggasak dengan liar setiap inci lagu yang yang dipersembahkan.Gambar depan album ni terus mengingatkan aku pada gambar pada album "cult" dari MORBID ANGEL iaitu "Altar Of Madness" hahaha.
         Untuk pengetahuan bahawa Deathevoker adalah 2 piece band jika dilihat dalam cover hanya ada Iwan diposisi guitar & bass manakala Mann sebagai tukang pukul...di bahagian vocal mereka mengundang Cozzen (Demizer) dan juga Adiek dari kumpulan Inside (arghhhhh!!)..teringat kata2 band Death Metal dari Sarawak iaitu kumpulan LARRONG dengan slogan "Agi Idup Agi Death Metal"...hailz!!

sila klik link dibawah jika berminat pada kaset ni:
http://apocalypsevenomousrecords.blogspot.com/



       Rilisan ni adalah rilisan yang seakan-akan sebuah rilisan yang mencabar ketamadunan METAL alaf baru (Modern Metal)..yelah masakan tidak,disaat kebanyakan diluar sana menyatakan bahawa 'Evenged SevenFALSE' itu adalah METAL (???) namun NIGHTWOLF tetap utuh dengan style pembawakan HEAVY METAL yang primitif dan klasik.
       Mendengar lagu2 mereka dapat dihidu bahawa METAL anutan mereka pastinya datang dari golden era seperti MOTORHEAD,JUDAS PRIEST selain dari ABIGAIL,GEHENNAH mahupun METALUCIFER.
               Track2 seperti "bite them dead","Heavy Metal Slut","woman from blackhell","satanik metal f@%king hell"(Abigail Cover) dan juga "be ready to roll" pastinya mampu mencapai tahap kepuasan yang paling max jika kalian sememangnya adalah HEAVY METAL FREAK!!!!!!

Wednesday, September 5, 2012

Air Loncan


                 Salam Syawal (belum terlambat lagi kan??)...orite aku nak sembang benda simple2 jelah buat masa ni almaklumlah mood open house ni boleh bikin jadi malas dan lembab sebab sindrom 'kenyang tak sudah' menguasai diri hahaha.
                 Ok masa cuti raya seminggu hari tu maka aktiviti pulang ke kampung halaman pun berlangsung..yang Rock ke yang tak Rock ke semua melakukan perkara yang sama atas nama ziarah sanak saudara sempena hari baik bulan baik ni.Aku balik ke Rembau,kalau diikutkan tak balik pun takpe sebab dah tiada sesiapa kat sana tapi ayah aku ajak juga untuk ziarah saki baki kaum kerabat kami.
                 Pendek kan cerita semasa nak balik ke KL ayah aku mintak aku singgah dulu ke Chengkau kata dia nak beli air 'loncan'...air loncan ni memang legend kalau dulu masa aku kecik2 bila balik beraya kat kampung arwah nenek aku akan hidangkan air 'loncan' ni,bukan takat nenek aku tapi boleh kata semua rumah yang aku pergi beraya zaman tu dok hidang air ni juga...cuma sekarang ni nama2 yang superb macam jenama Coke dan Pepsi dah jadi dominan maka trend pun berubah lah.
                Air ni duduk dalam kategori air karbonat juga tapi rasa gas dia kurang (macam takde gas) jadi hanya ada rasa manis je...aku tanya juga ayah aku mana dapat nama "loncan" tu dan ayah aku cakap nama 'loncan' tu adalah nama company air ni hahahaha...itu di Negeri Sembilan kampung aku macam di Johor kawan aku Idham kata area Batu Pahat dorang panggil air ni "oren bodoh" tak kira lah perisa oren ataupun perasa soda tetap panggil "oren bodoh' hahahahaha...

Sunday, August 19, 2012

Syawal 2012


         Selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang meraikan..dan ucapan khas dan SPECIAL juga buat pengKOMEN tegar blog ni,follower2 rasmi yang seramai 22 orang tu dan seterusnya pada visitor2 yang kerap singgah dan tunggu setiap posting yang aku update di blog ni....mohon maaf andaikata ada terkurang adab tatkala menaip!!!

Thursday, July 19, 2012

Good Bye John Lord


                    Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan satu lagi berita kematian seorang "Icon" dalam dunia Rock iaitu John Lord.Sebagai seorang peminat Deep Purple aku rasa patut juga dibuat posting berkenaan peranan mendiang dalam Deep Purple.Aku adalah generasi baru,mungkin ada benda yang aku tidak tahu dan mungkin ada benda yang terkurang,namun apa yang bakal aku tulis ni adalah datang dari pandangan aku sendiri dan setidak2 nya ia adalah satu posting perhormatan dari aku buat John Lord.
                    Jika tak salah beliau boleh dikatakan founder dalam Deep Purple iaitu dari generasi pertama band itu dimana vocalistnya adalah seorang perempuan (Shiela Carter).Aku yakin beliau juga adalah seorang SAKSI besar akan cerita2 yang berlaku dalam Deep Purple,ini merujuk kepada beberapa formasi Deep Purple yang bertukar ganti dan beliau terlibat hampir 80% dalam setiap line up yang melanda band itu,sebutkan sahaja dimana zaman yang John Lord tak join?...zaman Blackmore dia ada,zaman Tommy Bolin dia ada sehinggalah ke zaman Steve Morse (betul ke ejaan ni??) pun dia ada..begitu juga dari zaman Ian Gillan sehinggalah ke era David Coverdale beliau turut serta.
                    Menurut pendapat aku nasib John Lord dalam Deep Purple sama macam nasib John Deacon di dalam Queen dimana peranan mereka cukup besar namun terlepas pandang oleh segelintir peminat music,di dalam Queen rata2 hanya memberi mention pada Freddy Mercury dan juga Brian May,begitu juga didalam Deep Purple dimana Ian Gillan dan Ritchie Blackmore yang acap kali disebut sedangkan kita tahu jika bergerak dalam band ia merujuk kepada semua line up bukannya individu.Tetapi jika nak disamakan nasib rasanya Queen lebih bertuah sebab boleh dikatakan tiap2 tahun ada sahaja anugerah untuk mereka dan ini secara tidak langsung mereka masih dapat dipromosi,berlainan dengan Deep Purple jangan kan anugerah nak tengok dorang jadi cover dalam magazine Rock pun susah.Tapi aku yakin lepas dari ini Deep Purple akan dijadikan muka depan bagi majalah2 music atas kisah pemergian John Lord ini...
                  Walaupun dunia menyaksikan pelbagai nama2 hebat keyboardist yang muncul seperti "Don Airey" (Dio,White Snake,Deep Purple) yang dikatakan kononnya generasi baru selaku pencabar John Lord namun bagi pendapat aku sentuhan "orang lama" tetap bisa.Sebagai contoh dengarkan sahaja lagu "out of my mind" betapa solidnya paduan beliau disisi riffing Tony Iommy dan dari hasil itu juga buat aku terfikir,alangkah elok jika Tony Iommy memanggil John Lord untuk menyumbangkan hasil2 melody keyboard nya didalam HEAVEN & HELL pasti album "The Devil You Know" tidak kelihatan begitu SAMPAH seperti yang kita tahu.


Saturday, July 7, 2012

Gary Moore 'The Platinum Collection" 3 CD

            Bulan lepas ada beberapa perkara yang buat semangat aku betul2 rasa down.Satu persatu datang menimpa dan atas sebab tu juga semangat untuk update blog ni pun terbengkalai.Dan Alhamdulillah semua semakin pulih dan rasanya dah boleh hidupkan balik posting2 untuk blog ni...itupun kalau korang sudi nak singgah baca lah..
            Ok,bulan lepas juga aku ada sambar satu album kompilasi dari icon Blues moden iaitu tak lain dan tak bukan mendiang Gary Moore.Sebenarnya album ni aku pernah tolong belikan untuk kawan aku (tolong beli..bukan aku punya) dan memandangkan harganya pada waktu itu (tahun 2007) yang mencecah rm60 maka niat aku untuk beli kan diri sendiri punya aku matikan dulu..sebabnya aku bukan jenis yang berkemampuan.Pendek kan cerita aku terjumpa kompilasi ni pada bulan lepas dengan harga rm29 dan tinggal seketul ni je (last stock) maka dengan handsome nya aku bawa ke kaunter pembayaran hahahaha...


                     Album yang datang dalam pakej 3 Cd ni terbahagi pada 3 skop music beliau (Gary Moore).Cd pertama menampilkan seleksi lagu2 Rock beliau pasca album After The War dan lain2 (boleh rujuk en Berteromber sebab dia lagi pakar rasanya) Cd kedua seleksi lagu2 Blues dan Cd ketiga adalah beberapa rakaman live beliau.



                 Disertakan inlay yang setebal 12 muka surat.Dan dalam inlay berkenaan sarat dengan gambar2 classic dan juga beberapa pendapat dari lagenda2 Blues terhadap Gary Moore.Pada yang memang into dengan Gary Moore rasanya tak rugi kalau korang rembat seketul album kompilasi ni sebagai salah satu koleksi korang kerana ia datang dalam satu pakej yang perfect untuk disimpan.Kompilasi keluaran tahun 2006 ni rasanya masih ada dalam pasaran tapi perihal harga aku tak berani jamin lah korang boleh dapat harga yang sama macam aku dapat ni.Tapi kalau luck menyebelahi korang dan dapat harga sempoi macam ni adalah bernas untuk korang beli!!!!....

QUEEN album "Jazz" adalah posting selepas ni harap sudi baca.....!!!!

Monday, June 18, 2012

Cerita Kosong

          Malas nak menaip..so sekadar nak berkongsi beberapa gambar berkenaan dengan aktiviti aku beberapa hari ni...



                               Sekitar majlis pelancaran Skuad Muda KDN di Serdang

                   
                                  Pemandangan di Tanjung Harapan Klang


                               Musim durian sudah datang!!!!!!!!

Sunday, May 27, 2012

Mengemas


                Baru lepas beli satu lagi rak untuk taruk segala khazanah.Bermodalkan rm15 dapatlah aku kemas kan sikit posisi bilik aku dan beberapa stuff yang berselerak.Rak yang ada 3 tingkat dan 6 basket ni sebenarnya adalah rak yang lebih sesuai untuk letakkan tools macam spanar ke,skru driver ke tapi aku rasa sesuai juga kalau aku lacurkan kegunaan dia untuk meletakkan khazanah2 music aku ni.Nak beli cabinet yang besar2 rasanya macam tak logik sebab bilik kecik je jadi yang macam ni pun dah kira sempoi lah...


NOTA: Bahagian atas je yang penuh bawah belum lagi tu...kira banyak lagi lah pelaburan nak kena keluar lepas ni hahahaha...

Sunday, April 1, 2012

CROMOK Kita Jumpa Nanti


            Syukur tiket dah dapat dah jumaat hari tu,cuak juga mula2 bila ada yang cakap tiket untuk harga rm98 dah nak sold out.Last dapat juga dua tiket rm98 untuk aku dan kawan baik aku Idham.Yang tinggal sekarang ni adalah problem yang biasa bagi seorang pekerja sektor industri iaitu problem 'CUTI'.Almaklumlah pekerjaan macam aku ni tengah2 cuti kahwin pun boleh kena panggil untuk duty (harap kalau aku kawin nanti takdelah macam tu)
            Cadang nak beli tshirt Cromok untuk dipakai pada show dorang ahad ni tapi apakan daya duit dalam dompet cukup terhad,so aku pakai jelah Tshirt METALLICA buruk aku tu nanti..janji Thrash juga kan??hahaha..jadi pada sahabat2 kawan2 rakan taulan yang akan kesana tangkap gambar banyak2 dan letak di Facebook masing2 sebab dikhabarkan bahawa ini farewell show bagi Cromok.Insyaallah jika aku dapat pergi show ni simple review bakal menyusul.....kenapa simple review??...macam yang pernah aku beritahu pada posting2 berkenaan Cromok yang pernah aku buat sebelum ni bahawa aku bukan die hard bagi Cromok,sekadar peminat yang biasa...apapun Unicorn kembali terbang tinggi!!!yeahh!!!

Friday, December 9, 2011

Koyok Jacket!!


               Tertarik dengan entry yang dibuat oleh cik abang Ijau tentang koleksi patches nya (boleh check kat sini) jadi aku pun nak tayang...oppss...bukan tayang tapi nak berkongsi apa yang aku ada dengan kroni2 blogger yang lain sebagai posting ringan untuk dibaca...so gambar kat atas tu antara patches yang ada dalam simpanan aku.Ada yang dah dibeli lebih dari 9 tahun dan ada yang baru aku dapatkan.Ini antara koleksi yang dapat diselamatkan sebab ada beberapa yang lain dah kena rembat dengan member2.
                Aku takde jacket untuk tampal koyok aku ni,cuma masa sekolah dulu (time kemaruk nak jadi metalhead konon2) adalah menampalnya kat bag sekolah...itu dulu punya story lah,macam sekarang ni pula aku lebih selesa memakai Tshirt saja tanpa berjacket,jadi memang terbiar jelah benda2 ni macam tu je.Sapa yang memang kaki kumpul patches ni pastinya meluat tengok gambar ni sebabnya semua patches ni bukan lah patches import yang disulam dengan sulaman yang cantik tapi patches yang paling haprak (patches pakai cop)...apa nak buat itu je kemampuan aku...nak leburkan sampai rm25 untuk beli benda yang aku tak pakai nak buat apa kan??so rembat yang stock rm5 seketul dah lah...

Sunday, October 23, 2011

Tangkap Ular


                   Syukur,akhirnya keluh kesah gelisah sebab belum dapat tiket dah pun berakhir.Petang tadi aku dah pun dapatkan tiket WHITESNAKE WORLD TOUR Live In Kuala Lumpur 2011.Aku beli dua tiket satu aku dan satu lagi untuk rakan jenayah aku iaitu Zakri.Asalnya harga rm98 tapi katanya sekarang tengah promosi makanya hanya rm89.
                    Aku ambil yang paling murah jelah atau dalam erti kata yang lain takat tu je kemampuan aku.Yang penting aku dapat pergi.Aku tak heran kalau tak dapat tonton METALLICA misalnya mereka datang ke mari,aku pun tak heran kalau tak dapat tengok BLACK SABBATH di Singapore 3 tahun sudah,tapi kalau yang satu ni aku tak dapat peluang nak pergi memang pedih,hancur dan luluh hati aku..mungkin aku akan ambil masa yang panjang juga untuk mendengar semula muzik Rock..mana tak nya, WHITESNAKE antara yang paling mempengaruhi tasted Rock N Roll aku selama ni.
                    Perihal tiket dah settle jadi sekarang ni tinggal nak tunggu keputusan cuti lulus ataupun tidak..harap2 lulus lah.Aku harap sangat2 janganlah ada aral yang melintang.Insyaallah aku akan review juga konsert mereka ni jika punya kesempatan.Pada sesiapa yang belum tahu,konsert ni sempena Tour bagi album baru mereka iaitu FOREVERMORE dan aku ada juga ulas pasal album tu..so korang klik jelah kat sini kalau nak baca ok..

Dah terngiang2 dah suara Coverdale menjerit "Are You Readeeeiiii???"...hahahahaha...see u there!!!

Thursday, October 6, 2011

DEEP PURPLE 2 in 1

             Bulan ni memang cukup busy buat aku,kerja kerja dan kerja.Nak update blog pun rasa cukup lemah.. mana tak nya lepas habis kerja aku balik rumah terus makan dan tidur,bila bangun pergi kerja balik.Apa nak buat cari rezeki kan??Tapi dalam kesibukan aku yang bermula dari minggu lepas lagi,aku still sempat keluar berjalan pada siang hari (aku kerja shift malam) dengan tujuan saja nak free kan sikit otak yang serabut dengan tugasan harian.Pendek kan cerita masa aku keluar berjalan tu aku dah masuk satu kedai music ni dan terjumpa dengan album DEEP PURPLE dimana 2 album dikempil dalam satu set...


         Album yang berstatus cult bagi pemuja DEEP PURPLE iaitu album "Machine Head" dan juga album "Who Do We Think We Are"...


                                   Machine Head 


                                Who DoWe Think We Are 


                  Dua2 album ni memang aku nak beli dari dulu,tapi tak beli2 jugak mungkin semua lagu2 dalam ni dah ada dalam beberapa siri kompilasi dorang yang ada dalam simpanan aku,jadi bila dah ada durian runtuh macam ni aku pun malas lah nak cerita panjang lebar...Nanti kalau ada masa aku review lah dua2 album ni..macam yang aku cakap tadi tugasan harian membataskan aktiviti aku....


P/S : DEEP PURPLE adalah band yang menyebabkan aku terjerumus ke dalam dunia Rock!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...