bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, December 13, 2013

Pawang Metal Veteran Dari Japan


SABBAT : Battles Harmageddon tape (Compilation)

SABBAT : Darkness And Evil Over Barcelona tape (Live Recording)


Listen Tape And Stay For The NECRO sound......

Monday, December 9, 2013

SUFFERCATION "Day Of Darkness" (re-awakening)


                  Sebelum aku ulas mengenai album ini (Day Of Darkness) ada baik kita imbas sedikit kebelakang dimana nama Suffercation ni mula bertapak.Termaktub di dalam sejarah bahawasanya mereka adalah band Death Metal tempatan (mungkin juga asia tenggara) yang pertama berjaya merakam album penuh.Dibawah seliaan Valentine Sound Production (VSP) mereka menghemburkan peluru2 Death Metal acuan timur dengan jayanya melalui fasa pertama serangan mereka melalui album "Day Of Darkness" pada 1992.Dengan corak pemasaran dan barangkali juga sikap "keterbukaan" peminat tempatan terhadap music aliran keras pada masa itu telah menambahkan lagi kejayaan album "Day Of Darkness".
                 Tak salah kiranya kalau SUFFERCATION diangkat sebagai satu2nya band extreme metal bawah tanah yang mampu menutup mulut2 pemuzik mainstream apabila jualan album "Day Of Darkness" mampu mencapai jualan 23,000 unit kurang dari 5 bulan dari tarikh ia dikeluarkan...bagi sebuah kugiran bawah tanah bukan ke itu satu kejayaan??
                 Sepertimana band2 lain SUFFERCATION juga tidak terlepas dari SUFFER melibatkan beberapa pihak,mereka mengalami beberapa fasa seperti penukaran konsep dan sebagainya sehinggalah mereka datang semula pada tahun 2007 sekaligus merakamkan album comeback yang berjudul "As We Breathe...".Namun ia masih gagal untuk menakluk kuasa peminat new comer diera milenium ini.Apatah lagi aura JAHAT melalui "Day Of Darkness" masih kuat mendoktrin dalam minda pecinta irama berat ini.


                     Diatas kehebatan album pertama dan kuasa impaknya pada industri music maka aku yakin itu adalah punca mengapa berlumba2 label tempatan mahu mengeluarkannya semula,namun rezeki memihak pada afterlifeprod apabila label ini berjaya mengeluarkan semula album keramat ini dengan penambahan "re-awakening" pada tajuk album dan diletakkan satu lagu baru sebagai bonus.
                     Album ini asalnya dikeluarkan oleh VSP dalam format kaset sahaja,maka tidak hairanlah mengapa sound dalam cd keluaran semula Afterlifeprod ini adalah sama seperti sebuah rakaman kaset dubbing ini kerana mastercopy album berkenaan tidak ada pada SUFFERCATION.Namun ini bukanlah alasan untuk kita tidak memilikinya kerana album ini bukan sebuah album yang hanya diangkat sebagai klasik namun ia lebih kepada monumen sejarah susur galur perkembangan industri music berat Malaysia.


                     Disertakan dengan gambar2 klasik mereka,ulasan2 dari GODZ metal luar mengenai album ini bahkan disertakan juga temubual yang dilakukan sendiri oleh Wan Syamsul (owner Afterlifeprod) bersama SUFFERCATION.Adalah sesuatu pembelian yang cukup berbaloi dan produksi sebegini baru boleh dianggap sebagai 'menghormati' sesuatu keluaran semula apatah lagi bagi album sehebat "Day Of Darkness" ini.


                        Terlanjur bercerita mengenai SUFFERCATION dimaklumkan mereka akan beraksi pada sebuah gig yang dipanggil 'Blast From The Past' disamping nama2 besar lain seperti BRAIN DEAD,SIL KHANNAZ,INFECTIOUS MAGGOT dan lain2.Pada brother2 yang dulunya anda adalah kutu berahak metal tapi sekarang dah pencen rasanya tak salah untuk datang ke gig ni bagi menggamitkan semula memori indah anda ketika zaman2 rebellious anda dahulu kala..manakala bagi generasi baru yang masih berhingus macam aku jom kita ramaikan temasya ni dan saksikan bagaimana jentera2 lama ni mengkucar kacirkan stage di Publika Solaris...


Death Metal Malaysia Still Alive and Kickin....

Saturday, December 7, 2013

Ayam Penyet Padang Jawa




              Minggu lepas aku dan beberapa orang rakan turun ke Padang Jawa,tujuan kami nak berjumpa adalah untuk perbincangan mengenai trip kami ke Ipoh Perak pada Januari tahun depan.Memilih lokasi Padang Jawa kerana kerap disebut oleh Arif dan Hery bahawa ada kedai paling sedap disitu yang menyediakan hidangan ayam penyet.Malang sedikit buat kami kerana malam berkenaan kedai tu tutup dan kami memilih untuk ke kedai yang berhampiran.
               Kedai yang kami pilih ini adalah kedai kampung biasa,pemandangan lalu lalang warga kampung pulang dari kerja menghiasi pemandangan,aku suka view sebegini sebab dah naik muak dengan style2 mewah dipusat bandar.
               Sepertimana yang selalu kita saksikan dalam mana rancangan2 makanan Indonesia maka sama juga lah seperti kedai ni,baik dari cara susun atur barangan hingga ke tempat sajian.Seperti biasa menu kami adalah ayam penyet.Walaupun ayam penyet lebih mementingkan SAMBAL namun rencah2 lain juga penting seperti cara gorengan ayam dan sebagainya,kali ni berbeza sedikit kerana ayamnya digoreng dengan herba dan kelihatan sedikit kehitaman,bebola daging sebagai penambah lauk dan air extrajoss adalah pelengkap.
              Jika anda ke Padang Jawa cari je kampung yang berhampiran disitu dan warung ni adalah yang pertama anda akan jumpa selepas dari simpang.Harga ditawarkan juga murah selain layanan mesra dari tuan kedai.....yang lebih penting awek2 pun ramai yang datang makan disitu... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...