Dokumentari ni rasa nya dah hampir 2 tahun jugak dalam simpanan aku.Benda yang memang aku akan tonton kalau aku ada masa terluang.OK..ini adalah sebuah dokumentari tentang perjalanan muzik yang paling berpengaruh pada 80an iaitu
Thrash Metal.Ianya bukan portfolio murahan untuk tatapan kita tapi ia adalah hasil dari monumen2 yang dikumpul,dikaji dan diselidik dengan cukup rapi lantas dijadikan dokumentasi visual.
Ianya menarik kerana ia memaparkan perkembangan muzik berkenaan,dimana plot cerita dimulakan dengan bagaimana kumpulan2 seperti
Black Sabbath,Judas Priest mahupun
Iron Maiden mempengaruhi anak2 muda (waktu itu) untuk menubuhkan kumpulan mereka sendiri.Ini diikuti dengan permulaan
Thrash Metal serta mereka meng
highlight kan band2 gergasi
Thrash sebagai pengetahuan kita.
Pelbagai band yang boleh kita lihat semasa demam
Thrash sedang menular waktu itu.Dari gergasi2
THE BIG FOUR seperti
Metallica,Megadeth,Antrax dan
Slayer hinggalah band2 seperti
Possessed,Hirax Dark Angel,Whiplash,Hallow eve,Exciter,Nasty Savage,Razor,Sacrifice,Prong dan
Carnivore juga disertakan bagi melengkap kan perjalanan dokumentari ini.Ianya dilampir dengan cukup kemas dimana setiap band2 yang dipaparkan akan diberi komentar mengenai band tersebut mahupun album2 yang mereka terbit kan..arghhh..ini bukan calang2 punya dokumentari beb..
Selain itu juga mereka melampirkan sejarah2 tentang
scene Thrash Metal seperti L.A scene, New York scene,Bay Area Thrash,Germany Thrash Attack dan puluhan cerita menarik sehingga ke sejarah mengadakan konsert terulung
Thrash Metal iaitu
Clash Of the Titan.
Pandangan dari band2 metal baru juga diambil. Mereka ditanyakan tentang betapa besarnya impak kumpulan2
Thrash ini memonopoli karier muzik mereka.Antara kumpulan2 baru yang ditemuramah ialah
Shadows Fall,Lamb Of God,Slipknot,In Flame,Hatebreed.
Kalau dah band2 muda pun bagi pendapat mustahil lah otai2
Thrash ni tak kena interview.Ada beberapa
Thrash Metalhead juga ditemuramah bagi mendengar dari mulut mereka sendiri yang terlibat secara langsung pada waktu itu.Antara nya ialah
Mille Petrozza (Kreator),Scott Ian (Antrax),Tom araya & Kerry King (Slayer),Danny Ulker (Nuclear Assault),Blitz (Overkill) Chuck Billy (testament) dan ramai lagi lah mereka2 yang bergelar
Thrash Metal Maniax ni.
Dilengkap kan lagi plot cerita dimana terdapat juga cerita tentang
Fan.Moshpit,Fashion dan
code bagi penggemar2
Thrash ini berpakaian.Cukup lengkap semuanya diceritakan.
Keseronokan bila menonton DVD ni ialah gambar2 klasik yang ditunjuk antara nya rakaman2 live,gambar2 kedai kaset yang menjadi tempat pencarian
stuff metal ketika itu,koleksi demo2 terawal band2
Thrash yang masih disimpan oleh peminat(aku rasa band tu pun dah takde simpan) dan macam2 lagi dari patches hingga kan button semua ada untuk dijadikan tatapan anda yang bergelar
Thrasher.
Individu2 luar yang pernah mahupun masih menyokong pada
genre ini seperti
Charles Florio (Thrash Metal Historian),Ian Christe (Author-sound of the beast),Tod Gordon (Torrid Record) Rich Bienstock (Guitar World Magazine) Jon & Marsha Zazula (ex-Megaforce Record)Opie (Metal Dj) dan ramai lagi turut berkongsi pengalaman mereka yang telah menjadi saksi seumur hidup dalam kegemilangan dan sejarah hebat
Thrash Metal.
Aku
recommend pada sesapa yang pernah merasai ketaksuban genre ini mahupun pada yang sesiapa baru nak bertatih dekat dengan genre
Thrash untuk mendapatkan DVD ni.Takkan sampai mati kita nak layan
Thrash Band yang
Famous je,ada lagi yang hebat2 yang boleh kita layan.Pada mat2
Thrash muda yang sekarang ni dok sibuk
recycled balik
cultured ni aku rasa korang juga harus ada DVD ni..kalau korang sampai sekarang ni masih tak tau kewujudan DVD ni ada lebih baik korang potong je rambut korang tu dan start layan lagu pop yeh yeh....