bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Wednesday, November 10, 2010

WHITESNAKE 1987...


               Ini adalah rilisan yang cukup JAHAT bagi mereka..kerana ia nya dikeluarkan selepas Coverdale yakin semula dengan slogan Rock will never die..and long live Rock n Roll...selain itu album ni juga diterbitkan selepas John Sykes (guitarist) telah dicemuh oleh Ygwie Malmsteen dengan mngatakan beliau adalah guitarist yang bercitarasa rendah dalam sebuah interview.Selain itu album ini diterbitkan juga tatkala Britain masih mendabik dada dengan movement punk band.
               Tapi bagi menzahir kan matlamat citarasa masing2 makanya album ini rilis..dan berjaya sama sekali bahkan dijadikan tiket untuk mereka menawan Europe mahupun Japan.Album ini memang lain dari album mereka2 sebelum ini dimana masih kuat terasa feel Deep Purple dalam setiap lagu mereka (coverdale ialah vocalist bagi deep purple selepas Ian Gillan dipecat).Namun manifesto karya mereka kali ini lebih condong kepada heavy rock dan boleh dikatakan semua lagu ballad mereka telah disuntik dengan element R&B....cukup unik dan berhasil.
             Kesan dari album ni boleh kita rasa dalam setiap karya2 pemuzik dari brother2 rockers kita tahun 80an dulu.Antara nya Rahim Maarof yang mula mengenakan Tone suara ala2 Coverdale melalui band nya iaitu The Whitesteele..lain dari itu kita boleh dengar virus Whitesnake ni dalam lagu2 dendangan Aris Ariwatan,hattan,Search,Kris dan macam2 lagi lah(sebelum pada ni rockers2 malaya ni lebih pada iron maiden tak pun van halen). 
             Pada aku sendiri Line up bagi album ni adalah kuartet terbaik sekali (fan whitesnake pun ramai setuju) walaupun selepas pada album ini Whitesnake dianggotai oleh World Class Guitar Hero iaitu Steve Vai.Namun Steve vai pada aku tak lebih tak kurang hanya menyambung projek yang dirangka oleh John Sykes semata mata di dalam album Slip of the tongue ini kerana Steve Vai bukan jaguh dalam heavy rock sebegini.Paling berat pun dia boleh bawa ialah sound rock Funky ala2 David Lee Roth Band.
            
                                            album yang hari2 aku dengar dalam bilik   

line up for this album: 

David Coverdale (vocalist) 
John Sykes (Guitarist) 
Neil Murray (Bass) 
Tommy Aldridge (drum) 
Don Airey (Keyboard) 

Track : 
1: still of the night 
2: bad boys 
3: give all your love 
4:looking for love 
5: crying in the rain 
6: is this love 
7: straight for the heart 
8: dont turn away 
9: children of the night 
10: here i go again (1987 version) 
11: you're gonna break my heart again 


Nota: kepada sesiapa yang takde pengalaman untuk menjamah magic dari album ni aku nak bagi tau yang album ni takkan sama dengan pengalaman anda mendengar lagu dari Motley Crue mahupun Quiet Riot ataupun Loudness..ini kerana White Snake adalah lebih dari itu..



 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...