bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, November 27, 2010

DARK THRONE 'sardonic wrath '


           Album sayonara..barangkali farewell buat Black Metal..mungkin itu yang terbaik untuk awal nota review ni.Seperti sedia maklum rilisan2 lepas dari ini adalah rilisan yang mana mereka telah pun berjinak2 dengan element crust punk.Tiada lagi gigitan mahupun sentuhan sonic dari pasca Transilvanian Hunger mahupun Panzerfaust.Mungkin ini yang sebenarnya yang mereka cari namun tidak kesampaian tatkala negara mereka cukup kuat dengan produksi logam hitam yang hebat.
         Berbalik pada sardonic wrath ni,ini adalah karya yang dizahirkan pada tahun 2004.Kalau tidak silap ini juga adalah album terakhir untuk mereka memberi kekayaan kepada Satyr (Satrycon) melalui label nya Moonfog Record.Kalau diamati,sebenarnya album ni juga telah memberi bayangan awal akan perubahan muzik mereka.Tenik fast mereka tidak lagi menjurus kearah ritma logam hitam seperti biasa dimana fenriz sendiri telah bermain beat fast yang mirip pada sentuhan motorhead juga kumpulan2 NWOBHM.  
         Namun ia bukan menandakan album ni dah tersasar dari matlamat mereka,ini kerana sentuhan itu masih kuat terasa.Muzik yang cukup wild n dirty ini pastinya masih mampu mengubat hausan para penggemar muzik songsang sebegini tatkala kita memang ketandusan album yang berkualiti.Mereka jujur dengan diri sendiri, mereka tidak perlu akur pada sesiapa,makanya setiap benda yang mereka zahirkan pastinya cukup unik sekali kerana ianya lahir dari hati mereka sendiri.  


                Ada mulut2 yang katakan album ni adalah sebuah manifestasi 'main-main' dari Dark Throne.Ini kerana mungkin mereka sekadar mahu melepaskan syarat sahaja sebelum merubah hala direksi muzikal mereka,namun pada aku tidak,aku cukup kenal band ini dan aku memang dah cukup hadam dengan album ni, dan melalui penelitian aku ini bukan rilisan 'lepas batuk di tangga'..ini adalah album yang direkacipta oleh 2 orang pemuzik yang cukup kenal dengan maksud sebenar sebagai duo pemuzik underground.Makanya setiap apa jugak yang mereka buat pastinya melalui proses penelitian yang cukup tajam dan mapan. 

1  order of the ominous
2  information wants to be syndicated
3  sjakk matt jesu krist
4  straightening sharks in heaven
5  Alle gegen Alle
6  men tenker sitt
7  sacrificing to the god of doubt
8  hate is the law
9 rawness obsolete  

       Sebenarnya bukan Dark Throne sahaja yang telah kecewa dengan pergerakan muzik metal dunia,tapi aku yakin banyak lagi kumpulan2 Black Metal elite ni yang dah mula bosan kerana perjuangan yang mereka buat tidak lagi diikuti dengan satu tindakan susulan yang betul oleh kumpulan2 metal sekarang.Namun band2 ini tidak seberani Dark Throne yang lantang menyuarakan pendirian.Pada pandangan aku yang masih cuba untuk pertahan kan jenama metal Norway sekarang ini mungkin hanya '1349' je kot...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...