bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, April 26, 2012

AS SAHAR "Bugis"


                      Satu nama yang tidak asing bila kita bercerita tentang perkembangan industri music Metal Extreme nusantara.Bahkan adalah sesuatu yang pelik andaikata ada diantara penggemar2 music sebegitu yang tidak kenal akan nama AS SAHAR ni..dan aku sendiri secara peribadi mengakui bahawa band ini lah pencetus dan menjadi punca aku mula mendekati music berat secara umumnya yakni melalui album2 klasik mereka.
                      Ok,album terbaru ni adalah kesinambungan pada aktifnya mereka semula di persada underground tempatan.Kali terakhir buah tangan mereka adalah melalui album 'Tir' yang dikeluarkan pada tahun 2006 dan selepas itu kita boleh nampak AS SAHAR mulai banyak mengisi slot2 gig.
                       Album terbaru yang diberi judul 'Bugis' ni telah pun menjengah pasaran pada beberapa bulan lepas.Istimewanya album ni bukanlah kerana ia menampilkan karya2 baru AS SAHAR tapi pada aku istimewanya album ni kerana AS SAHAR telah mula memperkenalkan acuan music folk dalam lagu2 mereka.Ini yang membuatkan ia tampak begitu menarik pada aku.Secara jujur sudah terlalu lama aku menanti band (asia timur) manakah yang akan muncul untuk membawa konsep sedemikian.Bahkan aku membayangkan bahawa MUNGKIN generasi2 baru yang akan mencubanya namun sangkaan aku meleset sama sekali,apatah lagi aku langsung tidak menjangka bahawa mereka yang BERANI mencuba itu adalah AS SAHAR...


                      Dan ini sekali lagi membuktikan yang mereka memang serious dengan perjuangan music mereka dan berani menjadi PENCETUS pada sesuatu yang rata2 nya belum biasa dengan apa yang mereka cuba.Mereka telah melalui beberapa revolusi dalam berkarya bermula dengan katalog2 album yang agak primitive kemudian dengan berani menongkah arus dengan membawa konsep Rock dalam album "baku karama' kemudian mencuba pula unsur2 jihad didalam album "intifada" dimana tatkala itu isu tentang jihad adalah terlalu asing untuk didukung pada sesebuah band seperti mereka.
                      Pada aku AS SAHAR tidak pernah untuk try to play a save game sebaliknya mereka sentiasa gamble dengan apa yang mereka buat,orang suka atau tidak itu belakang cerita yang penting mereka cuba....ada band yang seberani ini??...
                      Rasanya (kalau tak salah) ni adalah album pertama mereka dibawah label milik Malek Hanael (bassist) iaitu BLAKCWINDS PRODUCTION.Dan ia tampil dengan lyric didalamnya.7 buah lagu menjadi taruhan mereka dan disertakan satu re-record untuk lagu "berwahi (dalam tuntut)" dan juga 2 lagu yang diambil dalam siri album 4 split EASTERN DAMNATION yang berjudul "fear the bogeyman" dan juga "rejoice in funeral".

track

  1. By The Swung Of The Machete 
  2. Bissu
  3. Possi Lana Dari Celebes
  4. Berwahi (dalam tuntut)
  5. Rejoice In Funeral  
  6. Akkasaraki Nabbiya 
  7. Fear The Bogeyman 
untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka boleh berhubung melalui link dibawah :
http://www.facebook.com/pages/As-SaharOfficial-band-page/144808662206426

Thursday, April 19, 2012

ETERNAL ARMAGEDDON "Her Forlorn Monsoon"


                        Dari dulu lagi memang aku cukup tertarik dengan mana2 sahaja rilisan Extreme Metal dari pelusuk negeri/negara yang pada aku jarang kita dengar bahawa mereka punyai force mereka sendiri dalam music Metal.Dan ini adalah satu lagi band yang datang dari sebuah negara dimana Metal itu cukup janggal iaitu Bangladesh.Aku cukup yakin bahawa bukan sahaja ETERNAL ARMAGEDDON bahkan mungkin ada puluhan lagi band telah pun wujud di negara itu.
                        Mini Cd ni mempersembahkan 2 track dan sebuah intro yang cukup sendat dengan alunan Extreme Metal ala ciptaan Norway.Hampir kesemua lagu2 didalamnya mengingatkan aku pada katalog2 klasik dari gergasi Metal Norway iaitu IMMORTAL,bahkan cara penyampaian nya juga cukup mirip dengan style ABBATH dari kumpulan terkenal tu.Adalah kurang bijak andaikata aku mengkritik hasil seni mereka,ini kerana pada pendapat aku bagi sesebuah band yang lahir dari negara2 sedemikian pastinya ruang litup mereka masih belum luas,maka COPY&PASTE adalah jalan mereka.Tapi setidak tidaknya mereka berani keluar dari kepompong culture negara tersebut.Harus diingat,walaupun sedemikian sound yang terdapat dalam mini Cd mereka ini jauh lebih SEKOLAH rupa bentuknya berbanding sound2 yang terlahir dari negara2 yang umumnya tahu sudah dominan dengan Scene Metal mereka..itu yg mengkagumkan aku.

       Lagu mereka banyak berkisar tentang perasaan mereka yang tidak selaras dengan budaya yang ada di sekeliling.Provokasinya cukup keras, asuhan nya jelas melalui liner note yang terdapat didalam mini Cd ini.Walaupun adalah pelik jika term seperti tu digunapakai untuk konsep sebegini tapi ia memang wajar kerana aku pernah menonton sebuah documentary tentang pemuzik2 Metal di benua2 exotic dimana mereka disisihkan oleh masyarakat sekeliling hanya kerana mereka menggilai music sebegini.Di sebuah benua arab misalnya (tak ingat negara mana) ada pemuzik2 disisih seakan akan mereka ni pembawa penyakit berjangkit sedangkan mereka hanyalah barisan anak2 muda yang mahu berkarya dan terpaksalah anak2 muda ini menyewa sebuah rumah dipinggir bandar untuk dijadikan station bagi mereka menginap,jamming,recording dan sebagainya.Maka tidaklah pelik andaikata amukan ETERNAL ARMAGEDDON ni lebih kearah yang sebegitu.

Andaikata anda berminat untuk mendapatkan rilisan menarik ni boleh berhubung melalui link dibawah:
http://www.facebook.com/pages/MTD-Production/166525600033405

Monday, April 16, 2012

Roti Canai Special & Sushi


                    Semalam aku call Idham untuk lepak makan2 habiskan masa di hari ahad,dan dia pun cadangkan untuk datang ke satu kedai mamak yang mana menu special nya ialah ROTI CANAI SPECIAL.Pertama kali pandang nampak mengerikan,mana tidaknya telur setengah masak disaji bersama roti canai banjir.Tapi lepas tengok Idham makan dengan lahapnya aku pun berani2 kan diri mencuba...dan ia memang KEBABOMMM...lawannya pula adalah Teh Halia..dan aku angkat Teh Halia kedai ni sebagai the best .Kalau korang nak mencuba menu ni silalah bertandang ke Masjid India Kuala Lumpur.Ia berkedudukan betul2 di sebelah sungai di bahagian belakang banggunan...

                 
                        Hari ni aku cuti,lepas aku settle kan semua urusan hidup aku terus ke Mid Valley Megamall yang terdetak betul2 dibelakang rumah aku.Walaupun dekat dengan rumah tapi hampir 2 tahun juga aku tak jejak kan kaki ke situ sebabnya takde apa yang menarik,cuma hari ni tiba2 tekak teragak nak bedal sushi maka digagahkan juga kaki untuk kesitu.Pada tahun 2005 dulu semasa aku bekerja di Jusco Mid valley Megamall pasti setiap kali keluar gaji aku akan ke Carrefour (betul ke ejaan ni?) untuk membeli sushi,sebabnya disitu pembuatnya adalah orang melayu kita jadi aku takde lah perasaan was was.Rasanya lebih kurang dah 2-3 tahun tak membaham benda ni dan aku dapatkan satu set yang berharga RM12 ni untuk hilangkan rasa mengidam tu...

Wednesday, April 11, 2012

CROMOK Thrashing Kuala Lumpur Live 2012


                   Hari yang dinanti oleh semua umat yang meminati kumpulan yang cukup taksub dengan simbol KUDA TERBANG (unicorn) akhirnya tiba.KL LIVE yang jika pada hari biasa hanya sibuk dengan orang2 yang bekerja namun hari ni dipenuhi dengan manusia yang berbaju hitam,berambut panjang,seluar ketat,seakan akan askar...ya METAL ARMY..
                   Pukul 3.45 pm gate dibuka,dimaklumkan bahawa pada pukul 4 pm emcee akan memulakan kerjanya sebelum supporting act melakukan tugas.Kira tepati janji juga lah organizer konsert ni (clorkwork event).Aku dengan 2 orang rakan lagi kami berdiri di bahagian yang agak belakang sedikit di bahagian kanan stage.


                  Setelah selesainya tugasan Langsuyr & Metalasia maka lebih kurang pada pukul 6 pm CROMOK naik ke stage.Gegak gempita satu KL LIVE,mereka seakan tidak percaya bahawa ini adalah CROMOK.Tiga nyawa yang tak asing bagi CROMOK iaitu Karl,Miji dan Sam naik ke stage dan dibantu oleh seorang guitarist jemputan iaitu Shah (Humiliation).Karl mengambil posisi sebelah kiri manakala Shah di bahagian kanan stage.
                   Intro lagu THE ULEK dimulai,bezanya dengan sebelum ini lampu tidak dimalapkan dan dibiarkan ia terang,mungkin permintaan abang2 CROMOK kot sebab nak tengok crowd sing a long akan intro tu.Aku masa ni dah buka KUDA-KUDA dah untuk headbang kerana aku membayangkan mungkin selepas intro ni mereka akan bantai lagu METALLURGICAL ataupun ERROR (macam Rock The World 6 dulu)...BOMMM...lagu MEMORIES pula yang dorang balun dulu.Pada aku ni adalah percaturan yang sedikit tidak tepat oleh CROMOK,mereka patut bantai satu heavy/speed song pada pembukaan bukan lagu yang pre-speed macam tu.Bayangkan METALLICA yang bawa lagu memory remains sebagai opening?boleh?..


                    Seperti yang dijanjikan oleh mereka bahawa 3 album terawal akan dibawa pada malam ni makanya memang semua list mereka (90%) adalah dari 3 album berkenaan.Tatkala ni dah ada yang komplen sebab sound Shah dah overshadow dari Karl dan aku sendiri akui ada beberapa bahagian solo Karl kedengaran macam bunyi nyamuk.Dan Karl juga sempat memberitahu pada pencacai yang jaga bahagian monitor untuk betulkan balik masalah tu.
                   Pada malam berkenaan Sam yang paling excited aku tengok,interaksi dengan crowd pun banyak.Sayang sedikit abang Miji kita,drum set nya seakan akan tidak ditembak oleh cahaya spotlight pentas dan ini menyebabkan susuk tubuhnya membantai drum tidak berapa jelas dan hanya bunyi machine gun dari double paddle nya sahaja jadi hiburan pada malam tu.



               Setelah siap Karl menggoreng lagu I DON'T BELONG HERE,Sam memperkenalkan individu2 diatas stage pada malam itu,tatkala dia sedang sibuk berinteraksi kelihatan ada crew2 naik membawa kerusi..hmm..set akustik rupanya dan lagu ANOTHER YOU lah apalagi.Waktu ni ada yang keluarkan lighter ada yang melopong dan ada yang tutup mata untuk menghayati melody lagu berkenaan..hahaha..dasyat..
               CROMOK memaklumkan bahawa ni adalah lagu terakhir (dangdut Metal),memang lucu mendengar lenggok suara Sam menyanyikan lagu tersebut.Tapi macam biasalah gimik semua tu,walhal kita tahu ada satu lagi lagu reserve dan lagu encore adalah OBSESSED.


             Tamat konsert ni lebih kurang pada pukul 7.40 pm (7 pm aircond tutup) dan CROMOK melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna.Aku bagi 4 bintang untuk show ni.Sebelum ke Kampung Bharu untuk makan malam aku SMS Nizam (vocalist GOATLUSTING CHAOS) untuk ambil CD album split band beliau.

Monday, April 9, 2012

LANGSUYR & METALASIA opening for CROMOK

                      Macam yang tercatat di flyer bahawa ada 3 band yang menjadi opening act untuk konsert ni namun aku hanya mention pada 2 buah band sahaja iaitu Langsuyr dan juga Metalasia..mana lagi satu??..band yang lagi satu tu masa dia main aku dok menguap2 hahahaha (you know what i mean??) jadi hanya ada dua nama sahaja lah yang aku akan review...


                 Kehangatan Show ini hanya bermula apabila geng lagenda kebanggaan Ipoh ini mengambil alih pentas.Selesa bersama line up baru mereka masih menampak kan jagoan mereka dalam berperang pada paksi Death Metal.Tanpa sebarang kata2 aluan mereka menghemburkan lagu "Bedal" sebagai pembuka bicara.Azlan tetap Azlan,dia adalah weapon utama Langsuyr dan pada akak2 atau abang2 peminat CROMOK yang tidak pernah menyaksikan mereka pasti sedikit pelik dan jangkal dengan persembahan gaya Langsuyr,namun pada kami inilah dia Langsuyr yang kami kenali iaitu band "PELAWAN ARUS SEJAK 1991"


                 Beberapa seleksi lagu dipersembahkan antaranya "Mata Ayer" (track kedua dari album ASYIK selepas BEDAL tadi) juga anthem klasik mereka iaitu "In The Name Of Sil Khannas" (Azlan tukar tajuk jadi 'In The Name Of Hailz Azlan Hailz..hahaha).Mereka menutup tirai persembahan dengan sebuah lagu dari album tertunggak mereka (BULLET) yang berjudul "Malam".Sekali imbas dengar hmm boleh tahan juga lagu ni,dan lagu ni dicipta sepenuhnya oleh Axman...dan dengan lagu berkenaan maka selesai tugasan Langsuyr.


                     Metalasia mengambil alih tugasan sebagai opening band sekaligus menjadi penutup sebelum acara sebenar bermula.Dengan berbekalkan kedua2 vocalis beraksi bersama (Muix,Cd Naz) maka kedua2 era Metalasia punya lagu pun dibawa pada malam tu.


               Lagu "Silantara" menjadi pembuka awallulkalam Metalasia pada petang itu.Seperti yang kita tahu dan kenal bahawa Metalasia adalah band yang mempamerkan duo guitarist namun pada malam itu hanya menampilkan King Shah sahaja untuk menggemudi 7 string dan ini secara tidak langsung menampakkan music mereka sedikit tempang walaupun peranan keyboardist diguna pakai untuk membantu peranan guitarist.


               Peranan Muix diambil alih pula oleh Cd Naz yang pada malam tu untuk menyampaikan beberapa lagu dari era zamannya menjadi Vocalist.Lagu "Banzai" dibawa dengan cukup baik oleh beliau,namun pada musicnya pula macam aku cakapkan tadi yang Metalasia memang kena ada duo guitarist.


                    Muix naik kepentas sekali lagi bagi menyempurnakan pula lagu "Mimpi&Alamat" yang juga dipetik pada album kedua Metalasia iaitu "Silantra...Bermulanya Sebuah Epik"..


                    Untuk lagu penutup Metalasia menjemput kedua2 Vocalist nya untuk menyanyikan lagu "Khalifah Alam Maya"..perang vocal antara Cd Naz dan Muix dipersembahkan dengan baik sekali.Sekaligus memberitahu bahawa persembahan mereka sudah sampai penghujung.


               Sebelum Metalasia keluar meninggalkan stage masa tu emcee sempat tarik tangan King Shah untuk naik semula,bukan untuk sambung lagi persembahan Metalasia tapi untuk memberitahu akan crowd pada malam itu bahawa King Shah baru sahaja kehilangan anak perempuan nya,suasana sedikit sayu tatkala semua crowd bertafakur sejenak bagi mendoakan arwah anak beliau.Selesai pada itu crowd memberi tepukan cukup gemuruh pada beliau atas sikap profesional King Shah yang mahu juga turun beraksi pada petang itu.


Note: Kalau ada masa nanti aku review pula CROMOK punya live!!!  

Saturday, April 7, 2012

IRON MAIDEN vs BON JOVI

                      Bunyi lain macam je kan?..hahaha..bukan ada pergaduhan ke atau apa cuma review bagi kedua2 buah band ni je.Ok,yang aku nak posting kali ni adalah kompilasi bagi kedua2 nya sekali.Yang pertama bagi kompilasi IRON MAIDEN "The Essensial" dan satu lagi ialah BON JOVI "Greatest Hits"...jom baca


                  Bohong jikalau ada sesiapa yang kaki Rock tapi tak menyimpan apa2 juga jenis barangan yang berjenama METALLICA ataupun IRON MAIDEN,walaupun tidak meminati atau kurang minat sekalipun pasti ada juga jenama2 ni dalam simpanan mainan audio kalian.Sama macam aku,walaupun IRON MAIDEN bukan lah sesuatu yang dekat dihati namun masih ada beberapa rilisan mereka ada dalam simpanan aku.Album kompilasi The Essensial ni aku beli 3-4 tahun lepas.
                  Tertarik dengan beberapa track dari zaman permulaan hingga ke yang terbaru (waktu itu) maka aku rasa wajar juga aku beli album ni sebagai layanan telinga pada waktu lapang.Dua disc dan disertakan inlay jenis lipat (creasing tanpa ada wire stabbed) memuatkan sedikit note tentang IRON MAIDEN.Macam aku ni yang bukan jenis die hard tak kisah sangat pasal inlay tapi kalau macam brother berteromber mahupun tuan punya blog krenmaut dan ku di halaman rindu mungkin sedikit sensitif perihal inlay sebab mereka memang true die hard IRON MAIDEN ni.

disc 1

  1. Paschendale
  2. Rainmaker
  3. The Wicker Man
  4. Brave New World
  5. Futureal
  6. The Clansman
  7. Sign Of The Cross
  8. Man On The Edge
  9. Be Quick Or Be Dead
  10. Fear Of The Dark
  11. Holy Smoke
  12. Bring Your Daughter....To Slaughter 
  13. The Clairvoyant 
disc 2

  1. The Evil That Man Do
  2. Wasted Years
  3. Heaven Can Wait
  4. 2 minutes to Midnight 
  5. Aces High
  6. Flight Of Icarus
  7. The Trooper 
  8. The Number Of The Beast
  9. Run To The Hill
  10. Wrathchild
  11. Killers
  12. Phantom Of The Opera
  13. Running Free (live)
  14. Iron Maiden (live) 



                  Setelah bertahun tahun aku dok pusing2 tali kaset album crossroad akhirnya kaset tu aku sedekah kepada kawan baik aku Idham,sebabnya mudah kerana aku dah beli Greatest Hits ni.Rilisan keluaran tahun 2011 ni mencakupi keseluruhan lagu2 terbaik BON JOVI sepanjang zaman,baik dari zaman kehebatan album Slippery When Wet hinggalah ke album2 peralihan abad millenium.
                 Inlay untuk album ni adalah jenis PARIAH punya inlay sebab ia adalah keluaran yang berlogo "Malaya Edition"..selamatlah seleksi lagu2 dalam ni adalah yang terbaik setidaknya menutup kebodohan Inlay berkenaan.Anda minat BON JOVI??...dapatkan album ni sebab BON JOVI ni aku kelaskan sebagai band yang cukup bijak membuat lagu2 masterpiece pada setiap zaman2 yang mereka lalui.  


disc 1

  1. Livin' On A Prayer
  2. You Give Love A Bad Name
  3. It's My Life
  4. Have A Nice Day
  5. Wanted Dead Or Alive
  6. Bad Medicine
  7. We Weren't Born To Follow
  8. I'll Be There For You 
  9. Born To Be My Baby
  10. Bed Of Roses
  11. Who Say You Can't Go Home
  12. Lay Your Hands On Me
  13. Always
  14. In These Arms
  15. What Do You Got?
  16. No Apologies 
disc 2

  1. Runaway
  2. Someday I'll Be Saturday Night
  3. Lost Highway
  4. I'll Sleep When I'm Dead
  5. In And Out Of Love
  6. Keep The Faith
  7. When We Were Beautiful
  8. Blaze Of Glory
  9. This Ain't A Love Song 
  10. These Days
  11. (You Want To) Make A Memory 
  12. Blood On Blood
  13. This Is Love This Is Life 
  14. The More Things Change 


           Amacam puas hati tak dengan seleksi lagu2 dalam kedua2 kompilasi kat atas tu?..kalau korang minat bolehlah dapatkan album2 ni sebab aku rasa masih available lagi dalam pasaran.

Sunday, April 1, 2012

CROMOK Kita Jumpa Nanti


            Syukur tiket dah dapat dah jumaat hari tu,cuak juga mula2 bila ada yang cakap tiket untuk harga rm98 dah nak sold out.Last dapat juga dua tiket rm98 untuk aku dan kawan baik aku Idham.Yang tinggal sekarang ni adalah problem yang biasa bagi seorang pekerja sektor industri iaitu problem 'CUTI'.Almaklumlah pekerjaan macam aku ni tengah2 cuti kahwin pun boleh kena panggil untuk duty (harap kalau aku kawin nanti takdelah macam tu)
            Cadang nak beli tshirt Cromok untuk dipakai pada show dorang ahad ni tapi apakan daya duit dalam dompet cukup terhad,so aku pakai jelah Tshirt METALLICA buruk aku tu nanti..janji Thrash juga kan??hahaha..jadi pada sahabat2 kawan2 rakan taulan yang akan kesana tangkap gambar banyak2 dan letak di Facebook masing2 sebab dikhabarkan bahawa ini farewell show bagi Cromok.Insyaallah jika aku dapat pergi show ni simple review bakal menyusul.....kenapa simple review??...macam yang pernah aku beritahu pada posting2 berkenaan Cromok yang pernah aku buat sebelum ni bahawa aku bukan die hard bagi Cromok,sekadar peminat yang biasa...apapun Unicorn kembali terbang tinggi!!!yeahh!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...