bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Monday, December 24, 2012

The Best 8 Album in 2012

                      Dah nak masuk penutup tahun 2012,so amacam??ada bagus??..harap apa juga yang korang azam kan secara poyo diawal tahun dulu dah pun tercapai.....aku sebenarnya pening dok fikir posting apa yang aku nak update untuk korang baca kali ni,fikir punya fikir dapat pula idea untuk review beberapa album (local underground material) yang menurut aku tahun ni nampak ada sedikit peningkatan dari segi kualiti berbanding tahun sebelumnya....asalnya petang tadi aku nak review album2 dari oversea yang mana tahun 2012 ni menyaksikan terlalu banyak album2 hebat dikeluarkan,tapi bila fikir balik apalah gunanya aku review album2 mat saleh tu yang mana memang dah pun berjaya walaupun tanpa sebarang review lebih2 lagi review yang datang dari blog buruk aku ni..
                      Maka aku mengambil keputusan untuk review akan beberapa album Metal Underground tempatan yang mana tahun 2012 ni memang banyak band local melahirkan produk,dengan sedikit rezeki yang ada pada aku tahun ni dapat juga aku memiliki beberapa album tanda sokongan pada pergerakan music bawah tanah tempatan.....banyak juga sebenarnya yang ada dalam simpanan aku tapi setelah dihitung dan dihisap maka 8 album aku pilih sebagai album terbaik bagi tahun ni (2012)...segalanya aku buat berdasarkan pendengaran aku,mungkin ada diantara korang rasa 8 album ni tidak layak tapi melalui kaca mata aku yang jahil perihal music ni berpendapat 8 buah album ni adalah satu tanda aras bahawa kita sudah mula BANGKIT DARI TIDUR YANG PANJANG!!!!....












VISITANT "The Sword Without Eyes" 
              Album ni cukup istimewa pada aku,menurut aku VISITANT telah memecah kebuntuan pada mereka2 yang sudah mula bosan dengan karya2 yang lemah.Mereka masuk gelanggang 2012 dengan mengeluarkan album ini..sebuah album yang cukup sempurna baik dari segi rakaman mahupun sound dan juga susun atur lagu.Pada aku mereka telah menunjukkan kematangan dari segala segi dalam band ni dan ia jauhhhhhhhh lebih hebat berbanding zaman rebellious mereka dulu.












NEKRAD / VOCIFERATION ETERNITY "Dragonia Pegaso"
                 Sebuah split album yang terbaik..pertembungan diantara dua nama yang bukan sahaja datang dari era yang berbeza tetapi juga konsep yang berbeza dimana NEKRAD adalah sebuah pendatang baru yang bermain music extreme Metal yang punyai unsur symphonic dan sedikit goth manakala VOCIFERATION ETERNITY adalah lagenda Metal yang lebih sinonim dengan term mereka yang "depressif"....positifnya album ni kerana dengan adanya Vociferation dalam split ni dapatlah sedikit sebanyak membantu akan NEKRAD yang baru bertapak dalam arena music tempatan...ini bukan kali pertama band2 lagenda dari Ipoh Perak melakukan split bersama band2 yang berstatus "new comer" kerana sedikit masa dulu lagenda Brutal Death Metal negara iaitu NECROTIC CHAOS juga pernah melakukan split bersama pendatang baru dari Singapore (tak ingat apa nama band tu!!hehehe)....












HUMILIATION "From Strength To Strength" 
                      Mereka telahpun berangkat dalam rangka "European Trespassing Tour 2012" ...all d best for HUMILIATION.....ok,berbalik pada album ni,tidak boleh disangkal lagi kemampuan mereka menjana music Death Metal.Band yang cukup produktif ni tidak pernah sesekali merasa selesa dengan apa yang mereka ada,maka tidak hairan jika mereka sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap produk..album ni membuktikan bahawa mereka sudah memasuki dalam senarai antara hero dalam liga Death Metal di Malaysia.

untuk baca review penuh sila klik link dibawah:
http://darkshahrulez.blogspot.com/2012/05/humiliation-from-strength-to-strength.html












NEFTARAKA "Morts" 
                NEFTARAKA tidak pernah mengecewakan disetiap produk yang di keluarkan.Pada mereka yang gemar akan sound Metal yang primitive (seperti band2 Black Metal 90'an) maka aku yakin korang pasti tertarik dengan setiap inci karya NEFTARAKA.Kumpulan yang cukup humble ni masih lagi setia dengan direksi music yang serupa dan variasi mood yang cukup hebat disetiap lagu.

untuk review penuh klik link dibawah:
http://darkshahrulez.blogspot.com/2012/07/neftaraka-morts.html












SUCCUBUS "Sadistic Rites Of Evil" 
                   Tolong beri perhatian pada band ini,jarang sekali dilihat ada band (baru) yang mampu menzahirkan karya diperingkat awal dengan cukup baik,namun SUCCUBUS seakan pecah kepejatan dengan memberikan sebuah manifestasi yang menurut aku ia cukup baik bagi sebuah band yang diperingkat permulaan...












DAMOKIS "Grinding Mother Whore" 
              Otai grindcore yang cukup beretika dalam memperjuangkan music mereka ni telahpun mengeluarkan full album pertama mereka pada tahun ini.Sebuah album yang pada aku berstatus album "pukul habis" ni menutup segala dakwaan bahawa Malaysia tidak punya band grind yang berkualiti..nahhhh ambik kau album ni,takde satu ruang nafas pun yang bagi keizinan untuk sebarang bentuk melodi,yang ada hanya grind grind dan grind.... 

untuk berhubung dengan Damokis sila klik link dibawah:
http://www.facebook.com/jbgrinder?ref=ts&fref=ts

untuk baca review penuh album ni sila klik link dibawah:
http://darkshahrulez.blogspot.com/2012/10/damokis-grinding-mother-whore.html












HEREAFTER "Endcient" 
                Album ni adalah "The Best" berbanding album2 mereka terdahulu,HEREAFTER telah menunjuk kan term Thrash Metal yang solid bagi sebuah direksi music Thrash Metal yang sebenar melalui "Endcient".Dengan berpandukan beberapa nama besar seperti JUDAS PRIEST,SODOM mahupun MEGADETH rasanya mereka berjaya manipulasi kesemua itu dengan cara mereka sendiri...

sebarang informasi perihal band "orang jahat" ni korang boleh klik dekat bawah:
http://www.facebook.com/hereaftermetal?ref=ts&fref=ts













IMPERIAL "Transcendent Salvation" 
              Masih panas lagi CD ni (baru beli beberapa hari lepas)... IMPERIAL sebuah nama yang hampir dilupakan (mungkin aku je yang lupa hahaha) jika dibandingkan dengan band seusia mereka seperti ARADIA...album yang diberi tajuk "Transcendent Salvation" ni adalah pembuktian mereka bahawa "jentera lama" masih ada bisanya.Sepertimana perfect nya album ARADIA "Draconis Eulogy" album IMPERIAL ini juga memberi kepuasan kepada aku...dari segi sound mahupun lagu semuanya menarik..produk juga didatangkan secara profesional dimana disertakan juga sebuah poster besar dan juga sebuah sticker....


Monday, December 10, 2012

Sons Of Fire Replacement Gig / Jamm Session


              Terjadinya gig ni apabila CEMETERY URN dan juga BELLIGERENT INTENT sepatutnya mengadakan sebuah gig dibawah nama "Son Of Fire" dibawah anjuran label Vokill Event namun memandangkan Vokill sendiri telah menggali liang lahad mereka sendiri pada Tour Dark Funeral yang lepas maka automatic gig ini (Son Of Fire) juga pasti menemui jalan buntu jika diteruskan,maka beberapa individu telah mengurus sebuah jamm session bagi meraikan kedatangan dua band dari Australia ni.
              Sebenarnya pada peringkat awal aku sekelumit pun takda rasa interesting untuk pergi melihat gig ni apatah lagi pedih perihal Tour Dark Funeral tu masih lagi terasa,tapi selepas berbincang dengan Idham maka atas nama riadah aku setuju untuk pergi...

7/12/12 :
            Aku balik kerja hari ni pukul 4.30 petang,maka aku terus ke Wangsa Maju untuk mengambil idham,perjalanan kami dari Wangsa Maju ke Sunway (Venue Gig berkenaan) mengambil masa hampir 3 jam kerana terperangkap dalam kesesakan jalanraya...dah macam nak ke Kuantan pulak durasi masa perjalanan walhal kalau diikutkan dari Wangsa Maju ke Sunway tu tak sampai pun setengah jam perjalanan,apa nak buat...aku call Arif mengajak dia turut serta melihat gig ni,pada awal dia kata dia hanya datang untuk melepak dengan kami saja memandagkan esoknya beliau bertugas pada waktu pagi namun setelah berjaya diracun dan dipujuk makanya beliau bersetuju untuk temankan kami hahahahaha.

 


              Show bermula lebih kurang pada pukul 9.30 malam dan band pertama yang punah ranahkan keadaan adalah BLACK ABYSS namun aku terlepas peluang menyaksikan mereka kerana masa tu kami masih lagi dibawah minum teh tarik,nak kata terkilan tu tidaklah sebabnya aku dah pernah juga melihat persembahan BLACK ABYSS beberapa kali sebelum ni.
               Ketika aku mula masuk ke studio band pertama yang aku tonton (opening kedua sebenarnya) adalah band SCENT OF CARNAGE,mereka menggalas konsep Death Metal Florida dengan gaya duo voice (Scream & Growl) dan mereka juga berjaya dari segi penetapan sound yang sepatutnya bagi band yang bermain konsep sebegini.Mereka adalah jelmaan DEICIDE perkara ni bukan sahaja disahkan melalui muisc mahupun Tshirt yang dipakai oleh mereka namun bukti jelas apabila beberapa lagu saduran (cover song) dari kumpulan DEICIDE telah mereka hentam pada malam tu...




                    Setelah tamat persembahan SCENT OF CARNAGE aku terus keluar untuk ambil angin,keadaan dalam studio dah macam ketuhar,maka sebab terlalu asyik bersembang di luar maka sekali lagi kami terlepas peluang menyaksikan band opening yang ketiga (CRUELTY DIVISION)  melakukan persembahan.
                     Aku hanya masuk semula kedalam apabila BELLIGERENT INTENT sudah bersiap sedia untuk memulakan persembahan,jujur aku katakan yang aku langsung tidak pernah mendengar apa2 pun lagu mereka dan nama mereka mula aku dengar apabila mereka turut diundang ketika NUNSLAUGHTER melakukan tour mereka di Sabah.
                     Tatkala bermula sahaja persembahan mereka aku terus tersenyum....tersenyum kerana aku dapat mengagak bahawa mereka membawa direction music yang cukup mirip dengan IMPIETY,bukan sahaja pada music tapi pada showmanship persembahan juga...aku sempat bercakap dengan Idham dan Arif bahawa BELLIGERENT INTENT punya permainan pada malam itu lebih tight dari cara permainan IMPIETY sekarang ini walaupun mereka MUNGKIN cukup memuja band Singapura tersebut.




                 Selesai BELLIGERENT INTENT maka persembahan diambil alih pula oleh CEMETERY URN,secara peribadi aku lebih teruja dengan CEMETERY URN berbanding BELLIGERENT INTENT memandangkan konsep "Metal Perang" ala IMPIETY tu tidak terlalu sukar untuk kita dengarkan di Malaysia ni kerana di Malaysia ni aku yakin punya berpuluh band yang membawa direction sebegitu,dan berbeza dengan CEMETERY URN yang membawa konsep Death Metal yang sedikit barbaric dan cukup unik,apabila kita datang menyaksikan persembahan band dari luar perkara sebeginilah yang sebenarnya yang kita mahu saksikan iaitu sesuatu yang jarang ada,mereka memandu laju Death Metal mereka dengan cara "tembak tepat di kepala" mahupun dengan cara "aku tak peduli kau suka ke tidak".
             setelah hampir 4 lagu mereka bawa aku ambil keputusan untuk keluar makan,almaklumlah sejak dari balik dari kerja petang tadi sebutir nasi pun tak masuk keperut dan kepenatan bekerja pula rasanya telah memotong sedikit mood aku pada malam tu,maka aku,idham dan juga Arif kami bertiga melepak di kedai mamak berhampiran untuk makan dan pulang terus ke rumah masing2.......

Saturday, December 1, 2012

Malaysian War Tour Kecundang!!!


              Tiada perkara paling hangat minggu ini selain dari isu kegagalan DARK FUNERAL (DF) yang sepatutnya melangsungkan siri jelajah pertama mereka di Malaysia yang digelar "Malaysian War Tour 2012".Seperti yang kita tahu kegagalan tour ini bukanlah datang dari pihak DF tetapi datang dari penganjur (organizer) iaitu Vokill Records .Penampakan kegagalan bermula apabila tarikh DF beraksi di Sabah pada 27/11/12 yang lalu berkesudahan dengan PEMBATALAN,ia dikesali oleh sahabat2 di Sabah kerana DF telahpun tiba di Kota Kinabalu dan bermula dengan itulah maka siri tembak menembak terhadap Vokill berlangsung,label tersebut dikecam dan dicemuh...dan menurut aku perbuatan itu adalah wajar kerana natijah dari perbuatan Vokill itu menyusahkan bukan sahaja pada DF tetapi lebih sadis kepada sahabat2 di Sabah yang tak pasal2 kena tanggung semua kemudahan DF seperti hotel dan makan minum.
               Rasanya aku tak perlu nak ulas secara detail perihal isu ini kerana aku yakin jika anda adalah sebahagian dari komuniti pergerakan u/g pasti korang tahu akan selanjutnya tentang perkara2 yang berlaku.Diimbas kembali kali pertama aku bertandang ke gig anjuran Vokill adalah pada tahun 2010 iaitu ketika menyaksikan lagenda extreme metal negara iaitu BLACKFIRE beraksi,dan pada zahirnya tampak ia begitu biasa dan tiada cacat celanya cuma pada awal tahun ini apabila Vokill membawa masuk IMPETY (klik sini untuk baca) ke Kuala Lumpur.Bermula dari pertukaran venue sehinggalah kepada penipuan terhadap band yang bakal beraksi menjadi opening act untuk IMPIETY pada hari itu.Dan dari situlah aku dapat ukur cara kerja label banggang ni.
               Berbalik pada "Malaysian War Tour" aku dan beberapa rakan lain telahpun membeli tiket pre-sale 2 minggu sebelum tarikh show berkenaan (show tersebut patut berlangsung di KL pada hari ni 1/12/12) dan setelah mengetahui akan kegagalan show ni maka aku memberitahu akan sahabat aku Arif...kami saling bersimpati,beliau bersimpati dengan kami kerana duit lesap begitu sahaja dan aku pula simpati pada beliau kerana sanggup ikat perut demi untuk mendapatkan dana menyaksikan DF di depan mata.Sejuta ucapan terima kasih aku tujukan buat Arif kerana beliau antara rakan yang paling lantang menyerang wall di facebook rasmi Vokill,beliau mengugut dan menyindir keras akan tindakan Vokill sehingga ada beberapa komen beliau dipadam oleh admin di page berkenaan.
              Petang tadi aku dimaklumkan dari seorang rakan bahawa duit kami masih ada lagi ditangan agent dan syukur agent berkenaan belum menyerahkan duit tiket kami kepada Vokill.....arghhh lega rasa hati..dan pasti isu ni menjadi pengajaran bukan sahaja buat aku tetapi ramai pihak,bukan kami tidak mahu menyokong perniagaan anak bangsa namun hakikatnya dah pun berlaku  depan mata sekarang ni diatas nama KEPERCAYAAN...dan pada peminat DF di lembah klang esok (2/12/12) DF akan turun ke campbell complex di jalan Dang Wangi bagi sesi meet & Greet dan disana peminat2 DF bolehlah datang untuk ambil gambar ke atau sesi tandatangan album sebelum mereka terbang semula ke Sweden pada sebelah petangnya nanti.......namun pada aku sesi meet & greet tu tidak mendatangkan sebarang makna buat ribuan penyokong yang dah runtuh semangatnya!!!!!!!

Wednesday, November 7, 2012

Nasi Ayam Penyet & Xtrajoss


                 Bagi penggemar makanan tradisi sebegini apakata korang try pula nasi ayam penyet di Restoran "D'Laman" ni.Kedai yang menyajikan nasi ayam penyet sebagai menu utama sekaligus menjadikan kedai ni antara yang terbaik jika anda mahu mencuba masakan sebegini.Pada yang memang menggemari masakan jawa,minang atau padang rasanya ia cukup menarik untuk anda.
                 Lokasi dia cukup simple iaitu hanya dibelakang balai polis daerah gombak.Menariknya lagi tentang kedai ni ialah mereka hanya mengenakan caj pada harga ayam sahaja,manakala jika untuk nasi berapa banyak korang nak tambah boleh tambah dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran.Selain ayam goreng ada juga burung dan ikan untuk dipilih sebagai lauk nasi ni.
                 Harga rasanya cukup munasabah,tak membebankan kalau bawa seluruh isi rumah (keluarga) sekalipun.Aku makan nasi ayam penyet + Xtrajoss tak sampai pun rm7.Jadi kepada pemburu2 makanan sila lah singgah dan rasa!!!

Sunday, November 4, 2012

WHITESNAKE "Slip Of The Tongue"

                     
                   Tahun lepas aku dah pun review album "1987" (klik SINI untuk baca)..dan tahun ni pula ada rezeki sikit untuk membeli album "Slip Of The Tongue" ni pula.Maka rasanya cukup cantik lah untuk di reviewkan dan boleh lah dianggap sebagai posting genap setahun aku menyaksikan band ni beraksi di Kuala Lumpur (review penuh klik SINI ) hahahaha.
                    Ok,album WHITESNAKE yang satu ni membuatkan terpecahnya dua kelompok peminat,bagi peminat yang pertama iaitu mereka2 yang memang alert dengan band ni pasti kurang senang kerana trademark utama WHITESNAKE iaitu BLUES telahpun dilucutkan hampir 90%...maka branding yang WHITESNAKE pegang dari awal penubuhan memang dah pupus sama sekali.
                    Dan bagi peminat kedua pula ni adalah album yang cukup kick ass dimana guitar work dari tukang petik 7 string ada di dalam album ni,bagi mereka ini album "the darkness part" bagi WHITESNAKE sama macam DREAM THEATER di dalam album "Train Of Thought".




                Ni pendapat aku secara peribadi,album ni bukanlah "lost" sangat pun,cuma pada waktu ni WHITESNAKE berada di tengah kemuncak,dorang tengah stylo dengan jualan gempak album "1987",dorang tengah stylo bila dah menjadi headliner untuk konsert2 besar,dorang tengah hot bila Steve Vai datang and join as a team so tak heranlah kenapa album ni tampak lain dari yang lain,kira dorang punya mind set waktu tu "kalau buat album ghazal pun takpe sebab dah ada fanbase".
               Jadi atas sebab musabab tulah album ni berbeza dengan album 1987,kerana album 1987 tu dorang rekod semasa John Sykes kena kutuk kaw2 dengan semua guitarist hebat masa tu kononnya mamat tu punya permainan nampak tipikal,kira 1987 tu album John Sykes nak tebus malu lah sebab tu album 1987 tu nampak sangat2 PERFECT. 
               Rasanya tak rugi pun kalau beli album ni,banyak lagu2 yang sedap dan sesuai untuk dibawa masa kenduri cukur jambul (hahaha gurau2) sebab ia datang dari band yang cukup detail dari segi produksi dan pastinya setiap produk mereka bukan dari hasil yang tangkap muat...aku suka album ni dan bagi 5 bintang..

Track: aku malas nak menaip so tengok jelah gambar

Sunday, October 21, 2012

Cerita plastik Republik Cinta

               
       Aku dapati ada beberapa album lama yang dalam format cd dah mula berhabuk,misi untuk selamatkan segala harta benda ni bermula pada minggu lepas dimana aku rasa dah sampai masa untuk seal semua cd yang ada dalam simpanan aku supaya dapat tahan lama.....punya lah sayang dekat cd sampai sanggup beli itu ini,dulu masa zaman bercinta pun takde aku sayang awek aku sampai macam ni kahkahkahkah!!!..ok ni adalah plastik yang sesuai untuk disarung pada album2 yang dalam bentuk jewel case dalam tu ada 500 helai dan harga hanya rm15 aku beli di Plaza Low Yatt..


                  Suku dari koleksi dah pun aku bubuh menatang plastik ni,lagi beberapa hari rasanya settle lah kot kerja2 pembungkusan.Koleksi aku tak banyak jadi rasanya takdelah nak ambik masa lama nak bubuh plastik untuk semua cd,kalau macam brother berteromber ke atau brother deaf ke mungkin makan masa juga nak buat kerja2 macam ni sebab koleksi dorang semua ribut2 belaka.


                 Minggu lepas juga akhirnya dapat aku complete kan semua versi album 'Republik Cinta' dari band favorite aku iaitu DEWA 19...jadi dari studio album hingga ke vcd karaoke dari cd hingga ke kaset semua dah lengkap.... 

Monday, October 15, 2012

DAMOKIS "Grinding Mother Whore"


                 Pada waktu ini jika kita bersembang perihal grindcore pasti nama yang akan disebut adalah Wormrot ini dek kerana kejayaan band muda tersebut yang telah dipancing oleh label yang cukup berpengaruh dalam dunia extreme metal iaitu Earache Record.Tapi takpelah kita simpan dulu cerita tentang kejayaan anak2 muda yang hebat dari temasik tu...kita patah balik ke Malaysia,ada ke band2 grindcore yang hebat dari Malaysia ni??...jom baca catatan ringkas aku ni sekaligus review album mereka.
                  Ok,band yang bergelar DAMOKIS ni adalah band grindcore generasi kedua selepas terjahan irama itu menerjah melalui pendedahan dari band otai iaitu INFECTIOUS MAGGOT dan DAMOKIS boleh dikatakan second wave grindcore Malaysia sama umurnya dengan nama2 klasik seperti NEGATION,SPERMBLAST,PARKINSON dan juga TORTURE INCIDENT.Secara jujur aku bukanlah orangnya yang mampu membahas dengan detail akan kehebatan music sebegini cuma dengan sekelumit minat yang ada maka mampu jugalah aku menulis.
                  DAMOKIS (menggunakan nama DAMOKLES pada awalnya) mendapat nama unik berkenaan atas dari sumbangan idea dari Tom Angelripper (SODOM...believe it??) band yang ditubuhkan oleh guitarist yang cukup humble pada aku iaitu saudara Bob yang mana pernah memberi khidmat bakti pada nama2 besar di Singapura seperti DEMISOR (lagenda grindcore S'pore),BEHEADED (ex-PROFANCER) dan juga CASTIGATE,maka dengan pengalaman beliau yang pernah bermain dengan barisan band2 hebat pastinya DAMOKIS juga akan terkena tempias kreativiti beliau.


                Album ini adalah album pertama mereka...mesti korang tertanya kenapa dah lebih dari 13 tahun band ini wujud tapi takde release album penuh??....mereka memang belum ada rezeki untuk kearah merakam full album tapi itu bukan kerana MALAS tetapi lebih kepada penumpuan pada projek2 luar,mereka cukup aktif dalam produk2 seperti split album mahupun memasuki segala macam compilation dari dalam mahupun luar negara,bahkan jika dikumpul segala lagu yang telah mereka sumbang dalam rilisan2 yang telah DAMOKIS joint rsanya lebih dari satu album pun boleh,dan aku percaya nama DAMOKIS ni sahaja telah pun beredar sehingga ke pelusuk benua dunia kerana aktifnya mengeluarkan split & compilation album dengan band2 luar.
                Mengguna pakai nama "Grinding Mother Whore" (maaflah kalau title agak kasar,standard lah grindcore hehehe) maka 17 track dihembur melalui album ini.Berbeza dengan band2 grindcore diluar sana special nya DAMOKIS ni kerana lirikal mereka tidak berpegang pada mana2 ideologi,jika band2 sealiran dengan mereka cukup selesa dengan laungan Anarcho-Punk dengan membidas segala macam bentuk sistem namun DAMOKIS lebih selesa bercerita tentang apa sahaja dalam lirik mereka,baik tentang perkara mistik,alam sekitar,haiwan mahupun makanan (makanan memang sinonim dengan band ni hahahaha)

      

       Kepuasan yang aku dapat melalui album ni adalah kerana DAMOKIS cukup setia pada proksi Grindcore yang asli,mereka tidak pernah mencuba-cuba untuk kearah grindcore yang lain seperti crusty mahupun noise seperti kebanyakkan band2 grindcore sekarang lakukan.Mengambil nama2 klasik irama sebegitu seperti NAPALM DEATH,CARCASS,REPULSION mahupun BIRDFLESH maka rasanya album ni memang telah masuk kearah tradisional grindcore yang tepat...sound juga kedengaran lebih kepada  mono dan mengingatkan kita (kalau korang minatlah) dengan demo2 klasik lagenda grindcore dunia. 

sebarang info dan pertanyaan korang boleh klik link dibawah: 

Sunday, October 7, 2012

Second Anniversary Of Rock N Roll Writing & Special Review for LAVATORY,DEATHEVOKER&NIGHTWOLF

                               profile pertama untuk blog ni masa tahun 2010 :) 

           Aku sendiri pun tak sedar dah 2 tahun blog buruk ni aku kelolakan.Faktor lupa ni berlaku kerana tahun ni adalah tahun yang paling sulit buat aku terutama dari segi pengurusan masa,bahkan percaya atau tak bahawa pada tahun lalu dah terdetik dah dalam hati aku untuk stop berblog ni,namun masih punya kudrat maka 2 tahun dah pun dicapai.....
           Tiada jaminan apakah ada lagi entry dalam blog ni pada masa mendatang,almaklumlah untuk menulis dalam keadaan berlelah lelah berkejar dan berlari mencuri masa bukan satu benda yang mudah.Tapi jauh disudut hati rasa sayang pada blog "langit mendung" ni masih membuak-buak cuma ada kalanya semangat tinggal semangat.......
           Sekali lagi diingatkan bahawa ni bukan webzine mahupun total 100% blog music tapi ia adalah blog peribadi sebab tu blog ni berkecamuk sikit posting nya,ni wajib aku tegaskan sebab masih ada beberapa teman2 dan kawan2 yang menganggap ni blog music yang 100%...jadi jawapannya "bukan"..kalau ada review album mahupun gig/konsert ia adalah berkaitan dengan minat aku...harap maklum...
            Jadi terima kasih pada sesiapa yang sentiasa sudi dan tak jemu nak masuk kesini membaca benda merapu yang aku tulis,tanpa perlu aku tulis nama blogger mana sekalipun sekali imbas aku tahu korang ni cukup loyal dan aku hargai......memandangkan dah hampir sebulan blog ni terbengkalai maka aku cover balik kekhilafan tu dengan review ringkas untuk band Lavatory (Transgression),Deathevoker (Eternally Rot) dan juga Nightwolf (Bite Em'Dead)...kesemua album ni adalah produk2 yang rilis pada tahun ni dalam format kaset/tape..aku ucapkan terima kasih pada mana2 band/label yang masih setia keluarkan produk dalam format ni....only tape is real....analog sound rulez!!!  

      Disaat kepesatan retro-thrash melanda pelusuk tanahair namun masih ada lagi beberapa produk yang lain dari itu yang mampu buat aku tersenyum.Jika sebelum ni HUMILIATION dengan gahnya melaungkan "Death Metal Still Alive And Well" kali ni muncul pula Lavatory yang menzahirkannya melalui "Transgression".
        Berbeza dengan Humiliation maka Lavatory lebih selesa dengan style "Swedish" Death Metal.Walaupun dalam beberapa temuramah ada dinyatakan bahawa mereka cuba untuk membuat lagu2 mereka agar tidak terlalu kedengaran "swedish" namun hakikatnya ia masih lagi sendat dengan riffing dan beat Death Metal dari benua tu.
           5 track ditembak tepat dikepala menerusi tape ni...warkah2 bernama seperti "transgression","side of sin","breathing for possession",raise the dead" dan juga "blinded by darkness" adalah diantara bahan tembakan yang cukup memuaskan jika anda adalah "ol'skool Death Metal Maniac".
           Jika anda adalah pemuja nama seperti KRISIUN mahpun ANGEL CORPSE maka duit dalam poket tu eloklah beli rokok je,tapi jika anda adalah pemuja karya2 klasik Death Metal seperti ENTOMBED,DISMEMBER mahupun NECROPHOBIC maka ini adalah rilisan yang wajib ada dalam simpanan longgokan kaset Death Metal anda.

sila klik link dibawah jika berminat:
http://www.facebook.com/MorbidInvasion?fref=ts


         Jujur aku katakan bahawa apa2 juga produk yang datangnya dari Sabah mahupun Sarawak belum pernah mengecewakan aku,sebutkan saja mana juga band mahupun apa juga genre yang digalas pasti mereka mampu deliver dengan cukup cemerlang.Rasanya lepas ni Sabah mahupun Sarawak akan masuk dalam list sebagai negeri2 yang akan aku kunjungi jika ada rezeki.
        Masih lagi dengan Death Metal dan kali ni giliran Deathevoker pula menerjah buas dengan album "Eternally Rot" mereka.Jika sesetengah band selesa dengan terma catchy mereka pula menggasak dengan liar setiap inci lagu yang yang dipersembahkan.Gambar depan album ni terus mengingatkan aku pada gambar pada album "cult" dari MORBID ANGEL iaitu "Altar Of Madness" hahaha.
         Untuk pengetahuan bahawa Deathevoker adalah 2 piece band jika dilihat dalam cover hanya ada Iwan diposisi guitar & bass manakala Mann sebagai tukang pukul...di bahagian vocal mereka mengundang Cozzen (Demizer) dan juga Adiek dari kumpulan Inside (arghhhhh!!)..teringat kata2 band Death Metal dari Sarawak iaitu kumpulan LARRONG dengan slogan "Agi Idup Agi Death Metal"...hailz!!

sila klik link dibawah jika berminat pada kaset ni:
http://apocalypsevenomousrecords.blogspot.com/



       Rilisan ni adalah rilisan yang seakan-akan sebuah rilisan yang mencabar ketamadunan METAL alaf baru (Modern Metal)..yelah masakan tidak,disaat kebanyakan diluar sana menyatakan bahawa 'Evenged SevenFALSE' itu adalah METAL (???) namun NIGHTWOLF tetap utuh dengan style pembawakan HEAVY METAL yang primitif dan klasik.
       Mendengar lagu2 mereka dapat dihidu bahawa METAL anutan mereka pastinya datang dari golden era seperti MOTORHEAD,JUDAS PRIEST selain dari ABIGAIL,GEHENNAH mahupun METALUCIFER.
               Track2 seperti "bite them dead","Heavy Metal Slut","woman from blackhell","satanik metal f@%king hell"(Abigail Cover) dan juga "be ready to roll" pastinya mampu mencapai tahap kepuasan yang paling max jika kalian sememangnya adalah HEAVY METAL FREAK!!!!!!

Sunday, September 9, 2012

WRECKAR "Rape All"


         Band yang lahir diatas kejayaan lagu Perisher yang dimuatkan didalam album kumpulan Au Revoir menerusi album Engine Of My Heart maka terlahirlah Wreckar yang mana sebuah band berkomposisikan lagu2 seperti 'Perisher' (hanya drum dan bass tanpa guitar).Berbekalkan individu2 yang pernah/masih menganggotai band2 Metal underground tempatan maka untuk menyebarkan nama Wreckar ni rasanya tidak lah terlalu sukar sepertimana beginner yang lain apatah lagi band2 setiap personalnya seperti Au Revoir,Hereafter mahupun Devastator bukanlah asing dari pengetahuan.




           Menerusi rilisan yang bertajuk "Rape All" ni Wreckar mempertaruhkan 5 buah track lagu.Mengikuti beberapa update dan juga promotion mereka di Facebook ada mereka menyatakan bahawa mereka adalah sebuah band Punk dimana diadun dengan beberapa pengaruh lain seperti Motorhead dan juga Sodom sebagai pengaruh utama.Namun selepas aku mendengar Cd ni apa yang aku amati bahawa album ni bukanlah total Punk dan rasanya lebih bagus jika mereka guna term Rock n Roll.
            Ini kerana bila kita berbicara tentang Punk ia berkait rapat dengan beberapa ideologi yang JUJUR bagi pengikutnya,music mereka fashion mereka apatah lagi passion mereka juga adalah tinggi.Aku mungkin bukanlah individu yang tepat untuk cerita perihal ni namun dengan sedikit pengalaman berkawan dengan beberapa rakan yang duduk dalam aliran tu maka sedikit sebanyak mampu jugalah aku huraikan.Harus diingat Punk bukan music tapi dari culture dan selepas itu baru lahir musicnya.
            Bagaimana pun kewujudan band2 yang unik sebegini cukup positif buat aku kerana setidak tidaknya ianya dapat memberi variety dalam pergerakan music bawah tanah.Aku kata macam tu sebab adakalanya aku sendiri terasa bosan dengan music yang aku suka maka dengan kehadiran band2 yang sebegini dapat juga dilarikan selera yang hilang untung something yang baru apatah lagi dengan 5 buah track yang mampu menggasak dan menguji sound speaker korang....


         Sedikit promosi,bagi mereka2 yang berada di Johor khasnya korang bolehlah luangkan sedikit masa untuk menyaksikan Wreckar pada 13 october ni dalam misi mereka menghuru hara kan keadaan...

dapatkan korang punya copy menerusi link di bawah ;
http://www.facebook.com/Faithcraftproductions
dan segala update band ni boleh diikuti menerusi page facebook:
http://www.facebook.com/Wreckar

Wednesday, September 5, 2012

Air Loncan


                 Salam Syawal (belum terlambat lagi kan??)...orite aku nak sembang benda simple2 jelah buat masa ni almaklumlah mood open house ni boleh bikin jadi malas dan lembab sebab sindrom 'kenyang tak sudah' menguasai diri hahaha.
                 Ok masa cuti raya seminggu hari tu maka aktiviti pulang ke kampung halaman pun berlangsung..yang Rock ke yang tak Rock ke semua melakukan perkara yang sama atas nama ziarah sanak saudara sempena hari baik bulan baik ni.Aku balik ke Rembau,kalau diikutkan tak balik pun takpe sebab dah tiada sesiapa kat sana tapi ayah aku ajak juga untuk ziarah saki baki kaum kerabat kami.
                 Pendek kan cerita semasa nak balik ke KL ayah aku mintak aku singgah dulu ke Chengkau kata dia nak beli air 'loncan'...air loncan ni memang legend kalau dulu masa aku kecik2 bila balik beraya kat kampung arwah nenek aku akan hidangkan air 'loncan' ni,bukan takat nenek aku tapi boleh kata semua rumah yang aku pergi beraya zaman tu dok hidang air ni juga...cuma sekarang ni nama2 yang superb macam jenama Coke dan Pepsi dah jadi dominan maka trend pun berubah lah.
                Air ni duduk dalam kategori air karbonat juga tapi rasa gas dia kurang (macam takde gas) jadi hanya ada rasa manis je...aku tanya juga ayah aku mana dapat nama "loncan" tu dan ayah aku cakap nama 'loncan' tu adalah nama company air ni hahahaha...itu di Negeri Sembilan kampung aku macam di Johor kawan aku Idham kata area Batu Pahat dorang panggil air ni "oren bodoh" tak kira lah perisa oren ataupun perasa soda tetap panggil "oren bodoh' hahahahaha...

Sunday, August 19, 2012

Syawal 2012


         Selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang meraikan..dan ucapan khas dan SPECIAL juga buat pengKOMEN tegar blog ni,follower2 rasmi yang seramai 22 orang tu dan seterusnya pada visitor2 yang kerap singgah dan tunggu setiap posting yang aku update di blog ni....mohon maaf andaikata ada terkurang adab tatkala menaip!!!

Saturday, August 11, 2012

SLASH vs CHILDREN OF BODOM

       Slash,nama yang cukup akronim bila bersembang perihal music Hard Rock apatah lagi bayangan Gun & Roses yang sentiasa menghantui karier beliau walaupun Slash telahpun bercerai dengan band lagenda tu lebih dari 15 tahun.Secara jujur Slash bukanlah guitarist yang jadi favorite aku bahkan kalau kita rajin selak majalah music nama Slash tak tersenarai pun dalam kategori guitarist yang hebat kalau ada sekalipun pasti dalam ranking yang bawah2 je.Hebatnya Slash ni hanya dalam pembentukan karya2 semasa dalam Gun & Roses tapi dalam mana2 band yang lain rasanya kureenngg sikit.Namun dalam dunia Rock N Roll global nama Slash jauh meninggalkan guitarist2 yang lain dan faktor ni aku rasa kerana Slash punya hubungan yang cukup baik dengan beberapa nama besar dalam dunia Rock sepeti Ozzy (Black Sabbath) mahupun Lemmy (Motorhead) dan ramai lagi.
                   Album ni keluar selepas projek mega beliau bersama Velvet Revolver dah berkubur.Album yang menghimpunkan seleksi nama2 besar dalam dunia hiburan melengkapkan lagi album ni dan aku rasa Slash dah letih nak main dalam band jadi dia pun pakai teori Carlos Santana jelah iaitu panggil ramai2 artis gangbang dalam satu album.
                    Ia bukanlah sebuah album yang terbaik tapi aku menjangkakan album ni secara jelas/terang lagi bersuluh adalah sebuah album yang mana Slash bikin untuk menjawab pada hasil SAMPAH dari album reunion Gun & Roses iaitu "Chinese Democracy" dan pastinya Axl adalah individu yang paling terasa ancaman dari album ni (jarak release "Chinese Democracy" dengan album ni tak jauh) bahkan selepas dari ni Axl adalah individu yang pasti dituding oleh sebilangan besar peminat Gun & Roses kerana GAGAL mempertahankan kehebatan kumpulan itu.
                   Nama2 yang terlibat dalam album ni antaranya ialah Lemmy (Motorhead),Ozzy (Black Sabbath),Dave Grohl (Foo Fighter/Ex-Nirvana),Alice Cooper,Kid Rock dan banyak lagi.Selepas dari album ni penyanyi Myles Kennedy (Alter Bridge/new vocalist for Led Zeppelin) yang menjadi penyanyi untuk semua lagu semasa show Slash...untuk pengetahuan korang Myles Kennedy bukan sahaja seorang Vocalist Rock Modern yang bagus tetapi skill permainan guitarnya juga jauh lebih bagus dari Slash hahahaha....


        Terasa kagum juga bila melihat band ni masih lagi wujud dan mampu bertahan,dari sebuah band yang under dog dan sekarang dengan megah mempunyai jutaan peminat bahkan duduk sepentas bersama SLAYER misalnya bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi Children Of Bodom (COF).Aku tidak mengikuti perkembangan COF secara detail selama ni bahkan album terakhir yang aku beli pun adalah pada tahun 2002 dulu (album "Hate Crew Deathroll") dan selepas dari tu memang tak follow up langsung,mungkin kerana dah tiada apa lagi yang aku nak teroka dalam music mereka.Album ni (Skeletons In The Closet) adalah sebuah cover album dimana COF membawakan semula lagu2 saduran yang pernah mereka rakamkan didalam studio album mereka sebelum ini.Aku anggap pembikinan album sebegini adalah cara "don't work hard but work smart" iaitu cara mudah nak bikin duit melalui cover lagu orang kemudian sumbat dalam album sendiri hahahahaha.
             Dah banyak sebenarnya band2 yang buat rilisan sebegini.Tapi andaikata korang memang suka dengan rilisan yang berbentuk sebegini aku sarankan korang cari album HAMMERFALL (Masterpiece) yang mana HAMMERFALL merakam semula beberapa lagu dari band2 lagenda yang jarang di-cover oleh band sekarang seperti LOUDNESS,RISING FORCE,RIOT dan macam2 lagi.
             Album ni memuatkan beberapa lagu dari nama2 besar seperti Aces High (Iron Maiden),Silent Scream (Slayer),Somebody Put Something In My Drink (Ramones) dan juga Ooops..i did again (Britney Spears).....Britney Spears??...wtf??....

NOTA : kedua2 album ni aku tak minat..tapi kenapa aku beli??...sebab speedy video ada buat sale untuk kedua2 album ni dengan harga rm10 je setiap satu...katakan tiada sale jangan harap aku nak beli album2 ni hahahahaha....

Friday, August 3, 2012

Berbuka "Nasi Ayam Penyek"

           Dua hari lepas aku dengan beberapa kawan sekerja telah berbuka puasa bersama,rasanya berbanding yang dulu tahun ni agak slow sikit aktiviti riadah kami kerana faktor masa yang makin hari main rumit.Tempat yang kami pilih adalah di Restaurant Sajian Enak yang terletak di tingkat 3 di banggunan Kenanga Wholesale City Jalan Gelugor Kuala Lumpur.Kami pilih tempat ni atas sebab lokasinya mudah ditemui dan senang nak berkumpul selain pakej berbuka puasanya iaitu nasi tomato mahupun nasi ayam penyek.


            Gambar diatas adalah nasi tomato dimana hidangan disertakan sekali dengan keropok sebagai pelengkap.


          Dan gambar diatas ni adalah aku punya santapan iaitu nasi ayam penyek.Lengkap dengan tahu goreng+tempe goreng+sayur+sambal dan kuah sup.Pakej setiap makanan berbuka disini adalah rm10.50 (nasi tomato mahupun ayam penyek).Dan ia dilengkapi dengan  air sirap selasih dan juga buah tamar.

Thursday, July 19, 2012

Good Bye John Lord


                    Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan satu lagi berita kematian seorang "Icon" dalam dunia Rock iaitu John Lord.Sebagai seorang peminat Deep Purple aku rasa patut juga dibuat posting berkenaan peranan mendiang dalam Deep Purple.Aku adalah generasi baru,mungkin ada benda yang aku tidak tahu dan mungkin ada benda yang terkurang,namun apa yang bakal aku tulis ni adalah datang dari pandangan aku sendiri dan setidak2 nya ia adalah satu posting perhormatan dari aku buat John Lord.
                    Jika tak salah beliau boleh dikatakan founder dalam Deep Purple iaitu dari generasi pertama band itu dimana vocalistnya adalah seorang perempuan (Shiela Carter).Aku yakin beliau juga adalah seorang SAKSI besar akan cerita2 yang berlaku dalam Deep Purple,ini merujuk kepada beberapa formasi Deep Purple yang bertukar ganti dan beliau terlibat hampir 80% dalam setiap line up yang melanda band itu,sebutkan sahaja dimana zaman yang John Lord tak join?...zaman Blackmore dia ada,zaman Tommy Bolin dia ada sehinggalah ke zaman Steve Morse (betul ke ejaan ni??) pun dia ada..begitu juga dari zaman Ian Gillan sehinggalah ke era David Coverdale beliau turut serta.
                    Menurut pendapat aku nasib John Lord dalam Deep Purple sama macam nasib John Deacon di dalam Queen dimana peranan mereka cukup besar namun terlepas pandang oleh segelintir peminat music,di dalam Queen rata2 hanya memberi mention pada Freddy Mercury dan juga Brian May,begitu juga didalam Deep Purple dimana Ian Gillan dan Ritchie Blackmore yang acap kali disebut sedangkan kita tahu jika bergerak dalam band ia merujuk kepada semua line up bukannya individu.Tetapi jika nak disamakan nasib rasanya Queen lebih bertuah sebab boleh dikatakan tiap2 tahun ada sahaja anugerah untuk mereka dan ini secara tidak langsung mereka masih dapat dipromosi,berlainan dengan Deep Purple jangan kan anugerah nak tengok dorang jadi cover dalam magazine Rock pun susah.Tapi aku yakin lepas dari ini Deep Purple akan dijadikan muka depan bagi majalah2 music atas kisah pemergian John Lord ini...
                  Walaupun dunia menyaksikan pelbagai nama2 hebat keyboardist yang muncul seperti "Don Airey" (Dio,White Snake,Deep Purple) yang dikatakan kononnya generasi baru selaku pencabar John Lord namun bagi pendapat aku sentuhan "orang lama" tetap bisa.Sebagai contoh dengarkan sahaja lagu "out of my mind" betapa solidnya paduan beliau disisi riffing Tony Iommy dan dari hasil itu juga buat aku terfikir,alangkah elok jika Tony Iommy memanggil John Lord untuk menyumbangkan hasil2 melody keyboard nya didalam HEAVEN & HELL pasti album "The Devil You Know" tidak kelihatan begitu SAMPAH seperti yang kita tahu.


Sunday, July 15, 2012

QUEEN "Jazz"


                    Seperti yang aku janjikan maka kali ni aku akan review album "Jazz" milik kumpulan lagenda dari England ni....jom baca...
                   
                           Ok,album ni release pada tahun 1978 dan buat pertama kalinya Queen merakamkan album di luar kampung halaman mereka bahkan pelancarannya pun dibuat di America.Album ni sebenarnya bukanlah satu album yang hebat jika nak dibanding dengan album "Sheer Heart Attack" bahkan album "Jazz" ni kena hentam teruk juga disebabkan music Queen pada album ni cukup berkecamuk dan kacau bilau.Tapi aku memilih album ni kerana rata2 lagu didalamnya adalah lagu2 terawal Queen yang aku dengar tatkala pertama kali mengenali mereka.
                         Antara lagu2 yang melekat dalam album ni adalah seperti lagu "Fat Bottomed Girl","Bicycle Race" dan tidak lupa juga lagu kacukan Arabic dan Rock melalui lagu "Mustapha".Masa mula2 aku tengok album ni (masa tu belum layan Queen) aku ingat ia sebuah project album Queen yang memainkan semua lagu2 Jazz memandangkan title Jazz tu sebagai nama album,ternyata salah besar aku rupanya..hahahaha


                       Gambar album ni adalah berilhamkan lukisan yang berada di tembok Berlin,selain itu promosi nya pun cukup hebat dimana Queen telah mengupah seramai lebih kurang 60 orang perempuan berlumba basikal dalam keadaan bogel dan ini juga salah satu sebab mengapa album ni kuat dikritik selain pada music nya.Semalam Dave pemilik label feudal Throne Record baru menunjukkan aku akan poster perempuan berlumba basikal dalam album Jazz ni dan inilah kali pertama aku melihat akan poster yang menjadi kontroversi buat album ni.Dan dimaklumkan hanya German sahaja yang melepaskan foto berkenaan dalam first pressing album tu dan kemudian telah menggantikan dengan gambar yang lain.Untuk pasaran sini jangan cakaplah memang sah-sah takkan lepas punya.Jadi pada sesiapa yang cukup memuja akan lagenda ni   bolehlah mendapatkan album ni sebabnya pada aku walaupun album Queen ni hebat dikritik namun tiada satu pun yang mampu menyangkal kredibiliti Queen dalam mencipta lagu2 hebat mereka termasuklah dalam album ini sekali.

  1. Mustapha
  2. Fat Bottomed Girl
  3. Jealousy 
  4. Bicycle Race
  5. If You Can't Beat Them
  6. Let Me Entertain You
  7. Dead On Time
  8. In Only Seven Days
  9. Dreamer's Ball 
  10. Fun It
  11. Leaving Home Ain't Easy
  12. Don't Stop Me Now
  13. More Of That Jazz 


Nota: Bila baca lirik lagu "More Of That Jazz" aku tahulah dimana Megadeth dapat idea untuk bikin lirik lagu "victory" dalam album Youthanasia....

NEFTARAKA "Morts"


                  Bilamana masuk zaman peralihan abad 2000 seakan sama juga ledakan peralihan kuasa music extreme.Cabangnya jika dahulu hanya ada 2-3 sahaja pecahan sub-genre namun kini dianggarkan lebih dari 10 pecahan.Perkara ini bukan sahaja berlaku diperingkat global namun di Malaysia sendiri misalnya punyai pelbagai band yang muncul dengan pembawakan masing2.Ada yang membawa unsur symphonic ada yang membawa unsur war dan jika ada yang lebih berani mereka akan mengenengahkan konsep yang terkeluar dari dogma kemanusiaan.
                  Tapi lain dengan Neftaraka,mereka masih utuh dengan style lama,mereka masih primitif dan yakin dengan konsep yang mereka anuti sejak dari awal penubuhan (1996??)."Morts" adalah album penuh kedua mereka selepas hampir dua tahun mereka mengeluarkan full album pertama iaitu "Eternal Harsh".Aku mengenali Neftaraka melalui sebuah kompilasi "The First Born Evil" beberapa tahun dulu dan dari sejak itu Neftaraka sentiasa menjadi antara fav extreme band bagi aku.
               

                     Berbalik pada "Morts" ia mempersembahkan 8 track yang ratanya masih lagi utuh dengan elemen raw yang sememangnya sudah menjadi taruhan mereka dari dulu cuma bezanya kali ini mereka mempersembahkan dengan sedikit kesempurnaan pada bahagian sound namun begitu kita masih boleh mengenali akan siapa punya music kerana pada pendapat aku sendiri Neftaraka tetap Neftaraka.Album ini dikeluarkan oleh label dari Britain (???) iaitu "Eldritch Lunar Miasma Record".Istimewanya keluaran mereka ni ialah bukan sahaja ia keluar dalam bentuk Cd namun turut dikeluarkan dalam bentuk Kaset.Ilustrasi pada cover album ni mengingatkan aku pada ilustrasi pada album lagenda Death Metal kita iaitu Suffercation menerusi album "Day Of Darkness" (1992).Andaikata music sebegini memang makanan anda makanya "Morts" harus ada dalam simpanan kalian...


  1. Rituale
  2. Sufferance
  3. Morbid
  4. Legions (Silverian Kult) 
  5. Pandemonium
  6. F.O.A.D.A 
  7. Anttarra Solitude
  8. Morts 

Saturday, July 7, 2012

Gary Moore 'The Platinum Collection" 3 CD

            Bulan lepas ada beberapa perkara yang buat semangat aku betul2 rasa down.Satu persatu datang menimpa dan atas sebab tu juga semangat untuk update blog ni pun terbengkalai.Dan Alhamdulillah semua semakin pulih dan rasanya dah boleh hidupkan balik posting2 untuk blog ni...itupun kalau korang sudi nak singgah baca lah..
            Ok,bulan lepas juga aku ada sambar satu album kompilasi dari icon Blues moden iaitu tak lain dan tak bukan mendiang Gary Moore.Sebenarnya album ni aku pernah tolong belikan untuk kawan aku (tolong beli..bukan aku punya) dan memandangkan harganya pada waktu itu (tahun 2007) yang mencecah rm60 maka niat aku untuk beli kan diri sendiri punya aku matikan dulu..sebabnya aku bukan jenis yang berkemampuan.Pendek kan cerita aku terjumpa kompilasi ni pada bulan lepas dengan harga rm29 dan tinggal seketul ni je (last stock) maka dengan handsome nya aku bawa ke kaunter pembayaran hahahaha...


                     Album yang datang dalam pakej 3 Cd ni terbahagi pada 3 skop music beliau (Gary Moore).Cd pertama menampilkan seleksi lagu2 Rock beliau pasca album After The War dan lain2 (boleh rujuk en Berteromber sebab dia lagi pakar rasanya) Cd kedua seleksi lagu2 Blues dan Cd ketiga adalah beberapa rakaman live beliau.



                 Disertakan inlay yang setebal 12 muka surat.Dan dalam inlay berkenaan sarat dengan gambar2 classic dan juga beberapa pendapat dari lagenda2 Blues terhadap Gary Moore.Pada yang memang into dengan Gary Moore rasanya tak rugi kalau korang rembat seketul album kompilasi ni sebagai salah satu koleksi korang kerana ia datang dalam satu pakej yang perfect untuk disimpan.Kompilasi keluaran tahun 2006 ni rasanya masih ada dalam pasaran tapi perihal harga aku tak berani jamin lah korang boleh dapat harga yang sama macam aku dapat ni.Tapi kalau luck menyebelahi korang dan dapat harga sempoi macam ni adalah bernas untuk korang beli!!!!....

QUEEN album "Jazz" adalah posting selepas ni harap sudi baca.....!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...