bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, June 3, 2011

Au Revoir "Engine Of My Heart"

       Lepas ditunda dari beberapa tarikh jangkaan dirilis akhir nya album terbaru dari band Speed/Rock (aku rujuk dari term album yang baru ni) yang datang dari Perlis ni sudah sedia beredar untuk penggemar music beraliran kiri sebegini.
       Pada aku sendiri album ni memang aku nantikan setelah mengukur setiap inci karya yang telah mereka tempa melalui mini cd "Su'ul Khatimah" yang keluar sekitar awal tahun 2010.Pada pendapat aku 'Su'ul Khatimah" memang lain dari yang lain,pola music nya cukup berselirat tanpa ada struktur yang boleh dikategori dengan tepat dan mapan dan itu yang buat kan mini cd tu cukup TERBAIK buat aku.
      So,bilamana mendengar yang mereka telah kembali untuk merekod lagu2 baru bagi dimuat didalam album ini aku memang sentiasa mengikuti apa juga perkembangan mereka melalui Fan Page Facebook mereka sendiri mahupun melalui blog.Beberapa bulan lepas Au Revoir ada melepas kan satu single yang bakal terkandung dalam album ni iaitu lagu 'Be My Woman' dan lagu tu cukup tangkap dalam otak aku walaupun baru sekali dengar..ya memang ada kesan.Dan beberapa minggu sebelum rilisan ini keluar satu lagi single dilepaskan iaitu lagu 'Shattered' yang mana mengingat kan aku akan beberapa riff Heavy Metal klasik yang dimainkan dengan mood Au Revoir sendiri.

       Sekarang album sudah ada dalam tangan,tinggal nak halusi je satu persatu samada ianya lebih tinggi nilai psychotic nya berbanding Su'ul Khatimah ataupun sekadar satu hidangan lagu2 baru sahaja.Kalau tanya aku,kira 2 single dari album ni (Be My Woman,Shattered) memang dah lulus dan masih utuh lagi trademark Au Revoir dalam kedua2 single tu,tapi lagu lain macam mana pulak???
      Bila aku dengar keseluruhan lagu2 dalam 'Engine Of My Heart' ni aku berani katakan yang mereka masih kekal kan segala bentuk bunyi yang kalau kita dengar kita akan tahu yang itu adalah bunyi yang datang dari Au Revoir.Masih awal lagi rasanya kalau aku nak bandingkan album ni dengan album2 mereka yang lain seperti 'Su'ul Khatimah' mahupun 'Key Of Misery' dek kerana masih awal dan aku pun belum puas dengar.Tapi serious aku cakap melalui album ni mereka telah masuk  pada satu tahap yang mana mereka telah dapat apa yang dipanggil TRADEMARK walaupun bukan 100% tapi ia memang sudah kearah itu,dan kita harus ingat,ada band yang telah wujud hampir 20 tahun pun masih kabur dan terkapai kapai dalam memasuki status sebegitu,mungkin ni lah dia result dari mencipta sesuatu yang menongkah arus dan JUJUR!!


Track :

  1. Engine Of My Heart
  2. Shattered
  3. Edul Fitri Night
  4. Be My Woman
  5. Perisher
  6. I Came From The North
  7. Five-A-Night
  8. Walk Me Astray 
                   Jika anda berminat atau mahupun ingin kan sebuah pengalaman menikmati wirama Rock N Roll yang lain dari kebiasaan music sebegitu dihidangkan,kalian boleh mendapatkan nya melaui email mereka :Faithcraftproductions@yahoo.com atau hubungi +6016-4757931

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...