bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Wednesday, June 29, 2011
Napalm Death di depan mata aku
Selepas beberapa bulan berita tentang kedatangan mereka kesini buat kali ketiga keluar,mungkin ada diantara anda yang langsung TAK MINAT nak ambik tahu,mungkin kerana sudah jemu ataupun sudah melihat siri2 konsert mereka yang lepas,namun tidak pada aku.Semua siri2 mereka sebelum ini aku dah terlepas peluang,makanya berita yang suam2 kuku pada anda ni aku sambut dengan penuh teruja.Persiapan tiket,tarikh cuti dan sebagainya diatur sebaik mungkin bagi MEMUNGKIN kan aku untuk melihat lagenda Grindcore ini beraksi di depan dua biji mata aku.
Macam biasa,aku ajak teman rapat aku Idham (thanks bro!!) untuk menemani aku melihat Napalm Death kali ni dan beliau setuju...satu yang menarik pasal kawan aku ni,dia memang tak kan menolak kalau diajak teman kan aku menghadiri mana2 event..sebab tu aku cukup hormat dan hargai mamat ni.
Official Napalm Death Tour Tee In KL
Akhir nya tarikh 27/6 pun tiba.Lebih kurang pukul 5.30 petang aku ke wangsa maju untuk mengambil Idham dan terus ke 1pub cafe.Selepas jenuh merempuh trafic jam akhirnya kami sampai ke venue lebih kurang pukul 7.10 petang,kalau diikut kan dalam flyer show akan bermula pada pukul 7.30 petang,namun kami cukup masak dan paham dengan gerak kerja organizer2 show mahupun gig di Kuala Lumpur ni,makanya kami memilih untuk pekena teh tarik dulu sebelum dentuman utama yang bakal kami saksikan nanti.
Mr Idham dengan Tee Impiety nye
Macam yang aku jangka kan,memang show bermula lewat.Kami terpaksa menanti lebih kurang 45 minit,itu pun baru melihat kelibat Danny naik ke stage sebentar untuk tunning set drum nya.Crowd makin ramai,dan venue 1pub cafe memang tak sesuai untuk anjuran bagi sebuah band besar sebegini.Aku memang cukup tak setuju,namun apakan daya nak lihat Napalm Death redah jugak lah.
Lebih kurang 45 minit jugak lah dok terpacak tunggu,akhirnya baru Napalm Death naik ke pentas.. Shane dan Mitch masing2 selesa mengena kan Tshirt band REPULSION ..korang kenal tak band REPULSION ni??ok REPULSION ni adalah lagenda Grindcore dari U.S dan mereka juga adalah pelopor bagi subgenre Grindcore iaitu Goregrind boleh dikatakan jugak yang dorang ni seangkatan dengan NECROPHAGIA.
Berbalik pada Napalm Death,mereka memulakan setlist dengan seleksi lagu2 terbaru mereka.Sound cukup balance walaupun pada tanggapan awal aku mungkin mereka akan menghadapi bunyian over boose terutama di bahagian bass (merujuk pada venue yang kecil) namun ternyata mereka mampu mengimbang semua sound agar tidak terlalu kuat dan dalam masa yang sama tidak lari dari trademark noisy mereka.Jadi satu ucapan tahniah buat sound engineer yang bertugas.
Kosentrasi aku dah mula hilang sikit bilamana penghawa dingin dalam venue dah TAK TERASA,ni adalah kesan daripada penonton yang ramai,peluh dah mula melimpah,bukan sahaja aku malahan semua merungut akan isu ini.Jadi aku pohon jasa baik organizer2 show yang bakal nak bawak band2 gergasi masuk kesini,TOLONG lah jangan buat di venue yang sebesar kangkang monyet ni. Dan kesan dari PANAS yang tak tertahan ni sehingga mendesak NAPALM DEATH untuk berhenti seketika bagi mengambil sedikit angin (barangkali)..punya lah panas sampai muka putih si Mark Barney bertukar menjadi merah..hahahDi set yang kedua ni baru nampak ada sikit hidup,ini kerana NAPALM DEATH membawa kan lagu2 klasik mereka sebagai hadiah sebelum mereka menutup tirai show di Kuala Lumpur ni dan terbang ke Indonesia pada esok nya.Kali ni aku dah mula nampak muka2 metalhead yang otai2 mula ber moshpit dan aksi stage diving mula kelihatan.Jika diawal tadi (seleksi lagu2 baru) hanya budak2 muda je yang terhangguk2 melayan,dan sekarang brother2 pulak yang naik sheikh...ini semua dek pukulan NAPALM DEATH membawa kami mengembara semula kepada kenangan di era pasca SCUM mahupun FROM ENSLAVED TO OBLITERATION.
Pada jam 10.40 malam selesai lah sebuah persembahan dari mereka.Aku tak pasti samada sesi bergambar ada atau tidak,apa yang pasti lepas habis show aku terus cabut sebab dah tak tahan panas.Apapun ia tetap menjadi salah satu show yang paling best dalam diari music aku.Walaupun ada beberapa aspek yang aku kurang berkenan dan kurang setuju dengan penganjuran show ini namun ia tetap menarik. Apa yang pasti penantian aku selama lebih dari 10 tahun untuk menyaksikan mereka sudah pun tertunai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





rajin depa ni datang Malaysia
ReplyDeletebro..
ReplyDeletedisebbkan faktor faktor ini sya tidak memakai baju hitam ke gig..keran kurang sesua dengan iklim kita..
i always wear white tee to reduce the heat and exhaustion
Dr Ben> tulah..mmg rajin dorg ni ke Msia..tp dengar citer ni mgkin farewell show dorg kat sini
ReplyDeleteAnba >setuju..tapi saya jarang berkunjung ke gig bro..tapi andaikata saya turun ke gig,saya juga selesa berpakaian putih...tq for your comment..
checkout exhumed nxt album
ReplyDeletehttp://www.metalsucks.net/category/music-premieres/
..3 X DORANG DATANG SEKALI JE AKU DAPAT TENGOK..JADI LAAA...
ReplyDeletekira ok lah tu bro..sekurang2 nya ada juga pergi kan??haha
ReplyDelete