Soalan ini diajukan bagi mendengar pendapat kedua2 panel berkenaan selaku wakil dari generasi pemuzik baru mengenai KESUKARAN pemuzik sekarang untuk terus HIDUP dan RELEVAN.Salah seorang dari panel menjawab KONON2 nya media penyiaran berat sebelah terhadap pemuzik baru....???lepas dia bagi jawapan aku terus gelak besar....hahahaha...yang sepatutnya beri jawapan yang macam tu adalah pemuzik2 VETERAN bukan nya dia.Barangkali dia ni buta HATI agaknya,apa dia tak nampak ke betapa besar nya ruang untuk pemuzik2 macam dia ni dicipta oleh media penyiaran...bukti nya??
- Terdapat beberapa station radio (tempatan) yang hanya memutar kan lagu2 dari pemuzik2 baru selain lagu2 yang TERKINI sahaja..bukan kah ini dipanggil RUANG buat anda??
- Kebanyakkan saluran hiburan (berbayar) hanya memaparkan rancangan2 hiburan yang mana rata2 artis nya adalah pemuzik/band baru..bukan kah ini dipanggil RUANG buat anda??
Aku nak ajak kalian berfikir sejenak tentang jawapan dari panel kedua ni yang konon2 kita langsung tiada artis yang boleh dijadikan RUJUKAN buat mereka.Apakah benar kita memang tiada sebarang contoh untuk itu???tak kan lah dari zaman era R.Azmi yang mana rata2 artis zaman tu terpaksa bersawah dan berladang semata2 untuk merekod suara kepiring hitam sehingga lah ke zaman sekarang ni iaitu zaman artis dipilih melalui undian dan bukan nye bakat tiada langsung yang boleh kita angkat sebagai ICON...pasti ada bukan??
Jadi jawapan sebenarnya ialah kita bukan kekurangan ICON untuk diikuti,masalah pokok nya ialah artis/band itu sendiri yang sudah KERING dengan IDEA mahupun KREATIVITI..itu adalah jawapan sebenar.Jangan dolak dalih dengan tuduhan yang bukan2.Jangan cuba2 nak sorok kelemahan dengan menuding jari kearah orang lain kalau diri sendiri yang tak mampu bersaing!!!

No comments:
Post a Comment