bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Monday, December 28, 2015

Slayer "Repentless"


                        Jeff Hanneman menutup usia pada 2013,bagai jatuh ditimpa tangga Slayer terpaksa pula berhadapan dengan masalah birokrasi sesama line up yang sekaligus menyaksikan pengunduran Dave dari kumpulan ini...Slayer menjadi isu worldwide bila rata2 peminat dan pemerhati muzik bertanya-tanya satu soalan iaitu KEMANA LEPAS NI???..akibat ketiadaan Jeff dan diikuti pengunduran Dave pelbagai pendapat dilontar oleh penyokong mereka,ada yang mahu Slayer terus hidup walau realitinya kita tahu mereka akan terpaksa struggle dengan ketiadaan arkitek mereka Jeff dan ada juga yang mahu Slayer turut dikebumikan bersama jasad Jeff.
                         Aku agak kurang bersetuju jika Slayer ni harus dimatikan,ini kerana mereka adalah branding dan dalam masa yang sama mereka adalah trendsetter bila kita berbicara soal Thrash Metal America ataupun dunia.

  1.  Setelah Venom dan Bathory berjaya mempamerkan imej satanik Slayer pula adalah generasi kedua berjaya membingungkan masayarakat umum dengan term satanik bahkan ia lebih terang-terangan berbanding Venom mahupun Bathory. 
  2. Mereka juga antara pencetus/pemula bagi kumpulan music dunia yang berani mencemuh kerosakan sosial politik barat sehingga ada beberapa album mereka terpaksa disekat pengedaran dan trend ini kemudiannya diikuti oleh Kreator dan lain2 untuk tidak duduk diam keatas kuasa barat.
  3. Bila kita bercerita tentang American Metal rata2 penggemar muzik aliran berat dunia mengakui Slayer adalah penanda aras untuk term berkenaan. 
  4. Walaupun Metallica jauh mengecap populariti namun jika kalian adalah penggemar Thrash pasti akui bahawa Slayer adalah penghulu subgenre itu di America.Bahkan kesedaran ini juga diakui oleh Metallica sendiri bilamana mereka alhirnya TERPAKSA memanggil Rick Rubin untuk menjadi producer kepada album "Death Magnetic" 

             Jika hanya kerana ketiadaan Jeff menjadi kayu ukur supaya Slayer wajib berkubur kita kena ingat bahawa Metallica tidak pernah mati perjalan karier mereka bilamana Cliff Burton tiada..begitu juga Napalm Death yang tidak pernah berehat walaupun Jesse Pintado mati.Dan bab Dave pula kita tak boleh jadikan ia isu sebab album comeback dia hanya "World Painted Blood" saja dan sebelum2 tu Slayer ok je walaupun takde dia.


                          Jika kita amati dalam album ni (itupun kalau korang dah beli) sound dan cara play yang ditunjukkan Slayer adalah perfect walaupun ada beberapa perkara yang nampak seakan-akan terlalu berhati2 terutama bab solo namun satu kredit yang patut diberi kepada mereka kerana ia berjaya melantonkan gambaran Slayer tanpa sedikit cacat mahupun tempang.


                           Jadi sebagai rumusan adakah tanpa Jeff album ni effect the sound??..absolutely not..ini kerana dari dulu lagi Slayer bergerak as a band bukan individu bertopengkan band.Jika Dave Mustaine dalam Megadeth tu aku tak pasti hahaha..apa yang nyata tanggungjawab yang dipikul oleh araya dan King masih boleh dijunjung walaupun tanpa arkitek besar Slayer itu sendiri iaitu mendiang Jeff Hanneman.

Sunday, August 30, 2015

FORMAT..DIA..KITA..

                     Setelah berbulan tak menulis tiba2 hari ni rasa kecanduan nak menulis itu datang dengan sendiri tanpa diundang hahaha..siap lupa password lagi tu kahkahkah..maybe keinginan ni muncul bilamana pada waktu ni keluarga semua dah balik ke kampung bercuti dan aku pula tinggal sorang dirumah...nak keluar rasanya tak sesuai sebab perhimpunan bersih tengah menuju kemuncak..jadi buka laptop dan kembali menulis lah gamaknya huhuhu..
                     Untuk permulaan ni (cewah rasa macam baru buka blog pulak :p) kita sembang berkenaan format music....ye format music tak kiralah kaset ke cd ke vinyl ke asalkan ianya format,namun kita bicara perkara ni dalam setiap sudut yang berbeza2 diantara kehendak kita sebagai peminat,pengumpul mahupun penggiat music itu sendiri...yelah dah namanya pun sembang jadi kita kaji dari segenap sudut lah ye...


                      Dekat Malaysia ni ada macam2 perangai peminat musicnya,ada yang meminati dan sanggup berhabis duit demi memenuhi kehendak @ nafsu @ ketagihan @ kecanduan @ keinginan mereka pada music...ada pula sekelompok lagi mengaku minat sangat pada music tapi langsung tak membeli dan buta format tapi tetap mengaku peminat haaaa yang jenis ni memang parah.Tapi kita cerita tentang kelompok yang pertama tulah iaitu kelompok yang menyokong dalam bentuk pembeliaan kerana kelompok inilah yang mendukung hala tuju sebuah kumpulan/artis melalui saluran yang tepat (membeli)
                      Aku pernah bersembang dengan seorang kawan yang mana ia cuma minat membeli kaset sahaja,berjumpa dengan lagi sorang pula dia cuma berminat pada lp saja,datang pula lagi sorang yang dia hanya beli cd dengan syarat cd tu mestilah "ori,first press,bukan cd-r".Woww ini pegangan masing2 (rata2 adalah peminat dan bukan pemuzik).Dan kesemua ini adalah demand dari sudut peminat..bagaimana pula dengan band??..
                     Sebenarnya kehendak diantara peminat dengan pemuzik memang TAK PERNAH SELARI dari dulu lagi...dari segi sudut apapun ia tetap tidak selari baik dari keinginan music hinggalah kepada format...disini aku cuba gambarkan.

      

                         Ada band  yang mempunyai kemampuan kewangan yang mampu mendanai band  mereka dengan teratur.Mereka mampu mencetak cd yang pro print dari kilang dalam kuantiti yang besar walaupun mereke bukanlah band yang dikenali.Contoh yang lain pula ada band yang memang dikenali dalam pergerakan music tapi mempunyai modal yang terhad maka mereka hanya mampu mengeluarkan dalam format cd-r..jadi apakah kita nak marahkan mereka hanya kerana kita minat membeli cd ori??...kalau macam tu pegi keluar duit korang pastu DERMA dekat band berkenaan habis cerita.
                        Contoh lain pula ada band yang mana kita rasa music mereka cukup sesuai kalau diabadikan dalam format kaset namun mereka pula selesa me release dalam format cd,ada pula yang kita rasa dah sampai masa mereka mengeluarkan music mereka dalam format cd tapi dia dok syok juga keluarkan kaset hahaha apa nak buat itu cara mereka,
                        Jadi disini andaikata anda (sebagai peminat) menghadkan satu2 format sebagai penanda aras sokongan anda maka anda tergolong dalam golongan yang rugi.Yelah kalau korang meminati satu2 band tapi band tu pula mengeluarkan album dalam format yang korang tak suka jadi rugilah kan.Tapi seeloknya wajiblah mana2 label mengeluarkan dalam format yang utuh dan tahan lama supaya dapat disimpan dengan elok dan mampu mengeluarkan bunyi dengan sempurna walau dah 20 tahun sekalipun,tapi ia tetap kontra dan bergantung dari kehendak band  dan label juga macam yang aku tulis dekat perenggan awal tadi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...