Tatkala mendengar album ni hanya ada 3 perkara yang terlintas difikiran aku yang masih mentah dengan music iaitu "NEW....DEATH METAL....RUGGED"....album yang tertangguh dari tahun ke tahun ni dah pun keluar menemui pecinta2 music Extreme Metal tempatan awal February lepas.Album ni adalah rilisan rasmi pertama SILENT DEATH pasca mereka kembali bergabung di tahun 2009/2010..dan jika tak salah ada beberapa lagu dalam album ni telah pun SILENT DEATH bawa dalam siri gig "KL METAL WARRIOR" pada tahun 2010..jangan salahkan mereka atas kelewatan ni,semuanya adalah disebabkan beberapa pihak lain barangkali yang menyebabkan album ni tersadai sementara,namun ia dah pun keluar..itu yang penting!!!
Album yang mengetengahkan 8 buah lagu baru (1 intro dari Joe Slaughter) ini adalah sebuah manifestasi ataupun aku letak dalam ertikata lain sebagai kayu asas/ukuran bagi SILENT DEATH bagi meneruskan survival mereka sebagai pemuzik samada album ni akan mengangkat mereka hingga ke puncak atau SILENT DEATH akan tetap diingati peminat hanya melalui pendekatan album2 klasik mereka saja.Aku cukup yakin dan pasti akan ada 2 pendapat dari 2 pihak tatkala meneliti album ni,pihak pertama adalah pihak yang menerima PERUBAHAN yang dicipta SILENT DEATH ini dan pihak kedua pula adalah pihak yang TERKEJUT MONKEY dengan penghasilan terbaru mereka.....aku di pihak mana??...sebagai tukang review biarlah aku duduk ditengah2 supaya adil kepada PENDENGAR dalam masa yang sama cuma memberi KEADILAN buat band yang empunya album..
Buat pihak yang PERTAMA ni takde benda yang nak diterangkan sebab kalian pun memang dah terima,namun bagi pihak KEDUA ni ayuh baca sedikit pandangan aku semoga kalian faham...
- Setiap band harus ada sikap/sifat yang mahu maju atau dalam ertikata lain progress...korang tak boleh nak ikut rentak selera korang saja ni kerana jika korang faham akan jatidiri pemuzik semestinya pemuzik mahukan sesuatu yang berbeza dengan yang lain nya..
- Tolong set kan dalam otak bahawa album terbaik mereka sebelum ini iaitu "Before The Sunrise" adalah satu kenangan buat korang dan simpan ia didalam hati....dan terima album baru ini secara terbuka dan anggap ia sebagai a new look of SILENT DEATH
- Sebagai sebuah band yang menjangkau usia 20++ tahun pasti sikap KEMATANGAN dalam bermusic itu akan terzahir...apatah lagi mereka pernah menghilang dalam satu jangka masa yang panjang juga,jadi takkan lah bila dah buat comeback ni dorang tak mahu nak tunjuk something different
- Baiklah katakan korang nak juga SILENT DEATH bikin yang macam lepas2 apakah korang berani jamin ia tidak akan dikritik??....confirm punyalah SILENT DEATH akan kena bantai kaw kaw dengan alasan "kenapa dorang ni sama je macam dulu?..langsung taknak berubah..tunjuk lah sikit yang dorang ni band otai"...betul tak?...jadi pendekatan mereka untuk keluar dari kepompong TEPU itu sesungguhnya adalah percaturan yang TEPAT bagi sebuah band seperti SILENT DEATH
Jadi diakhir review ni dengan sukacitanya aku MEMPERSEMBAHKAN sebuah album 2012 yang harus korang beri perhatian iaitu 'Kiss Of Death' dari sebuah band yang begitu panjang sejarah mereka dalam rentetan Death Metal tempatan iaitu SILENT DEATH...bagi yang belum mengetahui ingin aku beritahu bahawa STONE (voc/bass) sekarang ni dalam keadaan kesihatan yang agak kurang baik jadi sama2 kita berdoa agar beliau kembali sihat seperti biasa kerana kita sayang band ni dan tak mahu ia hilang lagi buat kesekian kalinya...
track :
- Whispering Kiss (intro by Joe Slaughter)
- Silent Kiss Of Death
- Lipas Terbang
- Hell-Popotamus
- Mati Senyap
- Slaughtered Six,Six,Six
- Budak Botak
- The Curse Of Latjuna
- Diam Mati
http://www.facebook.com/pages/SILENT-DEATH/178894181657











