bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, October 31, 2010

OBITUARY 'darkest day'


                       Album studio dari OBITUARY ni dah rilis dari tahun lepas lagi tapi saja je nak review,rasa belum lambat lagi lah kot..Let go crazy..ni adalah album mereka yang kelapan (kalau tak silap lah) dimana masih lagi berstruktur kan death metal sebagai acuan belum lagi goyah dengan trend muzik semasa.Ni lah satu benda yang aku cukup respek dengan band2 lama death metal dari US ni.Balik pada album tadi, album ni menghadiah kan 13 track lagu untuk halwa telinga penggemar2 death metal yang memang berminat pada direction muzik yang death metal yang ada sentuhan doomy macam ni.
                       Track pertama iaitu lagu list of dead mungkin adalah satu2 nya lagu yang mempunyai sedikit fast blasting dari mereka,tapi untuk lagu tu jelah..mungkin ni sebagai penaik semangat sebelum kita mendengar keseluruhan album dorang ni.Tentang lagu list of dead ni teringat aku masa aku pasang album ni dalam kereta,yang mana kawan aku ingat ni adalah band in flame...hahaha..lepas dengar track kedua dia rasa pelik,kenapa in flame ni ada bau2 black sabbath..hahahaha.macam2 hal..
                      Pada aku ni adalah antara album yang boleh di anggap terbaik juga lah dari oversea.Ni kerana pasaran muzik berat dunia sekarang ni dipenuhi dengan album2 death metal yang hanya meletak kan speed,speed,speed,faster,faster,faster sebagai kayu ukur.Kadang2 takde satu pun lagu yang dapat kita tangkap sebab semunya macam sama je bunyi nyer.Jadi bila ada band2 death metal yang masih pegang teguh pada traditional metal ni maka terubat lah sikit.Bagi penggemar band seperti KRISIUN mahupun BEHEMOTH aku rasa ni bukan album untuk anda.Tapi pada sesiapa yang memang jadikan BOLT TROWER atau BENEDICTION sebagai makanan ni memang album wajib simpan. 

line up album:
john tardy - vocal
ralph santolla - guitar
trevor peres - guitar
frank watkins - bass
donald tardy - drum

setlist track:
list of dead
blood to give
lost inside
outside my head
payback
your darkest day
this life
see me now
fields of pain
violent dreams
truth be told
force realign
left to die

Saturday, October 30, 2010

kita minat kita kongsi...

       Ok..gambar sebelah ni adalah isu ke-8 majalah muzik KARISMA,sebuah majalah yang pada aku benar2 menepati selera mat2 rock/metal yang ingin kan ilmu mahukan info ataupun perkembangan industri metal global.Isu kali ni dimana BLACKFIRE dijadikan cover depan sebagai penghormatan.
       Aku bukan nak cerita pasal BLACKFIRE atau mempromosikan majalah ni,tapi aku nak bercerita tentang satu artikel dalam majalah ni yang benar2 relevan melalui kaca mata aku.Statement yang aku maksud kan adalah kolum 'besi panas' yang ditulis oleh bro ajizz (vortex from the east zine) yang mana kita semua tahu beliau adalah editor muzik yang cukup pengalaman.
       tajuk yang beliau tulis adalah 'metal untuk dikongsi,bukan untuk diri sendiri' aku tak tahulah samada benda ni adalah pengalaman editor nya atau sekadar menyentuh perkara ini hanya melalui kaca mata beliau.Tapi pada aku benda ni memang betul2 relevan untuk dibicara sebab benda ini memang berlaku disekitar kita tak kira lah dimana tempat nya pun.
Sebenarnya sikap mendabik dada dikalangan mereka2 dalam scene metal ni memang dah lama bernanah,mungkin dah jadi barah dah pun.Sikap bangga diri dengan apa yang dia ada,apa yang dia tahu, apa yang dia kenal semua nya dijadikan sebagai tembok pemisah diri mereka yang konon ber knowledge ni dengan follower2 metal lain.Konon nya tak setaraf lah,new comer lah,poser lah dan macam2 lagi status negatif yang dilempar pada individu2 yang tak cocok dengan dorang.Walhal kalau betul kau punya knowledge patutnya kau sebar kan apa yang kau ada,sekurang kurangnya kau dapat educate budak2 baru yang nak kenal muzik ni dengan memberi hala tuju contoh yang bagus dalam erti kata penggemar muzik berat yang sebenar,ni tidak,semua orang BODOH,semua orang JAHIL yang pandai dia tapi nak dibawa ke mana pandai tu????
                      Cuba kita fikir sikit,sedangkan ilmu akhirat yang abadi tu pun sanggup ada yang mahu mengajar mahupun kongsi,jadi apalah sangat pada benda yang kau tahu tu,kau punya band hebat mampu jamin masa depan cemerlang ke untuk family kau?kau ada studio yang mewah benda tu jamin ke kesihatan kau esok? kau ada banyak connection dengan community metal luar apakah benda tu mampu selamat kan kau time tengah nazak?dan lebih penting knowledge muzik yang kau ada tu mampu ke bagi jaminan untuk kau diangkat mulia disisi tuhan????
                     Kita ni hidup biar merendah diri,sokong apa yang patut dan tegah apa yang salah.Jangan keje nak banned sana banned sini pastu pangkah sana pangkah sini,apa kau dapat????...berbalik pada ulasan dalam majalah karisma tadi,jika di akhir artikel berkenaan bro Ajizz ni ada sebut yang mereka2 ni patut duduk kat hutan kalau berterusan bersikap macam ni,tapi pada aku masyarakat rimba pun belum tentu mahu terima dorang ni sebab masyarakat hutan yang sekarang ni pun dah pandai hidup bermasyarakat atas hasil kerajaan yang membantu menaik taraf hidup dorang...orang2 asli pun dah jadi orang modenisasi yang dorang2 ni pulak berusaha keras nak jadi orang asli...hahahahaha
                   

Thursday, October 28, 2010

blues SETINGGAN blues....

                            Tahun ni dah genap 3 tahun aku tinggal di rumah baru,iaitu sebuah flat di tengah bandar KL, setelah pindah kesini semua nya baru dalam hidup aku,kiri aku,kanan aku,depan aku mahupun belakang aku semua nya baru.Bukan baru perkakas rumah yang aku maksud tapi persekitaran yang aku diami ni yang berubah sama sekali.Aku rindu setinggan yang aku diami sejak lahir sehingga umur beganjak dewasa.Tapi apakan daya modenisasi membunuh semua keharmonian dengan menggunakan alasan kemajuan.






                        Terdetik dekat hati aku untuk menulis tentang perkara ni dek kerana aku memang rindu sangat dengan kehidupan di kawasan perumahan lama aku.Dimana masyarakat setempat semuanya hidup dalam erti kata majmuk yang sebenar benar nya majmuk.Bahkan ada yang menganggap setiap dari mereka seperti keluarga sendiri.Amat jarang didengar anak2 kecil memanggil makcik2 disitu dengan gelaran makcik tetapi menggunakan gelaran 'mak' atau 'mama',begitulah akrabnya kehidupan disitu.
                        Aku juga mempunyai sebuah keluarga angkat semasa masih mendiami di situ,namun sekarang ni status keluarga angkat tu hanya tinggal status,perubahan tempat tinggal memaksa hubungan tu menjadi renggang.Banyak benda yang aku belajar melalui kehupan disitu,erti kawan,erti jiran,erti saudara dan macam2 lagi.Tapi bila dh ke flat ni jiran aku pun sampai la ni aku tak tau apa nama dia,bape anak dia mana asal usul dia,yang aku tau pergi keje balik keje,dorang pun gitu juga.





                       Selera muzik aku juga dipupuk melalui kehidupan di setinggan ni,dari tak kenal ape itu muzik sampai lah ketahap KETAGIH pada muzik semuanya bermula di sini.Kami bukanlah ketinggalan zaman hanya kerana kami penduduk perumahan begini,kami begitu up to date dengan perkembangan muzik semasa ini kerana kami adalah anak2 jati KL...so masih boleh pukul kredibiliti anak2 muda dari HARTAMAS masa tu..hahahaha.Segala jenis muzik yang aku gemari semuanya bermula disini.Melaliu pengenalan rakan2, melalui teman2 sekolah yang tinggal berdekatan.Mungkin ada hikmah,andaikata aku dibesarkan dalam suasana mewah waktu,mungkin sekarang aku bukan aku,tapi aku adalah pecinta muzik metal bangsat macam rapcore,metalcore,hardcore dan macam2 lagi lah genre core yang semua nya meloyakan.....

Sunday, October 24, 2010

MEGADETH...youthanasia...

                       Sebelum aku melalut panjang lebar biar aku bagitau siap2 yang aku ni bukan peminat tegar MEGADETH,so apa yang aku review ni hanyalah melalui pandangan aku setelah 8 tahun dok mendengar album MEGADETH ni.OK album MEGADETH youthanasia ni adalah rilisan rasmi dorang selepas sukses dengan album commercial dorang iaitu countdown to extinction.Selepas kejayaan album itu mereka kembali ke studio untuk rakaman album ini bagi menjadi alternatif pilihan mat metal seluruh dunia yang kecewa dengan album BACUL dari musuh lama mereka iaitu METALLICA melalui album LOAD.
                      Dave Mustaine mungkin boleh mendabik dada dengan album ni selepas telah dimalukan oleh METALLICA melalui black album mereka yang telah merampas takhta us billboard dari tangan MEGADETH yang ketika itu sedang panas mempromosikan countdown to extinction.Ini kerana album youthanasia ini diibaratkan sebagai ubat bukan sahaja untuk MEGADETH yang telah dimalukan tapi untuk semua peminat thrash yang masih terkejut dengan perubahan mendadak METALLICA pada album load. 


                         Melalui pengalaman aku mentelaah album ni,aku rasakan ini lah satu2 nya album MEGADETH yang betul2 boleh click dengan frequency otak aku.Aku boleh melayan setiap track dalam album ni tanpa perlu escape dari mana2 track.Dan pada pandangan aku inilah antara album dimana mereka banyak berekperimen dengan music mereka dimana contoh dalam lagu train of consequences mereka menambah bunyian harmonika.
                         Pengalaman aku mendengar album ni adalah pada tahun 2002 ketika aku masih lagi bersekolah.Dengan bajet kewangan yang cukup terhad maka dapat jugalah aku membeli kaset ni dengan harga rm18.Tatkala mendengar aku betul2 terkejut dengan direction music mereka kerana sebelum ni aku hanya mendengar album2 pasca awal sebelum kemasukan MURTY FRIEDMAN,yang mana kebanyakan lagu2 mereka waktu itu adalah thrash yang teknikal dan laju,namun dalam youthanasia ni mereka lebih menumpukan dari segi teknik dan sound selain dari lagu yang cukup radio friendly.
                        Setelah 8 tahun menggunakan kaset untuk mendengar namun pada tahun ni ada rezeki lebih sikit untuk beli cd pula,dimana cd ini adalah re released&remixed supaya soundnya lebih natural dari release yang pertama.Yang best nya bonus track disertakan dalam album ni.(benda yang cukup bermakna buat fan mereka).Jadi lebih seronok lah mendengar,pastinya ada beza antara cd dan kaset,kalau kaset sound nya agak sedikit hambar namun bunyinya agak raw tapi melalui cd dapat lah dengar dengan selesa sikit.

                        Pada pendapat aku formasi mustaine-friedman-elefson-menza adalah yang terbaik dalam sejarah MEGADETH.Ini dibuktikan melalui album2 hebat yang muncul melalui formasi ini.Aku sendiri pun bukan lah tau sangat pasal MEGADETH ni namun ini adalah pandangan aku lah.Andai kata Murty Friedman masih ada apalah agaknya halatuju megadeth pada waktu ini.Sebab ketika murty friedman mengeluarkan album solo pertama beliau selepas keluar dari MEGADETH iaitu MUSIC FOR SPEEDING beliau ada menyatakan bahawa konsep album ini lah yang cuba diserap kedalam MEGADETH namun tidak diterima oleh Dave Mustaine.Kalau difikir logik album music for speeding terlalu kuat dengan influence tecno metal selain bunyi bunyian digital yang terlalu maksimum.Manakan mungkin MEGADETH membuat sebegitu, mereka takkan cuba tersalah langkah seperti METALLICA.
                     Jadi wajar juga lah Mustaine pecat Friedman ni sebelum frieman menjadi nanah dalam MEGADETH,walaupun mungkin sukar untuk Mustaine bergerak tanpa sokongan seorang guitar heroes macam Friedman namun MEGADETH harus diteruskan bagi mencapai cita-cita kotor Mustaine yang ingin melihat kredibiliti METALLICA adalah dibawah MEGADETH mungkin..hahahahaha        
                 

Saturday, October 23, 2010

Evolusi Rock Melayu Era 80an

                         80an merupakan gelombang terbesar dalam sejarah muzik tanahair,kerana ianya menyaksikan perubahan mendadak selera muda mudi tatkala itu yang dahagakan wirama bunyian yang bising dan berat seiring dengan jiwa muda mereka tatkala itu.Revolusi muzik ini bermula pada awal 80an tatkala bila Singapura mula melahir kan jenama2 rock mereka antaranya kumpulan THE KINGDOM dan yang teramat besar kuasanya iaitu kumpulan SWEET CHARITY.Namun begitu kumpulan2 berkenaan bukan lah impak terbesar namun cukup penting kerana mereka inilah pemula kepada perubahan tersebut.
                    Di Malaysia kita dikejutkan dengan grup2 Rock bertaraf bintang seperti WINGS,MAY,LEFTHANDED,THE BOYS.SYJ dan tidak ketinggalan kumpulan yang telah membawa nama Malaysia nun jauh hingga ke Jakarta iaitu kumpulan SEARCH.Tujuan review ini ditulis kerana ada beberapa kata2 daripada peminat muzik rock sekarang tentang tanggapan negatif mereka terhadap band2 ini. Ada yang mengatakan band2 waktu ini tak true lah,band banyak di control oleh producer lah dan macam2 lagi.Ok, aku nak leraikan sedikit tentang kumpulan2 berkenaan.
                    Lewat tahun 80an medium hiburan kita masih terbatas,mana ada kelas muzik,mana ada MTV untuk jadi pendedahan,mana ada sekolah muzik yang dibina untuk mlahirkan generasi pemuzik yang hebat, mereka2 ini (pemuzik rock 80an) mereka terpaksa berjuang sendiri,membina imej sendiri,berhempas pulas memasuki pelbagai pertandingan untuk mengetengah kan muzik mereka.Aku akui,memang ada kumpulan yang menggunakan khidmat producer sebagai tunjang,tapi bila difikir balik mana kan mungkin band2 rock yang datang dari kampung ni mampu menggunakan kemahiran studio tatkala itu,smua nya janggal smua nya baru buat mereka.Jadi cara termudah adalah menggunakan khidmat producer.
                                                               kumpulan JUNCTION
   
                                Tetapi bukan semua nya harus dibuat oleh producer,mereka sendiri juga lah yang mencerna kan idea untuk lagu mereka supaya kena dengan selera mereka,mungkin producer hanya menasihati dari sudut rakaman,sound dan mencipta rangka lagu,namun yang mencantikkan lagi karya tersebut adalah mereka sendiri.So jangan lah menuduh band2 ni takde kualiti langsung.Andai kata mereka ni tidak menggunakan producer dan merekord album ikut suka ati mak bapak dia,apa yang akan jadi,sedangkan kita tau mereka tidak ada sebarang pengalaman dalam studio.Tolong sebut kan band Rock 80an mana yang tidak menggunakan producer ketika itu yang mampu survive pada hari ini??takde pun yang mampu bertahan.Kalau ada pun macam melukut kat tepi gantang je.
                                                                kumpulan SEARCH

                        Tapi lihat hasil dari kumpulan2 yang dijaga oleh producer,bagus ke tak bagus nya hasil mereka ini sampai budak kecik pun tau bait2 lagu rock kapak ni.Aku bukan lah menghalalkan perkara ini namun seperti yang aku sebut,mereka adalah pemuzik2 yang jahil tatkala itu kerana di negara ini pada waktu itu cukup terhad segala informasi music.Jadi menggunakan producer adalah cara terbaik untuk mereka menghasil kan karya2 yang bermutu.
                        Tak pernah terfikir ke dek akal kita andai kata pejuang2 rock 80an ini tidak ada pada waktu itu apa akan terjadi pada senario atau lanskap music kita sekarang???mungkin kita akan jadi seperti negara2 jiran dimana music pop dan jazz menjadi akar utama penduduk mereka.Mahu ke kita mendengar genre terbabit??pasti nya kita tidak mahu,sebab kita mahu irama yang boleh cas semula tenaga kita selepas seharian bekerja,kita pastinya mahu sebuah irama yang mampu bikin kita tenang tatkala berduka..betul tak??
                                                                   kumpulan WINGS
                       Oleh itu tak payah lah nak bertekak pasal kredibiliti mereka ni.Walaupun ada diantara kumpulan ini yang tidak mampu bertahan,atau mengecap manis nya kemasyuran namun sekurang kurangnya ada 2-3 lagu mereka masih mampu menarik minat radio untu memutarkan nya,masih ada yang sudi menyanyi kan nya,masih ada yang tahu kewujudan nya...kita esok pun belum tahu mampu ke tak bertahan macam mereka walaupun yang famous 2-3 lagu,ntah2 kita esok lebih teruk dari mereka kerana langsung tak mampu menjana kreativiti yang tulen.....

Thursday, October 21, 2010

KETAKSUBAN....

                Memang aku mengakui yang aku ada mengumpul sedikit stuff2 rock/metal..tak kira lah dari jenis apa bentuk material nya baik tshirt,poster,magazine dan lain2 lagi lah bentuk2 yang ada sentimen metalnya.Namun aku lebih kepada CD juga Kaset.Jadi dari hari kehari pengumpulan aku aku pun bertambah lah sikit demi sikit, apatah lagi sekarang ni FACEBOOK adalah medium untuk mencari sebarang pencarian termasuk lah stuff2 metal. 
              Ada yang mengatakan bila dah ada minat sebegini dah boleh digelar 'Collector',namun aku menyanggah kenyataan tersebut kerana pada pandangan aku seseorang collector itu adalah individu yang berani..ya berani untuk mendapat kan barangan untuk koleksi mereka,tak kira lah berapa harga yang diletak dari status wang PULUHAN,mahupun RATUSAN walaupun RIBUAN mereka tetap sanggup untuk mendapatkan nya.Dan aku bukan orang yg sebegitu.

                          
                            Aku bukan sengaja sebenarnya mengumpul ni,tapi bila dah minat pada music konfem kita akan beli album2 dari band2 yg kita minat,jadi antara sedar tak sedar benda yang dikumpul semakin hari semakin membiak,memang seronok sebenarnya hobi mengumpul ni,selain dari support music dengan membeli album yang ori(total fuck and hate to any bootleg and download free) kita juga dapat mengetahui benda yang menarik tentang sesebuah band,seperti line up nya,studio rakaman nya dan lain2 lah..mereka yang seperti aku pasti tau lah apa kelebihannya. 
                            berbalik pada tajuk(hehehe)..aku membeli album mengikut kemampuan,andai kata lebih rezeki yang ada maka membelilah aku tapi kalau tidak maka jarang lah membeli,jadi aku bukanlah golongan Collector yang sebenar,sifat collector sebenar dah pun aku sebut kan tadi.Aku juga cuba untuk tidak terlalu taksub mengumpul walaupun aku cukup sayang dengan hobi ni,tapi yakin kan jugak lah yang benda ni tak kemana pun,bila ke liang lahad nanti tiggal juga semua ni.Tapi selagi aku mampu menyimpan aku akan mnyimpan kerana ini adalah minat yang serius selain menjadi bahan rujukan music aku.

Wednesday, October 20, 2010

SALING HINA MENGHINA...KUTUK MENGUTUK

                Aku tak tau lah samada korg pernah berdepan atau tak dengan manusia2 yg sebegini.Manusia yg aku maksud kn adalah manusia yg mana kegembiraan buat mereka adalah pabila dapat menabur fitnah,dapat membuat gossip murahan,dapat menjatuh kan air muka orang lain,dapat menceritakan aib orang sekeliling.Aku memang berdepan dengan manusia sebegini tiap2 hari,hinggakan rasanya dah lali sangat dengan sifat JIJIK mereka ni.
               Mereka ni boleh dibuat kawan,apatah lagi bila dorang ni adalah rakan sekerja kita,tak kan lah dah jumpa hari2 tapi nak menyombong pulak kan,tapi dalam masa sama mereka ni jugak adalah JERANGKAP SAMAR dalam setiap perhubungan persahabatan itu.Pada mula2 mungkin agak sukar juga aku hendak menangkap cara mereka,pahit betul untuk aku telan sebutir2 fitnah yang terkena kat batang hidung,namun hari demi hari rasanya dah cukup KEBAL kot aku untuk berdepan dengan mereka.Aku bukan jenis yang kuat melenting bila disentuh,aku memang nak sangat jauh dari sifat pemarah,so bila ditembak dengan DUSTA2 dari dorang ni aku sambut dengan senyuman jelah.Bukan takut,cuma dah malas nak melayan.Lagipun depa2 ni dah masuk dalam kategori veteran.
              Tapi sabar tu jugak ada limit beb,aku pun tak janji aku akan sentiasa tersenyum tatkata terkena tembakan fitnah mereka,satu hari nanti pasti meletup juga gunung berapi,apapun aku malas sangat2 nak memikirkan tentang golongan ni(walaupun adakala nya geram juga)..sebab matlamat utama aku adalah ingin mencari rezeki untuk diri dan keluarga..tentang benda2 bodoh ni aku letak ketepi je dulu..sebab aku tahu ada balasan dari ALLAH untuk golongan2 macam ni.

Wednesday, October 13, 2010

communication breakdown....

                      Minggu ni adalah minggu yg cukup memenatkan.Kerja yg membukit menjadikan keadaan sekitar tempat kerja aku sedikit berkecamuk.Masing2 punya tugas dan peranan bagi memastikan setiap benda yg dirancang dapat diselesaikan.Namun dalam kerancakan untuk menyiap kan sesuatu tugasan itu kita hendak lah tenang,jgn lah terlalu mendesak atau memaksa sehingga menyebabkan sesuatu perkara itu menjadi tegang..
                      Aku nak cerita tentang ini adalah kerana pada semalam ada sedikit salah faham diantara rakan aku dengan bos,maka berlaku lah insiden tolak menolak,andai takde yg meleraikan mungkin boleh menjadi pergaduhan,syukur benda dapat juga diselesai kan tanpa sebarang masalah.  
                     Sebenar nya dalam apa jua keadaan komunikasi harus bertul supaya tidak akan ada salah faham yg berlaku.bertutur dgn tepat dan elok,jauhi dari sindir mnyindir supaya masalah2 ini tidak berlaku. Pepatah melayu pun pernah menyebut 'telajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa'...mksud nya mmg penting nilai komunikasi sesama kita,berhubung lah dgn tepat.Kita ni hidup kat dunia sekejap je so buat lah sesuatu yg indah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...