bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, December 30, 2010

Dimmu Borgir 'ABRAHADABRA'


                 Aku rasa semua yang minat pada metal ekstrem memang kenal lah dengan band ni,ada yang suka dan tak kurang jugak yg tidak minat atas alasan komersial mereka.Apapun mereka ni adalah antara band metal terbaik jugalah (pada peminat mereka) jika nak dibandingkan dengan Cradle Of Filth mahupun Children Of Bodom.Muzik Black Metal sebegini bukan lah menepati piawaian selera aku sebenarnya.Tapi boleh lah sebagai riadah telinga masa lapang.
                  Ok..band metal dari Norway ni telah menutup buku tahun 2010 ni dengan menghasilkan album studio ke-9 mereka.Mungkin kesinambungan dari album yang terdahulu 'In Sorte Diaboli' yang telah diterbitkan lebih kurang dua tahun lepas. Album baru mereka ini diberi nama 'ABRAHADABRA'.Aku pun tak sempat nak wat research makna atau  maksud pada album ni.Tapi rasa nya mungkin dari perkataan hindu purba kot sebab dalam album ni boleh lah dikatakan sarat jugak dengan ritma2 bunyian klasik 'urdu purba'.   
                 Pada pendapat aku ni (yang bukan die hard fan dimmu borgir..hehehe) album ni lebih perlahan kalau nak dibanding dengan album mereka yang lepas.Jika In Sorte Diaboli adalah album yang ada sedikit balance diantara harmonic dan juga heavy rhythm namun kali ni album ni ada sedikit perlahan lah pada pendengaran aku.Penggunaan vocal soprano berhamoni pun agak kerap diselitkan disetiap lagu kadang2 rasa bosan jugak sebab boleh dikatakan semua lagu sebegitu. 
                  Nak kata ni album yang pure melodic black pun susah jugak sebab aku rasa kalau buang lah suara meneran si Shagrath ni,kemudian ganti dengan penyanyi pompuan konfem ini album dah jadi style ala2 Nightwish atau Epica..hahaha..memang slow habis.Yang mungkin menyelamat kan album ni dari tergelincir dari status Black Metal Album adalah style drumming yang masih punya patern Black Metal itupun pada time2 tertentu je.Solo guitar pada album ni dah ada ropol2 sedikit.Kalau dulu dimmu borgir akan selitkan guitar solo track mengikuti bunyi harmony keyboard mahupun rentak latar suara soprano,tapi ni kira dorang dah improve sikit lah. 
                 Kekuatan sebuah album berkonsep Melodic macam ni selalu nya adalah pertembungan dan percampuran bagi dua buah genre iaitu Black Metal itu sendiri juga unsur2 mahupun terma yang berbentuk klasikal.Jadi album ni pun ada juga teori2 sebegitu.Dari soprano dan klasikal,juga dari koir yang menyemak mengiringi vocal,sampailah ke bunyi bunyian orchestra memang mendominasi keseluruhan album ni.Cuma yang beza sedikit seperti yang aku kata tadi,ada sesetengah lagu tu ada menyelitkan muzik2 yang berunsur Urdu yang terkenal dalam masyarakat India.   

track for this album :
1 Xibir
2 Born Treacherous
3 Gateways
4 Chess With The Abyss
5 Dimmu Borgir (self title)
6 Ritualist
7 The Demiurge Molecule
8 A Jewel Traced Through coal
9 Renewal
10 Ending And Continuations.  

         Kepada mat2 metal hantu yang memang kaki muzik macam ni anda boleh dapatkan sekarang.Album sebegini selalu nya cukup limited yang masuk kepasaran Malaysia,ini mungkin disebab kan faktor free download yang telah menjadi pilihan peminat muzik di negara kita.Makanya kalau ada distributor pun sekadar berani meletak kan sedikit je kat negara kita.Lebihnya baik dorang jual kat Jepun ke Taiwan ke yang sememangnya akan membeli album yang original (sebab dorang appreciate muzik).
         Namun pada metalhead2 yang tak minat muzik sebegini pula tapi korang terasa macam nak dengar,so korang boleh lah membeli cd ini yang turut diedarkan di pasaran asia melalui label Asia Link,Harga RM19.90 je (tapi ori) pun ok jugak kan? sekurang kurangnya korang tak download free.Tapi pada metalhead2 yang memang rasa Norway itu Satrycon ataupun Immortal itu adalah Norway maka korang boleh lah abaikan posting aku ni.......

Sunday, December 26, 2010

GEMURUH DT live in sunway lagoon 2010


          Satu pengkabaran yg didengar lebih kurang sebulan sebelum tarikh sebenar.Secara jujur nya aku memang memilih untuk tidak lagi menonton sebarang konsert yg melibat kan kumpulan SEARCH,ini kerana konsert mereka 'DI AWAN BIRU' pada tahun lepas amat lah mengecewakan aku dari setiap segi.Dari sound,dari performance semuanya tampak macam tempang.Tapi kali ni aku pergi jugak sebab atas dasar informasi yang aku dapat melalui rakan2 yang pernah ke konsert 'DOUBLE TROUBLE' di bukit kiara awal tahun lalu menyatakan bahawa antara show terbaik kumpulan SEARCH makanya kali ini aku cuba jugak keluarkan duit bagi melihat samada betul atau tidak rumor tu.
       Ini adalah edisi ke-3 DOUBLE TROBLE pasca millenium ini.Yang pertama telah berlangsung pada bulan april yang lepas.Kemudian disusuli dengan konsert RED & BLACK (juga DOUBLE TROUBLE yang menampil kan Ella sbgai undangan) yang berlangsung baru2 ini dan ini yang ketiga dimana DIGI menaja konsert ini dengan nama 'GEMURUH DOUBLE TROUBLE 2010'.Berlangsung di dua buah lokasi yang pertama nya di Pulau Pinang dan penutup berlangsung di SURF BEACH SUNWAY LAGOON.

                                          DIGI sebagai penaja rasmi  

               Konsert yang dijanjikan bermula pada pukul 8.45 malam berlangsung pada pukul 9.00 malam. Walaupun bermula pada sebelah malam namun penonton telah mula beratur untuk ke venue konsert lebih kurang dari pukul 6.00 lagi.Show yang dimulakan dengan sebuah persembahan akustik dari dua orang guitarist iaitu HILLARY ANG (ex-SEARCH) bergandingan dengan SHAM (ex-WINGS) dengan menyampai kan dua buah lagu iaitu fantasia bulan madu dan juga intanku kesepian yang telah disampai kan dengan cukup kemas oleh Azlan & typewriter.




                                            antara ribuan rockers yang hadir..yeahhh!!!    

                 Walaupun show dimulakan dengan persembahan dari dua guitaris asal SEARCH & WINGS namun itu bukan pemanas sebenar,kehangatan hanya terasa bila kelibat kesemua anggota WINGS & AMY mula naik ke pentas bagi memberi tenaga mereka kepada penonton yang hadir.Ini diikuti slot SEARCH & AWIE pula mula keluar menghangatkan lagi suasana dingin di sunway lagoon (mereka menukar vokalis bagi setiap band untuk slot yang pertama).


           Setiap band membawa lagu2 hits mereka sebagai perhitungan siapa lebih gah dimata penonton.Aku memang tabik dengan sound engineer yang monitor show ni,semuanya balance tak seperti konsert yang tahun lepas.Setiap instrument dapat di dengar dengan jelas oleh penonton tanpa menusuk dengan bingit walaupun ada slot konsert yang menampil kan kedua2 band sekaligus.


antara setlist yang dibawa pada malam tersebut :

                 (set 1)

Balada pemuzik jalanan (WINGS feat AMY)

Inspirasi taming sari (WINGS) 

Romania (WINGS)  


Opera hidup (AWIE feat SEARCH)   

               (set 2)

Gothic malam edan (SEARCH) 

Jerangkung dalam almari (WINGS) 

Bujang senang (WINGS) 

Orang kita (WINGS) 

Sejati (Wings) 

Cakap memang murah (SEARCH) 

Pelesit kota (SEARCH) 

Mentari merah diufuk timur (SEARCH) 

Pawana (SEARCH)  

           (set 3)

Instrumental (Joe WINGS & Kid SEARCH) 

Gemuruh (SEARCH & WINGS) 

Rozanna (SEARCH) 
  
Semalam yang hangat (WINGS) 

Gadisku (SEARCH) 


Taman rashidah utama (WINGS)   


       (set 4)

R n R lu punya suka (WINGS) 

Pasti (SEARCH)     



        Show berakhir lebih kurang pukul 12 malam.Memang satu hiburan malam minggu yang cukup menarik dan konsert penutup tahun 2010 bagi aku yang cukup meghiburkan.Segala kehampaan aku pada konsert SEARCH 'DIAWAN BIRU' terbayar sudah dengan persembahan mereka pada malam ini di sisi WINGS. Satu konsert yang rasanya cukup rugi andaikata korang yang menggelarkan diri tu MAT ROCK tapi tak datang malam ni.


NOTE: bukan semua gambar ini diambil melalui lensa kamera aku..andaikata ada sesiapa terperasan ini adalah gambar dari mereka,silalah tinggalkan komen anda disini,kerana aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda secara peribadi..niat aku ikhlas,hendak spread the madness to Rock n Roll...thats all..

Friday, December 24, 2010

apa agaknya terjadi selepas ONCE tinggal kan dewa19?

                                                                      ONCE      

              Buat beberapa minggu ini perkara yang sedikit panas di dalam kem DEWA19 mungkin adalah tindakan vokalis mereka Elfonda Mekel atau umum nya dikenali sebagai Once dengan rasmi nya meninggal kan super group yang dianggotai nya lebih kurang 10 tahun itu.Melalui halaman facebook rasmi DEWA19  ada menyatakan bahawa kabar angin tentang pengunduran Once telah disah kan melalui surat rasmi yang ditulis oleh beliau telah diberi kepada semua personal DEWA19. 
             Seperti yang kita semua tahu,Once adalah penyelamat kepada kesinambungan nyawa DEWA19 yang pada penghujung 90an dimana DEWA19 hampir menemui jalan buntu tatkala vokalis mereka ketika itu Ari Lasso dikhabar kan hilang tanpa diketahui oleh personal di dalam DEWA19.Termasuk juga salah sorang pioneer band tersebut iaitu Erwin selaku pemain bass yang pada itu sedang dalam pemulihan dari masalah dadah.
             Kemasukan Once telah menyuntik semula semangat band leader kumpulan berkenaan iaitu Ahmad Dhani untuk meneruskan semula perjalanan muzik group yang telah ditubuhkan dari tahun 1987 lagi.Dari itu muncul lah album kelima mereka iaitu 'BINTANG 5' yang pada aku sendiri adalah album DEWA19 yang paling berkonsep sekali.Bahkan melalui album ini juga kepintaran Ahmad Dhani dalam mencipta lagu dapat dilihat dimana beliau mula mencipta lagu2 yang mana selain dari konsep vokal berharmoni yang dikekal kan dan ditambah dengan lagu2 yang mempunyai lontaran vokal high pitch.Ini adalah sesuatu yang baru.  

                                                                   bintang lima     

           Perubahan proksi karya ini jelas sekali melalui pertukaran suara sebelumnya iaitu Ari Lasso yang cukup terkenal dengan cara nyanyian note rendah.Hasil dari kejayaan ini maka lahir lagi sebuah karya mereka pada tahun 2002 selaku album keenam mereka iaitu 'Cintailah Cinta' yang mana satu album yang memuncak kan tahap Nirwana DEWA19 sebagai sebuah band yang BETUL2 genius.  

                                                                 Cintailah Cinta 

             Album2 selepas dari ini DEWA19 telah merubah struktur muzik mereka kepada rentak yang lebih Rock beat nya,ini dapat diamati melalui album2 seperti Laskar Cinta mahupun Republik Cinta.Aku juga merasa sedikit frust bila mana semua line up DEWA mula menubuh kan side projek mereka.Ahmad Dhani sibuk menguruskan band nya (The Rock @ TRIAD,The Swinger) manakala Andra pula lebih tertumpu pada band nya sendiri iaitu Andra&The Backbone dan Once pula dengan karier solo.
            Oleh kerana kesibukan kesemua nya menyebab kan mereka hanya mampu mencipta sekadar single sahaja dalam kebelakangan ni.Berbalik kepada pengunduran Once ni tadi,Ahmad Dhani seakan akan tidak merasai akan berita itu sebalik nya dia hanya menyatakan bahawa andai kata ada permintaan untuk membawa kembali Ari Lasso maka dia akan lakukan.Pada semua Baladewa meletak kan Ahmad Dhani sebagai punca utama keruntuhan legasi DEWA19,ini kerana mutakhir ini dapat dilihat kesibukan nya mengurus tadbir band nya sendiri melebihi dari band yang membawa kemasyuran,kekayaan,kekuatan mahupun sokongan kepada dia selama ini.
                                                                   Ari Lasso

                 Jika ditanya aku,pastinya aku mengharap kan kembalinya Ari Lasso kepangkuan DEWA19 semula.Mungkin dengan ini makanya koloborasi ciptaan dapat kita saksikan gandingan antara Dhani dan Ari mampu membawa DEWA19 kembali kepangkuan pencintanya.  

                                          formasi tersolid DEWA19 tahun 90an dulu  

Saturday, December 18, 2010

SLAYER 'SOUTH OF HEAVEN'

      Memang saja aku pilih album ni untuk diceritakan.Rasanya jarang betul album ni diberi kredit yang sepatut nya ada pada produksi ini jika nak dibandingkan dengan album sebelumnya (yang dianggap keramat bagi Slayer mungkin) iaitu reign in blood. 
    So aku memilih album ni dari sudut pandang aku yang mana kreativiti dari album reign in blood itu masih ada juga dalam album studio ke 4 lagenda Thrash Metal America ini.OK,pada aku album ni memang agak slow sikit tempo nya kalau nak dibanding dengan reign in blood yang mana kita tau melodi yang ada dalam album tu semua nya memang langgar lari punya laju.
   Mungkin ni adalah perubahan dari segi produksi bagi melihat kemampuan mereka sebagai antara barisan hadapan skuad metal America pada waktu itu.Selain muzik yang diperlahan kan (sedikit) penggunaan vocal juga agak lebih clear dari album2 sebelumnya.Pada pandangan aku memang sah Slayer pada waktu ini sedang menguji sejauh mana kemampuan mereka mencipta lagu2 Thrash Metal yang hebat dan unik dalam masa yang sama ada unsur2 commercial dalam setiap lagu.Kira ini album 'tembak mati' lah kot buat mereka.Andaikata ianya sampai target maka susunan muzik sebegini akan diteruskan dan manakala andaikata ianya gagal maka postmortem  harus dibuat.
           Sebenarnya aku sendiri tak tahu apa pendapat pada generasi metalhead dulu tentang album ni,namun pada generasi metalhead sekarang ni album ni cukup minimalis pada mereka.Ya,aku akui album sebelumnya reign in blood adalah sebuah album yang cukup Perfect bahkan dianggap the bible of Thrash Metal tapi pada aku pula touch n vibe untuk album ini pun tidak kurang hebat nya.Struktur2 lagu yang kita memang kenal itu adalah Slayer masih ada bukan nya hilang terus.Mungkin semua ni berlaku kerana kurang nya promosi dari editor2 muzik pada generasi baru yang macam aku maka album ni dah termasuk dalam kategori album best yang terlepas pandang

       Kalau korang yang memang dah biasa menonton live dari mereka pasti korang perasan yang seleksi lagu dalam album ni mesti menjadi opening track sebelum mereka menghuru hara kan stage..kadang2 sampai 3 lagu yang menjadi seleksi pada pembukaan konsert mereka.Ini bermakna pada mereka sendiri lagu2 dalam South of Heaven ni adalah lagu2 yang cukup membantu bagi menaik kan mood sesuatu persembahan. Makanya itu je dah cukup menandakan album ni adalah terbaik dari semua segi.Aku harap benda yang aku tulis ni bukan sebab nak tunjuk pandai,tapi sekadar pelik melihat kenapa album ini agak kurang diminati pada kelompok metalhead (metalhead ke??hehe) sekarang ini. 

track ;
  1. south of heaven 
  2. silent scream 
  3. behind crooked cross 
  4. mandatory suicide 
  5. cleanse the soul
  6. live undead 
  7. ghost of war
  8. read between the lies
  9. dissident aggressor  
  10. spill the blood         

Friday, December 10, 2010

ROCK / METAL akan mati????

       Rasanya dah lama nak tulis pasal ni cuma asyik keje so apa yang ada kat kepala semua lupa.Bila dah teringat balik tadi cepat2 aku buat note supaya dapat dibuat entry baru hari ni.Sebenarnya apa yang aku cakap ni adalah perkara yang berlaku pada tahun 1999..maksudnya dah nak hampir 12 tahun pada waktu artikel ni aku jadikan entry. 
      Aku tak pasti samada ada antara kita yang masih ingat atau tidak pada sebuah temuramah yang berlangsung di sebuah rancangan hiburan pada tahun 1999..kalau ada yang ingat pada temuramah ni bagus.. kerana anda telah menjadi SAKSI..saksi pada apa???sabar..duhujung entry nanti aku sebut kan saksi pada apa.
    Ok lets go crazy..interview yang dibuat oleh rancangan hiburan itu telah dijawab oleh sebuah kumpulan 'alternative rock' yang pada itu seingat aku cukup gah dengan publisiti nya.Almaklumlah waktu tu demam dekat band Nirvana masih kuat lagi.Maka wartawan yang menemuramah band tersebut bertanyakan tentang pembawaan muzik mereka (yang pada waktu itu masih asing dalam pasaran mainstream) lantas mereka menjawab dengan ANGKUH & SOMBONG dengan menyatakan bahawa mereka adalah band rock modern yang menjadi impian seluruh masyarakat yang meminati muzik Rock (uwekkk!!!) selain itu mereka turut menyatakan yang mereka adalah mimpi buruk untuk band2 Hard Rock (pooodaahhh!!!) tapi yang satu lagi jawapan ni adalah yang paling aku ingat walaupun benda interview tu dah hampir 12 tahun..iaitu guitarist bagi band tersebut menyatakan bahawa 'ROCK / METAL' di Malaysia akan mati.
    Peerrggghhh..konfiden gila mamat ni..yes aku akui yang band mereka cukup sukses,bukan sahaja dalam gelanggang mainstream bahkan dalam sikit underground (dalam kelompok geng2 rock korporat..fuck them!!) mereka juga menjadi icon.Tapi bukan lah sampai kemuncak pun..sekarang ni dorang ni boleh lah dikategori band biskut chipsmore(kejap ada..kejap hilang terhumban ke longkang..hahaha).Mereka ni pada saat dah nak mampos dalam tahun 2004-2005 dulu,aku dok perhati yang dorang ni dah macam hilang punca..meroyan..gila..sewel..lupa daratan.Mereka bereksperimentasi dengan muzik yang aku sendiri pun naik biol sebab tak tahu apa dorang nak buat (korang paham kan??)
    Nak dipendek kan cerita yang band ni sebenarnya dah lupus dah pun..ada diantara pelopor mereka dah buat band lain dan buat muzik yang lebih kurang jugak keBANGANGan nya dengan band dorang yang dulu. Aku pun heran..mana pergi tekad dorang yang cakap "mereka adalah mimpi ngeri buat band Hard Rock tu".. yang lebih penting mana pergi azam mereka untuk "mengKUBURkan muzik Rock / Metal' kat Malaysia tu. Takkan hilang terus semangat tu??
    Jadi sekarang mereka pun dah senyap.Kenapa senyap?sebab band dah tak laku..sebab ape band tak laku??sebab kau tak tahu estetika Rock tu letak dekat mana..sebab apa kau tak tahu estetika Rock letak kat mana??sebab kau BODOH..tu je..



Fakta yang puak2 ni kena faham adalah :

1 Muzik Rock atau Metal yang dipatri pada tahun 80an mahupun 90an adalah muzik yang cukup intim dengan masyarakat Malaysia,ini kerana pada majoriti diantara masyarakat kita kurang fasih dengan bahas Inggeris,jadi semestinya kumpulan2 rock 80an ni menjadi jagoan dalam pemilihan lagu mereka dalam       menempiaskan minat terhadap irama keras.

2 Kita gelak bila ada band2 metal bawa bahasa melayu dalam lagu,konon nya nampak tak real..tapi korang tahu tak sebab adanya band2 metal melayu nilah maka adanya terlahir pengikut2 irama metal di luar kawasan bandar.Dan dari sokongan peminat2 luar bandar ni menyebabkan band2 metal melayu tidak perlu takut dengan peredaran pasaran kerana mereka punyai loyal follower mereka sendiri.

3 Kenapa penting sangat sokongan dari masyarakat kelas bawahan ni??jawapan dia simple..masyarakat kelas bawahan ni adalah MAJORITI dalam negara ini.Makanya bila kau dah terlebih nak menjadi mat salleh konon baru nampak luxury makanya kau dah silap langkah,mereka tak kan minat pada muzik yang dah lari dari kehidupan sebenar mereka,jadi ko hanya menjual muzik kau pada golongan2 mewah yang masih MINORITI di sini.  

      Jadi sekarang dah jelas kan kenapa band tersebut tidak dapat mencapai matlamat KOTOR dorang tu?? sebab ini juga kita dapat lihat banyak band2 rock / metal melayu masih mampu keluar album,mahupun mampu membuat konsert.Ini adalah kerana mereka masih ada yang mahu dan mereka masih ada yang minat.Jadi berbalik pada awal tadi apa maksud SAKSI yang aku sebut kan tadi adalah kamu telah menjadi SAKSI yang Malaysia adalah sebuah negara bagi sebuah syurga ROCK / METAL..tiada lagi genre muzik lain yang mampu mengatasi virus muzik ni.....  

       

memandangkan kita dah bercerita pasal rock melayu,aku nak tanya ada tak nama2 band rock melayu ni yang pernah korang dengar???

G.E.T...KENO..HALELENTAR...AXTHARA...IRIS...BRAINWASH...SELSIUS...T.Z...SUSILA...
CHAPTER...REVOLUSI...ABABIL...PENYENGAT...VIKING...CINEMA...ACES...ROSES...
ARYAN...THRASHED...LAST MINUTE...SHEROX...EAST...OKID...TAUFAN...SAHARA...
STRUGGLE...SHINE...KING COBRA...KINGDOM...F.F...KAYANGAN...ANGEL HEART...
LASER RAY...HYDRA...RHYTHM MACHINE...A.S.K...HIDAYU...AROMA...TROOPER...
CLASSMATE...SWEET INSPIRATION...WICITRA...D'EPISODE...

kalau korang pernah dengar semua nama ni dan tahu lagu mereka maka nya kau memang the real malay oriented rockers...sebab aku pun tak ada peluang nak dengar lagu2 mereka lagi.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...