bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, November 7, 2014

Cassette Store Day @ Teenage Head Record


                  Sepertimana perayaan "record store day" yang diraikan bagi penggemar mahupun pengumpul album music berbentuk fizikal (vinyl,cd,kaset mahupun cartridge) yang tiap2 tahun diraikan maka tahun ini satu term baru pula lahir iaitu Cassette store day.Sebelum aku melalut panjang biar aku titipkan sikit perihal aku dalam minat terhadap format kaset ini.

                            koleksi peribadi yang seketul dua cuma.... 

         Jika diikutkan format kaset ni telahpun dikebumikan diera peralihan milenium apabila mp3 menguasai mood dalam pemilihan manusia dalam menikmati music.Istilah 'teknologi dihujung jari' menambahkan parah bukan sahaja pada kaset namun hampir keseluruhan album yang dalam bentuk fizikal.
         Tapi itu adalah satu fakta jika kita lihat ia dari sudut sekali imbas...tapi jika anda duduk dalam lapangan music yang lebih luas dan punya mandiri yang tersendiri pasti anda tahu yang format2 album masih hidup dan tak pernah mati..masih ada label2 punk misalnya masih ligat mengeluarkan format vinyl.
          Di Malaysia pada tahun 2010 tiba2 demam kaset buat "u-turn"...berebut2 band nak rakam album mahupun demo dalam format berkenaan,label2 pun berlumba keluarkan album dalam format kaset seiring demand entah dari mana ia dipupuk tiba2 orang gila nak beli kaset.Dan pasaran kaset menggila apatah lagi jika dalam jualan...standard untuk album rock kapak konfim rm100 keatas tak lari...dan lebih sadis ada yang sanggup membeli walaupun kaset tersebut ada keluar dalam format cd yang masih dijual dikedai dengan harga yang jauh lebih rendah....
          Aku sememangnya meminati format kaset ni dari bangku sekolah lagi..ia bukan dibuat2 (sebab ada kata yang beli kaset zaman ni lebih kepada nak ikut trend)..sebagai peminat pada irama extreme metal atau black metal khususnya mendengar sound mendap melalui format ini lebih terasa grim berbanding mendengar cd...tapi aku bukanlah menolak dan menafikan akan format2 music lain,misalnya sebagai peminat kumpulan MEGADETH (especially Megadeth era Marty Friedman) pasti anda mahu mendengar work band ni melalui satu bunyi yang sempurna dimana Mustaine berlawan2 ritma bersama Friedman..dan ini tidak mampu dicapai melalui kaset sebaliknya mendengar music mereka melalui proper format iaitu cd.


                    Bertempat di kedai music Teenage Head Record yang berlokasi di subang seluruh peminat music (ada juga muka yang datang sekadar nak menempel tapi tak beli album) datang bagi meraikan CSD ini.Aku tiba pada pukul 1 petang bersama dengan Arif yang sanggup meredah hujan dari Mantin ke Kuala Lumpur semata2 untuk tidak ketinggalan meraikan CSD yang julung kalinya diadakan.
                    Disambut mesra oleh owner kedai berkenaan (Bro Radzi) sebelum sesi menghabiskan duit gaji bermula.Masih aku ingat kali pertama aku datang ke kedai ni ketika mula2 ia dibuka dimana owner kedai ni bertanya kepada aku tentang kepelikan beliau melihat generasi baru yang datang ke kedai dia dan mencari kaset...kerana dia menyangkakan kaset dah lama mati hahaha..
               

                          gambar 10 ketul kaset ni adalah hasil tangkapan aku pada hari tu hahaha

Saturday, September 13, 2014

SABBAT Live In Kuala Lumpur



                     Sebelum aku review pasal gig ni,ada baiknya juga aku bercerita sedikit tentang pengalaman aku yang meminati band ini dan juga serba sedikit info berkaitan band lagenda dari negara yang terkenal dengan jolokan negara "matahari terbit" ni.
                      Aku mengenali Sabbat sekitar tahun 2000 dimana aku masih bersekolah dan perkenalan itu  melalui pendedahan majalah2 music dan zine tempatan.Kerapkali nama band ni diketengahkan dalam setiap ulasan dalam majalah mahupun zine.Diperkuatkan lagi kemaruk aku bilamana nama2 besar dalam  irama Black Metal dunia juga menyebut Sabbat adalah jalur nadi kepada mereka untuk membuat band sendiri.
                       Puas aku bayangkan bagaimanalah rupa bentuk lagu2 mereka memandangkan pada waktu itu aku memang tak pernah nampak album mereka dipasaran.Cuma melalui bahan bacaan mereka mengatakan bahawa Sabbat adalah pertembungan diantara bunyian ortodok dari lagenda Bathory dicampur bunyi metal primitif dari Venom.Satu kisah lucu bilamana rakan sekolah mengatakan bahawa beliau nak menjual kaset Sabbat kepunyaan abang dia kepada aku,..masa tu hanya tuhan jelah yang tahu macam mana perasaan happy yang meletup dalam jiwa...tup2 bila balik kerumah aku buka cover kaset tu aku dapati ia bukanlah Sabbat yang aku inginkan namun album kumpulan Thrash Metal dari England (antara band Thrash Metal terbaik dengan album klasik hebat bertajuk "History of a time to come") yang berkongsi nama serupa juga iaitu "Sabbat"...hancur luluh hati aku lepas tu hahahaha...
                      Aku tahu memang ramai yang mengenali akan band lagenda hebat ni namun pada readers blog aku ni yang tak tahu pasal Sabbat mari kita berkenalan sedikit dengan puak2 setan suka makan ikan mentah ni.Sabbat boleh diklasifikasikan sebagai band terawal asia yang menjunjung genre Black Metal dengan acuan yang dibuka terlebih dahulu oleh nama2 besar seperti Bathory dan Venom.Ditubuhkan pada tahun 1984 dan ini bermakna mereka meletuskan molekul2 Black Metal lebih awal dari kumpulan2 dari Norway (negara yang mencipta revolusi Black Metal dunia pada awal 90'an).
                    Untuk mengkhususkan bunyian mereka pada genre Black Metal tepu juga bukanlah satu benda yang tepat kerana ada juga lagu2 mereka yang berbaur elemen Thrash dan Heavy Metal namun skop lirikal yang satanic dan imej menyebabkan Black Metal adalah pengkelasan terbaik buat mereka.Gezol (vocalist & Bassist) adalah individu yang cukup obses dengan karya2 klasik metal purba dan ia dizahirkan dengan jayanya melalui Sabbat mahupun didalam projek band beliau iaitu Metalucifer......


                      Gig yang sepatutnya dilangsungkan di Solaris terpaksa ditukar ke venue lain iaitu di  "rumah api" ampang selepas beberapa masalah dihadapi pihak penganjur.Gig yang telah bertukar lokasi ini diberitahu maklumat penukaran venue oleh pihak pengajur hanya melalui inbox di Facebook agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.


                    Segala keluh kesah terbayar tatkala melihat Gezol & Co sudah bersiap sedia membuat persembahan selepas Nightwolf  dan Insacred melakukan persembahan.Sememangnya Gezol telah lama bercadang untuk datang ke Malaysia setelah hampir berdekat lamanya hanya Thailand dan Singapore sahaja yang kerap mereka kunjungi.Dan percubaan untuk membawa mereka kemari pun bukanlah baru namun dah bertahun2 lamanya tapi berita tinggal berita,hanya kali ini mereka berjaya menjejak kaki kesini (tahniah organizer)




                         Persembahan mereka hebat,kualiti sound juga seimbang.Tentang permainan mahupun showmanship tak perlu dipertikai kerana biografi mereka sebagai pemuzik yang kerap bermain dipentas2 besar cukup untuk membuat mereka memahami setiap inci bunyian yang dikeluarkan walau terpaksa bermain dalam sebuah tempat yang kecil.
                         Jika diikutkan Sabbat pada awalnya hanya mahu membawa separuh sahaja lagu2 yang mereka senaraikan,kerana bimbang faktor keselamatan dan keadaan panas yang macam dipanggang dalam ketuhar di dalam venue 'rumah api' tu,namun atas faktor profesional dan memahami bahawa maniac di Kuala Lumpur sudah menantikan kehadiran mereka sejak sekian lama maka mereka bertahan dan berjaya menghabiskan kesemua lagu ..

Setlist

  1. Black Metal Scythe 
  2. Witchflight 
  3. Witch hammers
  4. Northern Satanism 
  5. Carcassvoice
  6. Torment In Pentagram
  7. Immortality Of The Soul
  8. Mion's Hill
  9. Satan Bless You / Evil Nation 
  10. Blackfire 
  11. Bowray Zamurai 
  12. Darkness And Evil 
  13. Heavy Metal Hunter (cover METALUCIFER) 

Saturday, September 6, 2014

SUFFOCATION "nightmare in red"


               Label afterlifeprod seakan belum bersedia untuk berhenti dari mengeluarkan produk2 klasik tempatan,Selepas berjaya dalam beberapa siri produk seperti MUTILATION "Massacre On Bodies" dan juga UNGODLY DEATH "Lost Nation" dan juga beberapa nama lagenda lain dan tidak diketepikan juga SUFFOCATION (pre-SUFFERCATION) iaitu demo "Nightmare In Red".
               Suffercation adalah gagasan death metal tempatan yang terawal mengkucar kacirkan dunia music mainstream pada awal era 90'an dulu melalui album mereka "Day Of Darkness" (klik sini untuk baca) yang menurut aku ia adalah sebuah album yang cukup menepati piawaian kebuasan sebenar dalam radar death metal tulen.
               Demo mereka ni dirakam sekitar tahun 1990 dan pada waktu itu pasaran untuk demo ni tidaklah secara meluas.Pada waktu itu demo ini hanya dicetak dalam beberapa keping dan tidak lama selepas ia dipasarkan pihak Valentine Sound Production (VSP) telah melamar mereka untuk merakamkan album "Day Of Darkness",maka cerita perihal kekuatan demo ini pun lenyaplah.
               Kualiti rakaman demo ini amatlah menyesakkan dada jika anda adalah penilai music metal suci ciptaan MTV,namun jika anda adalah penggemar music metal tulen yang memahami prisip "metal means stay underground" pasti anda menghargai karya dalam demo ini.Walaupun ada beberapa track yang kedengaran vocal lebih lantang dan terkedepan bunyinya berbanding instrument tetapi itulah karya jujur yang dimainkan kemudian dirakam tanpa sebarang edit.
             
Tracklist

  1. nightmare in red 
  2. the remains
  3. posthumous
  4. suffocation
  5. through the darkness 


Tuesday, May 6, 2014

Abhorer "Rumpus Of The Undead"


                   Pada tahun 1984/85 jauh nun di benua America latin seakan meletus satu ledakan bom dari Brazil apabila sebuah kumpulan yang bernama SARCOFAGO mengeluarkan demo mereka yang pertama iaitu "satanic lust"..ia sekaligus membawa satu lagi pecahan atau satu lagi pemilihan pada dunia yang tatkala itu Thrash Metal sedang dalam proses bertatih.Kehadiran SARCOFAGO membuka satu lagi bidai pemilihan yang diakui seluruh pengamal media music berat sebagai Black Thrash.
                   Pembiakan dari titik tolak itu maka imej mahupun unsur sound band itu menjadi satu ikutan pada mereka yang memilih jalan music Rock n Roll yang berat selepas ia berjaya dilakukan oleh VENOM terlebih dahulu.....dan ia menular hingga ke asia.


                         Abhorer adalah satu lagenda music berat dari temasik yang mana boleh dikatakan antara kumpulan awal dari negara Singapura sebaris zamannya dengan Profancer mahupun Sexfago (pre-Impiety). Menzahirkan wadah pertama melalui sebuah demo yang mana kini demo tersebut menjadi sebuah rujukan penting dalam siri penggeledahan sejarah Extreme Metal asia.
                         Rumpus Of The Undead dikeluarkan pada tahun 1989 dimana aku cukup yakin ia bertentangan dengan selera orang benua sebelah sini yang sedang mabuk dengan deman Rock Kapak,namun demo ini tetap berjaya mencuri pandangan pada mana2 individu yang sememangnya mencari ketulenan dalam music Metal itu sendiri.
                          Berbekalkan sound yang cukup raw bagaikan mendengar sebuah rehearsal dari kumpulan2 barat kerana standard yang ditunjukkan Abhorer melalui demo ini cukup menarik (untuk kumpulan berat pada waktu itu).Menuruti nama2 besar seperti SARCOFAGO dan juga SEPULTURA (versi lama) Rumpus Of The Undead menjadi manifesto Thrash Metal yang paling kanan barangkali pada era itu.


                      Namun term yang mereka junjung ini tidak kekal sehingga waktu full length pertama mereka (Zygotical Sabbatory Anabapt) dikeluarkan pada 1996.Melalui album itu prinsip Black Thrash yang raw ditinggalkan sebaliknya mereka mempersembahkan seni Brutal Death Metal yang agak komplek sebagai bukti kematangan mereka berkarya.
                      Namun pada tahun 2014 demo ini dikeluarkan semula oleh Thrashingfist Prods dalam format kaset.Seakan menggali semula khazanah lama yang tenggelam dalam perut bumi bagi memberi peluang pada generasi sekarang merasai magis demo ini.Berharga rm25 (free poster + Sticker) adalah satu harga yang cukup berbaloi bagi sesuatu karya hebat sebegini.Bagi yang berminat pada tshirt pula bolehlah berhubung dengan Metalzone Distro untuk proses tempahan...

Monday, May 5, 2014

Old Is Gold...


                      Sejak kebelakangan ni banyak label tempatan mengeluarkan kembali khazanah2 emas irama bawah tanah...antaranya ABHORER 'Rumpus Of The Undead',RATOR 'Evil Symphony' dan juga SUFFOCATION (pre-SUFFERCATION) 'Nightmare In Red'.....semua bahan sudah ada dalam tangan aku.Review tiap2 album bakal menyusul dalam minggu ni juga...itupun kalau penyakit MALAS tak melanda lah hahahaha....

Sunday, May 4, 2014

Iron Curtain "Road To Hell"



                        Bila bercakap mengenai retro band ia memerlukan satu posting khas bagi membincangkan isu ini dengan lebih dalam.Namun untuk kali ni biarlah sekadar ulasan album saja.Jika kalian adalah pemerhati atau aktivis yang secara langsung atau tidak bagi pergerakan music bawah tanah pasti anda pernah mendengar atau membaca perihal kumpulan retro ini.Sekitar penghujung 90'an membawa keawal tahun 2000 didalam mana2 temuramah bersama band2 besar pastinya si editor akan bertanyakan kepada band tersebut perihal kemunculan kumpulan2 retro ini.Dimata penggerak u/g ketika itu boleh dikatakan AGAK kurang senang dengan kehadiran kumpulan2 sebegitu,kerana barangkali mereka menganggap kumpulan sebegini tidak lebih dan tidak kurang hanya cuba meniru lagenda2 terdahulu demi kepentingan karier music mereka....
                        Tapi itu mentaliti dizaman lewat 90'an,sekarang band2 sebegini bukan lagi sesuatu yang asing malahan karya2 mereka sudah mula memasuki jaringan2 besar dunia.Dikala band2 lagenda lebih berminat untuk TIDUR namun band2 retro ini lebih agressif mencipta nama walaupun idea mereka berasal dari lagenda2 besar genre tersebut.Sebagai contoh lihat bagaimana Hammerfall menjulang nama Heavy Metal diabad yang mana boleh dikatakan Heavy Metal bukan lagi satu trendy pada kebanyakkan anak2 muda....(korang paham ke tak paham apa yang aku tulis ni???hahaha)


                     Iron Curtain bolehlah dikatakan antara band retro yang agak menonjol.Melalui full length pertama mereka ini (Road To Hell) apabila ia menampakkan hasil.Berimejkan watak panglima Heavy Metal seperti Judas Priest,Alcatrazz,dan lain2 kugiran diera emas NWOBHM Iron Curtain adalah pemberi nafas baru pada genre sebegini.
                      Mendengar lagu2 mereka adakalanya seakan2 mendengar lagu2 dari RAINBOW mahupun IRON MAIDEN dan adakalanya seakan mereka menghidupkan semula karya2 lama dari kumpulan STEELER.Seronok sebenarnya bila mendengar karya2 sebegini.Almaklumlah disaat kumpulan2 Metal di seluruh dunia sedang menonjolkan permainan yang music yang laju dan berbelit2 namun tiba2 datang pula kelompok sebegini yang cuba berpatah balik kezaman dimana Heavy Metal itu adalah sesuatu yang mengasyikkan...menarik bukan?
                      Album yang dikeluarkan pada tahun 2012 ini telah di release dalam format kaset oleh label tempatan iaitu Basement Rekordz dengan harga RM9..murah bukan??dan lebih menarik setiap pembelian akan diberi poster bersaiz A4 secara percuma...tak payahlah bicara soal record store day atau sebagainya kalau RM9 pun susah nak keluar dari kocek...hahahaha jangan marah gurau je!!!

Thursday, May 1, 2014

Kreator Gagal Beraksi...Fan Gigit Jari

                        Hari ni 1 may 2014...dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari pekerja buat warga pekerja khusunya.Tak kiralah apa juga profesion anda samada kerja di office mahupun sebagai buruh kasar asalkan anda bekerja maknanya hari ni adalah hari untuk anda.Memandangkan hari ni adalah cuti umum aku yakin ramai yang free untuk bawa keluarga keluar beriadah,jadi sementara menunggu bini or girlpren korang bersiap bolehlah baca ulasan ringan dan santai aku ni....


                     Genaplah seminggu dari tarikh keramat pembatalan show Kreator pada minggu lepas.Apa yang aku tulis ni bukanlah sebuah analisa atau cuba nak jadi heroes dalam satu2 isu cuma sekadar meluahkan beberapa kekesalan aku terhadap apa yang berlaku.Siapa salah dan siapa benar masih lagi dalam persoalan yang nampak gayanya macam sudah tidak berpenghujung.Satu kem menuding jari pada organizer manakala satu kem lagi menyalahkan segala pembatalan ini kepada pihak berkuasa...tapi apa yang nyata 'main point' masih tiada lagi berjawab...yang pasti selepas Dark Funeral juga Sepultura maka kini giliran lagenda yang terkenal sebagai jolokan 'teutonic king' ini pula mengisi slot nama2 besar yang gagal beraksi di Malaysia.

PEMBELIAN PRE-SALE 
                 
                   Melihat komen2 yang terdapat dilaman sosial berkenaan pembatalan show ini aku tertarik dengan satu komen yang mengatakan "mengapa masih ada yang percaya pada pembelian tiket pre sale sedangkan kita tahu di Malaysia ini bermacam2 perkara boleh berlaku yang menyebabkan anda boleh kehilangan deposit pembayaran"....
                   Ok,untuk pengetahuan korang yang aku adalah antara pembeli tiket pre-sale,aku setuju dengan
dengan apa yang dikatakan oleh si pemberi komen tu.....NAMUN ini bukanlah bermakna kami pembeli pre-sale ini berfikiran lurus bendul dan suka2 nak bagi duit pasti ada sesuatu yang positif pada mata kami yang menyebabkan kami berani mengeluarkan duit pada pembelian awal.
                   Jika nak disamakan Demigod Record (organizer yang membawa Kreator) dengan Vokill Rec (penyagak yang bertanggungjawab terhadap tour Dark Funeral) adalah sesuatu yang tidak wajar.Vokill Rec terang lagi bersuluh memang nak songlap duit sehingga sanggup membiarkan Dark Funeral terkapai-kapai tak tahu apa nak buat ketika di Sabah (klik SINI ) namun berbeza dengan yang satu ni dimana Kreator telahpun selamat tiba di Kuala Lumpur dan sudah selesai sound check dan hanya menunggu masa untuk beraksi.Jadi dalam kes ini ia bukan satu penipuan..


                 
SALAH SIAPA?? 

                     Ini adalah soalan yang paling kerap bermain disetiap bibir penggemar kumpulan Kreator di Malaysia,ada yang menyalahkan organizer dan ada yang menuding kepada pihak berkuasa.Penganjur mengambil sikap diam diri pada hari kejadian,tanpa sebarang announcement di event page dan hanya mengeluarkan official statement pada keesokan harinya....seperti biasa organizer menyatakan bahawa pembatalan itu berlaku kerana aduan orang ramai terhadap show berkenaan,dan ditambah dengan mentaliti orang awam yang sentiasa negatif membuatkan hal semakin rumit dan tak mampu diteruskan....itu kata organizer lah...tapi nak dituduh semua masalah ni pada pihak berwajib pun adalah sesuatu yang agak tidak wajar kerana jika benar ada aduan dari orang ramai maka mereka datang untuk menyiasat mengikut aduan bukan datang untuk mintak duit perlindungan...jika tidak takkanlah pihak berkuasa memberi 3 option kepada organizer iaitu

  1. Jika meneruskan juga persembahan mereka akan menyaman organizer dengan satu angka amaun yang besar...peminat dan band berkebarangkalian besar akan ditahan. 
  2. Organizer boleh meneruskan show ini dengan syarat menukar venue  
  3. Dan pilhan terakhir yang diberi adalah BATAL kan terus show. 
                     Option yang diberikan oleh pihak berkuasa ini sebenarnya adalah keputusan yang terpaksa mereka beri atas dasar laporan orang awam.Jika ditanya aku pastinya aku memilih pemilihan nombor (2) iaitu menukar venue.Pihak organizer menyatakan bahawa mereka juga memilih option nombor (2) namun setelah gagal untuk mendapatkan venue yang sesuai maka dengan berat hati konon mereka terpaksa memilih option yang nombor (3) iaitu membatalkan terus show berkenaan.


                     

                       Aku jadi tertanya2...pihak organizer menyatakan bahawa mereka memilih untuk membatalkan show ini hanya kerana tidak mendapat mencari venue gantian (mereka memilih venue KL Live,Bentley Hall dan Blackbox di Solaris namun ketiga2 venue ini telah penuh jadualnya)...disinilah titik kekeliruan aku bermula.
                       Menurut sumber dari pihak penganjur sendiri mereka telah diberi warning seawal 2 petang lagi,jika show yang sepatutnya berlangsung pada pukul 7 petang ini bermakna mereka masih ada baki 5 jam untuk mencari solusi penyelesaian agar show ini diteruskan.Untuk pengetahuan korang ada berpuluh peminat sudah mula berkerumun di Scandal's Club seawal jam 3 petang lagi...disinilah aku anggap pihak penganjur telah terlepas pandang kerana jika beliau benar2 cerdik sepatutnya beliau boleh memanggil semua peminat yang telah ada di venue untuk memberi buah fikiran dimana harus kita bawa Kreator bermain jika benar 3 lokasi yang dipilih awalnya telah penuh di booking. 
                    Ini kerana dalam puluhan peminat yang ada disitu aku cukup yakin pasti ada seorang dua yang mampu memberi pertolongan dan mencari tempat baru agar Show tetap diteruskan,andaikata bukan di KL sekalipun aku pasti di pinggir2 ibukota seperti kawasan Petaling,Subang mahupun Sunway masih banyak tempat yang boleh digunapakai....kerana seperti yang aku katakan tadi yang masa masih berbaki 5 jam dari waktu arahan pihak berkuasa memberi amaran pada pukul 2 petang.
                  Apakan daya semua telah berakhir dan segala kebejatan perihal show ini telah diganti dengan sesi meet & greet di Campbell Complex.Aku menuju kesana juga pada pukul 8 malam,namun bukan bertujuan untuk meet & Greet dengan Kreator tetapi hanya untuk berjumpa dengan Aziz (Metalzone Distro) bagi mengambil baju yang telah aku tempah.....balik rumah buka tv terus layan pentas kilauan emas..damn!!!

Tuesday, April 29, 2014

Judas Priest "Nostradamus"

                       Punyalah lama tak update sampai password blog sendiri pun dah ingat2 lupa...memang aku menjangkakan tahun 2014 ni MUNGKIN adalah tahun2 terakhir aku menulis blog...apapun sementara mood tengah cantik ni ayuh kita jalan terus..


                      Sebelum aku melalut lebih panjang apakata aku imbas sedikit apa pandangan aku mengenai Judas Priest ini secara peribadi...Jujur aku katakan bahawa Judas Priest bukanlah band yang mendapat perhatian aku selama ni.Pernah juga beberapa kenalan cuba untuk menyogok supaya aku meminati karya2 dari band lagenda ini namun pada aku sendiri sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.
                      Kurangnya minat aku pada Judas Priest bukanlah kerana music mereka tidak berkualiti atau apa cuma barangkali telinga ni sedari kecil telah diasah untuk menghadam karya2 Black Sabbath mahupun Iron Maiden sehingga Judas Priest aku terlepas pandang.Tidak aku nafikan bahawa mereka juga adalah salah satu nama terpenting selepas Black Sabbath dalam pembentukan genre Heavy Metal yang ada pada masa sekarang.Dan aku juga akui bahawa album "painkiller" adalah karya berat paling signifikan dalam sejarah heavy Metal yang komersil bahkan ia lebih tinggi prestijnya berbanding "Black Album" yang dicipta Metallica.


                         Album 2 disc yang aku beli dengan harga runtuh rm20 ringgit ni membuatkan aku termenung seketika tatkala aku memainkannya dirumah....ye aku termenung sebab masih bingung apakah benar ini adalah karya Judas Priest hasilkan.Cuba anda bayangkan band yang pada awal penubuhannya terkenal dengan imej bikers kemudian memperagakan pula gaya penampilan leather dan juga kaya dengan ideologi "metal totok" tiba2 membuat pusingan 360' darjah melalui album ini dan pada pendapat aku ia sebuah PERCUBAAN yang cukup menjadi.
                         Mereka mempergunapakai sejarah hidup lagenda tukang telek dari France iaitu Michel de Nostredame (Nostradamus) sebagai modal untuk menjadikan album ini sebuah album konsep (concept album) pertama dalam katalog mereka.Aku tidak hairan andaikata terma2 sebegini telahpun dikuasai oleh mendiang Ronnie James Dio kerana kita sendiri sedia maklum bahawa mendiang sememangnya adalah specialist didalam penulisan2 berbentuk mitos (myth) namun bagi band seperti Judas Priest pastinya ia boleh diibaratkan mereka berjaya membuka satu kawasan baru dalam penghasilan karya2 mereka.
                         Apa yang mereka lakukan melalui album ini bukanlah satu benda yang cukup sempurna namun setidak2nya keberanian untuk meneroka dan mencuba itu yang menyebabkan album ini harus diberi merit yang tinggi.Sekaligus boleh menelanjangkan pemahaman2 yang beranggapan bahawa "kreativiti hebat seorang pemuzik hanya mampu dijana pada usia muda mereka".....sekarang Judas Priest telahpun membuktikan bahawa jika anda betul2 paham apa itu seni pastinya tidak kira dimana usia anda sekalipun ia mampu dizahir secara luar biasa.


                        Direksi music mereka masih kekal seperti apa yang kita kenal tentang Judas Priest cuma ada beberapa bahagian diubah mengikut kesesuaian.Pada beberapa lagu yang mana mood nya berbentuk agak sedikit depressif maka Judas Priest cuba bermain riffing yang sedikit doom dan ia sekaligus memberitahu kita sapa dia Black Sabbath dihati pemuzik2 veteran Judas Priest ini (itupun kalau korang peka lah).Mempunyai 14 buah lagu dimana keunikannya ialah pada setiap 1 atau 3 lagu ia pasti dimulakan dengan sesuatu intro.Ada diantara intro nya berbunyi akustic dan ada juga yang berbunyi orchestra yang mengikut kesesuaian satu2 lagu...dan setiap intro itu juga diberi title. 
                        Pada peringkat umur seperti aku,menghadam sesuatu album dengan bersungguh2 adalah sesuatu yang mustahil,jika dizaman sekolah dulu mungkin ye aku mampu untuk cuba menghafal atau cuba mentelaah dengan detail satu2 album yang aku minat.Tapi bila dah masuk kategori umur "remaja purba" ni tanggungjawab dan beban semua dok bermain dekat otak maka mendengar lagu hanya sekadar mendengar bukan cuba untuk meneliti secara terperinci.
                       Namun tidak pada album yang satu ni..aku kembali membelek2 inlay untuk membaca lirik dan memahami artistik lukisan pada album ni,satu perkara yang dah lama aku tinggalkan...terasa muda balik dimana zaman terlalu seronok meneliti cover kaset yang dibeli hasil tabungan duit belanja sekolah.Mungkin pada anda album ini bukanlah sesuatu yang begitu menarik namun pada aku pula ia berlainan.Setiap track lagu menyebabkan aku berasa begitu teruja untuk mendengar lagu seterusnya kerana ia bagaikan menatap satu cerpen yang dizahirkan melalui aliran Heavy Metal... 



Nota: Aku adalah antara ratusan mangsa yang hampa akan kegagalan untuk melihat Kreator beraksi pada rabu lepas....nak ke kalau aku tulis pasal luahan hati aku pada pembatalan show tu???

Sunday, February 16, 2014

Duit Datang....Duit Pergi...





            Memandangkan jodoh pun belum datang maka suku dari duit gaji buat modal beli benda ni jelah...

Saturday, February 15, 2014

Motorhead....Lepas Terkejut!!!

                         Antara salah satu entri dari saki baki tahun 2013 yang tak keluar2 dari draft dan hari ni baru di release dengan harapan boleh jadi bahan bacaan ringan korang (kalau masih ada readers yang sudi bacalah) pada hujung minggu ni..sebenarnya sekadar nak review saja pasal album baru geng2 rock tua miang ni tapi memandangkan biar nampak blog ni masih "still alive and well" maka celoteh2 sikitlah pasal band kesayangan ramai punkers dan metalhead dunia ni...let's gooooo.... 


                  Desas desus akan kelahiran album aftershock telahpun berlegar sekitar tahun 2010 lagi yang pada mana ketika itu Motorhead yang masih dalam tour menyatakan mereka masih ada beberapa lagi lagu untuk melengkapkan menjadi sebuah album baru (pre-aftershock)...Ini adalah album ke 21 dari lagenda Rock N Roll dari England ni..
                  Tinggalkan kejap pasal album baru ni dan kita jengah pula pasal kesihatan Lemmy...Jika tidak silap ketika album ni dikeluarkan Lemmy baru sahaja sembuh dari penyakit yang dia alami..dan atas sebab faktor itu banyak show yang terpaksa Motorhead batalkan.Melihat dari komen2 peminat di laman sosial mereka ramai yang bimbang jika apa2 yang akan terjadi pada Lemmy..andaikata ada perkara buruk kita bukan sahaja akan kehilangan satu figure besar dalam kancah music berat malahan Motorhead sendiri pasti dikebumikan.


                       Apa yang hebat sangat pasal Motorhead ni sampai ramai sangat yang bimbang apabila Lemmy dikatakan sedikit uzur pada tahun lepas??..lagu2 dia pun bukanlah jenis teknikal maut2 sangat kan??.......jawapan dia adalah Lemmy itu sendiri adalah satu simbol survival dalam music Rock N Roll.Beliau mengabdikan boleh kata hampir keseluruh hidup dan umur untuk mempersembahkan satu manifestasi Rock yang melangkaui zaman mahupun lapisan umur dan generasi.
                        Tidak pernah tunduk dengan kemahuan sesiapa walaupun nyawa jadi taruhan dan tidak pernah merasa beban walau terpaksa menumpang ke negara lain (German) asalkan Motorhead tidak pernah seinci pun berubah dengan prinsip yang mereka pegang.Dan ini menyebabkan kenapa everybody love Lemmy.Walaupun beliau adalah jenis keras kepala dan paling tak tahan adalah KECELUPARAN mulut namun dia adalah orang yang jenis menghormati karya2 band lain walaupun nyata Motorhead adalah jauh lebih bagus dari band yang dia dok puji2 tu.
                   Sekiranya anda pernah membeli dvd live mereka yang bertajuk 'Stage Fright' (rakaman live mereka pada tahun 2004-2005) yang mana pada disc kedua (kalau korang beli yang orilah hahaha) ada mempersembahkan sebuah rakaman2 belakang tabir ketika show itu berlangsung.Didalam rakaman tersebut dapat kita saksikan kakitangan2 yang bekerja ataupun crew yang mengiringi Motorhead ada diantara mereka yang telah berkhidmat dengan band ini lebih dari 30 tahun dan bila ditanya apa alasan mereka jawapan mereka hanya satu iaitu mereka cukup senang bermajikan dengan sebuah band yang menganggap orang sekeliling mereka (crew) bagai darah daging mereka sendiri bahkan jenama permainan terbesar dunia seperti LEGO juga sanggup mengeluarkan permainan khas yang dikeluarkan atas susuk tubuh personal2 Motorhead (klik sini )...menarik bukan?? 

                                                     koleksi aku yang tak seberapa

                  Berbalik pada Aftershock tadi ia merupakan sebuah album yang lahir tepat pada waktu,disaat ramai yang bimbang akan kesihatan Lemmy pada waktu itu namun sebaliknya pula berlaku.Motorhead membayar kegusaran seluruh peminat mereka menerusi album ini.Mendapat ulasan yang cukup positif dari seluruh pengulas2 music dunia dan aku sendiri berpendapat ia adalah antara album yang terbaik berbanding beberapa album mereka yang lepas.
                  Bila bercakap perihal album baru mereka kita tak payah nak susah2 meneka apa yang bakal ataupun akan dikeluarkan kerana Motorhead adalah satu2nya band didunia yang mana paksi trademark mereka adalah yang paling utuh...masih menggunapakai karya2 klasik dari lagenda pop The Beatles dan disajikan pula dengan terjemahan dalam rupa lagenda music Punk iaitu Ramones.

Monday, February 10, 2014

Blast From The Past


                  Entri yang dah sebulan lebih terperap dekat draf (ada lebih kurang 10 entri lagi yg masih dalam draf) tapi ntah angin apa malam ni rasa hendak release kan artikel gig ni....report untuk gig kali ni agak ala kadar je aku tulis memandangkan semangat nak menulis pun dah makin hambar dan pudar....
                  Ok kita mulakan......gig ni adalah antara gig yang cukup menarik sebagai pembuka tahun 2014,selain membariskan nama2 yang cukup gah dalam gelanggang music bawah tanah pada satu ketika dahulu (sekarang pun masih gah) ia juga lebih kepada peluang kepada generasi2 seperti aku yang dahulunya tidak berpeluang menyaksikan band2 ni namun diberi peluang sekali lagi menerusi gig yang boleh dianggap "sweet down memory lane" sebegini..



                   Sil Khannaz diberi mandat untuk menjadi kumpulan gitar rancak pembuka pada petang itu,agar kena dengan "term" gig yang bernama "blast from the past" maka mereka pun memainkan 80% lagu yang terdapat pada album keramat mereka iaitu "conception of madness" selain beberapa lagu klasik yang dipetik dari ep 'pendita gila'....


               Selepas Sil Khannaz maka pentas dikosongkan bagi memberi laluan pula pada satu nama yang cukup besar dalam arena music hitam iaitu the one and only AS SAHAR...kali terakhir aku menyaksikan mereka adalah pada tahun 2009 dulu dimana pada waktu itu Wan Barchiel masih sebagai vocalist..namun setelah Wan berundur inilah kali pertama menyaksikan live mereka melalui barisan line up baru...macam2 juga yang aku dengar bebelan penonton yang hadir...ahhh pada aku simple jika anda sayangkan satu2 band tu maka sokonglah ia walau apa sekalipun rupa bentuk....pada petang tu AS SAHAR memainkan lebih kurang 5 lagu yang rata2nya semua adalah lagu2 yang biasa bermain dibibir kita semua....





                    Necrotic Chaos...antara nama yang menjadi sebab kenapa bersungguh2 benar aku nak datang ke gig ni.Belum pernah menyaksikan mereka bermain maka rasa teruja tu cukup terasa apatah lagi konsep brutal death acuan mereka sudah terbiasa ditelinga aku sejak dari bangku sekolah lagi.Menarik pada petang tu dimana Wira (drummer) menyanyikan lagu 'penunggu' yang mana lagu tersebut pernah mereka bawa didalam album kompilasi "underground tribute to Sweet Charity"...harap dalam tahun 2014 ni Necrotic Chaos dapat keluarkan album baru sebab berita tu didengar dari tahun lepas namun sehingga waktu ni masih belum menjengah pasaran walaupun artwork album tu telahpun dipaparkan pada peminat.



               Sepertimana Necrotic maka untuk Infectious Maggot juga adalah pertama kali juga buat aku menyaksikan aksi live mereka....walaupun aku bukanlah peminat likat band yang diberi jolokan sebagai 'Malaysia Grindcore Metal Pioneer' namun aku akui mereka adalah antara band terbaik yang pernah wujud di negara ni,Fathul sebagai frontman cukup petah memikat hati crowd yang hadir.....antara ayat yang aku tidak akan lupa yang abang fathul cakap ialah "kami bukan legend sebab syarat nak jadi legend ialah kena mati/meninggal dulu baru diiktiraf sebagai legend...kami band kampung je...band macam kami ni korang pun boleh buatlah".....statement yang cukup humble dari brother Fathul kita...selesai persembahan Infectious Maggot maka gig direhatkan sejenak bagi menghormati waktu Maghrib....




                
                 Brain Dead sudah naik kepentas selepas gig dimulakan semula....adalah satu yang cukup melucukan bila dikenang mereka memilih petikan filem P.Ramlee iaitu filem 'nasib doremi' dimana babak Pak Maun menari twist sebagai clip persembahan mereka hahahahaha....set Brain Dead pada malam tu terbahagi pada dua dimana set pertama dimana Lan Bye sebagai drummer dan set kedua pula mereka memanggil drummer asal mereka iaitu Syahrin untuk turut serta dalam persembahan...kepada orang2 Sarawak nantikan kehadiran Brain Dead di Sibu pada 5 april ni....


               Keluh kesah akhirnya berakhir bilamana Suffercation sudah bersedia naik keatas pentas selaku headliner pada malam tu.Namun agak sedikit terkilan bila hanya kelihatan Ly sahaja sebagai original members yang ada pada malam tu namun wajah Rob dan juga Jeff tiada (dimaklumkan sebelum ni bahawa Jeff dan Rob akan beraksi) namun diganti dengan line up yang sama pernah Suffercation bawa semasa gig "The Resurrection" pada beberapa tahun lepas....walaupun aku tahu ramai yang AGAK sedikit kecewa dengan ketiadaan Rob dan Jeff namun luka tu sedikit sebanyak hilang apabila Suffercation memilih untuk membantai lagu2 pada album 'day of darkness' pada malam itu...kelihan wajah2 yang dah jarang menjengah gig turun semula pada malam itu sebab Suffercation barangkali....mereka menamatkan persembahan dalam pukul 10.30 malam.... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...