bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Sunday, April 24, 2011
Real XPDC/Real X Single Tape 2002
Kalau korang ni memang Mat Rock yang sentiasa follow perkembangan music Rock pasti korang tau kan cerita disebalik konflik pergelutan yang berlaku dalam band Heavy Metal gergasi Malaya iaitu XPDC dengan vokalist lama mereka Mael (sekarang dah joint balik..).Kalau kita semua ingat Mael ni sempat tubuh kan band yang mana macam nak cabar kehebatan XPDC lah kot dgn nama REAL XPDC yang selepas pada tu disingkat menjadi REAL X.Time tu penyokong XPDC pun dah terbelah dua,ada yang menyokong terus XPDC dan ada yang yang setia dengan dendangan Mael.
REAL XPDC memang banyak turun bagi slot2 show (awal tahun 2000) dan dorang mendendang kan semula semua lagu2 XPDC dengan cara mereka sendiri.Kalau kita baca dalam mana2 majalah music di bahagian ruangan pembaca,pastinya soalan yang diajukan pada REAL XPDC ni adalah 'Bila nak keluar album'??.Sampai band tu pun dah naik pening dok menjawab benda yang sama.Yelah dorang pun nak juga dengar lagu2 dari REAL XPDC apa rupanya sebab waktu itu XPDC pun dah mula merapu dengan album Un'Metal 1&2 so semua peminat Heavy Metal melayu ni pun berharap lah kalau2 REAL XPDC dapat mengubati kehausan dorang nak melayan Metallica Melayu balik.Tapi apakan daya Mael dikongkong syarikat rakaman lama sehingga tak mampu berbuat apa2.
Namun tahun 2002 menjawab semua penantian bagi peminat2 REAL XPDC apabila dua track dari mereka iaitu lagu 'Segar Dalam Ingatan' dan 'Disebalik Senyuman' telah mula dimainkan di semua station2 radio.Boleh dikatakan REAL XPDC ni memang bertuah sebab kesudian DJ2 radio untuk putarkan lagu mereka sekerap mungkin.Aku ingat lagi,yang mana tatkala lagu ni mula2 masuk dalam carta radio era dimana minggu pertama pencalonan lagu 'Segar Dalam Ingatan' terus mendapat no1 sekaligus meletakkan juara bertahan kumpulan SPIDER yang masa tu tengah panas dengan lagu Aladdin jatuh ke tangga ke-2.Begitu lah penangan Rock Melayu..hahaha..mana mungkin music2 Rock yang baru dapat menidak kan kehebatan Rock lama..hahaha
Gambar kaset diatas ni adalah mini album yang mengandungi 2 track lagu yang aku sebutkan tadi.Asal nya track2 berkenaan hanya mahu diberi pada station2 radio sahaja,namun mungkin syarikat rakaman sedar yang mereka boleh dapat untung kalau keluar kan dalam bentuk album maka ianya dikeluarkan dalam kuantiti yang cukup TERHAD.Mana tak nya,masa tu peminat2 REAL XPDC ni memang ramai.Kira memang boleh buat duit lah,kalau tak masakan pada waktu itu di PERTAMA COMPLEX hampir semua lot kedai pakaian menjual Tshirt2 yang tertera nama REAL XPDC ni..Tapi nama REAL XPDC telah bertukar tatkala rilisan ini keluar,ianya dipendek kan dimana hanya REAL X sahaja.Dorang tak nak peminat kedua2 band keliru kot mana satu XPDC dan mana satu XPDC yang REAL..hahahaha
Saturday, April 23, 2011
Perlukah sebuah badan pemikir untuk music Msia?
Beberapa minggu ni aku memang ada terdengar rumors mengatakan yang akan ada sebuah badan induk untuk jadi tempat daya pemikir halatuju music Malaysia.Aku tak tahu samada berita ni benar atau saja nak buat gempak suasana.Namun andai kata ianya BENAR ini adalah satu petanda besar...ya,petanda besar yang kita mahu atau tidak mahu terpaksa juga mengakui yang kita memang tenat/nazak dalam menjana sebarang bentuk seni bunyian yang berstatus KELAS 'A'.Kalau tidak masa kan hingga tertubuh nya badan berkenaan.
Apa pendapat aku kalau berita ini benar??pada aku program/projek ini memang bagus tapi kalau ia dilaksana kan pada 20 tahun dulu dan bukan sekarang.Sekarang ini semua nya dah terlambat.Ianya ibarat cuba memberi rawatan pada mereka yang telah nazak,bukan kah molek rawatan itu diberi tatkala tengah sakit dahulu dan bukan keadaan tenat sebegini.Apapun daya usaha mereka2 yang cuba merawat industry ini tetap aku ucapkan jutaan terima kasih kerana anda berani merubah,walaupun pada hakikat nya aku tahu hasil nya nanti adalah SAMA.
Kenapa aku berpendapat sedemikian??yang pertama siapa DIA itu yang bakal menjadi ahli jawatankuasa pemikir berkenaan??apakah tokoh music negara??apakah mereka2 yang menjadi pengkritik rancangan realiti tv??jawapan dia simple kita memang takde sebarang tokoh yang mampu memikir jauh sekali untuk membimbing seni kita agar pergi jauh ke kemuncak.Kenapa aku cakap macam tu??sebab siapa dia pejuang seni kita yang dah berjaya tawan eropah??jadi??..fikir2 kan..
Di England misalnya,pusat pemikir ini telah pun terwujud di zaman lewat 70s lagi.Namun beza nya dengan kita,mereka menubuhkan badan berkenaan diwaktu mereka sedang rancak melahir kan produk dan bakat2 yang memang KELAS 'A'.Tapi kita pulak tubuhkan diwaktu masyarakat dunia memang TAK TAHU yang Malaysia ni sebenarnya ada artis/band,ada music dan ada album..harap anda terang dengan apa yang saya maksudkan.
Pendapat aku bagi meleraikan kekusutan pada isu ini

- Tidak perlu adanya pusat/centre of thinking untuk music Malaysia,memadailah sediakan kemudahan atau bantuan untuk mereka bermain di gelanggang luar negara.
- Apa pun masalah jangan tuding sesiapa tapi lihat balik diri kita sebagai pemuzik.Apa kita dah lakukan tugas dengan sempurna sebagai pengkarya?apakah kita dah membuat rujukan tahap quality music yang kita cipta??jadi isu ini berbalik pada kita sendiri,bukan pemikir2 yang lain.
- Siapa diantara kita ni yang mampu menjadi pengkritik pada karya kita sendiri??kita tak mampu adili nya bukan??jadi wujudkan Q.A bagi setiap rilisan2 yang bakal lahir ke pasaran.Ini dapat menjamin yang hanya mereka yang betul2 berkualiti sahaja mampu bermain dalam padang music.
- Ini yang paling penting...Orang seni jangan SOMBONG...kerana sombong ini kunci pada setiap kegagalan.Bila kita suruh belajar dari business trick komposer2 Indonesia,mereka cakap 'ah,tak payah,kita lagi hebat',ok kau hebat kan?abis mana hasil hebat kau?..kita belajarlah dari rakan2 seberang kita macam mana mereka serious dalam menjual/melahir kan karya2 mereka yang gempak dan hebat (baik mainstream @ Underground).Kalau benda baik kita ambil,yang buruk letak tepi..itu je.
Thursday, April 21, 2011
Ygwie Malmsteen "Magnum Opus"
Bila kita bercerita tentang Malmsteen ni rasanya terlalu panjang nak dihuraikan.Mana tak nya pelbagai jenis zaman dia dah lalui.Bermula dengan bermain untuk sebuah band Pop Hard Rock (sedikit 'stoner') yang bernama ALCATRAZZ,kemudian pulak berkhidmat untuk band Hard Rock yang bernama STELEER.Semua nya pada tahun dan pasca zaman yang berbeza walaupun dalam senario music era 80s.Setelah itu barulah muncul akan sebuah entiti iaitu RISING FORCE,dimana RISING FORCE ni adalah sebuah wadah rejim untuk beliau sendiri...wahahaha
RISING FORCE ni pun ada aliran2 zaman nya juga,dari zaman Glam era2 album 'Marching Out' mahupun 'Trilogy' hinggalah ke zaman Malmsteen ni sibuk nak jadi macam dia punya icon iaitu Ritchie Blackmoore dimana dia sibuk nak koloborasi dengan orchestra.Tapi diantara kesemua zaman tu aku rasa waktu RISING FORCE bersama Mike viscera adalah waktu paling best dimana quartet line up RISING FORCE yang paling solid pernah terhasil.Ini dimana peranan Mike Viscera dalam penciptaan lagu (terutama bahagian lirik) telah menjelmakan satu keunikan yang menyelamatkan Malmsteen dari jatuh ke dalam sindrom music TEPU.Sapa yang berani menidak kan kehebatan album SEVENTH SIGN???
Album Magnum Opus yang terbit pada tahun 1995 ni juga adalah bukti yang mereka diambang kehebatan berkarya.Mereka mengolah genre Neo Classical Metal mereka kearah yang lebih fresh.Walaupun vinnie Moore pernah melakukan nya pada album 'Time Odyssey' namun ianya lebih kearah Neo Classical Pop Rock.Jadi Malmsteen telah mengubah SEDIKIT bentuk agar ianya tidak nampak sangat yang dorang telah MELACUR kan lagu,sebalik nya ia masih kekal dengan genre berkenaan sambil diberi sedikit sentuhan modern.
Malmsteen & Mike Viscera
Pada aku sendiri ianya album yang boleh dikategori sebagai album yang bagus juga lah.Kalau aku nak ulas rasanya tak payah kot,sebab nya kita sedia maklum mamat gemuk ni punya teori bukan susah sangat nak faham,dia cuma selit kan Track2 lagu yang Speed + Instrumental + Ballad..hahaha. Pada kaki2 Malmsteen tak kan tak faham kot dengan teori mudah ni..hahaha.Aku syorkan pada sesiapa yang bukan peminat Malmsteen agar beli album ni,sebab nya ianya agak berbeza dengan Malmsteen yang sedia maklum..kalau nak layan album Fire n Ice pun boleh,tapi rasa macam pondan sikit lah album tu..hahaha..
Track
- Vengeance
- No Love Lost
- Tomorrow's gone
- The Only One
- I'd Die Without You
- Overture 1622
- Voodoo
- Cross The Line
- Time Will Tell
- Fire In The Sky
- Amberdawn
- Cantabile
Nota: Ini posting paling mencabar iman,dek kerana Internet yang memang slow dan dah masuk dalam status service yang memang Fvck Off N Die!!!
Sunday, April 17, 2011
Live @ Yoko's
Jumaat lepas aku habis keje pukul 10 malam.Sebaik masuk dalam kereta masa nak balik kawan aku call ajak tengok abang dia buat performance live acoustic di sebuah kelab di Bukit Bintang.Sebenarnya memang berat aku nak ikut ajakan dia sebab beberapa minggu ni tekanan kerja buat kan aku memang langsung hilang mood untuk buat apa sekalipun.Tapi bila difikirkan balik apa salahnya kot aku free kan sikit otak dengan melayan mood live acoustic ni sebagai pelepas tekanan kerja.Jadi aku pun call dia balik dan menyatakan aku setuju temankan beliau.
Yoko's ni antara puluhan deretan Bar dan Pub yang memenuhi tempat hiburan lewat malam di Bukit Bintang.Dimana kebanyak kan pengunjung adalah warga luar yang ramai datang bertandang.Yang menarik nya antara kesemua puluhan Bar dan Pub disitu,aku diberitahu bahawa hanya Yoko's sahaja yang ada mempunyai 'Live Band',kelab2 lain hanyalah kelab yang lebih kepada Tecno dan Disco style.
Semua Line Up live band yang bermain ni pun sebenarnya mereka adalah antara Musician yang ada portfolio music yang besar juga.mungkin Part Time job lah kot.Dorang bermain seleksi lagu2 yang sesuai dengan mood santai di kelab tu.Jadi antara playlist mereka macam2 lah dari 'The Police' sampailah ke 'Diana Ross' pun ada..hahaha..

Metallica
Aku tahu,mesti ramai yang cakap ada seketul dua majalah gambar Metallica dah sibuk nak tayang..hahaha..rilek arr..Aku ni bukan nye kaya sangat nak collect itu ini.Apa yang sempat aku collect aku collect lah.Jadi gambar diatas ni antara yang sempat aku beli (dan aku simpan ;p).Sebenarnya pada kiraan aku rasanya ada lagi 2-3 majalah dalam simpanan aku yang mana Metallica jadi cover depan.Cari punya cari tak jumpa,hilang samada anak2 buah aku dah lenjan buat jadi wallpaper buku skrap sekolah dorang atau ayah aku dah jual kat apek surat kabar lama.Jadi ni jelah yang ada...aku harap yang seketul dua ni aku nak simpan lah,sayang pulak rasanya..
Thursday, April 14, 2011
PSYCHOTRAIN 'Crossing The Threshold Of Hell'
Rasanya tak sampai kot 5 tahun aku BUKA hati aku untuk terima apa juga rilisan dari ASIA,bukan nak mengecil kan bakat2 asia cuma mungkin ruang untuk mengetahui tu terhad (alasan),jadi hanya band2 oversea yang famous jelah aku layan.Tapi macam aku sebut kan tadi beberapa tahun kebelakangan ni aku memang obses untuk TAHU dan AMBIK TAHU pasal nuansa music dari rumpun asia. Apa jua bentuk band sekali pun asal kan ianya seni yang JUJUR dari asia pasti aku cuba juga untuk mengetahui.
So rilisan tahun 2010 dari kelompok komuniti 'Bangkok Thrash' yang bernama PSYCHOTRAIN ni pada aku adalah sebuah rilisan yang baik untuk aku refer sebagai pendengar baru musik berat nusantara.Album yang diberi title 'Crossing The Threshold' ni aku beli dalam 4-5 bulan lepas,pendapat aku pada mulanya (tatkala melihat cover album) mungkin ni adalah sebuah band Thrash Metal yang memainkan sound2 yang agak sedikit 'kotor' dan 'Raw' sepertimana kebanyakkan band Thrash Metal dari negara mereka (Thailand) lakukan misal nya seperti KILLING FIELD,tapi tanggapan aku meleset sama sekali.
Walaupun Album ni diangkat sebagai album Thrash Metal namun pada pendapat aku sendiri ianya bukan lah terlalu Pure dengan genre tu,elemen2 bunyi yang dicedok dari Iron Maiden,Judas Priest,Scorpion menjadikan ianya lebih condong kepada Heavy Metal,cuma mereka menambah kan sedikit sentuhan dari Destruction,Metallica dan juga drumming pattern ala2 Megadeth (versi melodik..hahaha) yang mungkin menjadikan album ni dikelas kan sebagai album Thrash Metal.
Menzahirkan 10 buah track yang cukup bagus,mereka mengguna pakai fomula pasca album2 Heavy Metal 80s dimana setiap lagu dimulakan dengan verse yang laju selain vocal yang tidak terlalu growl kemudian solo dan diikuti mainan riff2 simple (refer pada album Quite Riot )dan diselang seli dengan dengan riff2 melodik yang berlawanan.Jadi takdelah lah sakit sangat otak nak layan.Album ni didatangkan dengan cara produksi yang berkualiti.cover juga adalah booklet dan bukan nya creasing paper (kulit lipat).Dalam nya disertakan gambar2 mereka sedang Jamming,Menonton Konsert Dream Theater & Megadeth di Thailand.Melalui foto2 ni rasanya dorang ni pemuzik2 yang berpengaruh juga lah kot kat Thailand,sebab macam rami je yang nak tangkap gambar dengan dorang..hehe,muka2 line up pun semua nya cutting muka cikgu disiplin,tapi bila main muzik..tu kau!!hahahaha
Track :
- On The Threshold Of Death
- Soul Destination
- The Promised Land
- The Underdog
- Spirit Medium
- Flash Before Your Eyes
- Neurotic Blind
- Burn In Hell
- South Of Fire
- Thrash Attitude
Promotion Flyer Album dorang!!
Apalagi kawan2..kasi angkut lah ini album kalau terjumpa,harga murah beb RM15 jer.Tapi puas hati dengan produk dorang.Aku tak pasti lah yang ada lagi ke tak album ni,tapi kalau korang ni jenis suka pergi tengok show2 kat luar negara try lah datang ke konsert 'Bangkok Thrash'.Sebuah event tahunan bagi irama Thrash Metal di thailand,mana tahu ada peluang tengok PSYCHOTRAIN ni perform....
I'm Going Off The Rail But A PSYCHOTRAIN..wahahahaha...
Sunday, April 10, 2011
EXTREME II 'P@RN@GR@FF!T!'
Aku paling benci dengan apa jugak bunyi bunyian yang ada unsur2 combo.Sound2 yang keluar dari bunyi seksefon(betul ke ejaan ni??) atau trombon memang buat kepala aku cukup semak.Tapi lain pulak dengan band Rock dari bandar Boston ni.Nuansa music dorang ni mereka gelar sebagai 'Funky' Rock.Memang cukup Funky dan pada pendapat aku sendiri album ni memang antara album 90s yan paling Rugged diantara album Rock 90s yang lain (pendapat aku je!!).
Mereka2 yang memang kaki Rock mesti kenal lah guitarist band ni iaitu,Nuno Bettencourt,yang merupakan antara guitar hero 90s yang memang cukup bijak menjana sound2 yang berunsur Catchy & Funky.Aku pernah menonton Live Nuno Bettencourt ni dalam satu DVD live yang mana beliau side by side dengan Guitarist MR BIG iaitu Paul Gilbert dalam satu konsert yang dipanggil 'Guitar Wars'.Memang gempak habis lah mamat ni main.Selain dari tu vokalis kumpulan EXTREME ni Gary Cherone juga pernah diguna pakai khidmat dia oleh VAN HALEN dalam siri2 akhir kehebatan VAN HALEN..hahaha..
Back to this album,aku pernah baca satu artikel tentang 'The making of ' untuk album ni,dimana dorang betul2 all out untuk second release mereka kerana album pertama dorang dulu telah mendapat kritikan dan kutukan pada kebanyakkan pemuzik waktu itu,dan antara yang paling kuat mengkeji album pertama mereka tu ada lah Ygwie Malmsteen (mamat ni memang negatif je komen dia).Jadi album kedua ni kira macam nak tebus balik maruah lah.
Jadi atas segala keringat makanya target dorang pun menjadi dan album ni memang BOMMMM!! habis,jadi satu fenomena baru dalam Industry Rock America.Apatah lagi konsep lirikal bagi album ni cukup dengan terma2 (porno) yang mungkin antara pemangkin kejayaan album ni.Tapi aku lihat bukan dari segi itu,aku lebih minat melihat kelebihan keselarian mereka dalam mengenakan konsep lirikal sebegitu dengan style yang solid dengan istilah Funky.
Boleh kata semua lagu dalam ni memang Trendy habis,bahkan aku cukup yakin belum ada lagi quartet band Funky lain yang boleh pukul album ni..serious memang layan giler!!.Sape yang tak tahu dengan lagu ballad 'More Than Words'?? diantara lagu ballad akustika yang memang gempak tu juga lahir dari album dorang ni.Lagu tu aku sendiri pun tak tahu dah bape ramai artis satu dunia cover,dari artis Rock sampailah ke R&B pun ada cover lagu tu.Penyanyi Malaysia Sarimah Ibrahim pun pernah jugak bawak lagu ni dalam album dia.Dekat situ je kita dah tahu macam mana kuat nya penangan album ni bukan??
Lagu2 yang terkandung

- Decadence Dance
- Lil Jack H@rny
- When I'm President
- Get The Funk Out
- More Than Words
- Money (In God We Trust)
- It ('s A Monster)
- P@rn@graff!tt!
- When I First Kiss You
- Suzi (Want Her All Day What?)
- He-Man Women Hater
- Song For Love
- H@le Hearted
Monday, April 4, 2011
SURRENDER OF DIVINITY 'Death Just Beginning'
Seperti yang aku pernah tulis sebelum ni,yang aku memang nak sangat tengok SURRENDER OF DIVINITY (SOD) punya live.Jadi peluang ni datang tatkala mereka hadir kesini bagi sebuah gig yang dinamakan 'Death Just Beginning'.Ini adalah persembahan mereka setelah 6 tahun tidak kesini bagi apa2 persembahan.Sekarang masalah nya adalah aku sendiri,samada mau tengok atau tidak persembahan mereka. Kalau tak tengok rasanya cukup rugi,bukan senang mau seludup band2 extreme metal elit kesini,tapi dalam masa yang sama aku juga memang dah takde selera sebenarnya nak singgah kemana2 venue atau event gig. Aku bukan pembenci gig tapi aku benci dengan suasana sekeliling..ya,sekeliling yang datang hanya untuk tujuan2 yang kabur dan memang tiada niat untuk menikmati adrenalin music.Ini menyebabkan aku cukup tidak suka untuk singgah kemana2 gig.
Mahu atau tak akhirnya aku akur juga untuk pergi,apatah lagi kawan baik aku idham memang nak sangat tengok SOD.Dialah mastermind untuk mendapat kan tiket,oops sebelum terlupa,kami berdua membeli tiket gig ni dengan pembelian secara pakej,iaitu RM50 untuk tiket + tshirt + poster.Pembelian secara pakej ni menjimat kan duit kami sebanyak RM10.Yang best nya,aku yang tak berapa minat nak pergi ni,tapi memegang tiket dengan no '0002'..wahahaha..maksudnya aku adalah pembeli terawal lah,mengalah kan big fan SOD yang lain pulak..hahahaha
nampak no tiket tu??
3/4/2011 aku menunggu idham di station LRT Kerinchi,kami makan dulu isi perut di restoran Mahbub di Bangsar sebelum pergi ke One Pub cafe (tempat gig berlangsung).Kami tiba lebih kurang dalam pukul 6.15 petang.Sesampai nya disitu seperti biasa adegan shopping pun bermula,apatah lagi table yang menjual barangan metal dari label In-Coffin Prod (label thai yang diliki oleh Whatayakorn guitarist SOD) ada dibuka,seperti sedia maklum yang In-Coffin Prod ni adalah antara label yang masih setia mengeluarkan album2 dalam format kaset (tape) sehingga SEKARANG (yeahh..tape rulez!!),jadi ni lah peluang untuk membeli barangan mereka dalam harga yang cukup murah.
Aku masuk kedalam venue pada pukul 6.30 petang,time tu Claw yang tengah main,tak sampai pun 5 minit aku masuk aku dah rasa BOSAANNNNNNnye..terus cari tempat untuk duduk bagi hilangkan boring aku pada suasana gig ni.Lepas pada Claw main,naik pulak band ketiga (band pertama tak sempat tengok) iaitu MG-34.
MG-34
Walaupun band ni pada aku menarik untuk dilayan,tapi macam aku cakap kan tadi,suasana membunuh kenikmatan tu,aku masih lagi duduk di tepi menghabis kan berbatang2 rokok untuk menghilangkan kebosanan.MG-34 menghentikan persembahan kira2 pukul 7.15,kemudian gig diberhentikan bagi laluan hormat pada waktu maghrib,aku sekali lagi keluar untuk minum.Masa ni niat memang nak cabut balik dah.Tapi cuba bertahan,sebab membayangkan tiket yang dah dibeli.
Pukul 8.00 malam tiba masa SOD mengambil alih pentas,terdetik kat hati aku,aku berharap sangat agar SOD dapat membayar segala kebosanan aku ni dengan persembahan mereka,andaikata mereka gagal,ini bermakna aku telah menghabiskan hari cuti aku pada satu perkara yang sia-sia.
Sound check
War Begin!!!!
War Machine of SOD
Whathayakorn
Avaejee
Army Of The Darkness
Selektif lagu2 wajib mereka dihembur satu persatu,lebih dari 7 lagu dilontar dengan cara yang cukup epic,mereka tahu peminat mereka di Malaysia memang rindu akan kelibat SOD,makanya tatkala mereka sudah turun kebawah selepas selesai persembahan,namun mereka naik semula bagi memenuhi kehendak fan mereka...tq SOD.Aku yang dari awal tadi hanya duduk ditepi,namun sekarang aku dah mula bersama2 crowd untuk merasai kuasa music gelap dari SOD.Secara purata SOD memang dah menyelamat kan keKESALan aku untuk datang berhari minggu kat gig ni.Balik dengan penuh senyuman,walaupun rasa macam rugi sebab tiket RM30 tapi layan hanya satu band je.Apapun ni adalah peristiwa yang cukup indah kerana dapat menjadi saksi SURRENDER OF DIVINITY bermain di sini pada tahun 2011...
Subscribe to:
Posts (Atom)