bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Sunday, July 28, 2013
Saturday, July 20, 2013
Super Collider "13"
Kita lari sikit dari demam bercerita pasal Master Of Puppet yang nak datang 21 ogos ni...hampir sebulan lebih blog ni bersawang tanpa sebarang review maka kali ni aku lepaskan 2 album sekaligus untuk diulas...kiranya lepas korang bersahur pagi ni boleh lah baca apa yang aku tulis sambil merokok 2-3 batang sebelum azan subuh berkumandang hahaha..Alright,..tahun 2013 tiada apa yang menggembirakan apabila diberitakan bahawa Black Sabbath kembali ke studio untuk merakam album baru ("13").Begitu juga Megadeth yang kita sedia maklum memang produktif dalam pembikinan album pun sudah mengeluarkan kenyataan mereka akan ada album baru tahun 2013 ni....
Setelah lebih dari sedekad percubaan untuk bergabung (sebelum ini mereka hanya bergabung untuk menjayakan konsert sahaja bukan untuk merekod album) kali ni project untuk MENYAWAKAN semula Black Sabbath tampak berhasil.Wajah2 lagendaris dari bandar Birmingham ini kembali mengisi slot2 utama media elektronik berikutan pengumuman Ozzy yang menyatakan bahawa mereka memang sedang dalam rangka menyiapkan sebuah album (terakhir??) diatas nama Black Sabbath.
Atas kesedaran yang pengalaman bukan tiket sebenar untuk melahirkan album yang berkualiti maka Black Sabbath menggunapakai Rick Rubin sebagai pengimbang diantara pengalaman Black Sabbath itu sendiri dan juga kepakaran deria Rick Rubin dalam memastikan "13" akan cukup rencah dan perisa sekaligus menjadi sebuah album pelepas kecanduan pada mereka2 yang rindu pada formasi klasik band Heavy Metal yang cukup samseng ini.
Seawal bulan May tahun ini Black Sabbath adalah antara band yang terpaling sibuk membuat persembahan bagi memberi "pemanas badan" kepada peminat sebelum album baru mereka keluar.Bermodalkan single mereka yang bertajuk "God Is Dead?" (klik sini untuk video) maka secara tidak langsung peminat dapat mengukur rupa bentuk lagu yang akan mereka bawa pada album baru.
Aku malas sebenarnya nak bercerita pasal Bill Ward sebab orang tua kutuk ni memang dari dulu lagi suka bikin trouble pada waktu last minute maka kita bagi kredit pada Ozzy,Iommy dan juga geezer diatas kesedaran bahawa kita semua memang sangap nak dengar hasil terbaru mereka.Semasa mereka mengumumkan pasal album "13" ni aku menjangkakan bahawa Tommy Clufetos (drummer untuk band Ozzy) adalah drummer yang akan menggantikan Bill Ward sebabnya semasa rangka promotion tour bagi album ni Tommy adalah drummer yang mengiringi Black Sabbath tapi aku tak pasti alasan apa yang difikir oleh Rick Rubin sehingga menggugurkan nama Tommy dan diganti dengan bekas Drummer kumpulan Audioslave iaitu Brad Wilk.Album ni sebenarnya dah masuk kategori sempoi habis dah namun drum work yang ditunjukkan oleh Brad Wilk adalah sesuatu yang negatif untuk diperdebatkan jika kita bersembang perihal album ini.
Apapun ini adalah album terbaik 2013,dan pastinya ia adalah wajib dimiliki oleh mereka2 yang dah cop kan diri tu adalah metalhead.Dan suka aku nak ingatkan bahawa jika korang nak membeli album ni pastikan ia adalah album yang dikeluarkan perfect dengan harga rm45 jika tidak silap..jangan beli yang ada cop "malaysia edition" sebabnya duit korang melayang sampai nak dekat rm30 tapi album dia punya inlay macam celaka...jadi biar mahal sikit tapi puas hati..
- End Of The Beginning
- God Is Dead??
- Loner
- Zeitgeist
- Age Of Reason
- Live Forever
- Damaged Soul
- Dear Father
Megadeth ni memang boleh masuk kategori band paling degil dalam sejarah Heavy Metal dunia.Tak pernah duduk diam dan pasti akan sentiasa mengeluarkan album dalam jarak2 yang dekat.Tapi itu dari sudut kumpulan dan bagaimana pula dari sudut album terbaru ni??...
Jujur aku katakan yang aku terkejut dengan album ni,bukan terkejut kerana hebat tetapi terkejut kenapa ia kedengaran begitu lite jika dibanding dengan dua album sebelum ni (Thirt3en & Endgame).Mungkin aku bukan die hard dan mungkin aku silap.Macam yang pernah aku sebut sebelum2 ni bahawa peralihan abad millennium Megadeth seakan2 hilang formula,namun begitu aku masih mampu lagi menghadam beberapa album seperti "The System Has Failed" mahupun "United Abomination".Namun yang kali ini agak perit sikit...bukan perit sikit tapi perit banyak..
Kemerepekan album ni bukan sahaja pada ilustrasi yang buruk pada artwork dalam album namun ia dilengkapkan lagi dengan menjadikan lagu "Super Collider" yang kedengaran cukup jambu sebagai track taruhan (klik sini untuk video)..adoiii..dulu masa nak keluar Thirt3en sikit punya gempak bila digunapakai lagu Public Enemy No.1 sebagai single tapi apesal yang baru ni jadi macam ni abang Mus oiiii.
Seperti album yang lepas kali ni masih berpengkalan di San Marcos,California (studio abang Mus) sebagai tempat recording.Masih dibarisi oleh line up yang sama didalam album Thirt3en iaitu Abang Mus - guitar + Vocal,Christ Broderick - guitar,David Ellefson - bass dan Shawn Drover - drum.Apapun kalau korang rasa yang korang ni adalah jenis hidup mati adalah untuk Megadeth bolehlah beli album ni sebab apa yang aku tulis ni adalah pandangan peribadi.Kalau korang rasa ia salah kita boleh berdebat panjang nanti.
- King Maker
- Super Collider
- Burn!
- Built For War
- Off The Edge
- Dance in The Rain
- Beginning Of Sorrow
- The Blackest Crow
- Forget To Remember
- Don't Turn Your Back
- Cold Sweat
Sunday, July 7, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
