Gate dibuka pada pukul 6 petang dan barisan untuk masuk kedalam stadium memang sudah tersedia.Satu perkara menarik berkaitan konsert ni ialah dimaklumkan bahawa sudah ada mereka2 yang datang ke stadium seawal pukul 7 pagi dan ini adalah sesuatu yang amat jarang sekali dapat dilihat semangat sebegitu pada zaman "music downloading" macam sekarang ni.
Sekitar pukul 7 petang kerusi2 stadium masih lagi rongak..masih ramai yang belum datang dan aku yakin punca utama adalah kesesakan jalanraya.Setuju atau tidak show di Singapura adalah lebih berbaloi...tak kira lah dari apa segi sekalipun Singapura lebih berbaloi baik dari segi harga tiket sehinggalah golden chance melihat ANVIL sebagai opening...Metallingkup dorang dapat tengok pakcik2 ANVIL pun dapat dorang tengok.Berbeza dengan konsert Whitesnake yang aku tonton pada tahun 2011 dulu (klik sini ) dimana apabila organizer nampak ada kekosongan pada satu2 bahagian dihapan maka pembeli2 tiket dibahagian atas (paling murah) dibenarkan untuk turun sedikit kebawah bagi mengisi kekosongan.Tapi kali ni memang perkara tu tak berlaku pada konsert kali ni dan aku yakin memang ia kelihatan cukup hodoh bilamana show sebesar ini crowd nya duduk dalam keadaan berkelompok dan bukan satu tempat....
Setuju ataupun tidak CROMOK telahpun diberi kepercayaan untuk menjadi band pemanas badan.Macam2 cerita aku dengar,ada yang suka dan ada ramaiiiiiiiii juga yang tak suka.Ini kerana berhubung kait dengan situasi tahun lepas apabila ada babak yang kurang menarik dilakukan oleh personal band tu. Cromok naik kepentas pada pukul 7.30 petang..mereka membawa 4 buah lagu diantaranya misty dan juga journey.Hanya setengah jam sahaja maka stage kembali dikosongkan dan crew mula membawa masuk instrument2 bagi Metallica.
Bahang malam tak mampu melawan bahang dalam diri setiap manusia yang hadir pada malam tu.Aku yakin ada yang telah menunggu lebih dari 20 tahun bahkan mungkin lebih dari itu dan pastinya malam ni adalah sejarah peribadi buat diri masing2....jam menunjukkan pukul 8.45 malam..intro sudah mula bergema..aku sempat memandang manusia disekeliling dan rata2nya biji mata hanya tertumpu pada pentas..tamat intro maka Lars adalah personal pertama Metallica yang muncul diikuti yang lain2 dan tanpa sebarang interaksi mereka buka panggung pada malam tu dengan classic anthem yang dipetik dari kompilasi/album "Metal Massacre / Kill em'all" iaitu lagu Hit The light..bergema satu stadium seakan meraikan jaringan gol pasukan bola....dan apabila lagu kedua Master Of Puppet pula dimainkan maka pasukan choir tidak berbayar makin menggila dan nyanyian beramai2 itu diteruskan juga pada lagu Fuel yang dipetik dari album "Re-Load".
Tamat tiga lagu berkenaan barulah James membuka bicara untuk berinteraksi dengan crowd.Sepertimana Minoru Nihara dari LOUDNESS begitu juga dengan James dimana beliau meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana terlalu lama menantikan mereka untuk sampai kesini dan statement beliau tu disambut dengan tepukan cukup gemuruh dari seluruh ribuan manusia yang hadir pada malam berkenaan.Harvester Of Sorrow adalah peluru seterusnya selepas James membebel ringkas dengan crowd diikuti dengan Fade To Black dan juga Ride The Lightning yang kedua2nya dipetik dari album "Ride The Lightning".Rasanya lagu Cyanade adalah satu2nya lagu era millennium yang dimainkan iaitu lagu yang dipetik dari album "Death Magnetic".
Berpatah balik ke album "Master Of Puppet" kali ini Welcome Home (Sanitarium) dimainkan.James kembali berinteraksi dengan crowd dan bertanya "do you want heavy??...matallicaa will give you heaveyy bebehhh" sapa2 yang memang dah alert dengan konsert Metallica memang dah tahu yang dialog tu adalah penanda Sad But True akan berkumandang.
Memandangkan dalam band ni tiada satu pun personal yang boleh dianggap instrument heroes (terutama Lars hahahahaha) maka tiada satu slot pun untuk menunjukkan guitar solo atau drum solo memadai untuk rileks kan sedikit keadaan dimana kita lihat jari jemari Kirk memainkan lagu instrumental iaitu orion.Pentas digelapkan dan intro lagu One dimainkan...aku sempat berbisik dengan rakan aku Arif bilamana tengok Lars cukup terseksa bila masuk part pertengahan lagu tu dimana double paddle dia henjut asal boleh je..lari tak lari timing lagu dia tak peduli hahaha.Dengar distort bass aku dah tahu yang salah satu lagu fav aku akan dimainkan iaitu lagu "For Whom The Bell Tolls".
Berpatah semula ke era mereka jadi kaya raya iaitu menerusi "Black Album" maka lagu kedua dipetik dari album berkenaan yang dimainkan pada malam itu ialah Nothing Else Matter dan juga lagu ketiga pada album yang sama iaitu "Enter Sandman" dan seperti yang kita tahu kedua2 lagu tu memang dianggap lagu untuk pancing crowd supaya kembali mewujudkan gelombang choir untuk menyanyi bersama.Tamat saja lagu Enter Sandman maka babak2 cerekarama pun bermula bila James kata tu adalah lagu terakhir....tu sebab aku cakap ia cerekarama sebab dia tahu orang akan jerit "we want more" bahkan kita sendiri pun tahu mana mungkin Metallica akan tutup panggung dengan cara cowboy sebegitu.
Naik semula kepentas dengan berbekal beberapa lagu sebagai encore dan ia dimulakan dengan lagu Creeping Death ...James yang sedari awal persembahan cuba untuk tidak bertutur dengan bahasa kasar akhirnya terlucut juga satu perkataan pada pertengahan lagu Creeping Death ni..aku tak pasti samada crowd perasan atau tak tapi aku memang perasan hahaha..and next lagu yang sepatutnya dimainkan pada awal persembahan (waktu penonton masih full energy) iaitu Battery ..masa ni aku dah terbayang kalaulah Dave Lombardo yang henjut lagu Battery pada malam tu mesti dia punya SADIS tu akan lagi terserlah macam ada dalam satu show tahun bila aku tak pasti yang Dave Lombardo dan Joey Jordison menjadi drummer session untuk satu persembahan Metallica kerana Lars dikatakan tak sihat masa tu.Dan lastttt sekali untuk malam nostalgia ni panggung ditutup dengan LAGU WAJIB iaitu Seek And Destroy.
Selesai tugasan mereka malam ni,rata2 crowd semua bangun selepas habis lagu Seek And Destroy tu sebagai tanda kepuasan tahap maksimum.Sakit badan,letih,duit habis dan macam2 lagi rasanya telah pun berbayar pada malam ni.Samada mereka akan mendarat lagi kesini pada masa mendatang itu tak pasti sebab apa yang pasti peluang hari ni jangan sia2 kan.Metallica dah pun turun keluar dari stage tapi penonton masih ada yang tidak mahu berganjak sebab nak berbual sesama mereka tentang kepuasan malam tu.Salah satu konsert menarik buat aku secara peribadi apabila berpeluang melihat hero aku masa kecik2 dulu berkonsert di tempat sendiri.
untuk kenang-kenangan hehehehe!!!
Extra review:
- Boleh dikatakan 99% setlist pada malam tu adalah dari katalog2 album classic mereka sekaligus menghilangkan segala rumors yang mengatakan bahawa kemungkinan ini adalah sebahagian siri promosi album "Lu lu"
- Lagu dari album "Master Of Puppet" dan juga "Ride The Lightning" adalah yang terbanyak dimainkan pada malam tu iaitu kedua2 album berkenaan sebanyak 4 buah lagu..diikuti "Black Album" sebanyak 3 buah lagu,"Kill Em'all" sebanyak 2 buah lagu..manakala album "Re-Load" dan juga "Death Magnetic" masing2 sebanyak 1 lagu....total 18 buah lagu keseluruhan pada malam tu.
- Antara lagu2 yang dijangka dimain tapi tidak dibawa pada malam tu adalah seperti lagu Memory Remains dari album 'Re-Load" dan juga lagu Whiplash dari album "Kill Em'all"
- Metallica membawa lagu Cyanade dari album "Death Magnetic" pada malam tu...sedangkan pada pendapat aku lagu2 seperti Broken,Beat & Scarred ataupun The Day That Never Comes adalah lebih popular disini berbanding Cyanade.
- Agak sedikit terkilan diwajah James apabila suara beliau tersekat pada verse pertama lagu Seek And Destroy dan secara tidak langsung beliau tidak dapat menyebut nama "Kuala Lumpur" pada rangkap awal lagu berkenaan seperti yang selalu dia lakukan pada setiap tempat yang Metallica datang.
- Yang paling KVLT dan RARE bila Kirk Hammet lupa wish dalam dialek melayu dan terus jadi "selamat.....thank you" kahkahkahkah..








