KL METALCAMP 2017 telah berlangsung 2 minggu sudah,sedar tak sedar event ni telah menjadi satu BRANDING bagi temasya music metal Malaysia khususnya...masih aku ingat ketika edisi pertama KL METALCAMP dalam tahun 2008 macam tu di dewan komuniti cina (mcpa) antara yang terlibat adalah aradia,vociferation eternity dan beberapa nama yang aku dah tak ingat...masa tu KL METALCAMP masih berstatus gig lagi..namun beberapa siri kebelakangan ni serta promosi yang dilakukan berjaya membentuk sebuah temasya besar peminat extreme metal dan bukan lagi sekadar sebuah gig..
Dengan kesibukan kerja dan kehidupan harian aku gagahkan juga ambik cuti untuk datang ke event ni,dan jujur aku katakan kedatangan aku semata2 ingin melihat ATHOTORGH yang mana aku rasa tak puas layan masa showcase mereka di hard rock cafe melaka hujung tahun lepas...dan pastinya adalah Abigail.Aku memiliki beberapa (banyak sebenarnya hahaha) stuff dorang jadi kebetulan mereka singgah bermain di disini rasanya takde sebab kenapa aku tak nak datang dan lihat mereka beraksi....pada yang tahu tu takpelah tapi pada yang tak tahu Abigail adalah second wave punya black metal band dari jepun pada era 90'an dahulu dan seusia dengan 'Sigh'.Pengaruh music meraka lebih berkibat kearah norwegian black metal sebelum mereka merubah 360° darjah halatuju mereka kearah music thrash yang rock n roll dan sedikit elimen punk didalam fasa baru dalam music Abigail.
Ketika memasuki venue band Nonserviam sedang beraksi.Bermain music melodic death metal dengan energetic...namun music sebegini bukan mainan aku jadi tengok sekadar tengok haha...Mass Hypnosia mengambil alih pentas.Trio thrasher dari filipina ini pernah datang bermain disini beberapa tahun lepas dan ini kali kedua dalam set yang lebih besar...aku tergamam..ye tergamam melihat showmanship mereka..bermain dengan cukup tight dan padu...adunan thrash metal lasak yang mirip kepada possessed dan razor ini memang menghentak gegendang telinga..thumbs up buat gitaris yang cukup hebat berinteraksi dan beraksi...vocalist dia ni kalau tinggal di Malaysia rasanya ramai cikidis2 sangkut ni hahaha.
Band lagenda dari temasik RUDRA mengambil alih pentas...kumpulan yang menggelarkan music mereka sebagai "vedic metal" ini bukan asing bagi peminat music metal rantau asia...menggempur dengan style death metal yang dicampur myth purba hindu menyebabkan band ini unik.Ini kali pertama aku saksikan mereka tetapi sayang set mereka agak terganggu adakala suara vocal tak berapa jelas,sound guitar tidak balance dan beberapa lagi...hanya 2 lagu terakhir barulah sempurna persembahan mereka...vocalist berkomunikasi dengan baik dengan crowd.Habis persembahan Rudra,aku dengan beberapa orang kawan keluar cari kedai mamak untuk isi perut.Dan kami terlepas persembahan Infectious Maggot.
Takpelah sebab dah banyak kali juga aku tengok Infectious Maggot bermain live cuma kali ni tak dapat tengok mereka dengan vocalist baru mereka...vocalist baru mereka adalah madec bekas vocalist band grindcore veteran juga iaitu Negation menggantikan pososi kosong yang ditinggalkan fathul beberapa bulan lepas...
Ketika masuk semula ke venue TRAUMA sudah pun setengah persembahannya,band death metal lagenda dari Indonesia ini rasanya tidak asing bagi warga metal tempatan kerana boleh dikatakan kerap juga mereka kemari,kali terakhir ada tahun sudah kalau tidak silap mereka bermain di pulau pinang.
Tamat persembahan dari METALASIA (sorry tak dapat review sbb busy sembang dengan kengkawan) maka tiba giliran samseng veteran thrash metal dari perak pula beraksi...ATHOTORGH dari ipoh,mereka adalah penyebab besar aku datang ke event ni.Walaupun baru saja melihat mereka beraksi pada malam tahun baru yang sudah di hard rock cafe melaka tapi rasa macam tak puas...kehadiran mereka pada event kali ini lebih bermakna kerana label yang mengeluarkan ep mereka terdahulu (ultrahingax prod) meriliskan semula ep berkenaan dalam bentuk cd bagi menyambut 20 tahun anniversary ep berkenaan.
Sebelum show mereka bermula aku sempat menyapa Gea (guitar) dipintu masuk.Dia berceloteh tentang ep yang dikeluarkan semula ni,dari raut wajah nampak dia seronok dengan apa yang Ultra Hingax Prod hasilkan dari waktu kaset (1997) sehingga yang terbaru ni dalam bentuk cd...dah alang2 dia berceloteh aku suruh lah dia sign poster yang aku dapat dari pembelian cd tu hahaha...
Di dalam FB telah mereka umumkan yang persembahan mereka pada KL METALCAMP kali ni adalah "tribute to lemmy"... Usai mereka membedil lagu2 didalam ep "promaster dieyana" termasuk satu lagu baru yang bertajuk "be to be" mereka mengundang sorang guitarist wanita dari band Fleurs Du Mal (brutal death metal band from singapore) untuk jamming bersama mereka menerusi lagu "ace of spade" cover dari Motorhead sekaligus menutup persembahan mereka pada malam tu....kali ni baru aku puas hahaha
Sebelum berakhirnya KL METALCAMP 2017 band yang menjadi headliner pada kali ini adalah ABIGAIL yang diterbangkan dari Japan .Kalau tak silap ini adalah kunjungan mereka yang kedua,kali pertama dalam tahun 2004 di ipoh (betulkan fakta ni kalau salah) dan kali ini mereka tampil kemari dengan kapasiti crowd yang lebih ramai dan stage yang lebih besar.
Kumpulan ini bukanlah asing bagi rata-rata thrasher di Malaysia ni kerana album2 mereka banyak diimport mahupun dicetak oleh distro2 tempatan.Bermula sebagai band yang condong kearah style Norwegian Black Metal dan kemudian berarah ke music Thrash Metal yang berunsur satanik dan seks...dan tak keterlaluan boleh dikatakan mereka adalah pelopor dan terawal mengenakan terma sebegitu didalam lirik mahupun kulit album yang kelihatan lucah hahaha..Malam tu tanpa banyak bicara dan hanya bermodalkan beberapa ungkapan yang berbentuk 'carutan' mereka memulakan set mereka.
Aku tergamam dan kagum melihat stamina sang drummer mereka pada malam tu...betul2 macam robot yang bermain drum.Membawa kesemua lagu2 wajib mereka seperti "satanik metal f#cking"," attack with spell","hail yakuza","beer!metal!sex" dan sebagainya.yasuyuki lebih banyak berinteraksi dengan crowd berbanding Jero.Jero juga adalah perhatian utama para metalhead tempatan pada malam itu kerana beliau juga merupakan guitaris kepadan band projek Gezol Sabbat iaitu "metalucifer".Dan mereka hanya mengambil masa kurang dari 45 minit bagi menghabiskan 7-8 lagu pada malam tu.
Kesimpulan yang boleh dibuat boleh dikatakan KL METALCAMP kali ni antara yang terbaik,cuma ada beberapa perkara terutama dari segi sound dan masa yang diambil untuk satu2 band tu soundcheck kena beri perhatian.Lain dari tu rasanya semua ok walaupun bukanlah pada tahap yang sepatutnya.
Ada sesiapa geng2 blogger yang pegi tengok dream theater minggu depan?...aku masuk ikut pintu no.7 side John Myung huhuhu
K






































