Sebelum aku review pasal gig ni,ada baiknya juga aku bercerita sedikit tentang pengalaman aku yang meminati band ini dan juga serba sedikit info berkaitan band lagenda dari negara yang terkenal dengan jolokan negara "matahari terbit" ni.
Aku mengenali Sabbat sekitar tahun 2000 dimana aku masih bersekolah dan perkenalan itu melalui pendedahan majalah2 music dan zine tempatan.Kerapkali nama band ni diketengahkan dalam setiap ulasan dalam majalah mahupun zine.Diperkuatkan lagi kemaruk aku bilamana nama2 besar dalam irama Black Metal dunia juga menyebut Sabbat adalah jalur nadi kepada mereka untuk membuat band sendiri.
Puas aku bayangkan bagaimanalah rupa bentuk lagu2 mereka memandangkan pada waktu itu aku memang tak pernah nampak album mereka dipasaran.Cuma melalui bahan bacaan mereka mengatakan bahawa Sabbat adalah pertembungan diantara bunyian ortodok dari lagenda Bathory dicampur bunyi metal primitif dari Venom.Satu kisah lucu bilamana rakan sekolah mengatakan bahawa beliau nak menjual kaset Sabbat kepunyaan abang dia kepada aku,..masa tu hanya tuhan jelah yang tahu macam mana perasaan happy yang meletup dalam jiwa...tup2 bila balik kerumah aku buka cover kaset tu aku dapati ia bukanlah Sabbat yang aku inginkan namun album kumpulan Thrash Metal dari England (antara band Thrash Metal terbaik dengan album klasik hebat bertajuk "History of a time to come") yang berkongsi nama serupa juga iaitu "Sabbat"...hancur luluh hati aku lepas tu hahahaha...
Aku tahu memang ramai yang mengenali akan band lagenda hebat ni namun pada readers blog aku ni yang tak tahu pasal Sabbat mari kita berkenalan sedikit dengan puak2 setan suka makan ikan mentah ni.Sabbat boleh diklasifikasikan sebagai band terawal asia yang menjunjung genre Black Metal dengan acuan yang dibuka terlebih dahulu oleh nama2 besar seperti Bathory dan Venom.Ditubuhkan pada tahun 1984 dan ini bermakna mereka meletuskan molekul2 Black Metal lebih awal dari kumpulan2 dari Norway (negara yang mencipta revolusi Black Metal dunia pada awal 90'an).
Untuk mengkhususkan bunyian mereka pada genre Black Metal tepu juga bukanlah satu benda yang tepat kerana ada juga lagu2 mereka yang berbaur elemen Thrash dan Heavy Metal namun skop lirikal yang satanic dan imej menyebabkan Black Metal adalah pengkelasan terbaik buat mereka.Gezol (vocalist & Bassist) adalah individu yang cukup obses dengan karya2 klasik metal purba dan ia dizahirkan dengan jayanya melalui Sabbat mahupun didalam projek band beliau iaitu Metalucifer......
Gig yang sepatutnya dilangsungkan di Solaris terpaksa ditukar ke venue lain iaitu di "rumah api" ampang selepas beberapa masalah dihadapi pihak penganjur.Gig yang telah bertukar lokasi ini diberitahu maklumat penukaran venue oleh pihak pengajur hanya melalui inbox di Facebook agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Segala keluh kesah terbayar tatkala melihat Gezol & Co sudah bersiap sedia membuat persembahan selepas Nightwolf dan Insacred melakukan persembahan.Sememangnya Gezol telah lama bercadang untuk datang ke Malaysia setelah hampir berdekat lamanya hanya Thailand dan Singapore sahaja yang kerap mereka kunjungi.Dan percubaan untuk membawa mereka kemari pun bukanlah baru namun dah bertahun2 lamanya tapi berita tinggal berita,hanya kali ini mereka berjaya menjejak kaki kesini (tahniah organizer)
Persembahan mereka hebat,kualiti sound juga seimbang.Tentang permainan mahupun showmanship tak perlu dipertikai kerana biografi mereka sebagai pemuzik yang kerap bermain dipentas2 besar cukup untuk membuat mereka memahami setiap inci bunyian yang dikeluarkan walau terpaksa bermain dalam sebuah tempat yang kecil.
Jika diikutkan Sabbat pada awalnya hanya mahu membawa separuh sahaja lagu2 yang mereka senaraikan,kerana bimbang faktor keselamatan dan keadaan panas yang macam dipanggang dalam ketuhar di dalam venue 'rumah api' tu,namun atas faktor profesional dan memahami bahawa maniac di Kuala Lumpur sudah menantikan kehadiran mereka sejak sekian lama maka mereka bertahan dan berjaya menghabiskan kesemua lagu ..
Setlist
- Black Metal Scythe
- Witchflight
- Witch hammers
- Northern Satanism
- Carcassvoice
- Torment In Pentagram
- Immortality Of The Soul
- Mion's Hill
- Satan Bless You / Evil Nation
- Blackfire
- Bowray Zamurai
- Darkness And Evil
- Heavy Metal Hunter (cover METALUCIFER)







Thrill aku rasa bila baca ni posting. Best dan kelakwr pasal kaset tu haha
ReplyDeletecerita member sorang ni lagi sedih...
ReplyDeletekenangan ni.. lepas tu dpt plak cd live utk ni..memang sempoi.. ohya.. aku ad 5 keping lagi poster utk gig ni.. kalau bertahun rasanya bleh jual tu hahahahaa
ReplyDelete