bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, December 13, 2013

Pawang Metal Veteran Dari Japan


SABBAT : Battles Harmageddon tape (Compilation)

SABBAT : Darkness And Evil Over Barcelona tape (Live Recording)


Listen Tape And Stay For The NECRO sound......

Monday, December 9, 2013

SUFFERCATION "Day Of Darkness" (re-awakening)


                  Sebelum aku ulas mengenai album ini (Day Of Darkness) ada baik kita imbas sedikit kebelakang dimana nama Suffercation ni mula bertapak.Termaktub di dalam sejarah bahawasanya mereka adalah band Death Metal tempatan (mungkin juga asia tenggara) yang pertama berjaya merakam album penuh.Dibawah seliaan Valentine Sound Production (VSP) mereka menghemburkan peluru2 Death Metal acuan timur dengan jayanya melalui fasa pertama serangan mereka melalui album "Day Of Darkness" pada 1992.Dengan corak pemasaran dan barangkali juga sikap "keterbukaan" peminat tempatan terhadap music aliran keras pada masa itu telah menambahkan lagi kejayaan album "Day Of Darkness".
                 Tak salah kiranya kalau SUFFERCATION diangkat sebagai satu2nya band extreme metal bawah tanah yang mampu menutup mulut2 pemuzik mainstream apabila jualan album "Day Of Darkness" mampu mencapai jualan 23,000 unit kurang dari 5 bulan dari tarikh ia dikeluarkan...bagi sebuah kugiran bawah tanah bukan ke itu satu kejayaan??
                 Sepertimana band2 lain SUFFERCATION juga tidak terlepas dari SUFFER melibatkan beberapa pihak,mereka mengalami beberapa fasa seperti penukaran konsep dan sebagainya sehinggalah mereka datang semula pada tahun 2007 sekaligus merakamkan album comeback yang berjudul "As We Breathe...".Namun ia masih gagal untuk menakluk kuasa peminat new comer diera milenium ini.Apatah lagi aura JAHAT melalui "Day Of Darkness" masih kuat mendoktrin dalam minda pecinta irama berat ini.


                     Diatas kehebatan album pertama dan kuasa impaknya pada industri music maka aku yakin itu adalah punca mengapa berlumba2 label tempatan mahu mengeluarkannya semula,namun rezeki memihak pada afterlifeprod apabila label ini berjaya mengeluarkan semula album keramat ini dengan penambahan "re-awakening" pada tajuk album dan diletakkan satu lagu baru sebagai bonus.
                     Album ini asalnya dikeluarkan oleh VSP dalam format kaset sahaja,maka tidak hairanlah mengapa sound dalam cd keluaran semula Afterlifeprod ini adalah sama seperti sebuah rakaman kaset dubbing ini kerana mastercopy album berkenaan tidak ada pada SUFFERCATION.Namun ini bukanlah alasan untuk kita tidak memilikinya kerana album ini bukan sebuah album yang hanya diangkat sebagai klasik namun ia lebih kepada monumen sejarah susur galur perkembangan industri music berat Malaysia.


                     Disertakan dengan gambar2 klasik mereka,ulasan2 dari GODZ metal luar mengenai album ini bahkan disertakan juga temubual yang dilakukan sendiri oleh Wan Syamsul (owner Afterlifeprod) bersama SUFFERCATION.Adalah sesuatu pembelian yang cukup berbaloi dan produksi sebegini baru boleh dianggap sebagai 'menghormati' sesuatu keluaran semula apatah lagi bagi album sehebat "Day Of Darkness" ini.


                        Terlanjur bercerita mengenai SUFFERCATION dimaklumkan mereka akan beraksi pada sebuah gig yang dipanggil 'Blast From The Past' disamping nama2 besar lain seperti BRAIN DEAD,SIL KHANNAZ,INFECTIOUS MAGGOT dan lain2.Pada brother2 yang dulunya anda adalah kutu berahak metal tapi sekarang dah pencen rasanya tak salah untuk datang ke gig ni bagi menggamitkan semula memori indah anda ketika zaman2 rebellious anda dahulu kala..manakala bagi generasi baru yang masih berhingus macam aku jom kita ramaikan temasya ni dan saksikan bagaimana jentera2 lama ni mengkucar kacirkan stage di Publika Solaris...


Death Metal Malaysia Still Alive and Kickin....

Saturday, December 7, 2013

Ayam Penyet Padang Jawa




              Minggu lepas aku dan beberapa orang rakan turun ke Padang Jawa,tujuan kami nak berjumpa adalah untuk perbincangan mengenai trip kami ke Ipoh Perak pada Januari tahun depan.Memilih lokasi Padang Jawa kerana kerap disebut oleh Arif dan Hery bahawa ada kedai paling sedap disitu yang menyediakan hidangan ayam penyet.Malang sedikit buat kami kerana malam berkenaan kedai tu tutup dan kami memilih untuk ke kedai yang berhampiran.
               Kedai yang kami pilih ini adalah kedai kampung biasa,pemandangan lalu lalang warga kampung pulang dari kerja menghiasi pemandangan,aku suka view sebegini sebab dah naik muak dengan style2 mewah dipusat bandar.
               Sepertimana yang selalu kita saksikan dalam mana rancangan2 makanan Indonesia maka sama juga lah seperti kedai ni,baik dari cara susun atur barangan hingga ke tempat sajian.Seperti biasa menu kami adalah ayam penyet.Walaupun ayam penyet lebih mementingkan SAMBAL namun rencah2 lain juga penting seperti cara gorengan ayam dan sebagainya,kali ni berbeza sedikit kerana ayamnya digoreng dengan herba dan kelihatan sedikit kehitaman,bebola daging sebagai penambah lauk dan air extrajoss adalah pelengkap.
              Jika anda ke Padang Jawa cari je kampung yang berhampiran disitu dan warung ni adalah yang pertama anda akan jumpa selepas dari simpang.Harga ditawarkan juga murah selain layanan mesra dari tuan kedai.....yang lebih penting awek2 pun ramai yang datang makan disitu... 

Saturday, August 24, 2013

The Four Horsemen Live In KL 2013

                          Aku sampai ke stadium lebih kurang pada pukul 5.45 petang...memang masak nak mengadap kesesakan jalanraya di KL pada waktu begitu pada hari bekerja..sampai2 je di stadium deretan pelbagai gerai sudah dibuka untuk menjaja barang2 jualan,ada yang menjual makanan dan minuman dan apa yang pasti jualan merchandise dari jenama Metallica adalah yang paling banyak dijual.Apabila ada event besar macam ni dapatlah peniaga2 IKS (Industri kecil dan sederhana) ni mencari sedikit duit poket dengan jualan bootleg merchandise dorang tu.
                         Gate dibuka pada pukul 6 petang dan barisan untuk masuk kedalam stadium memang sudah tersedia.Satu perkara menarik berkaitan konsert ni ialah dimaklumkan bahawa sudah ada mereka2 yang datang ke stadium seawal pukul 7 pagi dan ini adalah sesuatu yang amat jarang sekali dapat dilihat semangat sebegitu pada zaman "music downloading" macam sekarang ni.


                       Sekitar pukul 7 petang kerusi2 stadium masih lagi rongak..masih ramai yang belum datang dan aku yakin punca utama adalah kesesakan jalanraya.Setuju atau tidak show di Singapura adalah lebih berbaloi...tak kira lah dari apa segi sekalipun Singapura lebih berbaloi baik dari segi harga tiket sehinggalah golden chance melihat ANVIL sebagai opening...Metallingkup dorang dapat tengok pakcik2 ANVIL pun dapat dorang tengok.Berbeza dengan konsert Whitesnake yang aku tonton pada tahun 2011 dulu (klik sini ) dimana apabila organizer nampak ada kekosongan pada satu2 bahagian dihapan maka pembeli2 tiket dibahagian atas (paling murah) dibenarkan untuk turun sedikit kebawah bagi mengisi kekosongan.Tapi kali ni memang perkara tu tak berlaku pada konsert kali ni dan aku yakin memang ia kelihatan cukup hodoh bilamana show sebesar ini crowd nya duduk dalam keadaan berkelompok dan bukan satu tempat....


                         Setuju ataupun tidak CROMOK telahpun diberi kepercayaan untuk menjadi band pemanas badan.Macam2 cerita aku dengar,ada yang suka dan ada ramaiiiiiiiii juga yang tak suka.Ini kerana berhubung kait dengan situasi tahun lepas apabila ada babak yang kurang menarik dilakukan oleh personal band tu. Cromok naik kepentas pada pukul 7.30 petang..mereka membawa 4 buah lagu diantaranya misty dan juga journey.Hanya setengah jam sahaja maka stage kembali dikosongkan dan crew mula membawa masuk instrument2 bagi Metallica.


                       Bahang malam tak mampu melawan bahang dalam diri setiap manusia yang hadir pada malam tu.Aku yakin ada yang telah menunggu lebih dari 20 tahun bahkan mungkin lebih dari itu dan pastinya malam ni adalah sejarah peribadi buat diri masing2....jam menunjukkan pukul 8.45 malam..intro sudah mula bergema..aku sempat memandang manusia disekeliling dan rata2nya biji mata hanya tertumpu pada pentas..tamat intro maka Lars adalah personal pertama Metallica yang muncul diikuti yang lain2 dan tanpa sebarang interaksi mereka buka panggung pada malam tu dengan classic anthem yang dipetik dari kompilasi/album "Metal Massacre / Kill em'all" iaitu lagu Hit The light..bergema satu stadium seakan meraikan jaringan gol pasukan bola....dan apabila lagu kedua Master Of Puppet pula dimainkan maka pasukan choir tidak berbayar makin menggila dan nyanyian beramai2 itu diteruskan juga pada lagu Fuel yang dipetik dari album "Re-Load".
              Tamat tiga lagu berkenaan barulah James membuka bicara untuk berinteraksi dengan crowd.Sepertimana Minoru Nihara dari LOUDNESS begitu juga dengan James dimana beliau meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana terlalu lama menantikan mereka untuk sampai kesini dan statement beliau tu disambut dengan tepukan cukup gemuruh dari seluruh ribuan manusia yang hadir pada malam berkenaan.Harvester Of Sorrow adalah peluru seterusnya selepas James membebel ringkas dengan crowd diikuti dengan Fade To Black dan juga Ride The Lightning yang kedua2nya dipetik dari album "Ride The Lightning".Rasanya lagu Cyanade adalah satu2nya lagu era millennium yang dimainkan iaitu lagu yang dipetik dari album "Death Magnetic".
                Berpatah balik ke album "Master Of Puppet" kali ini Welcome Home (Sanitarium) dimainkan.James kembali berinteraksi dengan crowd dan bertanya "do you want heavy??...matallicaa will give you heaveyy bebehhh" sapa2 yang memang dah alert dengan konsert Metallica memang dah tahu yang dialog tu adalah penanda Sad But True akan berkumandang.


                      Memandangkan dalam band ni tiada satu pun personal yang boleh dianggap instrument heroes (terutama Lars hahahahaha) maka tiada satu slot pun untuk menunjukkan guitar solo atau drum solo memadai untuk rileks kan sedikit keadaan dimana kita lihat jari jemari Kirk memainkan lagu instrumental iaitu orion.Pentas digelapkan dan intro lagu One dimainkan...aku sempat berbisik dengan rakan aku Arif bilamana tengok Lars cukup terseksa bila masuk part pertengahan lagu tu dimana double paddle dia henjut asal boleh je..lari tak lari timing lagu dia tak peduli hahaha.Dengar distort bass aku dah tahu yang salah satu lagu fav aku akan dimainkan iaitu lagu "For Whom The Bell Tolls".
                     

                       Berpatah semula ke era mereka jadi kaya raya iaitu menerusi "Black Album" maka lagu kedua dipetik dari album berkenaan yang dimainkan pada malam itu ialah Nothing Else Matter dan juga lagu ketiga pada album yang sama iaitu "Enter Sandman" dan seperti yang kita tahu kedua2 lagu tu memang dianggap lagu untuk pancing crowd supaya kembali mewujudkan gelombang choir untuk menyanyi bersama.Tamat saja lagu Enter Sandman maka babak2 cerekarama pun bermula bila James kata tu adalah lagu terakhir....tu sebab aku cakap ia cerekarama sebab dia tahu orang akan jerit "we want more" bahkan kita sendiri pun tahu mana mungkin Metallica akan tutup panggung dengan cara cowboy sebegitu.


                     Naik semula kepentas dengan berbekal beberapa lagu sebagai encore dan ia dimulakan dengan lagu Creeping Death ...James yang sedari awal persembahan cuba untuk tidak bertutur dengan bahasa kasar akhirnya terlucut juga satu perkataan pada pertengahan lagu Creeping Death ni..aku tak pasti samada crowd perasan atau tak tapi aku memang perasan hahaha..and next lagu yang sepatutnya dimainkan pada awal persembahan (waktu penonton masih full energy) iaitu Battery ..masa ni aku dah terbayang kalaulah Dave Lombardo yang henjut lagu Battery pada malam tu mesti dia punya SADIS tu akan lagi terserlah macam ada dalam satu show tahun bila aku tak pasti yang Dave Lombardo dan Joey Jordison menjadi drummer session untuk satu persembahan Metallica kerana Lars dikatakan tak sihat masa tu.Dan lastttt sekali untuk malam nostalgia ni panggung ditutup dengan LAGU WAJIB iaitu Seek And Destroy. 
                     Selesai tugasan mereka malam ni,rata2 crowd semua bangun selepas habis lagu Seek And Destroy tu sebagai tanda kepuasan tahap maksimum.Sakit badan,letih,duit habis dan macam2 lagi rasanya telah pun berbayar pada malam ni.Samada mereka akan mendarat lagi kesini pada masa mendatang itu tak pasti sebab apa yang pasti peluang hari ni jangan sia2 kan.Metallica dah pun turun keluar dari stage tapi penonton masih ada yang tidak mahu berganjak sebab nak berbual sesama mereka tentang kepuasan malam tu.Salah satu konsert menarik buat aku secara peribadi apabila berpeluang melihat hero aku masa kecik2 dulu berkonsert di tempat sendiri.

                                            untuk kenang-kenangan hehehehe!!!

Extra review:

  1. Boleh dikatakan 99% setlist pada malam tu adalah dari katalog2 album classic mereka sekaligus menghilangkan segala rumors yang mengatakan bahawa kemungkinan ini adalah sebahagian siri promosi album "Lu lu" 
  2. Lagu dari album "Master Of Puppet" dan juga "Ride The Lightning" adalah yang terbanyak dimainkan pada malam tu iaitu kedua2 album berkenaan sebanyak 4 buah lagu..diikuti "Black Album" sebanyak 3 buah lagu,"Kill Em'all" sebanyak 2 buah lagu..manakala album "Re-Load" dan juga "Death Magnetic" masing2 sebanyak 1 lagu....total 18 buah lagu keseluruhan pada malam tu. 
  3. Antara lagu2 yang dijangka dimain tapi tidak dibawa pada malam tu adalah seperti lagu Memory Remains dari album 'Re-Load" dan juga lagu Whiplash dari album "Kill Em'all" 
  4. Metallica membawa lagu Cyanade dari album "Death Magnetic" pada malam tu...sedangkan pada pendapat aku lagu2 seperti Broken,Beat & Scarred ataupun The Day That Never Comes adalah lebih popular disini berbanding Cyanade. 
  5. Agak sedikit terkilan diwajah James apabila suara beliau tersekat pada verse pertama lagu Seek And Destroy dan secara tidak langsung beliau tidak dapat menyebut nama "Kuala Lumpur" pada rangkap awal lagu berkenaan seperti yang selalu dia lakukan pada setiap tempat yang Metallica datang. 
  6. Yang paling KVLT dan RARE bila Kirk Hammet lupa wish dalam dialek melayu dan terus jadi "selamat.....thank you" kahkahkahkah..

Friday, August 23, 2013

Settle....


                         Segala keluh kesah mahupun resah gelisah semuanya dah terjawab malam semalam (21 Ogos 2013) apabila nama band yang kita rasa adalah MUSTAHIL untuk bertandang kemari dah pun menyelesaikan tugasan mereka pada malam tadi.Stadium Merdeka menjadi saksi bagi satu lagi liputan sejarah Rock tanahair apabila salah satu pioneer wirama Thrash Metal telahpun menjejak kesitu untuk berkonsert.
                          Jujur aku katakan ni adalah konsert dimana buat hidup aku jadi perit...segala macam dugaan sampai dari dugaan semasa hendak mendapatkan tiket sehinggalah kepada kesulitan cuti.Sedikit sebanyak perkara2 ni dah ganggu mood aku masa bercuti raya.Tapi syukur masih ada ruang kesempatan dan dapat juga tengok... 
                         Review penuh pasal konsert ni akan aku cuba siapkan dalam masa terdekat...nak rushing2 sangat menulis pasal konsert ni pun tak guna juga sebab bak kata kengkawan blogger lain "band ni dah tua tak pi tengok pun tak nyesal " hahahahaha..saja gurau jangan marah..Insyaallah aku cuba siapkan sebelum konsert dorang di Singapore sabtu ni..... Do you want heavy??..Matalliccaa will give you heavy bebehhh!!!!!

Saturday, August 10, 2013

Metal Hammer Iron Maiden Gift Pack

                Saja nak bagi sedikit hiburan yang lari sikit dari term raya.Kali ni sekali lagi majalah metal gergasi dunia Metal Hammer memberi hadiah buat the real readers mereka dengan beberapa merchandise sempena keluaran Iron Maiden "Maiden England"..jika sebelum ni Metal Hammer telahpun mengeluarkan isu khas berkaitan album ni (Klik SINI ) tapi kali ni ia lebih kepada collection item dimana disertakan buku tambahan (keluaran sebenar gambor depan dorang letak Evenged Sevenfold) dimana disertakan dengan giant poster juga alas cawan...alas cawan dia memang lawa boleh guna untuk raya ni kalau tetamu datang hahahaha...jom tengok gambar

                                korang carilah yang depan dia gambar band ni!!!

                              bahagian belakang ada buku bonus sekali dikempil dengan lain2 merchandise

                                 bahagian belakang giant poster + gambar depan buku bonus

                                 bahagian depan giant poster + gambar belakang buku bonus

                                          gambar belakang tempat alas cawan

                                         gambar depan tempat alas cawan

Ok sekarang jom tengok antara gambar2 menarik yang terdapat dalam buku bonus..

                                                            gambar depan

                                                    gambar belakang












                         Ikutkan memang malas nak beli memandangkan perbelanjaan raya ni,tapi bila tengok dah tinggal seketul ni je terus lah aku rembat...harga rm29.90...tapi puas hati...

Thursday, August 8, 2013

Minal Aidil Wal Faizin 2013


                 Hati-hati memandu,jaga kesihatan dan juga keselamatan kita sekeluarga,jangan main mercun,jangan mengorat MILF masa kita bertandang kerumah sedara mara masa beraya,jangan lupa makan ubat darah tinggi (almaklumlah pesta rendang lah katakan) dan jangan buat2 lupa untuk wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua reader di blog When Sky Turn Black...long live Rock N Raya..

Sunday, July 28, 2013

United World Rebellion (Chapter One)

                            nanti2 aku review..ke ada kengkawan blogger lain nak mula dulu?

Saturday, July 20, 2013

Super Collider "13"


              Kita lari sikit dari demam bercerita pasal Master Of Puppet yang nak datang 21 ogos ni...hampir sebulan lebih blog ni bersawang tanpa sebarang review maka kali ni aku lepaskan 2 album sekaligus untuk diulas...kiranya lepas korang bersahur pagi ni boleh lah baca apa yang aku tulis sambil merokok 2-3 batang sebelum azan subuh berkumandang hahaha..Alright,..tahun 2013 tiada apa yang menggembirakan apabila diberitakan bahawa Black Sabbath kembali ke studio untuk merakam album baru ("13").Begitu juga Megadeth yang kita sedia maklum memang produktif dalam pembikinan album pun sudah mengeluarkan kenyataan mereka akan ada album baru tahun 2013 ni....


                    Setelah lebih dari sedekad percubaan untuk bergabung (sebelum ini mereka hanya bergabung untuk menjayakan konsert sahaja bukan untuk merekod album) kali ni project untuk MENYAWAKAN semula Black Sabbath tampak berhasil.Wajah2 lagendaris dari bandar Birmingham ini kembali mengisi slot2 utama media elektronik berikutan pengumuman Ozzy yang menyatakan bahawa mereka memang sedang dalam rangka menyiapkan sebuah album (terakhir??) diatas nama Black Sabbath.
                     Atas kesedaran yang pengalaman bukan tiket sebenar untuk melahirkan album yang berkualiti maka Black Sabbath menggunapakai Rick Rubin sebagai pengimbang diantara pengalaman Black Sabbath itu sendiri dan juga kepakaran deria Rick Rubin dalam memastikan "13" akan cukup rencah dan perisa sekaligus menjadi sebuah album pelepas kecanduan pada mereka2 yang rindu pada formasi klasik band Heavy Metal yang cukup samseng ini.
                    Seawal bulan May tahun ini Black Sabbath adalah antara band yang terpaling sibuk membuat persembahan bagi memberi "pemanas badan" kepada peminat sebelum album baru mereka keluar.Bermodalkan single mereka yang bertajuk "God Is Dead?" (klik sini untuk video) maka secara tidak langsung peminat dapat mengukur rupa bentuk lagu yang akan mereka bawa pada album baru.
                     Aku malas sebenarnya nak bercerita pasal Bill Ward sebab orang tua kutuk ni memang dari dulu lagi suka bikin trouble pada waktu last minute maka kita bagi kredit pada Ozzy,Iommy dan juga geezer diatas kesedaran bahawa kita semua memang sangap nak dengar hasil terbaru mereka.Semasa mereka mengumumkan pasal album "13" ni aku menjangkakan bahawa Tommy Clufetos (drummer untuk band Ozzy) adalah drummer yang akan menggantikan Bill Ward sebabnya semasa rangka promotion tour bagi album ni Tommy adalah drummer yang mengiringi Black Sabbath tapi aku tak pasti alasan apa yang difikir oleh Rick Rubin sehingga menggugurkan nama Tommy dan diganti dengan bekas Drummer  kumpulan Audioslave iaitu Brad Wilk.Album ni sebenarnya dah masuk kategori sempoi habis dah namun drum work yang ditunjukkan oleh Brad Wilk adalah sesuatu yang negatif untuk diperdebatkan jika kita bersembang perihal album ini.
                    Apapun ini adalah album terbaik 2013,dan pastinya ia adalah wajib dimiliki oleh mereka2 yang dah cop kan diri tu adalah metalhead.Dan suka aku nak ingatkan bahawa jika korang nak membeli album ni pastikan ia adalah album yang dikeluarkan perfect dengan harga rm45 jika tidak silap..jangan beli yang ada cop "malaysia edition" sebabnya duit korang melayang sampai nak dekat rm30 tapi album dia punya inlay macam celaka...jadi biar mahal sikit tapi puas hati..


  1. End Of The Beginning
  2. God Is Dead??
  3. Loner
  4. Zeitgeist
  5. Age Of Reason
  6. Live Forever
  7. Damaged Soul
  8. Dear Father 



                Megadeth ni memang boleh masuk kategori band paling degil dalam sejarah Heavy Metal dunia.Tak pernah duduk diam dan pasti akan sentiasa mengeluarkan album dalam jarak2 yang dekat.Tapi itu dari sudut kumpulan dan bagaimana pula dari sudut album terbaru ni??...
                 Jujur aku katakan yang aku terkejut dengan album ni,bukan terkejut kerana hebat tetapi terkejut kenapa ia kedengaran begitu lite jika dibanding dengan dua album sebelum ni (Thirt3en Endgame).Mungkin aku bukan die hard dan mungkin aku silap.Macam yang pernah aku sebut sebelum2 ni bahawa peralihan abad millennium Megadeth seakan2 hilang formula,namun begitu aku masih mampu lagi menghadam beberapa album seperti "The System Has Failed" mahupun "United Abomination".Namun yang kali ini agak perit sikit...bukan perit sikit tapi perit banyak..
                 Kemerepekan album ni bukan sahaja pada ilustrasi yang buruk pada artwork dalam album namun ia dilengkapkan lagi dengan menjadikan lagu "Super Collider" yang kedengaran cukup jambu sebagai track taruhan (klik sini untuk video)..adoiii..dulu masa nak keluar Thirt3en sikit punya gempak bila digunapakai lagu Public Enemy No.1 sebagai single tapi apesal yang baru ni jadi macam ni abang Mus oiiii.
                 Seperti album yang lepas kali ni masih berpengkalan di San Marcos,California (studio abang Mus) sebagai tempat recording.Masih dibarisi oleh line up yang sama didalam album Thirt3en iaitu Abang Mus - guitar + Vocal,Christ Broderick - guitar,David Ellefson - bass dan Shawn Drover - drum.Apapun kalau korang rasa yang korang ni adalah jenis hidup mati adalah untuk Megadeth bolehlah beli album ni sebab apa yang aku tulis ni adalah pandangan peribadi.Kalau korang rasa ia salah kita boleh berdebat panjang nanti.


  1. King Maker
  2. Super Collider
  3. Burn!
  4. Built For War
  5. Off The Edge
  6. Dance in The Rain
  7. Beginning Of Sorrow
  8. The Blackest Crow
  9. Forget To Remember
  10. Don't Turn Your Back
  11. Cold Sweat 


                  

Sunday, July 7, 2013

Metallingkup

                                                 Jumpa August nanti ye!!!!

Sunday, June 23, 2013

Ujian Tuhan


                  Bangun tidur petang ni..buka tingkap ingatkan mimpi melancong ke oversea rupanya jerebu hahahaha...saja bagi peringatan buat kawan2 agar jaga kesihatan semasa dalam ujian Allah ni.Kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak....

Sunday, June 2, 2013

Soylent Zine #1


               Aku tak ingat bila kali terakhir aku membeli sesuatu yang dipanggil "Zine"...mungkin kali terakhir adalah pada tahun 2001 dan lepas dari itu biji mata lebih tertarik untuk baca majalah2 music yang lain pada ketika itu seperti majalah 'Konsert' majalah 'Kugiran' mahupun 'Rottw'....sekarang dah masuk tahun 2013 dan apa reason aku untuk beli Zine ni??..sebab kali pertama ia dipromosikan dan aku lihat ilustrasi mahupun cara rekaletak zine ni adalah berbeza dengan zine2 lain yang sedia ada.
                Bagi isu yang pertama Soylent Zine Ironworx Gravefix  diberi kepercayaan untuk membuat cover art.Pada mereka yang belum tahu Ironworx Grave adalah individu yang banyak membuat ilustrasi bagi band2 extreme Metal tempatan dan antara band yang pernah menggunakan khidmat jasa beliau adalah seperti Neftaraka,Deathevoker dan banyak lagi dan yang terbaru boleh dilihat hasil tangannya pada demo tape band Impious Blood.
                Soylent Zine lengkap dengan kata2 permulaan dari tuan editor dan juga pengenalan ringkas akan isi kandungan,sarat dan penuh dengan temuramah2 menarik bersama dengan MACHETAZO,KAM LEE,HOODED MENACE,POSSESSED dan banyak lagi.Harga yang ditawarkan untuk normal version yang macam aku punya ni hanya rm8 + rm4 (kos penghantaran) dan untuk yang Die Hard Version (zine + limited edition Fondlecorpse 2-song single cd) berharga hanya rm 10 + rm5 (kos penghantaran)

sebarang pertanyaan untuk pembelian boleh klik pada link dibawah :
https://www.facebook.com/deadbeatshop   
             

Saturday, May 25, 2013

Heaven & Hell Live at Radio City Music Hall

                Sementara line internet tengah cemerlang pagi2 buta ni rasanya elok juga kalau dicampak satu posting baru untuk dibaca dari bersawang blog ni tanpa sebarang new update..hahaha


           Jika ditahun 2006 Radio City Music Hall (RCMH) yang bertempat di New York telah menyaksikan Dream Theater menyambut ulangtahun ke-20 (dirakam dalam dvd yang bertajuk "Score" jika tak salah) maka ditahun 2007 pula sekali lagi bertempat di RCMH menyaksikan pula wajah2 yang pernah mendominasi genre Heavy Metal lama kembali beraksi sebagai band yang dipanggil HEAVEN & HELL
           HEAVEN & HELL yang dianggotai oleh mereka2 yang pernah/masih memegang jawatan eksekutif didalam kumpulan BLACK SABBATH ini cuba mewarnai semula jalur music yang pernah meraka juarai ketika lewat 70'an dahulu dan ia sampaikan dalam look yang moden.Band projek ni diwujudkan sebagai satu signal bahawa karya2 didalam album BLACK SABBATH seperti "Heaven and Hell","Mob Rules" mahupun "Dehumanizer" masih lagi punya pengaruh.
            Maka bertempat di RCMH satu konsert live telah dibuat sebagai memberitahu bahawa mereka masih hidup dan cukup sedia untuk rockin diatas tiket Heaven & Hell...macam yang aku sebutkan tadi bahawa line up band ini adalah muka2 yang pernah ada dalam BLACK SABBATH maka hampir 100% lagu yang dibawa oleh band ini semasa beraksi adalah lagu2 yang dipetik dari band lagenda berkenaan (lagu2 yang mendiang Dio nyanyikan dalam Black Sabbath).


                 Persembahan mereka hebat dan tight almaklumlah sejarah setiap line up dalam band ni pun bukan calang2 kan...Mendiang Dio antara karekter yang membuatkan show ni kelihatan cukup hidup,boleh nampak betapa happy nya dia semasa show ni sebabnya seperti yang beliau pernah sebut dalam beberapa interview yang dia sendiri tidak percaya yang dia akan diberi sekali lagi peluang untuk duduk dan bekerja dengan rakan2 lama yang pernah menciptakan magis pada album 'Heaven and Hell' pada tahun 1979 dahulu maka tidak heranlah kalau mendiang nampak begitu bersemangat sekali dalam konsert ni.
                 Toni Iommi dan Geezer Butler seperti yang kita tahu karekter mereka ni sempoi je masa show senyum pun tidak berinteraksi dengan crowd pun tidak sebab masing2 lebih selesa bermain instrument dan dalam bab2 yang lain serahkan je dekat Dio sebab dia lebih arif dan sajak dalam bab interaksi ni.Vinny Appice pula adalah drummer bagi band ni.Beliau mula berkhidmat semasa dalam recording bagi album "Dehumanizer" pada tahun 1991/92.Dan khidmat bakti beliau sekali lagi diguna bagi project band Heaven & Hell.Pada malam tu beliau menggunakan drum set yang sama digunakan oleh mendiang Cozy Powell semasa dalam Black Sabbath dulu,tapi sayang seribu kali sayang hanya drum set sahaja yang sama namun permainan Vinny Appice adalah jauh panggang dari api kalau nak dibanding dengan mendiang Cozy Powell.Tak tahulah apa sebab dan musababnya permainan beliau malam tu cukup hambar,dan lebih teruk beliau tidak dibuang dan diberi kepercayaan pula untuk merakam album tunggal band ni iaitu "The Devil You Know"..heran betul..
              Apapun dvd ni cukup seronok untuk dilayan pada waktu2 yang bosan dan tak tahu nak buat apa.Sebabnya ia bukanlah konsert dimana terdapatnya lagu2 bosan dalam album "The Devil You Know" tapi adalah lagu2 yang berstatus masterpiece bagi BLACK SABBATH dizaman Dio yang menjadi vocalist.

Track :

  1. E5150/After All (The Dead)
  2. The Mob Rules
  3. Children Of The Sea
  4. Lady Evil
  5. I
  6. The Sign Of Southern Cross
  7. Voodoo
  8. The Devil Cried
  9. Computer God
  10. Falling Off The Edge of The World
  11. Shadow of The Wind
  12. Die Young
  13. Heaven And Hell
  14. Lonely Is The World
  15. Neon Night

Friday, May 17, 2013

Destruction Live @ KL Metalcamp 2013

                       

              Sabtu lepas (4 may 2013) telang berlangsungnya sebuah event tahunan bagi seluruh metalhead di Malaysia iaitu KL METALCAMP yang mana tahun ni telah masuk kesiri yang ke-6...aku secara peribadi agak kagum dengan penganjur kerana siapa yang sangka KL METALCAMP pertama yang bermula pada tahun 2008 di dewan komuniti cina (mcpa) hanyalah sebuah gig biasa namun hari ni KL METALCAMP seakan2 sebuah upacara tahunan yang wajib disetiap tahun dan ia dinantikan bagi semua aktivis/penggerak/peminat mahupun beribu2 komuniti underground di Malaysia...KL METALCAMP bagi siri pertama,kedua dan ketiga aku turut serta namun atas faktor2 kerja harian maka siri yang keempat dan kelima aku terlepas..dan tahun ni adalah mustahil untuk aku tidak hadirkan diri apatah lagi headliner bagi KL METALCAMP pada 2013 ni adalah lagenda Thrash Metal dari Germany iaitu Destruction 
               

                  Aku bergerak dengan Arif dan kami tiba di Solaris lebih kurang pukul 2.00 petang..show yang dijanjikan berlangsung pada pukul 2.00 itu hanyalah bermula pada pukul 4.00 petang..terpaksalah aku dengan Arif jadi kutu rayau sementara nak menunggu show bermula.Lebih kurang pukul 3.00 kelibat Destruction yang baru tiba di venue mula kelihatan,berkerumun orang yang datang nak bergambar termasuk orang yang menulis review yang korang tengah baca ni hahahaha... 


                                 kesian kena buli paksa makan durian hahahaha 


             Kita letak tepi dulu pasal Destruction ni pasal dorang drop pun kejap je...Lebih kurang pukul 4.00 petang semua crowd dibenarkan masuk,waktu aku melangkah masuk kedengaran emcee dah mula membebel untuk mengalu alukan kedatangan penonton...Andy Flop Poppy yang jadi emcee petang tu. 


             

                     STORMING STEELS band Thrash Metal kental yang datang dari negeri jelapang padi ni diberi kepercayaan bagi menjadi opening act untuk KL METALCAMP kali ni...persembahan STORMING STEELS mendapat tindak balas yang cukup positif dari crowd petang tu,cuma sayang mereka hanya memainkan 5 buah saja lagu (sepatutnya 6 lagu) sebab organizer nak kejar masa bagi laluan pada DESTRUCTION...bukan saja STORMING STEEL malah hampir kesemua band terpaksa cut waktu persembahan mereka....STORMING STEELS menutup persembahan dengan sebuah lagu saduran dari lagenda Death Metal Malaysia iaitu SILENT DEATH menerusi lagu "Satanic Unity" (lagu dari demo SILENT DEATH tahun 1990 "eternal damnation") 




                Band kedua yang beraksi pada petang tu diterbangkan khas dari negara gajah putih..ZYGOATSIS sebuah band berkonsep Black Metal yang menyuntikan sedikit konsep barbaric adalah sebuah band yang tidak asing lagi di Thailand...aku mengenali mereka melalui sebuah kaset 3 way split yang dikeluarkan oleh WITCHHAMMER  PROD sekitar tahun 2011 dulu yang mana kaset split berkenaan turut menampilkan NUCLEAR WARFARE dan juga DEFAMATION. 
                                  Untuk pengetahuan pembaca ZYGOATSIS juga dibarisi oleh Avajee iaitu bassist/vocalist bagi lagenda Black Metal siam iaitu SURRENDER OF DIVINITY bezanya dalam ZYGOATSIS beliau bertindak sebagai lead guitarist.Mereka mendominasi pentas dengan baik serta permainan yang tight cuma dari segi sound ada sikit kacau bilau,ada masanya rasa macam nak pecah gegendang telinga..apapun pada aku ZYGOATSIS dah all out habis petang tu...andaikata ada peluang aku nak lagi tengok dorang main live disini..              




                Kumpulan Thrash Metal kedua yang beraksi selepas STORMING STEELS pada hari itu adalah HEREAFTER.Sebuah band yang rasanya tak perlu aku bagi introduction panjang lebar jika korang memang berkecimpung dalam scene music keras...tanpa ada sebarang banyak cakap HEREAFTER terus memulakan persembahan mereka.Diawal lagu pertama yang mereka bawa ada sikit masalah dibahagian gitar namun masalah tersebut cepat2 diselesaikan oleh crew yang sedia ada... 
                Terus menghembur dengan lagu kedua yakni anthem song bagi HEREAFTER iaitu "orang jahat"..ternyata rata2 crowd memang hafal dengan lagu ni dan ia dibuktikan apabila semua crowd menyanyikan bahagian chorus lagu ni iaitu "marilah sertai kami...ORANG JAHAT" hahaha..kemudian disusuli dengan beberapa lagu dari album "Endcient"...HEREAFTER membawa lebih kurang 4 lagu pada petang itu... 


                TOOL OF THE TRADE mengambil alih pentas...inilah pertama kali menyaksikan mereka di depan mata,jika sebelum ni banyak juga terbaca dalam review zine bercerita akan kehebatan band Grindcore tegar ni dan kali ni aku berpeluang tengok sendiri macam mana dorang kucar kacir kan stage hahaha...mereka antara band yang sedikit bertuah pada petang itu kerana diberi keizinan untuk menghiburkan crowd tanpa ada sekatan masa..... 





                  Lagenda Hardcore dari temasik iaitu STOMPIN' GROUND...walaupun aku bukanlah meminati jalur music yang sebegini tapi kehadiran STOMPIN' GROUND pada petang itu memang aku nantikan.Ini kerana mereka adalah nama yang paling kerap disebut oleh setiap media andaikata kita berbica perihal pola perkembangan music keras di Asia..bahkan diberitakan bahawa ini adalah show terakhir mereka (Ariff beritahu aku yang masuk kali ni dah 4 kali dorang umum last show hahaha).Sepertimana TOOL OF THE TRADE yang diberi peluang beraksi tanpa sekatan masa begitu juga pada STOMPIN' GROUND yang diberi ruang untuk beraksi apatah lagi crowd cukup menggila tatkala melihat act mereka...tamat lagu terakhir dari band lagenda ni maka show diberhentikan buat sementara bagi laluan waktu maghrib.. 





                    Lebih kurang pukul 8.30 malam crowd dibenarkan masuk semula kedalam,ketika sedang berasak-asak untuk masuk dan tatkala tu sudah pun kedengaran sound dari skuad Death Metal tegar iaitu HUMILIATION  yang telah memulakan persembahan mereka,sepertimana aku merasakan bahawa inilah band yang paling best sound pada hari berkenaan rupa Arif juga bersependapat. 
                          Satu persatu lagu diasak oleh mereka,dan mereka juga bertuah kerana tidak diberi sekatan masa (beza dengan band lain HUMILIATION menyambung persembahan kerana permintaan crowd yang menggila).Ini adalah kali yang ke-3 aku menyaksikan mereka beraksi dan ia tetap menarik untuk dilihat,aku syorkan pada kawan2 yang mungkin dah pencen dari menghadiri gig2 yang sebegini tapi masih ada minat walau sekelumit pada irama Death Metal maka datanglah singgah dimana2 saja gig jika terdapat nama HUMILIATION ni sebabnya aku yakin band sebegini adalah untuk anda!!!!selepas mereka SIL KHANNAZ pula yang mengambil alih (maaf tiada gambar sebab kamera aku masa ni meragam...).Raja Death Metal Malaysia ni hanya memainkan 3 lagu saja pada malam tu sebab untuk memberi ruang pada DESTRUCTION kerana waktu memang sudah terlalu lewat. 


                     Tamat persembahan SIL KHANNAZ ini bermakna penantian hampir berakhir...stage digelapkan dan banner besar DESTRUCTION dinaikkan....sepertimana aku penonton lain juga sudah terasa akan adrenalin yang mengalir sudah ke kemuncak.Seleksi lagu2 dari Scorpion,Rainbow dan juga UFO mengiringi suasana tatkala crew sedang bertungkus lumus menyiapkan segala kelengkapan bagi lagenda German ni,apa yang menariknya crew yang bertanggungjawab untuk band mega ni hanya 2-3 orang saja dan mereka cukup cekap menyediakan segala bentuk keperluan,dialah yang jadi drum tech dia juga yang jadi guitar and bass tech dan juga tukang adjust mic 1,2,3 test test test hahahahaha..hebat.. 
                                

                     Dikiri dan kanan stage diletakkan dua penghadang dimana tertera gambar "kepala tengkorak berkecai" (gambar dari album ANTICH???).. 




                      Schmier,Mike dan Vaaver telahpun berada diatas stage dan sepertimana layar yang tertera logo dari album "antich????" maka lagu pertama dan kedua juga diambil dari album berkenaan bermula dengan lagu "Trash Till death" dan diikuti lagu kedua iaitu "Nailed To The Cross". 


                        Selesai beberapa lagu mereka mula berinteraksi dengan crowd dengan menyatakan bahawa dunia Thrash Metal global merasa kesedihan dan dalam keadaan murung kerana sehari sebelum mereka (DESTRUCTION) bertandang kesini mereka dikejutkan dengan berita kematian mendiang Jeff Hanneman (SLAYER) dan DESTRUCTION sempat memainkan beberapa medley riffing dari seleksi lagu2 hebat Jeff Hanneman semasa hayatnya bersama SLAYER... 



                     Mereka kembali menggasak...satu persatu lagu ditembak tanpa ada sedikit ruang untuk bernafas...mereka tidak peduli apa yang terjadi diatas stage kerana mereka punya crew yang cukup profesional yang mampu membetulkan apa juga masalah yang terjadi tatkala DESTRUCTION beraksi..maka kerja band ini cukup mudah iaitu hanya melalak untuk menghiburkan ribuan thrasher yang hadir pada hari itu. 
                              Sebutkan saja apa dia yang anda mahu...anda mahu 'Mad Butcher'??anda mahukan "Total Desaster"??ataupun "Metal Discharge"??...boleh dikatakan hampir semua track klasik dari lagenda yang diletakkan sebagai salah satu KING dalam "The Big Three" dari Germany selain dari KREATOR dan juga SODOM telahpun mereka bawa pada malam tu...mereka menamatkan persembahan lebih kurang pada pukul 11.45 malam.... 



NOTA : Balik rumah tidur sambil senyum2 sebab dapat bergambar dengan Mike kihkihkih!!!!!!  
                      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...