bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Saturday, December 7, 2013
Ayam Penyet Padang Jawa
Minggu lepas aku dan beberapa orang rakan turun ke Padang Jawa,tujuan kami nak berjumpa adalah untuk perbincangan mengenai trip kami ke Ipoh Perak pada Januari tahun depan.Memilih lokasi Padang Jawa kerana kerap disebut oleh Arif dan Hery bahawa ada kedai paling sedap disitu yang menyediakan hidangan ayam penyet.Malang sedikit buat kami kerana malam berkenaan kedai tu tutup dan kami memilih untuk ke kedai yang berhampiran.
Kedai yang kami pilih ini adalah kedai kampung biasa,pemandangan lalu lalang warga kampung pulang dari kerja menghiasi pemandangan,aku suka view sebegini sebab dah naik muak dengan style2 mewah dipusat bandar.
Sepertimana yang selalu kita saksikan dalam mana rancangan2 makanan Indonesia maka sama juga lah seperti kedai ni,baik dari cara susun atur barangan hingga ke tempat sajian.Seperti biasa menu kami adalah ayam penyet.Walaupun ayam penyet lebih mementingkan SAMBAL namun rencah2 lain juga penting seperti cara gorengan ayam dan sebagainya,kali ni berbeza sedikit kerana ayamnya digoreng dengan herba dan kelihatan sedikit kehitaman,bebola daging sebagai penambah lauk dan air extrajoss adalah pelengkap.
Jika anda ke Padang Jawa cari je kampung yang berhampiran disitu dan warung ni adalah yang pertama anda akan jumpa selepas dari simpang.Harga ditawarkan juga murah selain layanan mesra dari tuan kedai.....yang lebih penting awek2 pun ramai yang datang makan disitu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



wahhh nampak sedap la..
ReplyDeletesekali dah terjebak dengan sambal ayam penyet nescaya tiada jalan kembali hahahaha
Delete