bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, November 27, 2011

First time punya pukul


                  Aku terlihat kawan aku makan benda ni (pulut mangga bersantan) kalau tak salah 2 tahun lepas,aku tengok cukup selera dia makan,aku tak berani nak cuba pertamanya makanan sebegini agak janggal aku makan,keduanya benda yang melibatkan pulut ni dari kecil lagi mak ayah aku tak galak kan sangat aku jamah sebab aku ada penyakit semput jadi secara automatic lah benda2 pulut ni aku kurang tertarik..
                 Tahun ni ntah apa mimpi aku terasa ingin sangat nak makan menu ni,tapi aku dah tak ingat dekat mana tempat yang kami pergi dulu,so pendam jelah rasa nak makan....pendek kan cerita petang semalam aku ke pasar malam Jalan Tunku Abd Rahman (atau jalan TAR) dan terjumpa dengan menu ni....tak payah cakap banyak terus rembat...rm5 sebungkus dan santan diasingkan dalam plastic lain.
                 Aku tak pasti makanan ni asal dari mana,ada yang cakap makanan orang siam,ada yang cakap makanan orang Terengganu,tapi kalau tak salah aku orang Terengganu makan pulut dengan ikan goreng,nak lagi sadis dorang makan dengan ikan masin,dengan mangga ni tak tahu pula ada ke dorang ni makan.Pasal rasa aku bagi kredit,pulutnya berlemak,dilawan dengan rasa santan yang manis dan dicolekkan pula dengan mangga yang sedikit masam....anda boleh bayangkan ketiga2 rasa disuap kemulut??......

Friday, November 25, 2011

SOFEA "Anak Liar"

               Pada minggu lepas telah berlangsungnya konsert anniversary ke-30 kumpulan gergasi Rock Malaya iaitu SEARCH,siri konsert berkenaan dimulakan di Pulau Pinang.Aku sempat bertanyakan pada rakan2 kenalan dalam laman sesawang cinta muka buku yang telah pergi menonton konsert berkenaan,rata2 nya meluahkan rasa kesal,menyesal,sedih,sakit hati,bengang,marah dan segala macam lagi terhadap konsert tu,alasan mereka ialah SEARCH tidak memberi apa yang mereka bayangkan...aku tak pasti apa maksud mereka,apakah kegagalan SEARCH "Diawan Biru" pada tahun 2009 berulang sekali lagi di Penang???Allahuaklam,hanya mereka yang hadir pada malam itu ajelah yang tahu apa masalah SEARCH sebenarnya...Namun rasa2 negatif mereka itu ada sedikit terubat kerana opening band pada malam itu adalah salah satu gangster lagenda dalam dunia Hard Rock melayu iaitu kumpulan SOFEA...bahkan mereka memberikan kredit pada SOFEA lebih tinggi dari SEARCH...hahahaha...ini sudah pelik..SOFEA jadi opening act tapi diangkat status persembahan mereka sebagai headliner... 
                Aku akui yang persembahan SOFEA (yang terbaru ni) memang terbaik,mereka all out,salah satu spirit yang jarang dipertonton kan oleh band2 Rock seusia mereka dan aku pernah menyaksikan aksi mereka beberapa bulan lepas tatkala SOFEA menjadi opening buat LOUDNESS (klik sini untuk baca)...dan oleh kerana tu jugalah terdetik hati aku nak review pasal album ni.


                         Ada yang kata album ni tak sepuas album "Boneka Pentas"...tapi pada aku sendiri sebagai seorang peminat baru,setiap rilisan lagenda ni pasti punya cerita dan nostalgia nya...tapi not bad apa,lagu2 pukul rata macam ANAK LIAR dan BUNGA PADANG PASIR kan melalui album ni.Mungkin mereka yang menafikan album ni adalah peminat tegar SYJ barangkali....tapi album sulung atas nama SYJ iaitu KHUDRAT (vokalis ALANG) takdelah sehebat mana,biasa2 je walaupun time tu Alang & Co try nak hidupkan balik zaman2 rebellious atas nama SYJ sekalipun...dan aku pun tak minat dengan album KHUDRAT tu secara peribadi.


                        Aku anggap album ni antara album Klasik Rock Melayu terbaik yang ada dalam simpanan aku,dan aku seronok pusingkan album ni tatkala masa terluang,mungkin juga tak sehebat album keramat mereka yang lain,tapi jangan terlepas pandang...wei,ni SOFEA lah bukan kumpulan pop leleh...tak kan nak pertikai apa juga yang dorang bikin...


  1. Anak Liar
  2. Titik-titik Noda
  3. Bunga Padang Pasir
  4. Siksa Bayangan
  5. Godaan Syaitan
  6. Gadis
  7. Suratan Perpisahan
  8. Kejutkan Mereka
  9. Pabila Cinta Bersemi (amboii tajuk bukan main..hahaha) 
  10. Sisa-sisa Hidup 


P/S : Bila cerita pasal Live SOFEA teringat masa tengok dorang hari tu,sikit punya banging aku dengan kawan aku Fareez...almaklumlah sebelum ni dengar cerita,sekarang dah tengok depan mata...

Monday, November 14, 2011

DEEP PURPLE "Machine Head Live 1972"

                     Sambung dari Entry yang lepas,kali ni satu lagi vcd live yang ada dalam simpanan aku iaitu Deep Purple "Machine Head Live 1972"....umumnya yang kaki Deep Purple semua tahu akan album Machine Head ni adalah album keramat bagi Band yang diangkat sebagai BIG 3 bagi dunia Rock 70s selain dari Led Zeppelin dan Black Sabbath ini.


                        Jika korang pernah menonton Documentary perihal budaya Hippies yang menular dikalangan remaja2 England dan America pada tahun 60an dulu pasti anda tahu bahawasanya ada dinyatakan bahawa Hippies telah mati tatkala memasuki era 70an dek kerana budaya kaki2 Disco pula mengambil alih trend tersebut.Namun pada aku sendiri vcd ini merungkai segalanya,walaupun ia dirakam pada tahun 1972 (dikatakan tahun Hippies telah berkubur) namun penonton yang hadir bagi show Deep Purple ini adalah golongan2 Hippies..buktinya anda boleh saksikan cara pemakaian mereka,gerak laku mereka menghayati music dan macam2 lagi...mungkin budaya mereka telah berkubur namun ideologi mahupun falsafah mereka tetap menular walaupun pada era 70an.
                          Gambar live ini adalah hitam putih...dan itu yang membuatkan live ini begitu rare buat aku.Persembahan Deep Purple juga dalam show ini boleh mengingatkan kita pada show2 seperti Woodstock pada tahun 60an dulu.Bezanya Woodstock dilakukan di tempat terbuka dan Deep Purple pula bermain ditempat seakan sebuah dewan namun feel nya tetap sama.


                  Antara Live Deep Purple yang cukup raw pada aku secara peribadi.Ini kerana bunyi bunyian humming boleh kedengaran disetiap waktu persembahan,bahkan ketika Ritchie Blackmore solo sekalipun bunyi seakan2 bunyi nyamuk dan tenggelam timbul...hahaha...sungguh raw bukan??beza dengan rakaman2 live mereka yang lain.Show ini juga diangkat antara show super classic selain dari live show terakhir Ritchie Blackmore bersama Deep Purple buat kesekian kalinya iaitu "Come Hell Or High Water"...semua line up classic ini punyai karisma yang membuatkan Deep Purple punya tarikan tersendiri bagi yang arif pada alunan Rock ciptaan mereka. 

Track

  1. Highway Star
  2. Strange Kind Of Woman 
  3. Child In Time
  4. The Mule
  5. Lazy 



P/S : vcd ini mempunyai dua part,dan part aku ini adalah part 1...part 2 aku takde...so sesiapa yang ada tu apalagi,kasi posting lah...

Sunday, November 13, 2011

Mencuba Raja Buah

              Aku nak memberitahu kepada kawan2 semua,jika anda tiba2 teragak nak makan durian pada bila2 masa walaupun bukan pada musimnya anda boleh lah datang ke ss/2 Petaling Jaya Selangor untuk mendapatkan stok durian yang anda idamkan.Semalam aku berkesempatan kesana bersama keluarga untuk sesi membaham durian disitu...

                                 siap tertera laman web lagi di banner..hahaha  


                Ianya terletak tidak jauh dari Balai Polis ss/2 Petaling Jaya.Deretan kedai2 yang menjual durian boleh kelihatan,anda diberi pilihan samada membelinya dan membawa pulang mahupun makan terus je disitu,tapi rata2 pengunjung yang datang makan disitu je sebab ada tukang kupas kan kulit durian (tawkey/pekerja kedai tolong kupaskan) almaklumlah orang2 bandar ni bukan semuanya pandai ngupas durian ye tak??

                                antara jenis durian yang terdapat di sana 


               Jadi lepas ni korang (terutama warga Lembah Klang) tidak perlu lah pening kalau tiba2 teragak nak makan buah ni ataupun isteri mengidam nak makan durian pada bukan musim nya sekalipun,sebabnya ia memang sentiasa ada stok,aku pun tak tahu mana dorang cekau stok2 durian ni....pasal harga jangan lah terkejut kalau mahal,sebabnya benda bukan musim pasti mahal kan..kalau nak yang satu raga rm10 tu kena tunggulah musim dia....  

Thursday, November 10, 2011

WHITESNAKE "Monster Of Rock Live 1984"

                           
              Memandangkan demam digasak WHITESNAKE dua minggu lepas masih ada rasa demamnya maka aku memilih WHITESNAKE sekali lagi sebagai wacana entry kali ni.Ia sebuah rakaman live yang diadaptasikan dalam sebuah vcd.Kalau korang perasan pada tahun 2000 keatas yakni sebelum demam dvd menular,kedai2 music banyak menjual vcd2 live bagi artis2 Rock/Metal yang terkenal dengan harga yang murah iaitu RM29.90..aku ada beberapa keping vcd live sebegitu yang masih tersimpan rapi dalam koleksi music aku yang tak seberapa ni,antaranya yang aku ada ialah Live Ozzy Osbourne (klik sini kalau nak baca review nya) dan live dari Deep Purple tahun 197? (tolong ingatkan aku utk review live ini nanti ok!!)
             Ok,berbalik pada WHITESNAKE ini tadi,ia adalah sebuah live yang berlangsung di Doninton Park pada 20 august tahun 1984...sedikit perihal menarik mengenai konsert2 mega sebegini ialah WHITESNAKE acap kali menjadi head liner bagi konsert2 sebegitu pada tahun 80an dulu,tak kira lah Rock in Rio ke Monster of Rock ke walaupun ada kalanya konsert berkenaan turut serta adalah band2 yang jauh lebih hebat dari mereka seperti IRON MAIDEN misalnya...ini bukan omongan kosong,korang boleh google info ni kalau tak percaya.


               Tahun 1984 adalah tahun2 akhir sebelum WHITESNAKE berehat untuk beberapa ketika,ada aku terbaca dalam sebuah temuramah dimana satu soalan diajukan kepada Coverdale berkaitan isu WHITESNAKE yang berehat selama beberapa tahun selepas 1984 dan Coverdale menyatakan bahawa mereka (pemuzik Hard Rock) terpaksa berdiam diri kerana gelombang irama Punk yang begitu kuat melanda Britain waktu itu.
               Balik pada Live ni,kalau korang ni jenis kaki WHITESNAKE yang kasar ala2 album 1987 mahupun slip on the tongue rasanya sukar sedikit kot korang nak masuk dengan live ni,sebabnya tatkala ni WHITESNAKE masih kuat dengan bauan Blues nya...ideology dari DEEP PURPLE masih terlalu kuat terlekat lagi pada WHITESNAKE pada waktu itu,tapi andaikata anda memang ditakdirkan mempunyai jiwa Rock yang kental aku yakin live ini memang untuk korang.Line up ketika itu adalah line up klasik mereka seperti Micky Moody sebagai guitarist Cozy Powell sebagai drummer John Lord (Deep Purple) sebagai keyboardist Colin Hodgkinson sebagai bassist.


                     Memandangkan ia adalah sebuah live klasik maka lagu2 nya juga secara automatik mestilah masuk dalam kategori lagu2 klasik jugalah kan...hahahaha..antaranya seperti lagu Lovehunter,Ain't No love In The Heart Of This City,Here i Go Again dan macam2 lagi termasuklah cover song DEEP PURPLE yang selalu Coverdale bawakan (memang lagu dia nyanyikan pun) iaitu Soldier of Fortune.Kalau korang pernah saksikan live ni mesti kelakar kan tengok stage untuk konsert ni...ia sama taraf macam stage fun fair ..kalau nak dibanding siri2 mega konsert macam ni stage mesti gempak punya kan..
                     Jadi para pengumpul barangan WHITESNAKE nak tunggu apa lagi?show korang dah pergi hari tu kan,so jadi kan lah vcd ni pula sebagai salah satu dari koleksi anda...buktikan lah yang anda betul2 minat bukan sekadar datang show hari tu sebab nak tengok Mat Salleh datang main music..vcd ni dah pun berkubur rilisan nya...mungkin dalam versi dvd pun ada kot,pandai2 lah korang cari ok...kata die hard fan so kena lah ikhtiar mana nak cekau barangan klasik ni...selamat melayan!!!

Saturday, November 5, 2011

Doa Kesyukuran Di Rumah

                  Seperti kebiasaan,setiap kali menjelang lebaran (Aidilfitri/Aidiladha) ayah aku pasti akan membuat majlis kesyukuran.Kami tidak lah menjamu seluruh kariah surau,hanya jiran2 terdekat dijemput datang ke teratak buruk kami...


          Menu2 yang simple seperti Mee Singapore,satay ayam,tapai,rendang ayam pencen,ketupat dan kek coklat...



               Jadi dikesempatan ni aku mengucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua kroni2 blog "When Sky Turn Black" ni...hati2 memandu jika anda pulang ke kampung...

Tuesday, November 1, 2011

WHITESNAKE Live In Depan Mata Aku..

                Show yang bakal bermula pada pukul 8.30 malam (9 malam waktu sebenar) telah dirasa hangat nya,hujan yang lebat kemudian diikuti renyai2 sedikit pun tidak melemahkan semangat pada barisan askar2 rocker yang hadir..menarik bila band2 gergasi lama ni datang berkonsert karenah pengunjung mesti jadi tatapan mata aku,ada yang bergaya ala2 nak pergi kenduri kahwin,ada yang bergaya ala2 Nassier Wahab dan macam2 namun tujuan nya satu mereka datang untuk menjadi saksi pada diri sendiri bagi menyaksikan salah satu jagoan music Rock dunia bermain di tanah melayu raya ni.
               Menjawab pada suruhan yang diutarakan oleh brother deaf yang menyuruh aku review semua sekali sehingga ke makanan2 yang dijual,aku memang dari petang lagi dah naik darah..cuba korang bayangkan harga bagi dua botol air yang aku beli (twister dan coke) berharga rm7 ??aku cuma fikir belum ada gerai lain yang buka je lagi,kalau ada solution kedai lain confirm aku campak dua2 botol tu kat muka peniaga BANGSAT berkenaan...


            Diluar perkarangan stadium disediakan sebuah wall khas yang tertera akan logo Whitesnake World Tour dan sekaligus menjadi tempat untuk pengunjung bergambar kenangan..sesiapa yang datang lewat kena beratur lah kalau nak bergambar sebab ramai yang dok berpusu2 berposing,macam aku pukul 6 petang dah terpacak kat situ so berapa banyak nak snap gambar pun takde sesiapa nak marah..hahaha.



                Pintu dibuka pada pukul 7 petang,aku lihat venue masih lagi belum penuh,ramai yang sangkut dengan kesesakan lalu lintas barangkali almaklumlah hujan lebat,kelibat2 gergasi Rock Malaysia turut kelihatan antaranya Mus (May),Yazid dan Nasir (Search) dan ramai lagi lah kot..aku pada masa ni tengah rilek2 bermain facebook ditingkat atas stadium (ticket upper tier)...setelah lebih kurang sejam baru lah Ella & Band (feat Joe Wings) naik memulakan persembahan..tatkala tu ada crew yang memberitahu kami yang pemilik tiket upper tier diberi kebenaran untuk turun ke bawah..hahahaha...sesiapa yang beli tiket harga rm158 tu mesti menyirap kan tengok kami berbarisan bersama anda??muahaha..ini yang dipanggil rezeki.


              Setelah berakhirnya persembahan Ella yang pada aku malam tu cukup membosankan (tak tahu kenapa) akhirnya penantian aku untuk menyaksikan WHITESNAKE berakhir..stadium digelapkan,kelihatan Reb Beach di sisi kiri stage,diikuti keluarnya Doug Aldrich dan kroni2 WHITESNAKE yang lain..seterusnya David Coverdale pula keluar..perghhh bergema stadium,bahkan aku sendiri macam mimpi melihat Coverdale depan mata aku...hanya dengan sebuah introduksi pendek iaitu "apa khabar Malaysia" mereka terus menjunamkan satu persatu lagu dan dimulai dengan lagu Best year,Give Me All Your Love,Love A'int No Stranger keadaan yang berkecamuk diredakan sedikit dengan lagu Is This love (arghhhh)...kemudian disudahi dengan dua lagu yang dipetik dari album terbaru mereka iaitu Forevermore sebelum aksi guitar solo dari Doug Aldrich dan Reb Beach mengisi slot...


                Selesai sahaja persembahan guitar solo giliran si drummer pulak untuk bikin havoc dengan persembahan Drum solo beliau..aku tak pasti apakah drummer malam ni adalah Briian Tichy ataupun bukan kerana Coverdale menyebut namanya Billy bukan Briian..apapun aku cukup kagum dengan Drummer WHITESNAKE yang terbaru ni...menurut pandangan aku dia punya karektor yang cukup baik selain pesona permainan yang tampak segar jika dibanding Drummer2 lain yang pernah berkhidmat untuk WHITESNAKE..dan lebih menerujakan aku ialah cara dia menggasak beberapa lagu fast hanya dengan single paddle sahaja..ini berbeza dengan touch yang diberikan oleh Tommy Aldrige dimana penggunaan double padle berleluasa di setiap lagu2 fast WHITESNAKE..terlanjur sebut pasal Tommy Aldrige ni aku nak beritahu yang malam tu si drummer WHITESNAKE ni terpaksa main drum solo yang pakai tangan (ketuk guna tangan) yang biasa Tommy buat dulu...mungkin ia dah jadi trademark WHITESNAKE kot sebab Tommy memang lama bermain dengan band ni..


               Selesai slot berkenaan,persembahan kembali menggila dengan beberapa lagu seperti Deeper Of Love,Fool For Your Lovin dan jugak Here I Go Again ...memory terdetik waktu seleksi berkenaan disampaikan..teringat zaman masa mula2 nak berjinak dengan music,teringat kaset yang dibeli dengan hasil ikat perut masa sekolah dulu dan macam2 lagi..kalau aku yang baru setahun dua dengan WHITESNAKE ni punya perasaan begitu apatah lagi abang2 dan akak2 yang hadir pada malam tersebut kan??pasti sejuta kenangan terawang2 di kotak minda kita..kenangan yang tak boleh dijual beli...ini dapat aku saksi kan melalui penghayatan mereka yang turut sing a long dengan lagu2 berkenaan.
             


                  Lagu terakhir kata Coverdale (konon2 lah) iaitu Still Of The Night ..waktu ni suara coverdale tenggelam dalam ribuan suara manusia yang turut sama menyanyikan lagu anthem bagi band yang berasal dari England ini...dan ini membuktikan aura mereka sebagai Rockstar masih ada kesan sengat nya..penonton yang menjerit we want more diikutkan Coverdale dimana stage digelapkan sekali lagi dan hanya suluhan spot light yang ditujukan pada Coverdale dihalakan...gemersik low note beliau memulakan bait2 lagu Soldier Of Fortune (cover Deep Purpledisambut dengan tepukan gemuruh...kemudian WHITESNAKE menghabiskan lagu Burn (cover Deep Purple) sebagai penyudahan rasmi pada konsert berkenaan...hmm ditengah2 lagu tu diselit juga lagu Stormbringer (aku dah agak sebenarnya sebab selalu dorang buat gimik macam tu)..


               Selesai sahaja lagu berkenaan maka selesai lah juga persembahan mereka disini...dan berakhirlah juga satu penantian aku untuk menyaksikan mereka..kenangan ini akan aku abadikan seumur hidup aku.Konsert ini membuatkan aku tersenyum sorang2 macam orang gila bila memandu pulang kerumah..betul punya puas....kepada sahabat2 yang turut serta semalam pasti punya kepuasan yang sama seperti aku itupun kalau korang betul2 minatlah...

                                 cenderahati untuk kenangan!! 


I'll Guess I'll Always Be A Soldier Of Fortuneeeeeeeee!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...