bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Monday, August 29, 2011

Salam Syawal!!!!

                                 A Man From The Grave!! hahaha 


          Sedar tak sedar Ramadhan dah pun berlalu,Syawal yg menjelma ni aku dengan merendah diri merafak sembah sepuluh jari kepada rakan2,sahabat handai,rakan taulan andaikata terkasar bahasa mahupun terkurang dalam pertuturan budi bicara...dalam seronok mereview,dalam seronok bercerita dalam setiap posting pasti ada baris2 ayat yg aku tulis samada sedar atau tidak mungkin telah menyentuh hati teman2 yg berkunjung ke blog buruk aku ni...meminjam bait2 lirik dari lagu Bon Jovi melalui lagu hits mereka iaitu always "i make mistake coz i'm just a MAN" ...hahaha
           Cuma nak diberi pesan ingat kepada semua readers yg bakal atau dalam perjalanan ke kampung halaman,silalah memandu dengan etika yg betul..ingat "KELAJUAN ADALAH MEMBUNUH"...sudah2 lah berita yg dihidangkan tentang kemalangan..sayu hati aku tengok..aku tak mahu ada diantara kenalan yg terjebak dalam kancah kemalangan yg serupa...
     
"Akhir kata salam Eidfitri maaf zahir dan batin"-Darkshahrulez

Saturday, August 27, 2011

Bersahur Dalam Kapal

               Gimik je..bukan aku sahur dalam kapal..cuma restaurant yang aku bersahur pagi ni adalah restaurant yang dekorasinya seperti dalam sebuah kapal.Pada sesiapa yang memang kaki berkunjung untuk menjamu selera di Kampung Baru pasti tahu lah nama tempat makan ni yang mana orang selalu sebut "Restoran Kapal"..
               Malam tadi lepas habis kerja pada pukul 10 malam,kawan2 sekerja ajak teman untuk membeli belah keperluan raya mereka sebelum mereka balik ke kampung halaman.Dalam sedar tak sedar jam dah pun masuk ke pukul 3 pagi,makanya kami memilih untuk terus bersahur bersama.Pada awalnya lokasi yang menjadi pilihan adalah sebuah warung yang menjual seleksi ikan bakar yang mampu membakar deria selera anda,namun sayang kedai dah tutup mungkin dah bercuti raya barangkali,so akhirnya ke restaurant kapal juga lah jodoh kami bersahur pagi tadi.
               Walaupun aku memang kerap turun ke Kampung Baru ni untuk menjamu selera namun restaurant kapal ni memang aku jarang kunjungi,ini memandangkan mereka menyajikan menu western food sebagai tarikan manakala lidah aku ni lidah orang kampung mana boleh masuk sangat makanan2 macam ni.Tapi sebab orang nak belanja jadi aku pun OK jelah dengan pemilihan mereka.


                  Ni lah dia juadah sahur aku iaitu Lamb Chop atau bahasa koboinya kambing gelek motokar..hahaha..sorry gurau je.Set ni macam set2 Lamb Chop yang biasa kita makan ditempat lain dimana ia didatangkan dengan roti lah kacang panggang lah dan macam2 lagilah.Harga ditawarkan bagi satu set aku ambik ni adalah RM9.50 dan air carrot juice pulak RM2.50.Untuk makanan sebegini je dah cecah RM12,tapi nasib baik member yang belanja so apa adahal kan??haha..tapi kalau duit aku sendiri kalau RM12 tu baik aku makan Nasi Beriyani Kambing baru puas hati,terangkat pun terangkat...jadi pada yang datang ke kampung baru silalah berkunjung ke restaurant ni..kerana dekorasi dan sekeliling tempat nya memang menarik dan sesuai untuk makan sambil bersantai...pada yang selera macam aku jom kita ke kedai mamak serang Nasi Beriyani Kambing!!!

Thursday, August 25, 2011

WINGS "Pengembaraan Sebuah Lagenda"

                Hari tu aku dah tunjukkan buku perjalanan SEARCH,so seperti yang aku janji untuk review pulak satu lagi buku tentang perjalanan dan liku2 sebuah Rock band yang akronim di hati rakyat Malaysia iaitu WINGS..

                                 Rupa bentuk kulit hadapan... 


           Buku yang setebal lebih kurang 40 muka surat ini sarat dikempil dengan sejarah2 ringkas WINGS dari saat penubuhan hingga lah ke saat ini.Walaupun ia tidaklah sebuah nota yang lengkap jika disingkap sejarah sebenar mereka,namun ia cukup untuk memberi penerangan kepada kita sejarah WINGS yang betul mengikut kronologi..selain dari itu turut disertakan biografi line up WINGS iaitu Awie,Joe,Eddie dan juga Black. 


                                WINGS itu adalah MEREKA BEREMPAT!!!! 


                                           AWIE 


                                                JOE 
                                             EDDIE 


                                           BLACK 


              Menariknya lagi tentang naskah buku ni kerana ia turut memaparkan gambar WINGS dari zaman dulu sehingga yang terkini.Dari zaman Sham yang jadi guitarist hinggalah Mel mahupun Mus yang menjadi penyambung nadi tatkala Awie melangkah keluar dari WINGS satu ketika dulu...lupa pulak lagi satu tukang ketuk WINGS iaitu bro Jojet..hehehe





                                 ketika sidang akhbar anniversary mereka ke 21 


                                 Antara katalog album mereka turut disertakan!! 


                                 juga katalog album mereka 


              Buku ringkas tapi sarat dengan monumen2 pada sebuah kumpulan yang telah terbang dengan SAYAP mereka untuk menghiburkan anak bangsa.Pada peminat2 WINGS yang ingin memiliki buku ini aku tak pasti mana nak dapatkan buku ni sebab nya aku pun tak pernah nampak kat mana2 kedai buku,tapi kalau anda bertandang ke show mereka pasti buku ini dijual di booth merchandise mereka,sebab nya aku beli pun masa menyaksikan DOUBLE TROUBLE tahun lepas....

NOTA : Semua gambar2 dalam buku ni menarik sebenarnya,cuma ia tidaklah menarik jika dilihat dalam blog aku ni,sebab nya aku tiada kamera digital dan ia diambil melalui kamera telefon je...so maaf lah kalau gambar yang diposting ni MEMERIT kan mata anda....nanti kalau aku dah kaya aku belilah kamera2 mahal untuk tangkap gambar2 lagi ok,niat aku hanya nak berkongsi apa yang aku ada...itu je...sekali lagi aku pohon maaf!!!


pada readers yang ingin melihat buku SEARCH yang pernah aku posting dulu,sila klik link di bawah
http://darkshahrulez.blogspot.com/2011/06/search-sebuah-perjalanan.html

Wednesday, August 17, 2011

AHMAD DHANI BAND "Ideologi Sikap Otak"

              Bulan puasa ni aku memang takde mood nak layan music,dalam sehari mungkin hanya melayan lagu melalui Handphone itupun masa drive dalam kereta untuk ke tempat kerja.Tapi hari ni tiba2 aku teringin pula nak dengar album yang aku beli 3-4 tahun lepas.Album solo projek pertama dari Band leader kumpulan gergasi papan atas Indonesia DEWA19 iaitu Ahmad Dhani.Ahmad Dhani menggelarkan nama projek ni sebagai "Ahmad Band" yang mana ianya sedikit lari dari kebiasaan music yang dijana Dhani tatkala bersama DEWA19.Album ni memang jarang sangat aku dengar,ntah kenapa tiba2 rasa nak layan balik.

                                gambar depan..ala2 president 
             
             Album ni dirilis pada tahun 1998..sebelum aku review ada baik kita singkap sikit perihal Indonesia pada tahun tersebut.Sekitar 1996 dan keatas,Indonesia secara menyeluruh mengalami masalah dalam sosio ekonomi yang disebabkan oleh pemerintah2 mereka.Tatkala itu Inflasi yang terlalu tinggi akibat dari ketidak stabilan politik menyebabkan rakyat mereka cukup tertekan dan sengsara.Kita boleh lihat pada masa itu juga satu president ke satu president telah bertukar ganti dan tidak dapat memegang lama jawatan mereka.Demonstrasi jalanan,rusuhan dan sebagainya menjadi rutin pada waktu itu sebagai tanda protes rakyat kepada pemimpin yang menyulitkan kehidupan aman mereka.
           Kenapa aku menyentuh perihal TEKANAN POLITIK Indonesia??..ini kerana album ni adalah album yang pada aku masuk dalam kategori tipikal provok.Lihat sahaja gambar2 yang terkandung,semuanya menggambarkan aksi2 politik yang digambarkan sendiri oleh Dhani.Walaupun bukan semua lagu2 yang terkandung berbaur protes namun kesan dari isu itu tetap ada.

                                 Bahagian belakang album 


                  Album ni aku suka kerana variasi yang dibawa oleh Ahmad Dhani,dari genre Alternative Rock hingga lah ke Pop bahkan Jazz mayat pun ada.Mungkin eksperimentasi album bagi Dhani barangkali.Selain itu album ni tidak ada bunyi bunyian digital kalau ada pun terlalu terhad,yang lebih menarik kesemua lagu dalam album ni tak kiralah samada yang Rock ataupun tidak ianya dimain dengan set Drum Vintage,teori penggunaan Drum Vintage aku tahu dia curi teori dari band pujaan dia iaitu Queen. 


                                 Lagak seolah seperti ahli politik yang diwawancara 


                 Rasanya tak ramai yang tahu perihal album ni,bahkan aku jamin peminat2 baru Ahmad Dhani sekalipun pasti hanya tahu yang Dhani itu DEWA19 dan DEWA19 itu adalah Dhani,tapi walaupun tak semua tahu tentang album ni,tapi aku yakin salah satu lagu dalam album ni pasti ada yang tahu,kerana lagu tersebut adalah paling menonjol berbanding lagu yang lain,bahkan telah menjadi lagu anthem buat Dhani sendiri tatkala menjayakan sebarang konsert tidak kira bersama DEWA ataupun lain2 band projeknya...lagu tu ialah lagu "Aku Cinta Kau & Dia".Lagu ini telah diulang bawa oleh semua band2 yang di tunjangi oleh Ahmad Dhani,namun secara rasmi ianya adalah lagu yang dipetik dari album ini.

                                Bahagian dalam album 


           Album ni bukan lah terbaik,namun ia tetap menarik kerana ia dizahirkan oleh bukan sebarangan pemuzik,ia dilahirkan oleh manusia yang digelar musician genius dari Indonesia..bahkan ada yang menggelar Dhani ni sebagai Indonesia song machine kerana kehebatan beliau mencipta deretan lagu2 yang menarik dan hits.Yang lebih istimewa kerana album ni dicipta saat Dhani masih lagi humble,masih lagi seorang music maker yang sanggup struggle demi music bukan seperti sekarang ni.

Track

  1. Distorsi
  2. Dimensi
  3. Bidadari Di Kesunyian
  4. Sudah
  5. Dunia Lelaki
  6. Rahasia
  7. Impotent
  8. Aku Cinta Kau & Dia
  9. Interupsi
  10. Gairah Tak Biasa
  11. ODE buat Extrimist 

Sunday, August 14, 2011

Berbuka Puasa Dengan Keluarga

              Memang dah jadi rutin keluarga aku tiap kali pertengahan Ramadhan kami akan berkumpul sekeluarga untuk berbuka bersama.Jadi rumah kakak aku di Gemas menjadi Port pilihan sebab kakak aku masak memang sedap.Waktu ni semua dok bersembang macam2 isu,politik lah,bola lah,pasal kampung lah,pasal langsir raya lah dan macam2 lagi...kecuali aku je tak joint..duduk dalam bilik layan mp3 sementara menunggu waktu berbuka.
              Seperti tahun2 sudah,tahun ni menu yang keluarga aku siapkan boleh tahan jugak lah.Selain lauk pauk yang membunuh,kuih muih pun ada macam2 jenis yang boleh menyebabkan kita akan tersandar dekat dinding lepas berbuka.






                    Juadah yang simple je,antaranya ialah ikan keli salai,peria gulai lemak cili api,kerabu mangga,kacang bintang goreng,asam pedas perut..kuih muih pun simple juga macam popia basah,murtabak daging dan juga cucur udang kuah kacang...dan minuman jus manga dipilih sebagai senjata penghilang dahaga seharian berpuasa....
                    Selesai sesi perang bersama makanan,tiba pulak sesi menemankan anak2 buah aku main bunga api.Memang saja je aku beli kan dorg bunga api dan beberapa mercun ringan,sebab aku dok perati mak ayah dorang ni langsung tak pernah bagi anak2 dorang ni peluang merasa feel raya tu,bahkan ada diantara anak buah aku yang hanya pernah melihat orang bermain bunga api hanya melalui iklan2 di TV..ni tak boleh jadi,aku nak semua anak2 buah aku rasa macam mana syok nya aku di zaman kecil2 dulu dok menyambut raya....

                                 dapat bunga api sengih sampai ke telinga 


                                 si abang ni pose macam BURZUM pun ade..haha 


                                 Yang kecik ni pun nak juga!!!  


                                


                     
PESANAN : Jangan biarkan anak2 anda bermain mercun/bunga api tanpa sebarang pantauan dari orang dewasa!!

Friday, August 12, 2011

MOTORHEAD vs JUDAS PRIEST

                 Umum nya tahu pada peringkat pertengahan abad ke 21 ni,budaya sedut menyedut lagu di internet adalah trend masyarakat dunia.Kepuasan bukan lagi pada memegang pada satu2 stuff tapi PERCUMA adalah segalanya.Faktor ini mungkin kita boleh kait jugak dari segi ekonomi sesebuah negara,perkara ni aku rujuk atas sebab mana2 negara maju di dunia,margin masyarakat yang mengguna pakai sistem DOWNLOAD ni amat lah kecil bilangan nya jika dibanding di negara yang KONON2 maju mahupun memang dasar negara mundur.Dan aku tidak ada masalah untuk sistem DOWNLOAD ni,pada aku mana yang untungkan duit poket kita ikut je..
                 Mungkin atas perkara ini jugalah SONY/BMG telah merilis kan beberapa nama artis antarabangsa yang gah untuk dikeluarkan album kompilasi mereka dalam bentuk Minimum Released,jadi beberapa nama artis yang popular telah dikeluarkan album nya dan dijual dengan harga yang cukup murah iaitu sekitar RM15 sahaja.Selain artis2 komersial yang memang punya daya tarikan pembeli,ada beberapa gergasi2 dalam dunia Rock/Metal turut dikeluarkan album kompilasi nya antaranya kalau tak silap Deep Purple,Uriah Heep dan macam2 lagi lah.Tapi antara puluhan band tersebut aku ada membeli dua band melalui rilisan ni iaitu MOTORHEAD dan juga JUDAS PRIEST.

                                 JUDAS PRIEST 


                                 MOTORHEAD 


                  Aku rasa brother2 blogger yang punyai koleksi2 hebat pasti nya TIDAK akan suka dengan rilisan sebegini,apatah lagi ianya dikempil dengan Inlay Sekeping ...hahaha..tapi buat orang yang pendapatan bulanan nya sama seperti bernafas dalam lumpur rilisan sebegini bagai satu rezeki jugak lah,kerana kami bisa mengamati music dari legend2 dengan harga yang cukup rendah dan yang lebih penting ianya ORIGINAL.Produk dari SONY/BMG ni telah mula diperkenal kan di pasaran pada tahun 2007 lagi.Sekarang ni tak tahulah masih ada atau tidak lagi album2 Rock mereka,kalau ada pun mungkin album kompilasi Jackson 5 jelah kot..hahahaha

JUDAS PRIEST

  1. Breaking The Law
  2. Living After Midnight
  3. Out In The Cold
  4. Love Bites
  5. Rock You All Around The World
  6. Diamonds And Rust (Live) 
  7. Rock Hard,Ride Free
  8. Turbo Lover
  9. Deal With The Devil
  10. Worth Fighting For
MOTORHEAD

  1. The One To Sing The Blues
  2. Hellraiser
  3. 1916 
  4. Stand
  5. Ramones
  6. Going To Brazil
  7. Bad Religion
  8. Name In Vain
  9. You Better Run
  10. Shut You Down



Monday, August 8, 2011

Berbuka dengan Asam Pedas

                    Bulan Ramadhan ni apa lagi agenda yang penuh dalam diari kalau bukan majlis berbuka puasa samada bersama keluarga dan sanak saudara,mahupun sahabat handai satu tempat kerja,lagi menarik kalau ada pulak Gathering sesama rakan sekolah.Sebelum Ramadhan lagi segala jenis jemputan telah diajukan kepada aku untuk menghadirkan diri (majlis berbuka puasa) namun satu persatu aku tolak dengan tertib,ini kerana biarlah awal Ramadhan ni aku berbuka dengan ahli keluarga dahulu baru dengan individu2 yang lain nya.
                    Diam tak diam,dah seminggu dah kita berpuasa,makanya jemputan dari rakan sekerja untuk berbuka bersama aku ikutkan juga,nak jaga hati member2 lah kira nya.So,bincang punya bincang akhirnya kami memilih untuk berbuka di sebuah Restaurant yang mana menu utamanya adalah masakan "Asam Pedas".Kalau nak diikutkan aku memang cerewet sikit dalam masakan Asam Pedas ni,sebab nya ayah aku adalah Champion dalam masakan Asam Pedas,oleh sebab tu aku memang tak kan makan menu ni diluar.Tapi oleh kerana suara majoriti mahukan tempat itu dijadikan tempat berbuka so aku mengalah jelah.



                     Ok,gambar2 kat atas ni merujuk pada menu masakan buffet yang kami pilih...so antara juadah nya adalah Asam Pedas ikan pari,siakap masak 3 rasa,rojak buah,sayur kacang panjang goreng,sawi goreng dan ayam goreng berempah.Minuman pula disediakan dua jenis iaitu Teh o ais dan juga sirap.Pencuci mulut kami adalah vanilla ais cream yang disaluti dengan jelly blackcurrant.Harga yang ditawarkan bagi set buffet yang kami pilih ini adalah RM22 bagi setiap seorang.Jadi kalau korang nak mencuba menu masakan ala kampung ni boleh lah datang ke restaurant ni yang terletak di Ampang....nak tahu ke restaurant apa??restaurant My Asam Pedas Shop yang dimiliki oleh deejay terkenal iaitu Linda Onn.Lokasi nya tidak lah sukar dicari kerana restaurant ini terletak betul2 bersebelahan dengan pasaraya TESCO di Ampang....so selamat bersahur semua!!!  

Thursday, August 4, 2011

Terakhir Pasal LOUDNESS !!!

                                 Kena simpan elok2 sebagai bukti kat anak cucu nanti!! 


           Ok lah,mungkin ni adalah posting terakhir aku pasal demam LOUDNESS yang baru sahaja menjajah tanah melayu bulan lepas.So gambar dekat atas ni adalah gambar Majalah Karisma edisi ogos 2011.Sepertimana keluaran sebelumnya yang menjadikan MORBID ANGLE sebagai Front Cover sempena Tour mereka di Singapore baru2 ni,LOUDNESS juga diberi ruang sebegitu oleh Majalah Karisma bersempana Show mereka di Kuala Lumpur baru2 ini.
          Wartawan Xullhisham telah menemurah vocalist pada kumpulan yang diberi jolokan 'King Of Asia' ni iaitu MINORU NIHARA perihal persiapan dan persediaan kumpulan terbabit bagi persembahan sulung mereka di Malaysia.Selain dari itu,segala cerita juga disingkap satu persatu,dari jatuh bangun nya LOUDNESS sehinggalah perihal album terbaru juga ada disentuh.
          Jadi pada mereka2 yang ingin membaca ulasan penuh (Temuramah) boleh lah dapatkan edisi Majalah Karisma yang terbaru ni.Sebab nya ada poster LOUDNESS yang cantik dan menarik disediakan oleh Majalah ni untuk anda tampal di dalam bilik tidur anda yang berselerak dengan kaset2 Rock!!! salam Ramadhan semua!!

                                 hehehehe...ni kena jaga elok2 ni..bukti kukuh!!

Kaset Oh Kaset !!

                  Walaupun raya lambat lagi,namun sikit2 persiapan nya family aku dah pun buat..dan salah satu persiapan yang paling besar adalah bila dorang mula nak lapangkan sikit RUANG dalam bilik aku,katanya nak tumpang letak barang2 lain katanya.Almaklumlah kami ni keluarga susah yang tinggal di flat bandaraya yang ruang rumahnya CUKUP terhad dan sempit sekali.
                   Aku tak kisah kalau bilik aku dijadikan tempat tumpangan barangan lain andaikata diperlukan,aku faham keadaan keluarga kami macam mana rupanya,cuma aku tak boleh terima bilamana ahli keluarga aku keluarkan kenyataan yang dorang suruh aku jual je semua KASET lama aku,dorang cakap zaman ni mana ada orang melayan kaset lagi.Mungkin dorang melihat betapa semak nya bilik aku sebab penuh dgn KASET yang tidak disimpan rapi..macam aku cakap tadi,memandangkan ruang rumah aku yang cukup terhad,aku hanya mampu meletak kan rak untuk cd sahaja,tapi kaset memang bersepah2 lah..bawah katil ada,dalam almari baju pun ada, tepi pintu bilik pun ada..mungkin ni yang membuat tekanan di mata dorang barangkali.
                    Lepas je isu MENJUAL ni dipangkitkan, yang ada dalam kepala otak aku ni satu je..iaitu AMCORP MALL..ye AMCORP MALL jelah tempat kalau aku nak Let Go semua khazanah ni.Jadi nak dipendekkan kan cerita,beberapa hari lepas masa balik dari kerja,aku ke pasaraya GIANT di Shah Alam,saja je jalan sorang2 nak habis kan waktu..masa kat situ tergerak pulak kat hati untuk jengah bahagian perabot kat dalam pasaraya tu.Pusing punya pusing aku jumpa sebuah kabinet yang rekabentuk nya sesuai untuk meletak barangan2 kecil di rumah....aku belek habis2 kabinet ni,aku ukur baik2 agar ianya kalau dibeli boleh aku GANTUNG mahupun tumpang letak diatas mana2 kabinet rumah tanpa perlu penambahan RUANG dibuat..lepas ukur punya ukur..yes memang NGAM untuk diletak kan segala peluru2 KASET aku kat kabinet ni..RM60 adalah besar buat orang yang gaji kecil macam aku,tapi dalam otak aku pulak cakap harga tu cukup MURAH demi nak selamatkan segala koleksi yang punyai banyak sentimental value dalam hidup aku selama aku menjadi peminat music ni.

                                 Amacam??ok tak??selesai masalah..hehe 


                 Sebenarnya bukan lah penting sangat untuk aku lakukan semua ni,cuma bila diingat kan balik zaman2 sekolah dulu yakni zaman terpaksa mengikat perut demi memiliki material music,semua kenangan tu cukup mahal buat diri aku.Aku berlapar,belajar berjimat cermat pada waktu tu (zaman sekolah) semata2 nak beli kaset dan begitu teruja dengan setiap pembelian melalui titik peluh sendiri dan bila diimbas kan balik kenangan2 semasa nak membeli album2 band pujaan ni membuat kan aku rasa muda SEMULA macam remaja belasan tahun..hahahahahaha.

perihal KASET :

  1. Kebelakangan ni aku lihat fenomena KASET ni macam dah naik semula,ramai rakan2 seusia aku yang dulunya KONON2 malu nak dengar kaset (konon trendy) sekarang ni sibuk pulak nak mengumpul kaset.Bahkan ada band2 (kebanyakkan Underground) yang mengeluarkan SPECIAL EDITION kaset bagi album mereka yang sebelum ni dikeluarkan melalui format CD..hahaha..dulu aku dengar orang convert kaset ke cd,tapi sekarang dah terbalik.. 
  2. Aku sebenarnya secara peribadi lebih suka kan sound kaset dari cd..ini kerana bunyian ANALOG dia lebih keras menerjah gegendang (especially METAL) telinga jika nak dibanding dengan CD yang mana bunyian nya terjerumus dalam kategory Crystal Clean. 
  3. Tapi satu jelah,kaset ni memang SEKSA nak menjaga nya..banyak album2 aku yang best tapi dah tak boleh main,antara yang dah JAHANAM macam album IRON MAIDEN "A Matter Life And Death", ROB HALFORD "Resurrection" YGWIE MALMSTEEN "Attack",METALLICA "The Unforgiven Greatest Hits"..ni semua album yang memang dah tak boleh nak diselamat kan lagi lah.... 
  4. Aku cukup pelik,boleh dikatakan semua kaset2 ORIGINAL yang aku beli,mudah sangat nak jahanam,tapi yang heran kaset2 COPY ataupun yang aku beli PIRATE sampai hari ni boleh lagi dimainkan dan masih dalam keadaan elok..hahaha..jadi bagi kutu2 kaset diluar sana,sila lah support industry kaset yang COPY/PIRATE kalau anda punyai cita2 nak distro kan kaset buat band  anda suatu hari nanti..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...