
Buku yang setebal lebih kurang 40 muka surat ini sarat dikempil dengan sejarah2 ringkas WINGS dari saat penubuhan hingga lah ke saat ini.Walaupun ia tidaklah sebuah nota yang lengkap jika disingkap sejarah sebenar mereka,namun ia cukup untuk memberi penerangan kepada kita sejarah WINGS yang betul mengikut kronologi..selain dari itu turut disertakan biografi line up WINGS iaitu Awie,Joe,Eddie dan juga Black.
WINGS itu adalah MEREKA BEREMPAT!!!!
AWIE
JOE
EDDIE
BLACK
Menariknya lagi tentang naskah buku ni kerana ia turut memaparkan gambar WINGS dari zaman dulu sehingga yang terkini.Dari zaman Sham yang jadi guitarist hinggalah Mel mahupun Mus yang menjadi penyambung nadi tatkala Awie melangkah keluar dari WINGS satu ketika dulu...lupa pulak lagi satu tukang ketuk WINGS iaitu bro Jojet..hehehe
ketika sidang akhbar anniversary mereka ke 21
Antara katalog album mereka turut disertakan!!
juga katalog album mereka
Buku ringkas tapi sarat dengan monumen2 pada sebuah kumpulan yang telah terbang dengan SAYAP mereka untuk menghiburkan anak bangsa.Pada peminat2 WINGS yang ingin memiliki buku ini aku tak pasti mana nak dapatkan buku ni sebab nya aku pun tak pernah nampak kat mana2 kedai buku,tapi kalau anda bertandang ke show mereka pasti buku ini dijual di booth merchandise mereka,sebab nya aku beli pun masa menyaksikan DOUBLE TROUBLE tahun lepas....
NOTA : Semua gambar2 dalam buku ni menarik sebenarnya,cuma ia tidaklah menarik jika dilihat dalam blog aku ni,sebab nya aku tiada kamera digital dan ia diambil melalui kamera telefon je...so maaf lah kalau gambar yang diposting ni MEMERIT kan mata anda....nanti kalau aku dah kaya aku belilah kamera2 mahal untuk tangkap gambar2 lagi ok,niat aku hanya nak berkongsi apa yang aku ada...itu je...sekali lagi aku pohon maaf!!!
pada readers yang ingin melihat buku SEARCH yang pernah aku posting dulu,sila klik link di bawah
http://darkshahrulez.blogspot.com/2011/06/search-sebuah-perjalanan.html












menarik jugak ni...berapa harganya?
ReplyDeleteRM10 je rasanya...
ReplyDeletedah soldout ni...takde reprint.. aku pon tak de..tp aku rasa band2 rock kat m;sia ni kena ada 1 buku bauto/biografi lengkap ler..
ReplyDeletematakucing > rasanya WINGS sahaja yg ada keluar buku sebegini..SEARCH pun ada keluarkan buku tapi sekdar gambar2 candid mereka dibelakang pentas sahaja..tiada catatan menarik yg disertakan..
ReplyDelete