bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Tuesday, December 27, 2011

MEGADETH "Thirt3en"..

                 Sebelum aku ulas panjang ada beberapa perkara yang harus korang tahu,yang pertama aku bukan peminat likat MEGADETH,maka review yang aku tulis tak lebih tak kurang hanya melalui pandangan aku semata2.Yang kedua,sengaja aku melambatkan review album ni walaupun dah 2 bulan ia dipasarkan,ini kerana aku nak album ni (yang aku anggap album of the year) menjadi album penutup yang di ulas oleh aku dan ia aku fikirkan logik sebagai penghargaan buat MEGADETH yang dah berjaya melahirkan album yang menarik di tahun 2011 ni.....


                     Ada beberapa trivia yang harus kita tahu perihal album ni...antaranya ia adalah album yang menyaksikan Dave Mustaine dah berumur dan sudah tiada lagi sikap seorang fighter...ini boleh dirujuk melalui kesudian beliau untuk berkongsi stage dengan band yang pernah memecat beliau dan beliau sendiri pernah meludah tepat kepada band berkenaan satu masa dulu...sekarang ia dah berakhir...keduanya melihat kembalinya BUDAK SURUHAN Dave iaitu David Ellefson kepangkuan MEGADETH...yang ketiga album ini menaruhkan angka bertuah Dave iaitu '13'...
                    Ok...masa untuk review...menurut aku pasca millenium menyaksikan MEGADETH banyak melahirkan katalog2 album yang gagal (pendapat aku),sekembalinya Dave yang aktif semula bermain music pada tahun 2004 selepas kecederaan tangan dan mengeluarkan special album MEGADETH "still alive & well' MEGADETH seakan merombak segala macam bentuk melodi...mungkin pada peminat setia mereka ia dianggap POSITIF namun pada mereka yang sedikit pasif macam aku ia cukup janggal.Sebut je album apa yang dibuat pada alaf 2000 ni yang laris manis???..semua nya gagal menarik perhatian aku dari The System Has Failed sampailah ke United Abomination dan kemuncak segala kegagalan pada album Endgame.Perkara ini lah yang menyebabkan aku tidak berapa nak ambik port dengan rilisan terbaru mereka ini (thirt3en) yang awalnya aku jangka kan ia adalah sequel kegagalan Endgame. 



              Pendek cerita beberapa bulan lepas keluar didalam notification di Facebook aku yang MEGADETH telah meletak kan advance track didalam Official Page mereka,tatkala mendengar beberapa track ketika itu hanya satu yang terlintas di otak aku....album A World Need A Hero....ya mereka patah semula ke album itu,album yang sendat juga padat dengan riffing2 yang berstatus LEKAT DI OTAK..album yang pernah dianggap sebagai album "Tiada Friedman pun MEGADETH boleh hidup"..dan ia sekali lagi dizahirkan oleh Mustaine dengan  tujuan menjawab pada semua bahawa umur dah tua kutuk pun MEGADETH masih Metal and kickin....
             Meletakkan lagu "public enemy no 1" sebagai taruhan album ini aku rasakan tepat,dan menurut aku lagi bukan sahaja lagu berkenaan bahkan apa2 lagu juga dalam album ni boleh Mustaine angkat sebagai main track .....apesal baru sekarang kau nampak cerdik Mustaine oiiii???....hahaha...jika sebelum2 ni selirat2 berlawan solo diantara Dave dan mana2 guitarist MEGADETH kali ini ia masih dikekalkan,cuma ia dimenarik kan dengan style2 yang kita dengar seakan2 sebuah sesi jamming namun sebuah heavy jammed dan ini meletakkan album ni sedikit lari dari diksi2 MEGADETH yang umumnya tahu ia adalah band yang paling cerewet dalam bab pemilihan riffing selain dari PANTERA..


                    Dari segi pemasaran pula ia seakan2 tepat pada waktu nya.....kenapa aku cakap macam tu??...sebabnya ia dikeluarkan ketika semua tengah meluat dengan projek najis Metallica & Lou Reed melalui album lu lu ...ia mengingatkan kita pada peristiwa lahirnya album Youthanasia tatkala satu dunia terkejut beruk dengan imej baru Metallica yang macam baru keluar dari pusat pemulihan akhlak..Namun Metallica tetap Metallica...dia buat album konsep dondang sayang mahupun ghazal sekalipun dorang tetap Winner dan MEGADETH hanya mampu jadi bayang2 kejayaan Metallica sahaja....dah macam sumpahan pulak kan??..bahkan di dalam carta undian album Megadeth ini jauh ketinggalan rating vote nya berbanding lu lu yang jadi top 5 ...selera mat saleh memang susah nak kita teka....ok pada mereka2 yang diluar sana yang dah baca review ni maka rendah diri aku  recommend album ni sebagai album yang wajib korang simpan dalam katalog koleksi music korang...apatah lagi jika korang ni memang mengangkat MEGADETH sebagai hero music dalam kehidupan seharian....

track

  1. Sudden Death
  2. Public Enemy no.1
  3. Whose Life (Is It Anyways?) 
  4. We The People
  5. Guns,Drugs & Money 
  6. Never Dead
  7. New World Order
  8. Fast Lane
  9. Black Swan
  10. Wrecker
  11. Millennium Of The Blind 
  12. Deadly Nightshade
  13. 13 


Nota : Selamat menyambut hari Natal bagi mereka yang meraikan nya...

Monday, December 19, 2011

METAL HAMMER vs TERRORIZER

              Seingat aku kali terakhir aku memanjakan diri aku iaitu dengan membeli bahan bacaan music yang mahal seperti BRUTALLICA dan lain2 adalah lebih kurang 4-5 tahun yang lalu...lepas pada itu tiada lagi bahan bacaan mahal seperti METAL HAMMER ataupun TERRORIZER menjadi tatapan aku.....kenapa???....tak mampu ke nak langgan??....bukan itu persoalannya...jawapan nya ialah aku KECEWA dengan music Metal Global...aku KECEWA tiada lagi new gen yang betul2 mampu menjana music keras dalam landasan yang tepat (melalui pendengaran aku secara peribadi)...jadi aku berpendapat tiada apa lagi yang perlu diteroka melalui majalah sebegini...pada aku semua band Metal sekarang bunyi mereka semua SAMA....sebab itu aku hanya meminati Band2 yang aku tahu akan kehebatan mereka...tiada lagi istilah explore terhadap music modern dalam diri aku.....
                Dipendek kan story semalam ketika pulang dari menghadiri undangan majlis kahwin aku telah singgah ke satu kedai untuk photostat kad pengenalan ayah aku,kedai ni banyak menjual pelbagai majalah yang menarik...dari majalah politik,hiasan rumah,penjagaan haiwan sampai lah berita hiburan dunia Hollywood..sedang aku tengah syok tengok mamak tu dok photostat terpandang aku akan satu sisi rak yang dipenuhi majalah music....dan apa yang aku nampak dan aku beli???.....korang baca lah sedikit review kat bawah ni...


                     The reason aku adalah kerana front page bagi METAL HAMMER pada isu kali ni adalah DAVE MUSTAINE yang berbicara soal album studio mereka yang ke-13 iaitu 'THIRT3EN'...album nya aku dah beli beberapa minggu lepas (ada masa aku review) jadi adalah menarik juga kalau dapat baca pula pandangan peribadi mamat ni tentang album yang menaruh luck pada angka bertuah dia konon2..hehehe..menariknya Dave Mustaine secara exclusive membawa krew2 METAL HAMMER kerumah dia dan sekaligus memberi kebenaran untuk mengambil gambar2 menarik di home studio beliau...jadi kepada die hard MegaDAVE jangan terlepas isu ini...ini koleksi peribadi anda kalau betul korang adalah MEGADETH collector!! 
                  Sisipan2 yang lain adalah biasa ja...seperti yang kita sedia maklum katalog album memang berlambak2 selain review2 kecil dari editor yang datang dari pelusuk mana aku pun tak tahu..berita2 tentang album baru dari nama2 besar seperti VENOM dan CATHEDRAL (Doctor bagi genre DOOM) juga ada diselitkan...interview ringkas bersama Lemmy (Motorhead)....berita akan kemunculan semula PENTAGRAM juga ada dimuatkan...arghhh senang cakap apa yang korang nak tahu pasal berita Metal semua ada dalam ni...sediakan jelah duit...dalam keluaran ini ada juga disisipkan satu lagi majalah kecil yang mengetengahkan band Operatic Goth Metal gergasi dunia iaitu NIGHTWISH yang bercerita tentang sejarah pahit manis mereka berjuang dalam scene GOTHIC internasional....aku akan review juga pasal majalah kecil ni sebab menarik cerita NIGHTWISH dalam tu...tunggu lah ye ;p


                  Ok...lepas dah confirm nak beli METAL HAMMER mamak tu dia offer pula aku dengan TERRORIZER ni...dia cakap yang dia boleh bagi diskaun sebab ni adalah isu bulan lepas (november)...hmm..dengan sedikit rezeki yang ada di dalam dompet rasanya tak salah kalau aku nak manjakan diri sekali sekala dengan bahan bacaan macam ni...so aku pun ambil lah dua2 majalah ni..
                  Hampir 5 tahun tak beli TERRORIZER ni nyata ia tidak berubah....masih keras,masih extreme dan masih tak jemu2 nak promote kan band2 baru selain biggest name dalam arena Metal yang semestinya ada mereka punya special slot dalam kolum2 majalh seperti ini...perkara ni tak berubah mungkin kerana editor nya adalah muka2 lama yang pernah bertugas 4-5 tahun dulu kot...
                   Front page adalah wajah Shagrath tukang pekik yang mewakili hero Black Metal bermelodi iaitu DIMMU BORGIR...dalam ni diceritakan semua perkara yang membelenggu beliau sehingga menubuhkan beberapa project band dan sebagainya....ada juga disentuh berkenaan beberapa pihak (dominator besar extreme metal) yang kurang senang dengan band nya dan macam2 lagi hal2 dalam kelambu DIMMU BORGIR dikorek....jadi peminat DIMMU BORGIR nak tunggu apa lagi??...rembat lah satu
           

Saturday, December 17, 2011

QUEEN "Sekali Henjut"

            ketika tengah tercari2 idea untuk posting,tiba2 aku teringat yang aku punya 2 album kompilasi bagi band QUEEN...so selesai satu masalah KERING IDEA nak posting buat kali ni...sebelum ni aku pernah juga guna title SEKALI HENJUT bagi dua album kompilasi kumpulan RAINBOW yang ada dalam koleksi aku (boleh check kat sini) jadi ni kali ke-2 lah aku gunakan title sebegini dan kali ni bagi kumpulan QUEEN pula...


                Ok,jika dilihat dalam katalog album QUEEN mereka mempunyai tiga album THE GREATEST HITS dan yang aku punya ni adalah kompilasi pertama mereka...kompilasi ini menarik pada aku kerana lagu2 yang akronim pada QUEEN itu ada pada kompilasi ini.Dan jika dilihat dalam kompilasi ini juga lagu2 yang radio friendly pada kita ada dimuatkan.Berbeza dengan siri GREATEST HITS yang kedua dimana album pasca pertengahan tahun 85 keatas yang dimuatkan...dan jujur aku nyatakan yang aku hanya tertarik dengan karya2 QUEEN hanyalah pada karya2 klasik mereka yang dijana pada tahun 85 kebawah.
              Kaset ini juga punya story sebenarnya....ianya aku beli pada hari pertama aku mendapat gaji pertama aku sebagai seorang pekerja temporary (gaji dibayar secara by hand) balik dari bertugas aku terus ke kedai music dan beli kaset ni....hmm rasanya aku tak akan jual kaset ni..kenangan beb....dan beberapa tahun lepas tu baru aku beli CD pula...
              Kompilasi ini tidak didatangkan dengan cara profesional apatah lagi inlay nya tidak menepati ciri2 sebuah kompilasi bagi sebuah band yang berstatus LEGEND ni...sepatutnya sejarah mereka harus dicatit..paling tidak pun gambar2 klasik mereka didalam studio ketika merakam album harus diletak sebagai pelengkap kompilasi ini namun ianya GAGAL dilaksana...hanya gambar2 album mereka sahaja yang tertera didalam inlay berkenaan...mujurlah seleksi lagu2 nya penyelamat pada album ni,jika tidak aku yakin selain dari inlay album ini juga mungkin akan GAGAL....

Track

  1. Bohemian Rhapsody 
  2. Another One The Dust
  3. Killer Queen
  4. Fat Bottomed Girl
  5. Bicycle Race
  6. You're My Best Friend
  7. Don't Stop Me Now
  8. Save Me
  9. Crazy Little Thing Called Love
  10. Somebody To Love
  11. Now I'm Here
  12. Good Old-Fashioned Lover Boy 
  13. Play The Game
  14. Flash
  15. Seven Seas Of Rhye
  16. WeWill Rock You
  17. We Are The Champion 



             Yang diatas ni adalah kompilasi yang dipanggil QUEEN "Absolute Greatest"....untuk pengetahuan korang bagi kompilasi ini ia didatangkan dengan pelbagai pakej...boleh dikatakan semua pakejnya adalah menarik...ada yang didatangkan dengan style boxset dan sebagainya...tapi orang yang macam aku ni biasalah hanya mampu beli dalam versi yang paling cikai je iaitu versi yang ada 2 disc dalam satu album...jadi lah kan???
             Jika dibanding dengan kompilasi THE GREATEST HITS yang diatas tadi di kompilasi kali ni tampak lebih SEKOLAH produksinya....walaupun INLAY dikategori BOLEH LAH tapi ia tetap puaskan hati aku sebagai PEMBELI ataupun sebagai PENDENGAR dan lebih2 lagi sebagai seorang PEMINAT....disc pertama dimuatkan lagu2 yang terkandung dalam kompilasi ini iaitu sebanyak 20 lagu didalamnya manakala disc kedua juga adalah sama...iaitu lagu2 dalam disc pertama tadi diulang dalam disc kedua namun dalam disc kedua ini korang akan mendengar suara BRIAN MAY (GUITARIST) dan juga ROGER TAYLOR (DRUMMER) bercerita mengenai setiap lagu yang sedang anda dengari....faham tak ni??...kalau tak faham macam ni lah contohnya andaikata korang tengah pasang lagu KILLER QUEEN dalam disc kedua ni maka anda akan mendengar suara Brian May dan Roger Taylor bercerita mengenai lagu KILLER QUEEN tersebut...bagaimana mereka cipta,mana dapat idea lebih kurang begitulah....jelas kan??
            Ini antara kompilasi yang paling BEST dalam simpanan aku......mesti korang tertanya kan kenapa aku minat QUEEN namun tak pernah nak beli STUDIO ALBUM mereka???....jawapan aku mudah,QUEEN adalah band yang tidak punya GENRE music yang tetap..dorang boleh bermain bermacam2 konsep seperti POP,JAZZ,OPERATIC,UNPLUGGED,REGGAE...dan tidak semuanya aku minat...aku hanya minat pada lagu2 mereka yang punyai style HARMONY VOCAL...iaitu lagu yang diindahkan dengan selingan suara yang berharmoni.....pada aku style sebegitulah yang membuatkan QUEEN beza dengan group2 sezaman mereka.......

Track

  1. We Will Rock You
  2. We Are The Champion
  3. Radio Ga Ga
  4. Another Bites The Dust
  5. I Want It All
  6. Crazy Little Thing Called Love
  7. A Kind Of Magic
  8. Under Pressure
  9. One Vision
  10. You're My Best Friend
  11. Don't Stop Me Now
  12. Killer Queen
  13. These Are The Days Of Our Lives
  14. Who Wants To Live Forever
  15. Sven Seas Of Rhye
  16. Heaven For Everyone
  17.  Somebody To Love
  18. I Want To Break Free
  19. The Show Must Go On
  20. Bohemian Rhapsody

Friday, December 9, 2011

Koyok Jacket!!


               Tertarik dengan entry yang dibuat oleh cik abang Ijau tentang koleksi patches nya (boleh check kat sini) jadi aku pun nak tayang...oppss...bukan tayang tapi nak berkongsi apa yang aku ada dengan kroni2 blogger yang lain sebagai posting ringan untuk dibaca...so gambar kat atas tu antara patches yang ada dalam simpanan aku.Ada yang dah dibeli lebih dari 9 tahun dan ada yang baru aku dapatkan.Ini antara koleksi yang dapat diselamatkan sebab ada beberapa yang lain dah kena rembat dengan member2.
                Aku takde jacket untuk tampal koyok aku ni,cuma masa sekolah dulu (time kemaruk nak jadi metalhead konon2) adalah menampalnya kat bag sekolah...itu dulu punya story lah,macam sekarang ni pula aku lebih selesa memakai Tshirt saja tanpa berjacket,jadi memang terbiar jelah benda2 ni macam tu je.Sapa yang memang kaki kumpul patches ni pastinya meluat tengok gambar ni sebabnya semua patches ni bukan lah patches import yang disulam dengan sulaman yang cantik tapi patches yang paling haprak (patches pakai cop)...apa nak buat itu je kemampuan aku...nak leburkan sampai rm25 untuk beli benda yang aku tak pakai nak buat apa kan??so rembat yang stock rm5 seketul dah lah...

Thursday, December 8, 2011

Until The Light Take Us


              Berita akan kemunculan documentary ini telah pun aku dengar sejak awal 2010 lagi dari beberapa kenalan kutu Metal tegar.Dorang memberitahu yang documentary ini menyingkap secara menyeluruh dan lebih detail akan sejarah jatuh bangun dalam perjuangan pemuzik2 extreme Metal dari Norway.Tatkala mendengar akan perihal Norway ni aku terus 'abai' kan kehadiran dokumentasi bergambar arahan Aaron Aites & Audrey Ewell ni....kenapa aku abaikan??...sebabnya mudah,dari tahun 1994 keatas kontroversi yang mengelilingi perjalanan pemuzik songsang dari Norway ini telah pun direkod,diterbit,ditulis dan dicetak oleh ratusan mahupun ribuan majalah2 muzik..dan benda ini bukan lagi satu rahsia kerana semua yang memang taksub dengan aliran music sebegini pastinya telah pun tahu akan cerita2 nya...
              Tapi ntah kenapa beberapa minggu lepas ketika singgah di Pertama Complex tiba2 terasa nak beli dan layan documentary ini (memang boleh tonton di Youtube tapi rasa tak puas).Aku tak meletakkan harapan yang tinggi pasal documentary ni dan malah aku anggap ia sebagai pembelian untuk ditonton tatkala masa terluang saja.Plot dimulakan dengan membebelnya Fenriz (Dark Throne) dan juga Varg (Burzum) dengan excited nya menceritakan permulaan kegilaan mereka dan beberapa anak muda lain dalam bermain music keras iaitu Death Metal (kebanyakkan band2 dari Norway bermula dari Death sebelum berubah kepada Black).Satu persatu diceritakan mereka sampailah kepada kelahiran jenama2 elit seperti Mayhem dan lain2.

                  Mungkin pada kawan2 yang baru berjinak2 dengan music extreme pastinya teruja dengan jalan cerita ini,namun pada yang memang dah tahu jalan cerita nya mahupun yang memang dah bosan dengan mitos2 pemuzik Norway pastinya rasa mengantuk kerana plot ceritanya CUKUP PERLAHAN dan MEMBOSANKAN.Aku sendiri terpaksa dok tekan butang NEXT untuk mencari scene apa yang menarik untuk ditonton.
                Tatkala memasuki beberapa babak yang lebih dalam seperti kes2 pembunuhan dan juga kontroversi pembakaran tempat ibadat dan amukan mereka apabila kepercayaan tradisi nenek moyang mereka diganggu oleh pemahaman luar baru aku rasa yang cerita ini BARU BERMULA.Satu persatu individu yang dianggap penghulu dari nama2 band seperti Satrycon,Immortal dan Enslaved membuka wadah wacana mereka berkenaan isu berkenaan.


                     Selain dari semua cerita diatas diselit juga beberapa scene yang berganjak sedikit dari pendedahan sebenar sebagai hiburan tambahan tatapan kita.Misalnya seperti seorang pelukis yang mengambil mood Extreme Metal dan dijadikan basic didalam setiap karya lukisan nya...dan menariknya beliau menjemput Frost iaitu drummer Satrycon datang ke gallery lukisan beliau dimana frost telah menghiburkan pengunjung gallery berkenaan dengan aksi2 seorang Metalhead Extreme.Diselitkan juga gambar2 klasik dan rakaman2 video yang berstatus rare sepanjang perjalanan documentary ni.
                    Kesimpulannya,ia adalah sebuah cerita yang seronok ditonton oleh para penggemar aliran music songsang dan maha buas semua.Walaupun kita memang dah tahu akan cerita2 mereka namun ia di dokumen kan dengan cara yang lebih profesional dan menarik...pastilah berbeza diantara kita membaca dengan kita menonton kan??..aku letak gred bagi documentary ini ialah 4/10...ini kerana pada aku (secara peribadi) tiada apa lagi yang istimewanya berkaitan pemuzik2 mahupun band2 dari sana,mereka tidak seLIAR dulu dan hanya beberapa ketul je yang masih CUBA nak pertahankan keunggulan music dari sana.Apatah lagi kuasa besar music logam hitam sebegitu bukan lagi dijuarai mereka namun secara perlahan2 telah pun diambil alih kuasanya kepada band2 yang datang dari benua Amerika Latin seperti Chile,Brazil dan lain2.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...