bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Showing posts with label about me. Show all posts
Showing posts with label about me. Show all posts
Friday, November 7, 2014
Cassette Store Day @ Teenage Head Record
Sepertimana perayaan "record store day" yang diraikan bagi penggemar mahupun pengumpul album music berbentuk fizikal (vinyl,cd,kaset mahupun cartridge) yang tiap2 tahun diraikan maka tahun ini satu term baru pula lahir iaitu Cassette store day.Sebelum aku melalut panjang biar aku titipkan sikit perihal aku dalam minat terhadap format kaset ini.
koleksi peribadi yang seketul dua cuma....
Jika diikutkan format kaset ni telahpun dikebumikan diera peralihan milenium apabila mp3 menguasai mood dalam pemilihan manusia dalam menikmati music.Istilah 'teknologi dihujung jari' menambahkan parah bukan sahaja pada kaset namun hampir keseluruhan album yang dalam bentuk fizikal.
Tapi itu adalah satu fakta jika kita lihat ia dari sudut sekali imbas...tapi jika anda duduk dalam lapangan music yang lebih luas dan punya mandiri yang tersendiri pasti anda tahu yang format2 album masih hidup dan tak pernah mati..masih ada label2 punk misalnya masih ligat mengeluarkan format vinyl.
Di Malaysia pada tahun 2010 tiba2 demam kaset buat "u-turn"...berebut2 band nak rakam album mahupun demo dalam format berkenaan,label2 pun berlumba keluarkan album dalam format kaset seiring demand entah dari mana ia dipupuk tiba2 orang gila nak beli kaset.Dan pasaran kaset menggila apatah lagi jika dalam jualan...standard untuk album rock kapak konfim rm100 keatas tak lari...dan lebih sadis ada yang sanggup membeli walaupun kaset tersebut ada keluar dalam format cd yang masih dijual dikedai dengan harga yang jauh lebih rendah....
Aku sememangnya meminati format kaset ni dari bangku sekolah lagi..ia bukan dibuat2 (sebab ada kata yang beli kaset zaman ni lebih kepada nak ikut trend)..sebagai peminat pada irama extreme metal atau black metal khususnya mendengar sound mendap melalui format ini lebih terasa grim berbanding mendengar cd...tapi aku bukanlah menolak dan menafikan akan format2 music lain,misalnya sebagai peminat kumpulan MEGADETH (especially Megadeth era Marty Friedman) pasti anda mahu mendengar work band ni melalui satu bunyi yang sempurna dimana Mustaine berlawan2 ritma bersama Friedman..dan ini tidak mampu dicapai melalui kaset sebaliknya mendengar music mereka melalui proper format iaitu cd.
Bertempat di kedai music Teenage Head Record yang berlokasi di subang seluruh peminat music (ada juga muka yang datang sekadar nak menempel tapi tak beli album) datang bagi meraikan CSD ini.Aku tiba pada pukul 1 petang bersama dengan Arif yang sanggup meredah hujan dari Mantin ke Kuala Lumpur semata2 untuk tidak ketinggalan meraikan CSD yang julung kalinya diadakan.
Disambut mesra oleh owner kedai berkenaan (Bro Radzi) sebelum sesi menghabiskan duit gaji bermula.Masih aku ingat kali pertama aku datang ke kedai ni ketika mula2 ia dibuka dimana owner kedai ni bertanya kepada aku tentang kepelikan beliau melihat generasi baru yang datang ke kedai dia dan mencari kaset...kerana dia menyangkakan kaset dah lama mati hahaha..
gambar 10 ketul kaset ni adalah hasil tangkapan aku pada hari tu hahaha
Monday, June 18, 2012
Cerita Kosong
Malas nak menaip..so sekadar nak berkongsi beberapa gambar berkenaan dengan aktiviti aku beberapa hari ni...
Sekitar majlis pelancaran Skuad Muda KDN di Serdang
Pemandangan di Tanjung Harapan Klang
Musim durian sudah datang!!!!!!!!
Sekitar majlis pelancaran Skuad Muda KDN di Serdang
Pemandangan di Tanjung Harapan Klang
Musim durian sudah datang!!!!!!!!
Sunday, March 4, 2012
Kisah Aku Dulu
Beberapa minggu ni aku kerap didesak untuk tunaikan janji2 aku pada anak buah aku.Aku pernah janji kalau dorang lulus cemerlang dalam peperiksaan akan ada ganjaran/hadiah/habuan atas usaha mereka.Kali ni dorang desak lagi pakcik dia ni untuk tunaikan apa yang telah aku lafazkan.Tiada masalah untuk aku mewahkan mereka dengan benda2 yang berbentuk MATERIAL sebegitu andaikata ia memang berfungsi merangsang dorang agar lebih positif dalam pendidikan.Cuma aku terdetik dalam hati aku "betapa mewahnya anak2 ni jika dibanding dengan aku atau rakan2 sebaya yang lain" tatkala bersekolah dulu.
Sekadar untuk posting ringan petang ni aku sorot balik cerita zaman aku kecil2 dulu.Seingat aku dari kecik sampailah ke sekolah menengah aku tidak pernah menyambut 'harijadi' ataupun 'birthday' party bahkan aku sendiri pun lupa tarikh lahir aku sebab terlalu busy dengan dunia kanak-kanak.Tapi ketika itu arwah ibu aku yang akan ingatkan,dia akan cium pipi aku dan ucap selamat hari lahir buat aku...itu aku dulu...cuba budak2 sekarang ni mak bapak just bagi ciuman dan ucapan je masa harijadi dorang..tengok apa jadi??..mau melalak tak mahu ke sekolah gamaknya..
Begitu juga dengan kalau aku lulus dalam peperiksaan (masa sekolah rendah aku cemerlang,dah masuk menengah baru bahalol sikit hahaha) ayah aku hanya akan bawa aku makan satay je kat Jln Chow Kit,aku tak pernah demand dengan ayah aku sebab memang aku faham hanya itu je kemampuan dia dan aku sendiri memahami akan keadaan keluarga kami yang berpendapatan sederhana....
Perihal music pulak macam mana??...hehehe walaupun zaman aku dulu internet sudah mula ada namun penggunaan nya masih terhad,bahkan bagi masyarakat kelas sederhana seperti keluarga aku perkataan internet tu pun kami tak tahu menatang apa..hahaha..makanya jika minat sesuatu music harus ada disiplin mengumpul duit untuk beli apa2 juga barangan music (t'shirt,kaset,cd dll)..betul kata kawan2 aku yang mana zaman tu dipanggil "no money no music'...sekarang ni budak2 mewah,klik je blog muat turun lagu berjuta album2 boleh mereka download...andaikata zaman kanak2 aku juga sama seperti mereka mungkin sekarang aku punya pengetahuan yang lebih tinggi dalam music sebab boleh explore tanpa batasan..
Dari mana aku dapat duit beli semua barangan music tu??...selain dari hasil tabungan sekolah, tatkala itu arwah ibu aku ada membuat perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual kelapa parut dirumah,jadi setiap kelapa yang dijual arwah ibu akan bagi upah pada aku (tukang parut) dengan sedikit upah dalam sekitar 30-40 sen dan dari situlah aku mendapat dana membeli apa juga yang aku suka dan minat.Itulah dia sedikit cerita pasal aku dulu2....tapi macam yang aku cakap tadi ianya DULU dan sudah tiada relevan untuk anak2 SEKARANG...
Sunday, January 15, 2012
PORT DICKSON & ULU YAM
Telok Kemang Port Dickson
Air Terjun Sungai Sendat Ulu Yam
Lately ni gemar betul aku buat aktuviti mandi manda dengan kengkawan..so dua gambar ni antara gambar yang pada aku sendiri cukup cantik untuk dikongsi disini memandangkan gambar2 yang lain agak tak senonoh dan sedikit biadap untuk diperlihatkan hahaha..Gambar di Port Dickson tu diambil pada New Year hari tu kira2 dua minggu lepas dan air terjun sungai sendat tu diambil semalam...

Saturday, November 5, 2011
Doa Kesyukuran Di Rumah
Seperti kebiasaan,setiap kali menjelang lebaran (Aidilfitri/Aidiladha) ayah aku pasti akan membuat majlis kesyukuran.Kami tidak lah menjamu seluruh kariah surau,hanya jiran2 terdekat dijemput datang ke teratak buruk kami...
Menu2 yang simple seperti Mee Singapore,satay ayam,tapai,rendang ayam pencen,ketupat dan kek coklat...
Jadi dikesempatan ni aku mengucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua kroni2 blog "When Sky Turn Black" ni...hati2 memandu jika anda pulang ke kampung...

Sunday, October 23, 2011
Harta Baru
Syukur alhamdulillah,bonus dah pun dapat,bila difikir perihal bonus ni pastinya mengingatkan kita pada jerit perih kita bekerja siang dan malam untuk majikan kita dan bonus ni adalah hadiah yang diberi sempena segala pengorbanan kita sebagai seorang pekerja.Jadi duit yang datang dari sumber sebegini pasti nya aku nak abadikan pada sesuatu yang aku nampak dan sekurang2 nya ia boleh diguna pakai dengan baik,jadi aku memilih untuk memiliki Galaxy Tab ini.
Kelakar kan??orang lain dah jemu pakai menatang ni tapi aku pula baru nak beli..hahaha..apa nak buat aku bukan golongan yang bertuah seperti kalian yang boleh menurut apa juga trend pasaran,aku terpaksa menabung atau bercatur segala macam baru dapat memiliki apa yang aku hendak..aku golongan sederhana dan bukan datang dari golongan elit.
Aku dah lama berkenan dengan Galaxy Tab ni,semenjak aku tengok konsert LOUDNESS lagi aku dah perasan ramai yang guna menatang ni,aplikasinya juga menambat hati orang yang jenis macam aku,dan dari situ lah terdetik untuk gunakan perkhidmatan SAMSUNG ni...nak cerita panjang pun tak guna sebab benda pun baru beli,nak guna pun belum pandai...hahahaha
Saturday, October 15, 2011
Darah Tinggi...
Walaupun 2011 ni belum menutup tirai,namun macam2 benda menarik aku dah tempuh...ada yang manis,ada yang lucu,ada yang indah dan macam2 lagi lah..tapi yang satu lagi ni adalah benda yang tak berapa menariklah buat aku iaitu awal tahun ini aku di "SAH" kan ada DARAH TINGGI..sebenarnya dari tahun 2009 lagi doctor dah beritahu yang aku memang dah ada sikit sign mengenai darah tinggi namun ia masih lagi di border (belum mencapai kiraan darah tinggi yang sebenar) namun pada awal tahun 2011 baru ianya disahih kan..
Kad bacaan tekanan darah aku!!!
Bermula dari Januari (waktu disahkan) 2-3 kali dalam sebulan aku harus datang menerima rawatan dan counseling.Buat masa ini aku masih tidak mengambil sebarang ubat,ini kerana doctor sendiri tidak menggalak kan untuk aku bergantung dengan ubatan kerana faktor usia aku yang masih muda,jadi hanya aku kena pandai manage waktu tidur,makan dan sebagainya agar tekanan itu dapat dikurangkan.Sedih juga dihati bila mengenang nasib badan,mana tak nya,kawan2 lain semua seronok dok baham manakan2 yang best2 aku pulak dah start kena pantang itu ini.Tapi aku redha dengan apa juga dugaan ni..ada hikmah barangkali.
P/S : Ada tak apa2 petua yang boleh korang suggest kat aku mengenai penyakit DARAH TINGGI ni??

Sunday, August 14, 2011
Berbuka Puasa Dengan Keluarga
Memang dah jadi rutin keluarga aku tiap kali pertengahan Ramadhan kami akan berkumpul sekeluarga untuk berbuka bersama.Jadi rumah kakak aku di Gemas menjadi Port pilihan sebab kakak aku masak memang sedap.Waktu ni semua dok bersembang macam2 isu,politik lah,bola lah,pasal kampung lah,pasal langsir raya lah dan macam2 lagi...kecuali aku je tak joint..duduk dalam bilik layan mp3 sementara menunggu waktu berbuka.
Seperti tahun2 sudah,tahun ni menu yang keluarga aku siapkan boleh tahan jugak lah.Selain lauk pauk yang membunuh,kuih muih pun ada macam2 jenis yang boleh menyebabkan kita akan tersandar dekat dinding lepas berbuka.
Juadah yang simple je,antaranya ialah ikan keli salai,peria gulai lemak cili api,kerabu mangga,kacang bintang goreng,asam pedas perut..kuih muih pun simple juga macam popia basah,murtabak daging dan juga cucur udang kuah kacang...dan minuman jus manga dipilih sebagai senjata penghilang dahaga seharian berpuasa....
Selesai sesi perang bersama makanan,tiba pulak sesi menemankan anak2 buah aku main bunga api.Memang saja je aku beli kan dorg bunga api dan beberapa mercun ringan,sebab aku dok perati mak ayah dorang ni langsung tak pernah bagi anak2 dorang ni peluang merasa feel raya tu,bahkan ada diantara anak buah aku yang hanya pernah melihat orang bermain bunga api hanya melalui iklan2 di TV..ni tak boleh jadi,aku nak semua anak2 buah aku rasa macam mana syok nya aku di zaman kecil2 dulu dok menyambut raya....
dapat bunga api sengih sampai ke telinga
si abang ni pose macam BURZUM pun ade..haha
Yang kecik ni pun nak juga!!!
PESANAN : Jangan biarkan anak2 anda bermain mercun/bunga api tanpa sebarang pantauan dari orang dewasa!!

Thursday, May 5, 2011
Aku & Kultur
Beberapa hari lepas ada member yang bagi lebih kurang sekotak minuman ringan kat aku.Dia ni memang kerja di sebuah kilang minuman ringan di Selangor.Mungkin ada lebihan stock barangkali,jadi dia bawakan sekotak untuk aku.Aku terima juga pemberian dia dengan hati yang terbuka walaupun aku memang sudah tiada selera untuk minuman2 yang berkultur ini (walaupun berkhasiat).Kerana apa aku tak meminum minuman sebegini lagi??hehehe..ok aku nak cerita sesuatu pada malam ni (tatkala bosan).
ni bukan gambar aku tau..hahaha..gambar contoh je!!
Selepas habis zaman persekolahan,aku macam remaja2 lain juga lah,sibuk nak cari kerja Part Time sementara nak menanti keluarnya keputusan SPM.Jadi aku pun bekerjalah di sebuah Hypermarket di Kuala Lumpur,rasanya kalau aku sebut kan nama Hypermarket ni semua kenal kot,sebabnya ia memang Hypermarket yang terkemuka di Malaysia ni.Ok pendek kan cerita aku bekerja disitu sebagai pembantu jurual atau dalam bahasa PENJAJAH nya dipanggil 'Sales Assistant' lah.Aku ditempatkan dibahagian keperluan asas seperti beras,gula,serbuk2 makanan,dan macam2 lagilah.
Untuk sebuah Hypermarket sebesar tempat aku kerja ni,data2 pengambilan stock harus kerap dilakukan atau pun dipanggil 'Stock Take' setiap barangan.Ini kerana barangan selalunya keluar masuk dengan kadar yang cepat.Oleh itu boleh dikatakan tiap2 malam selepas waktu kerja (dalam pukul 10 malam) aku dan rakan2 lain akan disuruh overtime bagi melakukan kerja2 'Stock Take' ni.Cuba korang bayangkan aku masuk kerja pukul 7.30 pagi,lepas tu diwajibkan ambil overtime sampai pukul 10 malam,dan lepas tu kena suruh lagi sambung buat 'Stock Take' yang ada kalanya selesai pada pukul 3 pagi??esok nak datang balik pukul 7.30 pagi untuk kerja..hahaha..memang giler kerja macam ni.
Gambar contoh
Jadi tiap2 malam ketika melakukan stock take ni,ada lah 2-3 orang kawan satu department aku yang nakal ni pergi menjelinap masuk ke dalam tempat penghawa beku minuman2 ringan untuk bawa keluar berbotol2 dan berkotak2 minuman kultur ni untuk diminum tatkala bertugas waktu malam.Aku yang sememangnya perut kosong (duit takde nak makan) yang dari pagi dok teguk air kosong je memang happy lah bila geng2 ni bawak minuman yang macam tu,macam yang kita tahu,minuman berkultur ni tak macam air yang berkarbonat,air berkarbonat kalau kita minum diwaktu perut kosong pastinya akan mendatangkan senak,tapi air berkultur ni lain,dia akan mengenyang kan kita.Jadi berbotol2 aku minum,macam2 perisa aku rasa.Ada yang best ada yang kureengg sikit.Tapi time tu semua aku sebat (sebab dah lapar).
Gambar contoh lagi!!
Lebih kurang 6 bulan aku bekerja disitu memang inilah dia tabiat aku kalau kena paksa keje lebih masa,iaitu bekerja sambil belasah air free.Bahkan pada suatu malam tu seolah2 macam keadaan di dalam sebuah Bar yang mana semua pekerja dok berkerumun kat tempat kitorang sebab nak belasah air minuman ni.Hahahaha..ini kalau kantoi memang sah2 kena buang kerja.Oleh sebab tulah tekak aku sampai sekarang ni memang susah nak masuk minuman2 sebegini.Yelah selama 6 bulan air sebegitu je jadi hidangan.
Ok,berbalik pada kisah pemberian sekotak minuman percuma dari kawan aku tadi tu aku ambil juga dengan syukur.Ada juga orang yang ingat dekat aku.Semua minuman tu aku sedekah kan pada anak2 jiran terdekat.Aku pandang je kotak minuman tu memory aku terus melayang pada waktu zaman bekerja di Hypermarket berkenaan.Sebuah sejarah manis aku lalui waktu remaja dan mengenali pahit maung mencari duit sendiri.
Nota : Selain aku,ada sorang lagi member aku yang ada problem yang sama dengan aku,beza nya aku tak boleh minum air berkultur,dia pulak tak boleh nak makan 'Sushi'..hahaha..sebab nya apa??sebab kes yang sama macam aku,dia bekerja di Hypermarket yang sama tapi bahagian makanan segera.Jadi hari2 dok rembat Sushi lepas tu makan dekat kantin.hahahaha..sekarang ni tanggung lah dosa yang kita buat dulu ye?? hahaha..orang lain seronok minum air sedap dan lazat aku pulak selera dah hilang,orang lain dok layan Sushi kau pulak termuntah tengok benda tu...nasib kita lah!!hahahaha

Friday, March 11, 2011
AMCORP MALL
Sebenarnya dah takde idea nak tulis so cerita jelah benda yang bukan2..haha..ok..minggu lepas aku baru je bawak kawan aku pegi jalan2 kat AMCORP MALL,seperti sedia maklum AMCORP MALL ni adalah sebuah shoping mall dimana setiap hari ahad akan ada seperti temasya jualan barangan yang unik2 bahkan cukup antik..dari pinggan magkuk,hingga lah baju2.Dan tak kurang juga rekord2 lama seperti kaset,cd,mahupun vinyl ada turut dijual.Pendek kata memang menarik untuk dikunjungi.
Aku cerita tentang benda ni bukan sebab ni adalah pengalaman pertama aku datang,kalau nak diikut kan aku ni adalah antara pengunjung yang mula2 tahu akan keunikan tempat ni.Pada tahun 2002 lagi aku memang dah kerap datang (masa tu mat metal yg selalu lepak kat situ pun tak tahu lagi) tempat tu untuk mencari stuff2 yang menarik.
gadget2 menarik untuk dimiliki
AMCORP MALL yang terletak di Petaling Jaya Selangor ni bukan lah jauh sangat dari kediaman aku,tak sampai 15 minit pun dah sampai,cuma kebelakangan ni aku agak jarang datang menjengah dek kerana terlalu ramai yang telah tahu akan kewujudan pasar karat disini,makanya terlalu sesak.Tak seperti di tahun2 yang dulu,orang masih ramai yang tak tahu.So nak membelek2 barang pun best tak payah nak bersesak2.
memang menarik dan tertarik!!hehehe
Kalau dulu tiap2 minggu wajib turun melepak sehari suntuk untuk cari stuff rock/metal sekarang ni dalam 2 bulan sekali je kot aku datang.Lagi pun bilamana satu tempat tu dah famous,confirm barang2 yang unik ni dah takde lagi sebab dah ramai pengunjung yang beli.Jadi memadai lah aku cuma datang 2-3 bulan sekali kesini.Ada kala ada jugak rezeki terpijak jumpa kaset2 atau cd2 yang best dan harga pulak murah.Dan kadang2 hampeh jugak.
pelbagai bentuk record termasuk vinyl ada untuk dijual
hasil dari selama 8-9 tahun aku datang ke pasar karat AMCORP MALL ni,iaitu dari zaman bersekolah lagi sampai dah bekerja ni,macam2 jugak lah barang yang aku beli (selalu beli kaset/cd).Antara yang aku dapat adalah macam album2 dari SLAYER,VINCE NEIL,DEEP PURPLE,MEGADETH,METALLICA,SKID ROW,dan berlambak lagi lah album2 metal yang aku sempat beli kalau ada luck tak dirembat pengunjung yang lain.
kaset owh kaset....best!!best!!best!!
Pada para kolektor record (kaset,cd,vinyl) boleh lah datang kalau nak mencari sampah sarap untuk memenuhi rak album anda.Tapi aku tak janji korang boleh dapat apa yang korang cari,sebab nya macam yang aku sebutkan tadi,tempat ni dah tak macam 8 tahun lepas.Dah ramai yang datang untuk mencari barangan mereka.Tapi kalau korang nak cari barangan2 antik yang lain Insyaallah aku yakin hasil nya masih lumayan....chow!!!

Friday, January 28, 2011
Ini alasan aku...
Salam semua...hari ni aku nak menjawab beberapa persoalan yang diterjah ke diri aku sejak beberapa minggu ni.Soalan yang memang aku ingin jawab tapi tiada masa untuk aku buat.Tapi memandangkan kebelakangan ni kebiadaban yang dilemparkan terhadap aku makanya mahu tak mahu kena jugak aku jawab.Semalam aku memang tak dapat nak lelap kan mata bilamana ada message yang aku terima dari kawan2 (kenalan terdekat dalam METAL lah konon) yang mana message nya agak menggangu aku..aku tersekat diantara mahu pertahan kan PERSAHABATAN atau pertahan kan PENDIRIAN..maka nya biarlah aku jawab secara melaui blog buruk aku ni..
Antara soalan yang diajukan:
Beb!!pesal lu dah lama tak turun gig??kalau tak minat pun datang lah jenguk kawan2.
- Aku memang dah tak larat lagi nak kunjungi apa2 gig lagi buat masa ni.Ini disebab kan beberapa faktor.Antara nya adalah senarai band yang main terlalu ramai.Kadang2 aku hanya datang untuk melihat satu je band,namun aku terpaksa menunggu sehingga larut malam hanya untuk melihat band yang aku minat beraksi.Pernah sekali tu aku sampai di venue gig pada pukul 2.30 ptg dan aku terpaksa menunggu hingga pukul 11.00 malam untuk melihat band yang diminati naik buat persembahan.Ini masalah nya..BOSAN..cukup BOSAN.. dan rasanya cukup tidak berbaloi dengan kadar bayaran yang rata2 nya sekarang ni melebihi rm20 keatas.Band yang aku nak tengok kadang2 tak sampai pun 2 buah band.
- Lain masalah nya lagi adalah kerana aku memang rasa tak cukup selesa dengan keadaan sekeliling berlangsung nya sesebuah gig.Terlalu ramai yang datang lebih minat untuk berpeleseran dari menjengah live band yang membuat show.Ini yang betul2 membuat aku rasa sedikit Strange..bila aku datang ke mana2 gig sekarang ni rasa nya seolah2 melihat sebuah persembahan di Up Town je,dimana band buat persembahan tapi crowd pulak tak minat nak tengok.Sebaliknya lebih selesa berbual diluar dan jual muka masing2 untuk menjadi best of the best pada pandangan umum (konon nye lah!!)..masih hijau diingatan aku,pada tahun 2001 kalau tak silap aku mula2 nak belajar menjejak kaki ke gig2 metal sekitar KL,pada waktu itu cukup sukar dek kerana kes BLACK METAL yang meniup kencang di dada akhbar tempatan.Aku terpaksa kena spot check dengan pihak berkuasa sebelum masuk ke venue.Kaset,cd,aksesori dan macam2 lagi dirampas kalau aku hendak masuk (sebab bawah umur) tapi aku tetap berani juga untuk pergi..sebab nya???sebab pada waktu itu obsesi kepada muzik terlalu kuat bukan sahaja pada aku namun pada semua metalhead2 yang datang.Tidak satu pun yang terkecuali,semuanya datang untuk melihat live.Tapi itu mungkin dulu..sekarang ni kebanyakkan new comer metalhead lain pula cara nya...menjadi famous dimata crowd2 yang datang menjadi keutamaan.. Itu masing2 punya pembawakan.Tapi pada aku ini semua memang tak selari dengan pegangan aku.
- Dulu gig hanya mebariskan 4-5 band sahaja.So tak susah lah kalau nak beriadah sebab nya gig tu berlangsung tidak terlalu lama.Tapi sekarang ni??sampai 11 band beraksi.Kalau semuanya hebat takpe tapi kalau semua nya '$%^%&^' pulak macam mana??kan sia2 waktu cuti yang ada hanya untuk melangok berjam2.Bukan senang untuk seseorang yang bekerja dalam sektor industry macam aku ni nak dapat cuti rehat.So dari membazir masa macam tu ada bagus aku buat apa2 juga aktiviti (yang bukan berkenaan music sekalipun) asal kan bermanfaat untuk masa terluang.
- Aku memang rindu sangat nak melihat live show.Sape yang memang kaki metal mesti tau lah macam mana syok nya bila dapat lihat performance yang betul2 buat kita macam kena rasuk dek penangan muzik yang cukup menyelerakan.Tapi masa ini untuk melihat perkara itu memang cukup mustahil.Jadi biarlah dulu aku jauh dari semua schedule gig2 ni.Insyaallah kalau ada setlist gig yang cukup strong tak mustahil aku akan datang semula menjengah.
- Hahahaha..wahai sahabat..aku berkawan dengan semua sekali.Ikhlas aku berkawan dengan kalian kerana minat kita sama,anutan muzik kita serupa,hobi kita,passion kita semua nya hampir serupa iaitu METAL..kalau korang rasa aku berkawan kerana nak dikenali dalam kelompok scene ni rasanya ni dah silap.Aku tak pernah kemaruk untuk jadi 'somebody' dalam music.Biarlah aku ni dikenali sebagai peminat sahaja.Peminat yang serious barangkali.
- Sebenarnya dari awal lagi aku memang tak pernah letak diri aku duduk dalam komuniti u/g ni.Bukan sombong,tapi lebih selesa rasanya sebegini.Rasanya lebih positif macam ni (pada aku lah!!) kerana andaikata jika aku terlalu expose diri aku ni dalam komuniti ni bermakna terlalu banyak hati kawan2 yang perlu aku jaga.Contohnya dalam isu band dari Spore yang dikhabar kan akan mendarat di Perak untuk sebuah persembahan pada februari ni (dah cancel dah pun!!).Ramai kawan2 yang nak menyuarakan pendapat mereka,tapi mereka tak mampu menzahirkan nya..sebab??sebab mereka takut andaikata komentar mereka menyinggung perasaan kawan2 lain dalam kelompok u/g ni..tapi aku tidak.. bahkan dalam isu berkenaan aku mampu memberi apa jugak komentar2 yang aku rasa betul pada pendapat aku tanpa perlu takut nak menjaga hati sesiapun.Inilah dia kelebihan jika kita menjadi pemerhati dimana secara tidak langsung kita menjadi pengkritik (yang positif!!!) untuk pergerakan muzik ganjil ni.Bukankah bagus macam tu???at least ada juga orang bersuara bukan??dari tak puas hati tapi terpaksa dikunci mulut??
- Serious aku tak tahu pulak sekuat ni tentangan yang datang kalau kita tak joint kelompok ni...hmm.. takpelah,memandangkan buat masa ni aku memang takde apa2 pun aktiviti band so rasanya takdelah masalah sangat..walaupun lewat ni memang ada beberapa kali perbincangan kearah penubuhan sebuah band (masih dalam perbincangan) tapi masih jauh lagi perjalanan nya.
- Tapi andaikata memang diizinkan untuk aku menggerakkan sebuah band sendiri biarlah ianya diketahui oleh rakan taulan yang terdekat je,dan pergerakan band ini juga biarlah menjadi tanda tanya siapa individu2 yang memainkan nya..yelah tu jelah caranya..kang tunjuk muka sah2 korang tak nak support kan..so kami akan hiding diri kami dari diketahui sesiapa.Segala urusan dilakukan dalam senyap.Dan harap2 ianya mampu juga menerobos ke dalam u/g market tanpa sedar..sapa tahu kan?? sebab rezeki itu hanya boleh di AMIN kan oleh tuan yang empunya kerajaan langit dan bumi ini sahaja..bukan datang dari kawan2 yang duduk semeja melepak di kedai mamak.
Bukan niat aku untuk kecil kan hati sesiapa melalui posting kali ni.Cuma ini sahaja saluran yang aku ada.Aku diserang dari segenap sudut.Dan lebih pedih bilamana ia nya datang dari kawan2 sendiri.Aku memang tak pernah banned mana2 geng dalam u/g.Aku tak pernah benci dengan sesiapa.Cuma aku mintak supaya jangan lah aku ditarik untuk melakukan sesuatu yang sukar aku nak buat.Alasan pun dah aku beri kan. Kalau korang minat gig,minat lah sape pulak yang nak marah??kalau korang minat nak glamour dalam komuniti u/g ni so itu hal korang lah sapa pulak yang nak halang??tapi jangan lah bila mana aku tidak selesa dalam satu barisan dengan korang lantas aku terus korang label dengan macam2 title yang aku memang kurang senang nak dengar.Sampai aku tulis blog ni pun korang nak jadi isu.Rileks arr bro...jangan tepu sangat otak tu..biar buruk rupa jangan buruk perangai.
Seni muzik extreme metal ni memang unik,cukup unik.Sampai bila pun aku akan terus sokong walaupun dari jauh.Sebagai tanda sokongan,aku akan mengikuti setiap band2 (yang bagus) dalam setiap apa juga yang dorang buat.Aku akan beli segala bentuk merchandise(kalau ada duit lebih) dan mana tahu satu hari melihat pulak mereka beraksi.Tapi biarlah aku minat secara begini je.Apapun mana yang kenal dengan aku kawan tetap kawan..aku hormat kalian as my metal brothers!!!
Saturday, January 15, 2011
majlis kesyukuran
Hari ni (waktu posting ni ditulis) aku je selesai mjlis kesyukuran.Majlis ini dibuat antara sebab nya kerana pembedahan abang aku berjaya dan nampak dia pun dah makin sihat..alhamdulillah.Yang kedua nya kerana anak buah aku baru2 ni mendapat keputusan 6A dalam PMR.Jadi kami sekeluarga pun adakan lah majlis kesyukuran ni secara kecil kecilan.kami hanya memanggil beberapa orang kariah masjid dan sanak saudara terdekat sahaja.
Antara juadah yang disediakan ialah ikan bakar (pakej air asam dan sambal belacan), gulai daging kawah,masak sayur campur,selain dengan pencuci mulut iaitu kuih koci.
Antara jemaah yang sudi datang menghadirkan diri di teratak buruk kami..
Lepas jemaah dah balik family punya time pulak belasah makan..
Terima kasih pada yang datang...
Lepas jemaah dah balik family punya time pulak belasah makan..
Terima kasih pada yang datang...
Thursday, November 4, 2010
choose..HEAVY METAL...or DIE!!!!
Aku rasa tak ramai geng2 seusia dengan aku yang punyai selera terhadap muzik2 dari tahun 80s-90s.Aku ni boleh lah kalau ada yang nak cakap ter stuck dengan era tu..hahahaha.Serius,..Sebenarnya aku tak nak jadi hipokrit,so biar lah aku cerita sikit tentang tasted songsang aku ni.Waktu tahun 2000 dulu aku masih lagi bersekolah.Bohong lah kalau aku cakap aku langsung tak terjebak dengan trend muzik global waktu tu.Masa tu seingat aku genre New Age Metal betul2 tengah panas..nama2 band macam Limp biz kit juga linkin park sampailah ke papa roach hingga ke Godsmack semua tu penah menjadi siulan aku.
Masih hijau lagi kat memory aku,waktu band2 yang aku sebut tadi tengah top,habis semua geng2 sekolah aku dok sibuk kumpul duit beli topi yang berulis NY..yang duduk kat ceruk kampung kerinchi sampailah ke penghuni rumah flat PPRT semua dok sibuk pakai topi NEW YORK tu..hahaha.Tapi selepas aku berkenalan dengan seorang rakan aku yang cukup2 karib benda ni semua dah jadi kenangan.
Aku yang sememangnya tercari2 muzik yang boleh bagi satu keterujaan dalam hidup telah pun dikenalkan oleh sahabat aku ni.Maka bermula dari waktu itu tiada lagi topi NY,tiada lagi LINKIN PARK semuanya seolah bertukar terus.DEEP PURLPLE dan BLACK SABBATH telah menjadi satu yang cukup unik didalam hati muda aku.Pencarian demi pencarian terhadap band2 sebegini terus aku cari.Maka nya nama2 seperti Whitesnake,Led Zeppelin,Rainbow,Rising Force,GnR,Motley Crue dan beribu lagi telah menemani waktu pembesaran ku.
Steve Vai & Coverdale
Yang menarik nya bila diimbas kenangan lampau ni,boleh kata semua rakan sekolah lain dok sibuk fikir pasal awek mahupun exam tapi aku dengan kawan aku tadi dok sibuk bincang pasal band2 ni.Rasa kegilaan ni mula terus menular bila dah lepak dengan kawan2 yang memang rebel habis attitude dorang.Mereka2 ini lah penggerak2 metal yang selalu menular di area bowling kawasan mid valley sekitar tahun 2002 dulu.Melalui mereka ni lah maka satu lagi irama keras yang cukup lekat di hati..METAL....
Jadi dari Norwegian Black Metal sampailah sehuru hara Britain Grindcore dah menjadi setlist aku.Kawan2 aku ni ada diantara mereka masih lagi tegar memegang panji dan ada juga diantara nya tumbang dek pukulan pangkat dan wanita..hahahaha..tapi pada aku sendiri muzik sebegini memang dah jadi satu yang harus untuk aku.Aku jadikan ia sebagai therapy selepas seharian penat mencari rezeki,aku jadi kan ia consultant waktu aku dalam kebimbangan dan aku jadi kan dia friend waktu aku kebosanan.
Tapi tak semua nya.Mana yang lekat kat otak tu jelah yang aku dengar.Maka nya semua sentuhan rock/metal 80s mahupun 90s memang akan ada dengan aku sampai bila2..
Thursday, October 28, 2010
blues SETINGGAN blues....
Tahun ni dah genap 3 tahun aku tinggal di rumah baru,iaitu sebuah flat di tengah bandar KL, setelah pindah kesini semua nya baru dalam hidup aku,kiri aku,kanan aku,depan aku mahupun belakang aku semua nya baru.Bukan baru perkakas rumah yang aku maksud tapi persekitaran yang aku diami ni yang berubah sama sekali.Aku rindu setinggan yang aku diami sejak lahir sehingga umur beganjak dewasa.Tapi apakan daya modenisasi membunuh semua keharmonian dengan menggunakan alasan kemajuan.
Terdetik dekat hati aku untuk menulis tentang perkara ni dek kerana aku memang rindu sangat dengan kehidupan di kawasan perumahan lama aku.Dimana masyarakat setempat semuanya hidup dalam erti kata majmuk yang sebenar benar nya majmuk.Bahkan ada yang menganggap setiap dari mereka seperti keluarga sendiri.Amat jarang didengar anak2 kecil memanggil makcik2 disitu dengan gelaran makcik tetapi menggunakan gelaran 'mak' atau 'mama',begitulah akrabnya kehidupan disitu.
Aku juga mempunyai sebuah keluarga angkat semasa masih mendiami di situ,namun sekarang ni status keluarga angkat tu hanya tinggal status,perubahan tempat tinggal memaksa hubungan tu menjadi renggang.Banyak benda yang aku belajar melalui kehupan disitu,erti kawan,erti jiran,erti saudara dan macam2 lagi.Tapi bila dh ke flat ni jiran aku pun sampai la ni aku tak tau apa nama dia,bape anak dia mana asal usul dia,yang aku tau pergi keje balik keje,dorang pun gitu juga.
Selera muzik aku juga dipupuk melalui kehidupan di setinggan ni,dari tak kenal ape itu muzik sampai lah ketahap KETAGIH pada muzik semuanya bermula di sini.Kami bukanlah ketinggalan zaman hanya kerana kami penduduk perumahan begini,kami begitu up to date dengan perkembangan muzik semasa ini kerana kami adalah anak2 jati KL...so masih boleh pukul kredibiliti anak2 muda dari HARTAMAS masa tu..hahahaha.Segala jenis muzik yang aku gemari semuanya bermula disini.Melaliu pengenalan rakan2, melalui teman2 sekolah yang tinggal berdekatan.Mungkin ada hikmah,andaikata aku dibesarkan dalam suasana mewah waktu,mungkin sekarang aku bukan aku,tapi aku adalah pecinta muzik metal bangsat macam rapcore,metalcore,hardcore dan macam2 lagi lah genre core yang semua nya meloyakan.....

Thursday, October 21, 2010
KETAKSUBAN....
Memang aku mengakui yang aku ada mengumpul sedikit stuff2 rock/metal..tak kira lah dari jenis apa bentuk material nya baik tshirt,poster,magazine dan lain2 lagi lah bentuk2 yang ada sentimen metalnya.Namun aku lebih kepada CD juga Kaset.Jadi dari hari kehari pengumpulan aku aku pun bertambah lah sikit demi sikit, apatah lagi sekarang ni FACEBOOK adalah medium untuk mencari sebarang pencarian termasuk lah stuff2 metal.
Ada yang mengatakan bila dah ada minat sebegini dah boleh digelar 'Collector',namun aku menyanggah kenyataan tersebut kerana pada pandangan aku seseorang collector itu adalah individu yang berani..ya berani untuk mendapat kan barangan untuk koleksi mereka,tak kira lah berapa harga yang diletak dari status wang PULUHAN,mahupun RATUSAN walaupun RIBUAN mereka tetap sanggup untuk mendapatkan nya.Dan aku bukan orang yg sebegitu.
Aku bukan sengaja sebenarnya mengumpul ni,tapi bila dah minat pada music konfem kita akan beli album2 dari band2 yg kita minat,jadi antara sedar tak sedar benda yang dikumpul semakin hari semakin membiak,memang seronok sebenarnya hobi mengumpul ni,selain dari support music dengan membeli album yang ori(total fuck and hate to any bootleg and download free) kita juga dapat mengetahui benda yang menarik tentang sesebuah band,seperti line up nya,studio rakaman nya dan lain2 lah..mereka yang seperti aku pasti tau lah apa kelebihannya.
berbalik pada tajuk(hehehe)..aku membeli album mengikut kemampuan,andai kata lebih rezeki yang ada maka membelilah aku tapi kalau tidak maka jarang lah membeli,jadi aku bukanlah golongan Collector yang sebenar,sifat collector sebenar dah pun aku sebut kan tadi.Aku juga cuba untuk tidak terlalu taksub mengumpul walaupun aku cukup sayang dengan hobi ni,tapi yakin kan jugak lah yang benda ni tak kemana pun,bila ke liang lahad nanti tiggal juga semua ni.Tapi selagi aku mampu menyimpan aku akan mnyimpan kerana ini adalah minat yang serius selain menjadi bahan rujukan music aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)