bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, January 28, 2011

Ini alasan aku...


                        Salam semua...hari ni aku nak menjawab beberapa persoalan yang diterjah ke diri aku sejak beberapa minggu ni.Soalan yang memang aku ingin jawab tapi tiada masa untuk aku buat.Tapi memandangkan kebelakangan ni kebiadaban yang dilemparkan terhadap aku makanya mahu tak mahu kena jugak aku jawab.Semalam aku memang tak dapat nak lelap kan mata bilamana ada message yang aku terima dari kawan2 (kenalan terdekat dalam METAL lah konon) yang mana message nya agak menggangu aku..aku tersekat diantara mahu pertahan kan PERSAHABATAN atau pertahan kan PENDIRIAN..maka nya biarlah aku jawab secara melaui blog buruk aku ni..
                    
Antara soalan yang diajukan:

Beb!!pesal lu dah lama tak turun gig??kalau tak minat pun datang lah jenguk kawan2.  
  1. Aku memang dah tak larat lagi nak kunjungi apa2 gig lagi buat masa ni.Ini disebab kan beberapa faktor.Antara nya adalah senarai band yang main terlalu ramai.Kadang2 aku hanya datang untuk melihat satu je band,namun aku terpaksa menunggu sehingga larut malam hanya untuk melihat band yang aku minat beraksi.Pernah sekali tu aku sampai di venue gig pada pukul 2.30 ptg dan aku terpaksa menunggu hingga pukul 11.00 malam untuk melihat band yang diminati naik buat persembahan.Ini masalah nya..BOSAN..cukup BOSAN.. dan rasanya cukup tidak berbaloi dengan kadar bayaran yang rata2 nya sekarang ni melebihi rm20 keatas.Band yang aku nak tengok kadang2 tak sampai pun 2 buah band.  
  2. Lain masalah nya lagi adalah kerana aku memang rasa tak cukup selesa dengan keadaan sekeliling berlangsung nya sesebuah gig.Terlalu ramai yang datang lebih minat untuk berpeleseran dari menjengah live band yang membuat show.Ini yang betul2 membuat aku rasa sedikit Strange..bila aku datang ke mana2 gig sekarang ni rasa nya seolah2 melihat sebuah persembahan di Up Town je,dimana band buat persembahan tapi crowd pulak tak minat nak tengok.Sebaliknya lebih selesa berbual diluar dan jual muka masing2 untuk menjadi best of the best pada pandangan umum (konon nye lah!!)..masih hijau diingatan aku,pada tahun 2001 kalau tak silap aku mula2 nak belajar menjejak kaki ke gig2 metal sekitar KL,pada waktu itu cukup sukar dek kerana kes BLACK METAL yang meniup kencang di dada akhbar tempatan.Aku terpaksa kena spot check dengan pihak berkuasa sebelum masuk ke venue.Kaset,cd,aksesori dan macam2 lagi dirampas kalau aku hendak masuk (sebab bawah umur) tapi aku tetap berani juga untuk pergi..sebab nya???sebab pada waktu itu  obsesi kepada muzik terlalu kuat bukan sahaja pada aku namun pada semua metalhead2 yang datang.Tidak satu pun yang terkecuali,semuanya datang untuk melihat live.Tapi itu mungkin dulu..sekarang ni kebanyakkan new comer metalhead lain pula cara nya...menjadi famous dimata crowd2 yang datang menjadi keutamaan.. Itu masing2 punya pembawakan.Tapi pada aku ini semua memang tak selari dengan pegangan aku. 
  3. Dulu gig hanya mebariskan 4-5 band sahaja.So tak susah lah kalau nak beriadah sebab nya gig tu berlangsung tidak terlalu lama.Tapi sekarang ni??sampai 11 band beraksi.Kalau semuanya hebat takpe tapi kalau semua nya '$%^%&^' pulak macam mana??kan sia2 waktu cuti yang ada hanya untuk melangok berjam2.Bukan senang untuk seseorang yang bekerja dalam sektor industry macam aku ni nak dapat cuti rehat.So dari membazir masa macam tu ada bagus aku buat apa2 juga aktiviti (yang bukan berkenaan music sekalipun) asal kan bermanfaat untuk masa terluang. 
  4. Aku memang rindu sangat nak melihat live show.Sape yang memang kaki metal mesti tau lah macam mana syok nya bila dapat lihat performance yang betul2 buat kita macam kena rasuk dek penangan muzik yang cukup menyelerakan.Tapi masa ini untuk melihat perkara itu memang cukup mustahil.Jadi biarlah dulu aku jauh dari semua schedule gig2 ni.Insyaallah kalau ada setlist gig yang cukup strong tak mustahil aku akan datang semula menjengah.   
Lu kena tunjuk muka jugak beb biar geng2 dalam scene kenal kita..  
  1. Hahahaha..wahai sahabat..aku berkawan dengan semua sekali.Ikhlas aku berkawan dengan kalian kerana minat kita sama,anutan muzik kita serupa,hobi kita,passion kita semua nya hampir serupa iaitu METAL..kalau korang rasa aku berkawan kerana nak dikenali dalam kelompok scene ni rasanya ni dah silap.Aku tak pernah kemaruk untuk jadi 'somebody' dalam music.Biarlah aku ni dikenali sebagai peminat sahaja.Peminat yang serious barangkali. 
  2. Sebenarnya dari awal lagi aku memang tak pernah letak diri aku duduk dalam komuniti u/g ni.Bukan sombong,tapi lebih selesa rasanya sebegini.Rasanya lebih positif macam ni (pada aku lah!!) kerana andaikata jika aku terlalu expose diri aku ni dalam komuniti ni bermakna terlalu banyak hati kawan2 yang perlu aku jaga.Contohnya dalam isu band dari Spore yang dikhabar kan akan mendarat di Perak untuk sebuah persembahan pada februari ni (dah cancel dah pun!!).Ramai kawan2 yang nak menyuarakan pendapat mereka,tapi mereka tak mampu menzahirkan nya..sebab??sebab mereka takut andaikata komentar mereka menyinggung perasaan kawan2 lain dalam kelompok u/g ni..tapi aku tidak.. bahkan dalam isu berkenaan aku mampu memberi apa jugak komentar2 yang aku rasa betul pada pendapat aku tanpa perlu takut nak menjaga hati sesiapun.Inilah dia kelebihan jika kita menjadi pemerhati dimana secara tidak langsung kita menjadi pengkritik (yang positif!!!) untuk pergerakan muzik ganjil ni.Bukankah bagus macam tu???at least ada juga orang bersuara bukan??dari tak puas hati tapi terpaksa dikunci mulut??  
Bro..lu kena joint jugak dengan member u/g ni..kalau tak esok sape yang nak support lu kalau lu dah ada band nanti...  
  1.  Serious aku tak tahu pulak sekuat ni tentangan yang datang kalau kita tak joint kelompok ni...hmm.. takpelah,memandangkan buat masa ni aku memang takde apa2 pun aktiviti band so rasanya takdelah masalah sangat..walaupun lewat ni memang ada beberapa kali perbincangan kearah penubuhan sebuah band (masih dalam perbincangan) tapi masih jauh lagi perjalanan nya. 
  2. Tapi andaikata memang diizinkan untuk aku menggerakkan sebuah band sendiri biarlah ianya diketahui oleh rakan taulan yang terdekat je,dan pergerakan band ini juga biarlah menjadi tanda tanya siapa individu2 yang memainkan nya..yelah tu jelah caranya..kang tunjuk muka sah2 korang tak nak support kan..so kami akan hiding diri kami dari diketahui sesiapa.Segala urusan dilakukan dalam senyap.Dan harap2 ianya mampu juga menerobos ke dalam u/g market tanpa sedar..sapa tahu kan?? sebab rezeki itu hanya boleh di AMIN kan oleh tuan yang empunya kerajaan langit dan bumi ini sahaja..bukan datang dari kawan2 yang duduk semeja melepak di kedai mamak.  
                       
                     Bukan niat aku untuk kecil kan hati sesiapa melalui posting kali ni.Cuma ini sahaja saluran yang aku ada.Aku diserang dari segenap sudut.Dan lebih pedih bilamana ia nya datang dari kawan2 sendiri.Aku memang tak pernah banned mana2 geng dalam u/g.Aku tak pernah benci dengan sesiapa.Cuma aku mintak supaya jangan lah aku ditarik untuk melakukan sesuatu yang sukar aku nak buat.Alasan pun dah aku beri kan. Kalau korang minat gig,minat lah sape pulak yang nak marah??kalau korang minat nak glamour dalam komuniti u/g ni so itu hal korang lah sapa pulak yang nak halang??tapi jangan lah bila mana aku tidak selesa dalam satu barisan dengan korang lantas aku terus korang label dengan macam2 title yang aku memang kurang senang nak dengar.Sampai aku tulis blog ni pun korang nak jadi isu.Rileks arr bro...jangan tepu sangat otak tu..biar buruk rupa jangan buruk perangai.
                  Seni muzik extreme metal ni memang unik,cukup unik.Sampai bila pun aku akan terus sokong walaupun dari jauh.Sebagai tanda sokongan,aku akan mengikuti setiap band2 (yang bagus) dalam setiap apa juga yang dorang buat.Aku akan beli segala bentuk merchandise(kalau ada duit lebih) dan mana tahu satu hari melihat pulak mereka beraksi.Tapi biarlah aku minat secara begini je.Apapun mana yang kenal dengan aku kawan tetap kawan..aku hormat kalian as my metal brothers!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...