Tentang album ni???yes..pada aku sebuah album yang cukup sempurna dari setiap segi.KHEROW yang membawakan Melodic Death Metal ni adalah antara mereka yang sedar (barangkali) bahawa Death Metal itu bukan terletak dari sudut kepantasan semata mata.Oleh itu 8 buah hasil tangan dianyam dengan ritma muzik metal yang cukup menyelerakan bagi aku.
Melihat dari band ini yang meletak kan kaum hawa sebagai Front Band apatah lagi dorang juga membawa aliran Melodic pasti ada yang mendakwa ini adalah Arch Enemy wannabe..sebelum kita merumus kan mereka baik dengar dulu lagu2 mereka.Walaupun Melodic adalah menjadi taruhan utama namun aku masih dapat mendengar dengan jelas yang muzik mereka juga ada berbau sedikit Progressif ,ada beberapa riff yang dah sedikit condong ke arah DREAM THEATER (Train Of Thought) mahupun yang sama waktu dengan nya...hahaha.Purata keseluruhan dari segi permainan aku memang puji.Cukup teratur.Ini adalah hasil dari latihan yang kerap dan result nya pasti tidak menghampa kan.
album yang menjadi toplist aku bulan ni
track list :
- The Rapture
- Requiem For The Fools
- Phantom Caretaker
- Choked With Your Lies (Pointless)
- Savages Of Yesterday
- Rise Of Uranium
- Petang Peti (Instrumental)
- Bintang Timoer


No comments:
Post a Comment