bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, January 15, 2011

FTG live at metal wars

     
        Sesiapa yang pernah melalui era2 akhir dekat 90an pasti nya memang tau lah yang pada waktu itu adalah waktu generasi rock ke-3(rock/metal komersial) melebar kan sayap bakat masing2..diwaktu itu juga kita mendengar nama2 seperti XPDC (the new re-branding) REAL XPDC,METALASIA,AMUK,MANTERRA,JINBARA, AWIE & DRAGON MALAYA,dan tidak terlepas juga veteran Thrash Metal kita iaitu FTG yang juga pada waktu itu acap kali kelihatan melakukan persembahan bersama band2 metal komersial tersebut.
       Jadi tahun 1999 berlangsung lah sebuah konsert dimana menggabung kan FTG,XPDC dan METALASIA di satu pentas yang dipanggil METAL WARS.Melalui konsert ini maka ia telah dirakam dan terlahirlah sebuah live album yang berjudul 'LIVE AT METAL WARS'.Peluang rakaman ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada peminat FTG merasai kehebatan mereka yang bukan sahaja hebat melalui sound di album bahkan juga kehebatan mereka beraksi live.
       METALASIA juga turut mengambil peluang dalam konsert ini untuk aksi mereka dirakam dan dikeluarkan dalam bentuk live album.Ini adalah dalam satu rangka promosi bagi susulan album pertama mereka KHALIFAH ALAM MAYA.Hanya XPDC sahaja yang tidak membuat rakaman ini kerana pada tahun sebelumnya (1998) mereka baru sahaja merakam kan live album mereka sendiri iaitu 'Konsert Raksasa XPDC BRUTAL' .SO hanya METALASIA dan FTG jelah yang merekod.

                                             kaset yang masih tersimpan baik dalam rak aku.. 

           Berbalik pada live FTG ini tadi.Sememang nya ini adalah rakaman live yang cukup profesional dari segenap sudut.Ianya tidak ditokok tambah mahupun menjalani edit sound.Apa yang dorang main itulah yang keluar.Kita boleh dengar jeritan penonton,celoteh Tajul (vocalist)bersama penonton dan macam2 lagi yang membuat kan sapa yang mendengar merasa seakan2 berada dalam konsert sebenar.Tidak seperti XPDC dimana mereka telah edit sound terlebih dahulu sebelum mengeluarkan rakaman live mereka pada tahun 1998.Kalau anda pernah melihat XPDC dalam 'konsert raksasa XPDC brutal 98' versi vcd pasti anda akan tahu dimana ketika permulaan lagu SENAPANG PATAH tali guitar Izo putus dan menyebab kan lagu tersebut hanya mendengar petikan BASS dari Zuar sahaja sampai hampir penghujung lagu.Tapi kalau korang dengar pulak dalam versi CD atau KASET (live yang sama) lagu senapang patah tu mempunyai Guitar Track..maksud nya ia telah diedit dan bukan rakaman asal.

lagu lagu yang terkandung
  1. Malaysia maju 
  2. Life
  3. Spirit to rebel
  4. metal heart
  5. Behind this wall 
  6. Anak melayu 
  7. Mana tahan
  8. Black Night 
  9. Paranoid
  10. Askar
  11. We're gonna take it 
  12. Bila larut malam 
  13. Anak tiri 
              Kalau nak diikut kan ini adalah hasil seni yang baik untuk disimpan.Sebab nya adalah mustahil kita sekarang ini untuk mendapat kan live album yang betul2 jujur dari segi rakaman mahupun persembahan.Kalau adapun rakaman live bermutu pasti ianya datang dari otai2 rock 80an sahaja.Nak harap band sekarang?? jawapan dia Assalamualaikum jelah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...