bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Monday, October 31, 2011
Pasangan Merpati Dua Sejoli..
Kalau sebelum ni aku ada review pasal album kompilasi Black Sabbath The Dio years tapi hari ni aku berkesempatan memiliki satu lagi kompilasi Black Sabbath untuk versi Ozzy Years pulak.Album ni dah keluar rasanya dah 2 tahun tapi aku malas nak beli sebab nya kebelakangan ni aku rasa macam susah pulak nak hadam sound2 moody (Black Sabbath ft Ozzy terkenal dengan sound sebegitu) tak tahu kenapa,sedangkan lagu2 Black Sabbath era Ozzy ni adalah makanan aku pada suatu ketika dulu..faktor umur barangkali.
Cuma bila ada promosi jualan separuh harga baru lah aku beli...hehehe..jadi lengkaplah pasangan merpati dua sejoli ni iaitu versi Black Sabbath bersama Dio pun ada dan Ozzy pun ada.Kira minggu ni aku punya setlist adalah Black Sabbath lah kot..hmm..selain dari beberapa album Whitesnake (demam show dorang semalam belum habis)..so kepada kawan2 yang nak beli album ni sila dapatkan cepat sementara ada promosi separuh harga ni (promosi berakhir pada pertengahan bulan November)
Jadi sebelum korang dok hangguk2 kepala layan MARDUK ke SARCOFAGO ke,ada baik korang layan dulu Band atuk2 ni yang telah membuka ruang luas yang diberi nama Heavy Metal.Harus diingat zaman mereka ini adalah zaman yang lebih ektrim dari sekarang ini..bukan ektrim dari segi imej mahupun sound,namun mereka ekstrim dari segi KREATIVITI penjanaan sesebuah lagu..
P/S : Insyaallah malam ni review penuh concert Whitesnake di KL akan aku siapkan...
Sunday, October 23, 2011
Tangkap Ular
Syukur,akhirnya keluh kesah gelisah sebab belum dapat tiket dah pun berakhir.Petang tadi aku dah pun dapatkan tiket WHITESNAKE WORLD TOUR Live In Kuala Lumpur 2011.Aku beli dua tiket satu aku dan satu lagi untuk rakan jenayah aku iaitu Zakri.Asalnya harga rm98 tapi katanya sekarang tengah promosi makanya hanya rm89.
Aku ambil yang paling murah jelah atau dalam erti kata yang lain takat tu je kemampuan aku.Yang penting aku dapat pergi.Aku tak heran kalau tak dapat tonton METALLICA misalnya mereka datang ke mari,aku pun tak heran kalau tak dapat tengok BLACK SABBATH di Singapore 3 tahun sudah,tapi kalau yang satu ni aku tak dapat peluang nak pergi memang pedih,hancur dan luluh hati aku..mungkin aku akan ambil masa yang panjang juga untuk mendengar semula muzik Rock..mana tak nya, WHITESNAKE antara yang paling mempengaruhi tasted Rock N Roll aku selama ni.
Perihal tiket dah settle jadi sekarang ni tinggal nak tunggu keputusan cuti lulus ataupun tidak..harap2 lulus lah.Aku harap sangat2 janganlah ada aral yang melintang.Insyaallah aku akan review juga konsert mereka ni jika punya kesempatan.Pada sesiapa yang belum tahu,konsert ni sempena Tour bagi album baru mereka iaitu FOREVERMORE dan aku ada juga ulas pasal album tu..so korang klik jelah kat sini kalau nak baca ok..
Dah terngiang2 dah suara Coverdale menjerit "Are You Readeeeiiii???"...hahahahaha...see u there!!!
Harta Baru
Syukur alhamdulillah,bonus dah pun dapat,bila difikir perihal bonus ni pastinya mengingatkan kita pada jerit perih kita bekerja siang dan malam untuk majikan kita dan bonus ni adalah hadiah yang diberi sempena segala pengorbanan kita sebagai seorang pekerja.Jadi duit yang datang dari sumber sebegini pasti nya aku nak abadikan pada sesuatu yang aku nampak dan sekurang2 nya ia boleh diguna pakai dengan baik,jadi aku memilih untuk memiliki Galaxy Tab ini.
Kelakar kan??orang lain dah jemu pakai menatang ni tapi aku pula baru nak beli..hahaha..apa nak buat aku bukan golongan yang bertuah seperti kalian yang boleh menurut apa juga trend pasaran,aku terpaksa menabung atau bercatur segala macam baru dapat memiliki apa yang aku hendak..aku golongan sederhana dan bukan datang dari golongan elit.
Aku dah lama berkenan dengan Galaxy Tab ni,semenjak aku tengok konsert LOUDNESS lagi aku dah perasan ramai yang guna menatang ni,aplikasinya juga menambat hati orang yang jenis macam aku,dan dari situ lah terdetik untuk gunakan perkhidmatan SAMSUNG ni...nak cerita panjang pun tak guna sebab benda pun baru beli,nak guna pun belum pandai...hahahaha
Tuesday, October 18, 2011
SEARCH & AWIE "Bikin Wilayah"
Masuk era 90'an tiada satu pun Band Hard Rock yang menjadi..sebut lah mana Band yang gah segalipun baik WINGS mahupun MAY semua seakan akan hidup segan mati tak mahu..dan nasib serupa juga terpalit pada gergasi Rock Malaysia iaitu SEARCH.Album2 SEARCH pasca pertengahan 90'an tiada satu pun yang menjadi.Tiada yang mencapai impak seperti Fenomena mahupun melepasi album Karisma.Kenapa ini semua berlaku?? sebabnya pada tahun pertengahan 90'an adalah zaman XPDC..zaman dimana semua orang menolak ketepi album METALLICA kerana memadai lah dengan album2 seperti Kita Peng yu ataupun Brutal dan inilah dia punca mengapa Band2 gergasi Rock yang lain ada sikit terTAMPAR dengan ketepatan idea XPDC..
Ok,balik pada cerita SEARCH tadi,tahukah anda dalam semua kegagalan album mereka (menurut aku) namun ada satu album di penghujung tahun 90'an yang telah memberi IMPAK yang besar dalam dunia Rock sekaligus memberitahu seluruh umat tanah melayu bahawa SEARCH masih hidup??ia tidak lain dan tidak bukan adalah album special project SEARCH bersama AWIE yang diberi nama BIKIN WILAYAH.
Album ni cukup nostalgik pada aku secara peribadi..ia seakan2 sebuah album yang boleh diibaratkan sebagai sebuah tong gas yang diberikan kepada SEARCH untuk terus hidup walaupun dalam jangka masa yang singkat selepas itu.Ini kerana ramai yang menganggap SEARCH akan arwah setelah Amy membawa haluan sendiri.Namun rezeki sekali lagi berpihak pada SEARCH tatkala lagu PUKUL RATA seperti "Nurnilam Sari' telah diterima cukup baik oleh segenap masyarakat...SEARCH memang punyai magis mereka sendiri... ada beberapa perkara yang aku nampak dalam album ni
Jika anda pernah / memiliki album ni pasti anda tahu akan perbezaan langit dan bumi album ni jika dibanding album2 mereka yang lain.Aku berani katakan album ni adalah album magic SEARCH yang kedua selepas Fenomena.Bahkan menurut aku juga album ni 100 kali lebih rugged jika nak dibandingkan dengan album Gothik Malam Edan.Walaupun lagu Nurnilam Sari adalah anthem ballad dalam album ni,namun aku memilih lagu "Bayangan Baiduri' sebagai lagu balada tersolid dalam rilisan ini,dan lagu berat pulak pada aku semua boleh dilayan sebab semua best....anda harus miliki album ini jika anda adalah peminat setia SEARCH..
NOTA : Album ni aku puas cari,dua hari lepas baru jumpa itu pun kaset je...pada sesiapa yang tahu mana nak dapat album ni dalam format CD bagitau aku segera....tq...

- SEARCH mengguna pakai formula DEEP PURPLE pasca album BURN,dimana David Coverdale mempunyai partner vocal bersama dengan Glen Hughes (Bassist)..begitu juga album ini dimana Awie digandingkan bersama Fauzi (bassist SEARCH waktu itu) bagi menambahkan lagi kacau bilau Rock anutan mereka dalam Bikin Wilayah..
- Jika sebelum ini M.Nasir menjadi penerbit album2 mereka dan paling tidak pun sebagai penasihat produksi namun dalam album ini M.Nasir hanya menjadi penata vocal...ini bermakna SEARCH sudah mulai progress dan mahu satu mood baru dalam penciptaan album.
- Lirik2 didalam album ini LIAR dan BUAS,tidak seperti album2 mereka bersama Amy.Bahkan setiap lirik yang dicipta masuk dengan setiap lagu.
- Album ni aku anggap sebagai album yang betul2 telah DIFIKIR sebelum direkod...ini kerana kesempurnaan bagi setiap aspek produksi itu ada dalam album ni.
Jika anda pernah / memiliki album ni pasti anda tahu akan perbezaan langit dan bumi album ni jika dibanding album2 mereka yang lain.Aku berani katakan album ni adalah album magic SEARCH yang kedua selepas Fenomena.Bahkan menurut aku juga album ni 100 kali lebih rugged jika nak dibandingkan dengan album Gothik Malam Edan.Walaupun lagu Nurnilam Sari adalah anthem ballad dalam album ni,namun aku memilih lagu "Bayangan Baiduri' sebagai lagu balada tersolid dalam rilisan ini,dan lagu berat pulak pada aku semua boleh dilayan sebab semua best....anda harus miliki album ini jika anda adalah peminat setia SEARCH..
- Mancis Dah Basah
- Bayangan Baiduri
- Zen (Bikin Wilayah)
- Setia Dalam Kacamu
- Ichiban
- Kanta Biru
- Ghairah Malam 15
- Mutiara Embun
- Penghujung Jalan
- Nurnilam Sari
NOTA : Album ni aku puas cari,dua hari lepas baru jumpa itu pun kaset je...pada sesiapa yang tahu mana nak dapat album ni dalam format CD bagitau aku segera....tq...
Saturday, October 15, 2011
Darah Tinggi...
Walaupun 2011 ni belum menutup tirai,namun macam2 benda menarik aku dah tempuh...ada yang manis,ada yang lucu,ada yang indah dan macam2 lagi lah..tapi yang satu lagi ni adalah benda yang tak berapa menariklah buat aku iaitu awal tahun ini aku di "SAH" kan ada DARAH TINGGI..sebenarnya dari tahun 2009 lagi doctor dah beritahu yang aku memang dah ada sikit sign mengenai darah tinggi namun ia masih lagi di border (belum mencapai kiraan darah tinggi yang sebenar) namun pada awal tahun 2011 baru ianya disahih kan..
Kad bacaan tekanan darah aku!!!
Bermula dari Januari (waktu disahkan) 2-3 kali dalam sebulan aku harus datang menerima rawatan dan counseling.Buat masa ini aku masih tidak mengambil sebarang ubat,ini kerana doctor sendiri tidak menggalak kan untuk aku bergantung dengan ubatan kerana faktor usia aku yang masih muda,jadi hanya aku kena pandai manage waktu tidur,makan dan sebagainya agar tekanan itu dapat dikurangkan.Sedih juga dihati bila mengenang nasib badan,mana tak nya,kawan2 lain semua seronok dok baham manakan2 yang best2 aku pulak dah start kena pantang itu ini.Tapi aku redha dengan apa juga dugaan ni..ada hikmah barangkali.
P/S : Ada tak apa2 petua yang boleh korang suggest kat aku mengenai penyakit DARAH TINGGI ni??

Monday, October 10, 2011
Serang Steamboat!!!
Pada sesiapa yang memang worship jenis2 makanan main celup ala2 yong tau fu tu apakata anda singgah ke Downtown Cheras untuk menikmati makanan kegemaran anda.Dua hari lepas adalah kali yang ketiga aku pergi kesana menikmati makanan celup2 ni.
Bagi yang dah biasa bertandang kesana pasti tahu bagaimana rupa nya tempat meniaga Steamboat ni kan??ia seolah2 temasya kerana puluhan lori/dan warung didirikan bagi peniaga2 makanan tersebut,cuma kita kena pandailah pilih yang mana best,sedap dalam masa yang sama ianya murah..
Sambil2 anda bertandang shopping di Downtown berkenaan boleh lah singgah mana2 satu kedai Steamboat yang anda yakin ia best untuk dijamah.Macam aku pulak jenis tak memilih,asal tukang ambik order tu adalah anak dara yang comel dan lawa konfem warung tu lah aku akan singgah makan...so selamat mencuba lah ye!!!

Thursday, October 6, 2011
DEEP PURPLE 2 in 1
Bulan ni memang cukup busy buat aku,kerja kerja dan kerja.Nak update blog pun rasa cukup lemah.. mana tak nya lepas habis kerja aku balik rumah terus makan dan tidur,bila bangun pergi kerja balik.Apa nak buat cari rezeki kan??Tapi dalam kesibukan aku yang bermula dari minggu lepas lagi,aku still sempat keluar berjalan pada siang hari (aku kerja shift malam) dengan tujuan saja nak free kan sikit otak yang serabut dengan tugasan harian.Pendek kan cerita masa aku keluar berjalan tu aku dah masuk satu kedai music ni dan terjumpa dengan album DEEP PURPLE dimana 2 album dikempil dalam satu set...
Album yang berstatus cult bagi pemuja DEEP PURPLE iaitu album "Machine Head" dan juga album "Who Do We Think We Are"...
Machine Head
Who DoWe Think We Are
Dua2 album ni memang aku nak beli dari dulu,tapi tak beli2 jugak mungkin semua lagu2 dalam ni dah ada dalam beberapa siri kompilasi dorang yang ada dalam simpanan aku,jadi bila dah ada durian runtuh macam ni aku pun malas lah nak cerita panjang lebar...Nanti kalau ada masa aku review lah dua2 album ni..macam yang aku cakap tadi tugasan harian membataskan aktiviti aku....
P/S : DEEP PURPLE adalah band yang menyebabkan aku terjerumus ke dalam dunia Rock!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)