Rasanya tak perlu sebuah introduksi panjang perihal WHITESNAKE kerana semua Mat Rock umum nya cukup kenal dengan band ini,yelah kalau aku yang baru berumur pertengahan 20an ni pun tahu pasal WHITESNAKE tak kan lah brother2 Rocker yang usia remaja dorang pada tahun 80an tak kenal kot?pelik lah kan?
Pada tahun 2005 banyak band2 lagenda Hard Rock yang buat comeback,antaranya seperti EUROPE,POISON,MOTLEY CRUE (Formasi line up asal),KIX,T&T dan banyak lagi mula bangkit untuk menunjuk kan kekuatan music mereka yang pernah di gunakan mereka sebagai gegaran era kehebatan Rock 80an dulu,tak kira lah samada mereka hanya wujud sekadar mengisi slot2 konsert live mahupun tegar mengeluarkan album.Dan kumpulan WHITESNAKE antara yang berbuat demikian,dengan sebuah konsert tertutup yang berlangsung pada tahun 2006 dan ia melihat kan konsentrasi padu WHITESNAKE untuk berkarya bukan hanya untuk reunion semata2.Memang David Coverdale nak GIGIT semua generasi baru dengan sengatan band yang pernah menjadi Head Liner dalam siri2 konsert besar seperti di Doninton Park ini.
Aku beli dengan harga RM37.00
Jadi kesinambungan itu maka terlahirlah album terbaru ini.Jujur aku katakan walaupun aku cukup meminati karya2 WHITESNAKE,namun aku sendiri tidak pernah ambik port pun dengan WHITESNAKE yang baru ni,pada aku zaman hebat mereka adalah zaman dimana JOHN SYKES,zaman garang mereka adalah di zaman STEVE VAI bukan lah pada waktu ini.Apatah lagi aku memang tak berapa suka dengan corak pemain guitarist mereka (yang sekarang) ni iaitu Doug Aldrich (pernah menganggotai DIO),aku benci mamat ni sebab suka tiru corak mainan Rhandy Rhoads.
Jadi beberapa hari lepas aku pun pergi ke kedai yang biasa aku datang beli stuff bila dah gaji,tawkey tu terus tunjuk kat aku album baru ni.Aku berbelah bagi samada nak beli atau tak.Aku pun suruh jelah tawkey tu pasang dulu album ni,dalam hati aku bercakap andaikata album baru ni hanya sekadar Recycle semula album2 dorang yang macam '1987' atau 'Slip On The Tongue' confirm aku tak kan beli,sebab nya pada aku kedua2 album berkenaan adalah karya MASTERPIECE yang mustahil dorang boleh cipta kembali.Akhirnya tatkala lagu yang dipasang pun berbunyi aku memang terkejut...ya terkejut..mereka sudah patah balik pada pasca album READY AND WILLING (1980).
Perkara ini yang menyebabkan aku ambik CD ni.Mereka menggunakan formula asal WHITESNAKE tatkala baru ditubuhkan dahulu,iaitu music Hard Rock yang RAW.Bezanya Sound di dalam album ini diBERATkan mungkin mengikut kesesuaian mood zaman sekarang (seperti album reunion Black Sabbath).Vocal David Coverdale masih lagi mengancam,masih lagi hebat.Lantang suara nya menyanyikan lagu2 yang heavy,dan masih lunak dalam tone suaranya tatkala menyanyikan lagu2 dalam mood yang perlahan,dia ni memang aku cukup RESPECT.
Line Up;
David Coverdale (Vocal)
Dough Aldrich (Guitar)
Reb Beach (Guitar)
Michael Davin (Bass)
Briian Tichy (Drum)
Lagu:
- Steal Your Heart Away
- All Out Of Luck
- Love Will Set You Free
- Easier Sad Than Done
- Tell Me How
- I Need You (Shine A Light)
- One Of These Day
- Love & Treat Me Right
- Dogs In The Streets
- Fare Thee Well
- Whipping Boy Blues
- My Evil Ways
- Forevermore


the best whitesnake bagi aku adalah zaman John Sykes...
ReplyDelete2 yg last ni dengar jugak...tapi lum sampai tahap nak beli la...tu pun pasal nak dengar Reb Beach menyolo...tapi apa2 pun...vocal Coverdale tetap power la..
yup...pada saya pun album 1987 mmg tbaik lah..bahkan saya rs SLIP ON THE TONGUE pn blum boleh pukul album tu
ReplyDeletesebelum john sykes, vivian campbell, steve vai dan adrian vandenberg hingga ke reb beach..
ReplyDeletepada gua, micky moody adalah gitaris terhebat whitesnake! bila beliau blah, david coverdale and co jadi huru hara!
tapi generasi baru tak kurang hebat!
blum dengar lagi album terbaru ni.
fool for your loving no more!
serious saya pun minat dgn style2 time micky moody..dan saya jgk sempat lah beli live VCD dorng yg dirakan di Doninton Park thn 1984 kot.. Tp ada jgk yg agk kurg best time Micky moody ni,salah satu nya dorg memang terikut2 sangat dengan stlye deep Purple...alah apapun sebenarnya kita layan Whitesnake ni sbb coverdale..hahaha..tq bro sudi singgah baca,..
ReplyDelete