Rasanya antara perkara hangat tahun 2011 ni adalah apabila berita tentang Morbid Angel mengesahkan akan bermain di gelanggang asia (Singapore) telahlah pun diketahui umum.Rata2 semua Mat Metal kat negara kita pun tak senang duduk lah mendengar berita gempar ni,mana tak nya,ibarat bulan jatuh ke riba.Macam2 lah ragam ada aku dengar pasal dorang ni,ada yang sanggup ikat perut untuk beli tiket,ada yang terpaksa menjual koleksi2 stuff mereka semata2 untuk menampung perbelanjaan kesana,dan paling menarik ada yang sanggup tukar/postpone tarikh perkahwinan sebab tak mahu ketinggalan menyaksikan salah satu jagoan Death Metal dunia ni beraksi...hahaha..salute for you guys!!!
Jadi belum sempat pun debaran konsert tu berhenti,kita sekali lagi dikejutkan tentang kesudian lagenda Thrash Metal dunia iaitu 'Death Angel' yang akan beraksi di Malaysia (telah pun berlangsung minggu lepas).Perghhhh...rasanya 2011 menjanjikan santapan halwa yang terbaik untuk penggemar music exotic ni hehehe.Jadi selesai Death Angel ni ingatkan dah habis dah siri2 menarik menanti konsert besar di Singapore tu,rupanya tidak,sekali lagi (atau lagi sekali...hahaha) kita diberitakan yang NAPALM DEATH telah bersedia untuk menggempur bandaraya Kuala Lumpur buat kali ketiga.
Satu perkara yang harus aku highlight dalam diary aku.Ini adalah konsert yang berstatus have to go!!!.Kali pertama mereka singgah pada awal 2000 dulu mungkin aku masih keanak anakkan untuk menghadirinya.Kemudian tahun 2007 mereka datang lagi sekali dalam rangka promosi album 'smear campaign' sayang nya rezeki belum ada pada waktu itu (baru masuk kerja!!) jadi kali ketiga ni aku memang harap sangat untuk pergi dan moga2 takdelah apa2 aral menghalang.
kenapa konsert ini kalian harus datang???? sebab nya ini...
- Aku cukup2 yakin yang konsert ini jauh lebih hebat pengalaman nya dari menyaksikan siri2 konsert tempatan
- Ini kali ketiga mereka datang dan tidak mustahil kalau dikatakan mungkin ini kali terakhir mereka kesini
- Menyaksikan NAPALM DEATH situasinya pasti lebih menarik buat anda dari pengalaman menyaksikan lain2 Band/Group oversea yang pernah datang berkonsert di sini dan diakui sendiri oleh mereka2 yang pernah hadir dalam siri Tour NAPALM DEATH di Kuala lumpur sebelum ini.
- Mereka antara band yang punyai sejarah panjang dalam kronologi karya berat dunia iaitu bermula sebagai band Anarcho Punk kemudian telah menjadi salah satu pelopor dan trendsetter bagi pembentukan irama Grindcore modern,dan sekarang lebih selesa dalam kontek Death Metal yang terarah pada laungan provokasi.

No comments:
Post a Comment