bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Showing posts with label Jejak Makan. Show all posts

Saturday, December 7, 2013
Ayam Penyet Padang Jawa
Minggu lepas aku dan beberapa orang rakan turun ke Padang Jawa,tujuan kami nak berjumpa adalah untuk perbincangan mengenai trip kami ke Ipoh Perak pada Januari tahun depan.Memilih lokasi Padang Jawa kerana kerap disebut oleh Arif dan Hery bahawa ada kedai paling sedap disitu yang menyediakan hidangan ayam penyet.Malang sedikit buat kami kerana malam berkenaan kedai tu tutup dan kami memilih untuk ke kedai yang berhampiran.
Kedai yang kami pilih ini adalah kedai kampung biasa,pemandangan lalu lalang warga kampung pulang dari kerja menghiasi pemandangan,aku suka view sebegini sebab dah naik muak dengan style2 mewah dipusat bandar.
Sepertimana yang selalu kita saksikan dalam mana rancangan2 makanan Indonesia maka sama juga lah seperti kedai ni,baik dari cara susun atur barangan hingga ke tempat sajian.Seperti biasa menu kami adalah ayam penyet.Walaupun ayam penyet lebih mementingkan SAMBAL namun rencah2 lain juga penting seperti cara gorengan ayam dan sebagainya,kali ni berbeza sedikit kerana ayamnya digoreng dengan herba dan kelihatan sedikit kehitaman,bebola daging sebagai penambah lauk dan air extrajoss adalah pelengkap.
Jika anda ke Padang Jawa cari je kampung yang berhampiran disitu dan warung ni adalah yang pertama anda akan jumpa selepas dari simpang.Harga ditawarkan juga murah selain layanan mesra dari tuan kedai.....yang lebih penting awek2 pun ramai yang datang makan disitu...
Friday, March 15, 2013
AROMA IKAN BAKAR
Kalau sebelum ni aku ada bercerita pasal medan ikan bakar Di Klang (klik SINI ) dan kali ni berkesempatan pula untuk menikmati makanan laut di "Aroma Ikan Bakar" yang terletak di Pantai Jeram di Kuala Selangor....
Takde jauh beza diantara "aroma ikan bakar" ni dengan "medan ikan bakar muara" di Klang cuma bezanya adalah tempat parking kereta disini disediakan maka takdelah semak sangat kepala nak cari parking....
Kemudahan tempat makan dia juga besar,luas dan selesa...kira kalau korang ada nak kecil tak payah lah risau kalau budak tu nak berlari ke hulu ke hilir....
Tentang rasa setiap menu pun aku taknak komen panjang lebar sebab kita sedia maklum kalau satu2 tempat makan tu adalah famous pastinya ia adalah lazat....kalau tak sedap masakan aku dari KL ni sanggup datang kesini semata2 untuk makan makanan laut....dan pasal harga pun aku tak boleh komen..sebab apa aku tak boleh komen??...sebab aku makan ni pun orang yang payung (belanja) jadi berapa pun harga makanan aku peduli apa hahahaha...
Pemandangan disekitar pantai....aku syorkan pada korang yang datang kesini agar makan dibahagian tengah restoran kerana memandangkan pantainya sedikit keruh dan berbau jadi lebih elok makan ditengah sedikit berbanding makan betul2 ditepi pantai....melainkan korang ni spesis hidung memang tahan apa juga jenis haruman ahahahaha...

Wednesday, February 6, 2013
Mee Rebus...
Ini menu aku petang ni...mee rebus.Rasanya mee rebus terbaik lah yang pernah aku rasa adalah di muar Johor (area tanjung ketapang yang banyak monyet tu)...tapi tu di muar,di KL ni aku tak pasti mana mee rebus yang paling sadis sekali,tetapi memadailah aku syorkan pada rakan2 di KL jika nak rasakan keenakan mee rebus ni korang boleh dapatkan di Pandan Jaya...gerainya betul2 berdepan dengan Maybank.....selamat melantak!!!
Wednesday, November 7, 2012
Nasi Ayam Penyet & Xtrajoss
Bagi penggemar makanan tradisi sebegini apakata korang try pula nasi ayam penyet di Restoran "D'Laman" ni.Kedai yang menyajikan nasi ayam penyet sebagai menu utama sekaligus menjadikan kedai ni antara yang terbaik jika anda mahu mencuba masakan sebegini.Pada yang memang menggemari masakan jawa,minang atau padang rasanya ia cukup menarik untuk anda.
Lokasi dia cukup simple iaitu hanya dibelakang balai polis daerah gombak.Menariknya lagi tentang kedai ni ialah mereka hanya mengenakan caj pada harga ayam sahaja,manakala jika untuk nasi berapa banyak korang nak tambah boleh tambah dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran.Selain ayam goreng ada juga burung dan ikan untuk dipilih sebagai lauk nasi ni.
Harga rasanya cukup munasabah,tak membebankan kalau bawa seluruh isi rumah (keluarga) sekalipun.Aku makan nasi ayam penyet + Xtrajoss tak sampai pun rm7.Jadi kepada pemburu2 makanan sila lah singgah dan rasa!!!
Wednesday, September 5, 2012
Air Loncan
Salam Syawal (belum terlambat lagi kan??)...orite aku nak sembang benda simple2 jelah buat masa ni almaklumlah mood open house ni boleh bikin jadi malas dan lembab sebab sindrom 'kenyang tak sudah' menguasai diri hahaha.
Ok masa cuti raya seminggu hari tu maka aktiviti pulang ke kampung halaman pun berlangsung..yang Rock ke yang tak Rock ke semua melakukan perkara yang sama atas nama ziarah sanak saudara sempena hari baik bulan baik ni.Aku balik ke Rembau,kalau diikutkan tak balik pun takpe sebab dah tiada sesiapa kat sana tapi ayah aku ajak juga untuk ziarah saki baki kaum kerabat kami.
Pendek kan cerita semasa nak balik ke KL ayah aku mintak aku singgah dulu ke Chengkau kata dia nak beli air 'loncan'...air loncan ni memang legend kalau dulu masa aku kecik2 bila balik beraya kat kampung arwah nenek aku akan hidangkan air 'loncan' ni,bukan takat nenek aku tapi boleh kata semua rumah yang aku pergi beraya zaman tu dok hidang air ni juga...cuma sekarang ni nama2 yang superb macam jenama Coke dan Pepsi dah jadi dominan maka trend pun berubah lah.
Air ni duduk dalam kategori air karbonat juga tapi rasa gas dia kurang (macam takde gas) jadi hanya ada rasa manis je...aku tanya juga ayah aku mana dapat nama "loncan" tu dan ayah aku cakap nama 'loncan' tu adalah nama company air ni hahahaha...itu di Negeri Sembilan kampung aku macam di Johor kawan aku Idham kata area Batu Pahat dorang panggil air ni "oren bodoh" tak kira lah perisa oren ataupun perasa soda tetap panggil "oren bodoh' hahahahaha...
Friday, August 3, 2012
Berbuka "Nasi Ayam Penyek"
Dua hari lepas aku dengan beberapa kawan sekerja telah berbuka puasa bersama,rasanya berbanding yang dulu tahun ni agak slow sikit aktiviti riadah kami kerana faktor masa yang makin hari main rumit.Tempat yang kami pilih adalah di Restaurant Sajian Enak yang terletak di tingkat 3 di banggunan Kenanga Wholesale City Jalan Gelugor Kuala Lumpur.Kami pilih tempat ni atas sebab lokasinya mudah ditemui dan senang nak berkumpul selain pakej berbuka puasanya iaitu nasi tomato mahupun nasi ayam penyek.
Gambar diatas adalah nasi tomato dimana hidangan disertakan sekali dengan keropok sebagai pelengkap.
Dan gambar diatas ni adalah aku punya santapan iaitu nasi ayam penyek.Lengkap dengan tahu goreng+tempe goreng+sayur+sambal dan kuah sup.Pakej setiap makanan berbuka disini adalah rm10.50 (nasi tomato mahupun ayam penyek).Dan ia dilengkapi dengan air sirap selasih dan juga buah tamar.

Sunday, May 6, 2012
Sepetang di Kajang
Mintak maaf dah lama update..faktor masa,faktor kelembapan internet semua menjadi punca blog ni terbengkalai sekejap....and now i'm back!!
Ok,petang tadi macam biasa seperti hujung minggu yang lain iaitu aku akan bawa ayah aku makan/minum petang diluar dan lokasi kali ini adalah di Kajang Selangor.Lokasi ni dipilih kerana aku memang dah teragak makan satay dari bulan lepas lagi dan rasanya Kajang adalah lokasi pemilihan yang tepat untuk mencari sesuap satay hahaha.
satay ayam dan satay perut
ABC special sebagai pelengkap
Kalau korang yang diluar lembah klang nak try satay yang terbaik (orang selangor dah muak kot hahaha) sila lah bertandang ke Kajang,perniagaan satay sudah sinonim dengan bandarnya bahkan siap ada MEDAN SATAY mereka sendiri..harga dan rasa selaras makanya tak rugi ataupun tergugat perbelanjaan bulanan anda jika bawa satu keluarga sekalipun makan disini...
NOTA: Banyak album2 baru dari local band seperti HAYAGRIVA,VISITANT,HEREAFTER yang dah sampai ketangan aku....tunggukan reviewnya...thank you!!!

Monday, April 16, 2012
Roti Canai Special & Sushi
Semalam aku call Idham untuk lepak makan2 habiskan masa di hari ahad,dan dia pun cadangkan untuk datang ke satu kedai mamak yang mana menu special nya ialah ROTI CANAI SPECIAL.Pertama kali pandang nampak mengerikan,mana tidaknya telur setengah masak disaji bersama roti canai banjir.Tapi lepas tengok Idham makan dengan lahapnya aku pun berani2 kan diri mencuba...dan ia memang KEBABOMMM...lawannya pula adalah Teh Halia..dan aku angkat Teh Halia kedai ni sebagai the best .Kalau korang nak mencuba menu ni silalah bertandang ke Masjid India Kuala Lumpur.Ia berkedudukan betul2 di sebelah sungai di bahagian belakang banggunan...
Hari ni aku cuti,lepas aku settle kan semua urusan hidup aku terus ke Mid Valley Megamall yang terdetak betul2 dibelakang rumah aku.Walaupun dekat dengan rumah tapi hampir 2 tahun juga aku tak jejak kan kaki ke situ sebabnya takde apa yang menarik,cuma hari ni tiba2 tekak teragak nak bedal sushi maka digagahkan juga kaki untuk kesitu.Pada tahun 2005 dulu semasa aku bekerja di Jusco Mid valley Megamall pasti setiap kali keluar gaji aku akan ke Carrefour (betul ke ejaan ni?) untuk membeli sushi,sebabnya disitu pembuatnya adalah orang melayu kita jadi aku takde lah perasaan was was.Rasanya lebih kurang dah 2-3 tahun tak membaham benda ni dan aku dapatkan satu set yang berharga RM12 ni untuk hilangkan rasa mengidam tu...
Sunday, February 5, 2012
Restoran Gulai Kawah Anis Puteri
Lama dah tak cerita pasal makanan,memandangkan pagi ni aku awal dah bangun (sebab lapar) makanya aku memilih untuk bersarapan diluar bersama ayah aku.Tekak dah jemu dengan lontong mahupun nasi lemak,makanya kami memilih untuk makan makanan pantai timur untuk bersarapan.Dan tempat yang paling dekat dengan rumah aku untuk dapat makanan sebegitu adalah di Restoran Anis Puteri.Menarik tentang restoran ni adalah menu special nya iaitu "gulai kawah".Tapi kalau datang awal pagi memang takde lah gulai kawah tu sebab ia dihidangkan untuk makan tengah hari.
Gulai Kawah!!!
Masa aku sampai tadi gulai kawah ni baru dihidangkan,tapi aku tak ambiklah sebab aku nak bersarapan je bukan nak makan tengah hari.Untuk pengetahuan korang,Restoran Anis Puteri ni sering keluar dalam rancangan pencarian tempat makan dalam tv,kira famous juga lah restoran ni.Dan ia boleh dikatakan 90% adalah makanan tradisional pantai timur.
bahagian kuih muih!!!
Ruang makan yang cukup selesa..
Juadah yang tersedia memang menarik,baik dari makanan ruji sampailah ke pencuci mulut (kuih) semua memang interesting dan ruang makannya pun cukup selesa,jadi kepada sesiapa yang ada anak kecil tu senanglah sikit nak bawak budak2 sebabnya kalau dia berkejar berlari sekalipun dalam restoran tu takde sapa yang akan marah sebab ruang makannya memang luas.
Nasi dagang + Ikan goreng + teh 'o'
Dan juadah pilihan aku adalah nasi dagang.Memang berdesup lah masuk ke tekak sebab jarang2 dapat breakfast yang macam ni hehehe..ok,pada sesiapa yang nak bertandang untuk mencuba menu2 di Restoran Anis Puteri ni bolehlah datang berkunjung ke Pantai Dalam Kuala Lumpur,jika anda dari pusat bandar anda hanya perlu mencari banggunan Angkasapuri (RTM) dan jalan terus je sampai ketemu satu simpang kecil masuk ke kawasan perumahan dan sebelahnya ada rail keretapi komuter,sampai je kat situ korang tanya je orang area situ mana letaknya restoran ni sebabnya semua masyarakat area situ tahu pasal restoran ni.

Sunday, November 27, 2011
First time punya pukul
Aku terlihat kawan aku makan benda ni (pulut mangga bersantan) kalau tak salah 2 tahun lepas,aku tengok cukup selera dia makan,aku tak berani nak cuba pertamanya makanan sebegini agak janggal aku makan,keduanya benda yang melibatkan pulut ni dari kecil lagi mak ayah aku tak galak kan sangat aku jamah sebab aku ada penyakit semput jadi secara automatic lah benda2 pulut ni aku kurang tertarik..
Tahun ni ntah apa mimpi aku terasa ingin sangat nak makan menu ni,tapi aku dah tak ingat dekat mana tempat yang kami pergi dulu,so pendam jelah rasa nak makan....pendek kan cerita petang semalam aku ke pasar malam Jalan Tunku Abd Rahman (atau jalan TAR) dan terjumpa dengan menu ni....tak payah cakap banyak terus rembat...rm5 sebungkus dan santan diasingkan dalam plastic lain.
Aku tak pasti makanan ni asal dari mana,ada yang cakap makanan orang siam,ada yang cakap makanan orang Terengganu,tapi kalau tak salah aku orang Terengganu makan pulut dengan ikan goreng,nak lagi sadis dorang makan dengan ikan masin,dengan mangga ni tak tahu pula ada ke dorang ni makan.Pasal rasa aku bagi kredit,pulutnya berlemak,dilawan dengan rasa santan yang manis dan dicolekkan pula dengan mangga yang sedikit masam....anda boleh bayangkan ketiga2 rasa disuap kemulut??......
Sunday, November 13, 2011
Mencuba Raja Buah
Aku nak memberitahu kepada kawan2 semua,jika anda tiba2 teragak nak makan durian pada bila2 masa walaupun bukan pada musimnya anda boleh lah datang ke ss/2 Petaling Jaya Selangor untuk mendapatkan stok durian yang anda idamkan.Semalam aku berkesempatan kesana bersama keluarga untuk sesi membaham durian disitu...
siap tertera laman web lagi di banner..hahaha
Ianya terletak tidak jauh dari Balai Polis ss/2 Petaling Jaya.Deretan kedai2 yang menjual durian boleh kelihatan,anda diberi pilihan samada membelinya dan membawa pulang mahupun makan terus je disitu,tapi rata2 pengunjung yang datang makan disitu je sebab ada tukang kupas kan kulit durian (tawkey/pekerja kedai tolong kupaskan) almaklumlah orang2 bandar ni bukan semuanya pandai ngupas durian ye tak??
antara jenis durian yang terdapat di sana
Jadi lepas ni korang (terutama warga Lembah Klang) tidak perlu lah pening kalau tiba2 teragak nak makan buah ni ataupun isteri mengidam nak makan durian pada bukan musim nya sekalipun,sebabnya ia memang sentiasa ada stok,aku pun tak tahu mana dorang cekau stok2 durian ni....pasal harga jangan lah terkejut kalau mahal,sebabnya benda bukan musim pasti mahal kan..kalau nak yang satu raga rm10 tu kena tunggulah musim dia....

Monday, October 10, 2011
Serang Steamboat!!!
Pada sesiapa yang memang worship jenis2 makanan main celup ala2 yong tau fu tu apakata anda singgah ke Downtown Cheras untuk menikmati makanan kegemaran anda.Dua hari lepas adalah kali yang ketiga aku pergi kesana menikmati makanan celup2 ni.
Bagi yang dah biasa bertandang kesana pasti tahu bagaimana rupa nya tempat meniaga Steamboat ni kan??ia seolah2 temasya kerana puluhan lori/dan warung didirikan bagi peniaga2 makanan tersebut,cuma kita kena pandailah pilih yang mana best,sedap dalam masa yang sama ianya murah..
Sambil2 anda bertandang shopping di Downtown berkenaan boleh lah singgah mana2 satu kedai Steamboat yang anda yakin ia best untuk dijamah.Macam aku pulak jenis tak memilih,asal tukang ambik order tu adalah anak dara yang comel dan lawa konfem warung tu lah aku akan singgah makan...so selamat mencuba lah ye!!!

Sunday, September 11, 2011
Di Tepian Muara Klang
Jumaat lepas setelah selesai waktu bertugas pada pukul 10 malam,aku ditemani lagi 3 orang rakan terus menuju ke Klang.Misi kali ni adalah nak lepas gian makan makanan yang betul2 superb selepas sebulan berpuasa.Dan kami memilih untuk makan di "Medan Ikan Bakar Muara Klang"...tempat yang cukup familiar juga rasanya bagi pecinta makanan laut.Aku sendiri pun dah lama tidak kesana dan kali terakhir pun semasa arwah ibu aku masih hidup.
Bertolak kira2 pukul 11 malam,perjalanan yang mengambil masa hanya 45 minit cukup SEKSA buat aku ini kerana didalam kereta sewaktu perjalanan ke sana kawan aku dok pasang sekuat2 nya lagu2 shuffle dan techno ..apakan daya aku menumpang kereta orang..sesampai je kami ke medan selera sesi memilih jenis2 seafood untuk menketedarah pun dilakukan kami berempat..kami pilih ikan pari (2 bentuk) untuk dibakar,ikan siakap (1 ekor) untuk masak 3 rasa,sotong sumbat (4 ekor besar) untuk goreng bertepung..selain sayur kailan goreng belacan dan air jus tembikai...
sotong goreng tepung!!
siakap masak 3 rasa!!
Pada sahabat2 yang memang gemar berjalan demi mencari makanan2 yang menarik,tempat ni aku cadangkan buat kalian.Selain dari pemandangan dan suasana yang santai,harga juga cukup berbaloi..ini kerana dari semua menu yang aku sebutkan diatas (gambar pari bakar lupa nak snap) dan beberapa lagi lauk remeh temeh bagi 4 orang kami hanya perlu membayar tidak sampai RM100.

Saturday, August 27, 2011
Bersahur Dalam Kapal
Gimik je..bukan aku sahur dalam kapal..cuma restaurant yang aku bersahur pagi ni adalah restaurant yang dekorasinya seperti dalam sebuah kapal.Pada sesiapa yang memang kaki berkunjung untuk menjamu selera di Kampung Baru pasti tahu lah nama tempat makan ni yang mana orang selalu sebut "Restoran Kapal"..
Malam tadi lepas habis kerja pada pukul 10 malam,kawan2 sekerja ajak teman untuk membeli belah keperluan raya mereka sebelum mereka balik ke kampung halaman.Dalam sedar tak sedar jam dah pun masuk ke pukul 3 pagi,makanya kami memilih untuk terus bersahur bersama.Pada awalnya lokasi yang menjadi pilihan adalah sebuah warung yang menjual seleksi ikan bakar yang mampu membakar deria selera anda,namun sayang kedai dah tutup mungkin dah bercuti raya barangkali,so akhirnya ke restaurant kapal juga lah jodoh kami bersahur pagi tadi.
Walaupun aku memang kerap turun ke Kampung Baru ni untuk menjamu selera namun restaurant kapal ni memang aku jarang kunjungi,ini memandangkan mereka menyajikan menu western food sebagai tarikan manakala lidah aku ni lidah orang kampung mana boleh masuk sangat makanan2 macam ni.Tapi sebab orang nak belanja jadi aku pun OK jelah dengan pemilihan mereka.
Ni lah dia juadah sahur aku iaitu Lamb Chop atau bahasa koboinya kambing gelek motokar..hahaha..sorry gurau je.Set ni macam set2 Lamb Chop yang biasa kita makan ditempat lain dimana ia didatangkan dengan roti lah kacang panggang lah dan macam2 lagilah.Harga ditawarkan bagi satu set aku ambik ni adalah RM9.50 dan air carrot juice pulak RM2.50.Untuk makanan sebegini je dah cecah RM12,tapi nasib baik member yang belanja so apa adahal kan??haha..tapi kalau duit aku sendiri kalau RM12 tu baik aku makan Nasi Beriyani Kambing baru puas hati,terangkat pun terangkat...jadi pada yang datang ke kampung baru silalah berkunjung ke restaurant ni..kerana dekorasi dan sekeliling tempat nya memang menarik dan sesuai untuk makan sambil bersantai...pada yang selera macam aku jom kita ke kedai mamak serang Nasi Beriyani Kambing!!!

Monday, August 8, 2011
Berbuka dengan Asam Pedas
Bulan Ramadhan ni apa lagi agenda yang penuh dalam diari kalau bukan majlis berbuka puasa samada bersama keluarga dan sanak saudara,mahupun sahabat handai satu tempat kerja,lagi menarik kalau ada pulak Gathering sesama rakan sekolah.Sebelum Ramadhan lagi segala jenis jemputan telah diajukan kepada aku untuk menghadirkan diri (majlis berbuka puasa) namun satu persatu aku tolak dengan tertib,ini kerana biarlah awal Ramadhan ni aku berbuka dengan ahli keluarga dahulu baru dengan individu2 yang lain nya.
Diam tak diam,dah seminggu dah kita berpuasa,makanya jemputan dari rakan sekerja untuk berbuka bersama aku ikutkan juga,nak jaga hati member2 lah kira nya.So,bincang punya bincang akhirnya kami memilih untuk berbuka di sebuah Restaurant yang mana menu utamanya adalah masakan "Asam Pedas".Kalau nak diikutkan aku memang cerewet sikit dalam masakan Asam Pedas ni,sebab nya ayah aku adalah Champion dalam masakan Asam Pedas,oleh sebab tu aku memang tak kan makan menu ni diluar.Tapi oleh kerana suara majoriti mahukan tempat itu dijadikan tempat berbuka so aku mengalah jelah.
Ok,gambar2 kat atas ni merujuk pada menu masakan buffet yang kami pilih...so antara juadah nya adalah Asam Pedas ikan pari,siakap masak 3 rasa,rojak buah,sayur kacang panjang goreng,sawi goreng dan ayam goreng berempah.Minuman pula disediakan dua jenis iaitu Teh o ais dan juga sirap.Pencuci mulut kami adalah vanilla ais cream yang disaluti dengan jelly blackcurrant.Harga yang ditawarkan bagi set buffet yang kami pilih ini adalah RM22 bagi setiap seorang.Jadi kalau korang nak mencuba menu masakan ala kampung ni boleh lah datang ke restaurant ni yang terletak di Ampang....nak tahu ke restaurant apa??restaurant My Asam Pedas Shop yang dimiliki oleh deejay terkenal iaitu Linda Onn.Lokasi nya tidak lah sukar dicari kerana restaurant ini terletak betul2 bersebelahan dengan pasaraya TESCO di Ampang....so selamat bersahur semua!!!

Sunday, May 22, 2011
Satu pagi di Kampung Baru KL
Hari ni demam,dari malam tadi mata tak mahu lelap,dari satu DVD live ke satu DVD live aku pasang pun mata tetap tak nak pejam.Jadi secara automatik lah hari ni (ahad) aku bangun awal(dalam sejarah tu)..jadi dah terlanjur tak tido ni aku bawa lah ayah aku bersarapan pagi di Kampung Baru.Sebuah institusi atau lubuk makanan melayu terbesar di Kuala Lumpur.
Memang Kampung Baru ni heaven lah buat aku especially bab2 nak cari breakfast yang umpphh!! jadi ni lah dia makanan yang aku akan sental tiap kali kalau bangun awal pada hari minggu iaitu lontong + sambal sotong + nescafe tarik.Ada yang kata lontong ni kalau nak yang paling superb adalah lontong di daerah Klang,hakikatnya dah satu Klang aku pusing,tapi takdelah sesedap mana pun(pada tekak aku).Tapi yang kat Kampung Baru ni memang terangkat habis.Kalau korang nak rasa sajian ni pegi je kat Kampung Baru,sebabnya semua kedai yang menyediakan menu sarapan pagi mesti ada menyajikan jugak lontong yang sebegini....
NOTA : Ayah aku cakap breakfast kali ni adalah meraikan aku bangun awal pada hari Ahad,yang mana dua tahun belum tentu sekali aku akan bangun awal..hahahaha

Subscribe to:
Posts (Atom)