bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, August 27, 2011

Bersahur Dalam Kapal

               Gimik je..bukan aku sahur dalam kapal..cuma restaurant yang aku bersahur pagi ni adalah restaurant yang dekorasinya seperti dalam sebuah kapal.Pada sesiapa yang memang kaki berkunjung untuk menjamu selera di Kampung Baru pasti tahu lah nama tempat makan ni yang mana orang selalu sebut "Restoran Kapal"..
               Malam tadi lepas habis kerja pada pukul 10 malam,kawan2 sekerja ajak teman untuk membeli belah keperluan raya mereka sebelum mereka balik ke kampung halaman.Dalam sedar tak sedar jam dah pun masuk ke pukul 3 pagi,makanya kami memilih untuk terus bersahur bersama.Pada awalnya lokasi yang menjadi pilihan adalah sebuah warung yang menjual seleksi ikan bakar yang mampu membakar deria selera anda,namun sayang kedai dah tutup mungkin dah bercuti raya barangkali,so akhirnya ke restaurant kapal juga lah jodoh kami bersahur pagi tadi.
               Walaupun aku memang kerap turun ke Kampung Baru ni untuk menjamu selera namun restaurant kapal ni memang aku jarang kunjungi,ini memandangkan mereka menyajikan menu western food sebagai tarikan manakala lidah aku ni lidah orang kampung mana boleh masuk sangat makanan2 macam ni.Tapi sebab orang nak belanja jadi aku pun OK jelah dengan pemilihan mereka.


                  Ni lah dia juadah sahur aku iaitu Lamb Chop atau bahasa koboinya kambing gelek motokar..hahaha..sorry gurau je.Set ni macam set2 Lamb Chop yang biasa kita makan ditempat lain dimana ia didatangkan dengan roti lah kacang panggang lah dan macam2 lagilah.Harga ditawarkan bagi satu set aku ambik ni adalah RM9.50 dan air carrot juice pulak RM2.50.Untuk makanan sebegini je dah cecah RM12,tapi nasib baik member yang belanja so apa adahal kan??haha..tapi kalau duit aku sendiri kalau RM12 tu baik aku makan Nasi Beriyani Kambing baru puas hati,terangkat pun terangkat...jadi pada yang datang ke kampung baru silalah berkunjung ke restaurant ni..kerana dekorasi dan sekeliling tempat nya memang menarik dan sesuai untuk makan sambil bersantai...pada yang selera macam aku jom kita ke kedai mamak serang Nasi Beriyani Kambing!!!

1 comment:

  1. kambing memang hidang paling lazis dalam bulan puasa kat mana-mana! giler sedap!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...