bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, January 28, 2012

DIED "Floridian Death Metal"


                    Unik...itu yang terdetik difikiran tatkala kaset band ni mula mengeluarkan bunyinya di radio cap ayam aku.Mana tidaknya,ia adalah sebuah hasil seni dari sekumpulan peminat fanatik yang menubuhkan kumpulan mereka yang mana bukan saja mirip bunyi mahupun nama namun sampai logo2 sekali dia rembat.Aku pernah mendengar istilah cover band sebelum ni,aku pernah mendengar akan band yang mana ia ditubuhkan semata2 kecintaan mereka pada gergasi pop The Beatles dan aku juga pernah diberitahu ada sebuah band yang dianggotai wanita yang menjadi special cover band kepada Iron Maiden bahkan pernah aku terbaca juga ada band Metal di German yang ditubuhkan semata2 untuk memainkan lagu2 dari pioneer Black Metal dari Temasik iaitu As-sahar tapi tu semua luar negara punya al-kisah.Di Malaysia aku tak pasti ada mahupun tidak band2 yang sebegitu.
                Positifnya band sebegini adalah keJUJURAN mereka terhadap satu2 kumpulan yang mereka puja.Walaupun dari sudut yang tepat ia bukan langkah yang wajar,namun macam yang aku sebutkan tadi JUJUR itu lebih tinggi nilainya dari anda berbohong mengatakan bahawa band anda itu sungguh "original & Truely" namun hakikat nya hanya hebat copy & paste band yang korang minat...jadi lebih baik ikut jejak DIED ni sekurang kurang pendengar tahu ia adalah sebuah cover band bagi lagenda DEATH METAL iaitu kumpulan DEATH .


                   Berbalik pada keluaran ini,ia dikeluarkan oleh label Eastern Myth Record.Kalau tak salah rilisan ini dikeluarkan dengan cukup limited iaitu sebanyak 25 keping kaset sahaja dan dianggap sebagai bahan pra-dengar (pre-listening) kepada umum akan kemampuan mereka sebelum sesuatu yang special bakal mereka riliskan nanti.Pendapat aku tidak ada apa yang mampu dibuktikan lagi,sememangnya individu2 disebalik nama DIED ni adalah mereka2 yang cukup kita kenali dalam seni gelanggang acuan Death Metal tempatan,ada diantara mereka pernah menjadi engineer dalam kumpulan gergasi Death Metal kebanggaan negeri Perak khususnya dan Malaysia umumnya iaitu LANGSUYR.
                  Bila cerita mengenai DEATH teringat aku pada satu gig tribute kepada mendiang Chuck Schuldiner (Vocalis+Guitarist bagi kumpulan DEATH) dimana gig yang berlangsung pada tahun 2009 itu menyaksikan beberapa band membawakan lagu2 saduran dari DEATH,dan melalui gig itulah pertama kalinya aku menyaksikan BRAIN DEAD (Lagenda Death Metal Taiping) beraksi selepas siri reunion mereka.Namun sayang kalau tak salah ketika itu Brain Dead hanya membawa beberapa sahaja lagu2 saduran dari DEATH selebihnya mereka lebih selesa memainkan lagu2 dari MORBID ANGEL.Oleh sebab itu aku terfikir sejenak,alangkah baiknya jika DIED ni ditubuhkan awal dan dapat bermain pada gig berkenaan kerana aku cukup yakin dan pasti jika DIED terlibat pada gig itu maka merekalah hero dimata fanatik2 DEATH yang hadir pada gig berkenaan.


                  Dalam siri keluaran ni DIED mempersembahkan 3 track yang segar dengan style & look Death Metal yang mereka dukung melalui idolanya.Trak seperti mutilated,Floridian Death Metal mahupun Die In Pain pasti memaksa anda untuk rewind semula tali kaset anda hahahahaha..

untuk mengetahui aktiviti DIED korang boleh berhubung melalui link di bawah:
http://www.facebook.com/pages/DIED/183776411667089

Tuesday, January 24, 2012

Bahana Download

                           Sekirannya anda adalah seorang music collector dan lebih2 lagi jika anda adalah collector bagi barangan Metal pasti anda kenal/tahu akan sebuah label yang banyak mengeluarkan album2 Metal dari Oversea iaitu label ASIA LINK.Untuk pengetahuan kalian label ni dimaklumkan akan tutup operasinya dan sekarang ni mereka sedang dalam proses clear kan semua rilisan2 yang pernah mereka keluarkan.Aku sendiri ada beberapa album dalam simpanan merupakan produk dari label berkenaan.
                           Bila bercerita tentang label ni dia ada PRO & CONTRA...pernah sekali aku update status di laman sesawang MUKA BUKU yang mana aku menegaskan perihal penutupan label ni,ada yang sedih sebab tahu lepas ni akan sulit bagi mereka mendapatkan sebuah produk dari oversea yang di re-press untuk jualan asia dalam harga yang murah,dan ada yang tak kurang juga EGO,BERLAGAK,SOMBONG yang memuji akan penutupan label ini dengan alasan konon nya label ni adalah sebuah label rip off akan produksi orang lain.Dan lebih KESAT lagi mereka kata "kalau tahu takde duit jangan layan Metal"..
                Jika di facebook puak2 berlagak ni menghentam aku tanpa belas kasihan,jadi di blog ni biar aku bagi sedikit penjelasan supaya kamu faham.Kehadiran label seperti ASIA LINK ni sedikit sebanyak membantu peminat2 music Metal yang mana jika purata gaji mereka rendah agar dapat memiliki sebuah product dengan harga murah.Sekaligus dapat mendidik mereka dengan budaya MEMBELI hasil seni bukannya MUAT TURUN PERCUMA 




antara koleksi ASIA LINK aku!!!!
  1. Tidak semua diantara kita yang bertuah untuk memiliki kemampuan membeli seMAHAL mana sesebuah product ,perbelanjaan dapur,duit sekolah anak2,belanja makan di tempat kerja semua nya harus dihitung...apakah hanya kerana mahu dilabel sebagai TRUE COLLECTOR kita wajib untuk mengikat perut ataupun potong belanja anak2 kita bersekolah hanya untuk memiliki sebuah special boxset yang diidamkan??....jika ditanya pendapat aku pastinya TIDAK..jadi dengan kehadiran ASIA LINK sedikit sebanyak dapatlah mereka2 ni membeli dan memiliki album walaupun look nya tidak seperti album yang original. 
  2. kembali pada jawapan yang dorang bagi kat aku iaitu "Kalau tahu takde duit jangan layan Metal"...jadi Metal ni untuk kelompok seperti korang  saja ke yakni kelompok kaya yang mampu keluarkan beribu ringgit setiap bulan demi memiliki stuff mahupun album??jangan cakap macam tu,seperti alasan yang aku bagi pada nombor 1 tadi tidak semua seBERTUAH anda...jika anda ditempat kami pasti anda juga akan membeli sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri. 
                 Aku bukan nak tunjuk pandai atau cuba nak tegak benang basah cuma dalam isu ni kita dapat lihat betapa teruknya budaya DOWNLOAD ni menerjah di kepala otak peminat music,sehinggakan label yang sebegini pun terpaksa gulung tikar disebabkan kesan DOWNLOAD ni.Aku bukan support label ni habis habisan cuma aku sedar bahawa seadanya label sebegini setidak tidaknya masalah ni akan berkurang (bukan terhapus) ini kerana kita mahukan satu budaya menghargai karya tu diserapkan dalam diri peminat music tak kiralah latar belakangnya macam mana,sebab Metal itu music dan music itu adalah untuk semua individu baik yang tinggal di banglo mewah mahupun bagi mereka yang hidup merempat.
                Bohonglah kalau aku cakap aku langsung takde download apa2 album,ada mesti ada...namun aku ambil sekadar untuk pre-listen dalam masa mencari album original berkenaan.Tapi selamatlah aku ni bujang dan masih mampu manage kewangan dan membahagikan duit samada untuk hidup mahupun minat,tapi katakanlah ditakdirkan aku dah kahwin nanti belum tentu aku akan berterusan membeli album dengan berbekalkan gaji aku yang cukup terhad.Jadi soal label itu illegal ke hapa ke soal kedua,asasnya ialah mana yang berpatutan.Jadi kepada mereka yang kesat menghina aku kerana beli produk ASIA LINK ni aku taknak dengar korang cakap "stop Download dan beli lah album ori" sebabnya label2 yang membekalkan album murah telah pun tutup..dan kami tak mampu beli barangan semahal anda miliki!!!!


Nota Tambahan : album2 keluaran ASIA LINK jauh lebih profesional produknya dari album2 keluaran yang berlabel "Malaysia Edition"

Wednesday, January 18, 2012

MANGGAS "Kuraia"


               Setelah dihitung dan difikir secara serius band/album apakah yang patut direview sekaligus menjadi ulasan album pertama di tahun 2012 ni maka aku memilih band Metal Extreme dari Sabah iaitu MANGGAS yang baru sahaja mengeluarkan mini release mereka yang bertajuk "Kuraia" pada hujung tahun lepas.Mengapa Manggas dipilih??...ini kerana menurut pendapat aku secara peribadi "Kuraia" boleh diangkat diantara keluaran Extreme Metal yang agak bagus untuk diketengahkan jika dibanding karya2 yang lahir dari band2 yang lain.Sekurang kurangnya kehadiran "Kuraia" ini dapatlah menutup tirai tahun 2011 yang sememangnya sedikit mengecewakan dari segi produk2 Metal (menurut aku)...dan kerana itu lah ada logiknya Manggas diberi penghormatan setidaknya dari aku sendiri untuk dijadikan review pembuka bagi tahun 2012 ni.
             Bercerita mengenai band ini,secara jujur aku mengenali mereka agak sedikit lambat.Aku tahu akan kewujudan mereka namun tak pernah pulak rasa ingin mendengar karya yang dihasilkan oleh band ni.Semuanya bermula bilamana sahabat aku Idham memberikan aku cd split album diantara Manggas/Maar dan dari saat itulah band yang berjenama diatas nama Manggas ni mula aku beri perhatian.
             Berbalik pada album "kuraia",ia dipersembahkan dengan 3 lagu (1 lagu lagi xde title dlm cover) yang sarat dengan sound Metal yang lebih clear jika dibanding dengan lagu2 lama mereka.Solo guitar nya jelas bahkan dalam track kedua (kalau x silap) ada diperdengarkan bunyian keyboard di pertengahan lagu bagi menaik kan lagi seri KEKERASAN yang ada.Aku mengkelaskan music mereka sebagai METAL sahaja ini kerana ada beberapa part didalam album ni adakala didengar seakan2 Death Metal yang tepu dan ada di beberapa part pula terhidu akan haruman Thrash Metal dalam penjanaan mereka.
             Ia bukan lah manifesto yang sempurna namun ia juga bukanlah terlalu picisan.Bila sebut akan perihal Metal Sabah kadangkala ia memeningkan sikit kepala aku untuk meneka.Ini kerana banyak band Metal Extreme disana yang mengeluarkan bunyian yang hampir2 serupa.Namun melalui "Kuraia" ni setidaknya Manggas dapat membezakan akan kewujudan mereka dengan band2 se-negeri yang lainnya.

                                split MANGGAS / MAAR 


                  Dari perhatian aku melalui mini cd "Kuraia" ni,Manggas sepatutnya sudah berani untuk keluarkan something yang lebih lagi dari apa yang mereka hasilkan dalam "Kuraia" misalnya sebuah full album.Mana tidak nya,belum puas lagi nak berhead banging cd pun dah habis running.Jadi kepada Manggas berani2 kan lah diri untuk langkah dengan lebih berani kerana kematangan anda menyusun struktur lagu dalam mini cd ini membuktikan kalian sudah mampu keluar dengan sesuatu yang lebih buas.Apapun ia tetap aku anggap sebagai album yang cukup menyelerakan untuk  didengar pada waktu terluang...aku letak album ni dalam kategori album 4 bintang.


                   Terdetik juga dihati untuk datang ke Sabah/Sarawak bagi melihat pergerakan Metal disana..nak juga lihat persembahan INSIDE,MANTAK,KREMATION mahupun BESTIAL HORDES (ada lagi ke band ni??)...nak sangat tengok macam mana Metalhead sana punya hiruk pikuk melayan Metal..apakah lebih ribut keadaan nya jika dibanding di semenanjung??...Insyaallah satu hari nanti akan kesana juga untuk melihat movement bagi Metal scene di Sabah mahupun Sarawak

bagi mendapatkan album ni anda boleh menghubungi label DERANGEMENT PROJEK melalui link ini :
http://www.facebook.com/pages/Derangement-Project-Production/190253394348218 
ataupun terus je LIKE fan page Manggas melalui link ini :
http://www.facebook.com/pages/Manggas/213565786177 
                 

Sunday, January 15, 2012

PORT DICKSON & ULU YAM

                                 Telok Kemang Port Dickson 


                                Air Terjun Sungai Sendat Ulu Yam 


               Lately ni gemar betul aku buat aktuviti mandi manda dengan kengkawan..so dua gambar ni antara gambar yang pada aku sendiri cukup cantik untuk dikongsi disini memandangkan gambar2 yang lain agak tak senonoh dan sedikit biadap untuk diperlihatkan hahaha..Gambar di Port Dickson tu diambil pada New Year hari tu kira2 dua minggu lepas dan air terjun sungai sendat tu diambil semalam...

Wednesday, January 11, 2012

DEEP PURPLE "California Jam" 1974

              Sebelum ni aku pernah ulas perihal vcd Deep Purple Machine Head live 1972 jadi ni ada satu lagi vcd live dari Deep Purple yang dua tahun berselang dari tahun berkenaan iaitu "California Jam" live 1974.Konsert ni rasanya pada yang memang kaki Deep Purple pasti tahu kerana antara konsert nostalgik selain dari konsert "Come Hell Or High Water"...dan ia dibarisi oleh the second wave line up iaitu David Coverdale (Whitesnake) sebagai vocalist menggantikan Ian Gillan dan juga Glen Hughes sebagai bassist/back up vocal menggantikan Roger Glover.


               Sebuah show yang cukup klasik,energetik nya Deep Purple tidak sama seperti line up terdahulu.Kiranya perancangan Blackmore membawa masuk dua personal baru (Coverdale/Hughes) adalah tepat.Sepertimana woodstock show ini juga dihadiri lautan manusia hippies yang taksub dengan dendangan Rock N Roll.
               Stage nya pun cukup tinggi...cuma visual agak keperang perangan sikit,mungkin teknologi warna bergambar belum cukup hebat lagi waktu itu,namun sudah memadailah untuk ditonton.Bila menonton live2 Deep Purple pasca Coverdale/Hughes ni aku paling suka bilamana ada sesetengah lagu kedua2 personal ini akan berganding bahu...dimana Coverdale akan menyanyi dalam tone blues yang memang jadi trademark dia manakala pada part2 yang high pitch atau bahagian kena pekik tugasan itu akan diselesaikan oleh Glen Hughes dan ia secara tidak langsung membawa Deep Purple ke satu level iaitu VOCAL HARMONY (walaupun bukan sehebat QUEEN)...ini berbeza dengan sebelumnya yang mana semua part2 vocal hanya dipikul oleh Ian Gillan.


              Aku letak show ni antara yang paling kult disebabkan aksi2 yang sebelum ini jarang betul Deep Purple persembahkan (kalau salah tolong betulkan info ni)..antaranya aksi solo John  Lord bermain keyboard sampai punah ranah keyboard tu dia kerja kan....macam tu jugak aksi Blackmore yang buat aksi guitar solo dengan macam2 gaya...dari pijak guitar lepas tu dok pecahkan pula guitar tu...tak cukup dengan tu dia bakar pula fender dia tu atas stage...gila kan??...
         
Track

  1. Burn
  2. Might Just Take Your Live
  3. Mistreated
  4. Smoke On The Water
  5. You Fool No One
  6. The Mule
  7. Space Truckin 

Sunday, January 1, 2012

Chronicle Live 2011

               Salam tahun baru semua...harap semua yang di impi,di idam dan di ingini korang semua dah pun terlunas dan termakbul..alhamdulillah...ok posting ringan aku kali ni adalah berkisar tentang Live Gig/concert yang aku dapat hadirkan diri melihatnya...kalau tahun lepas aku dah mulakan sebuah posting yang berbentuk aturan acara didalam posting yang bernama Chronicle Live 2010 jadi adalah molek rasanya kalau aku sambung dan share beberapa moment di tahun 2011 ni.
             Untuk pengetahuan korang semua,sebenarnya ketika masuk awal tahun 2011 aku telah berazam untuk TIDAK lagi mengikuti apa2 persembahan (gig,show,concert)..tekad aku ini bersebab,antaranya faktor masa yang begitu sulit untuk aku berhibur...adakalanya untuk melihat sesuatu gig aku terpaksa mengambil cuti,kadangkala berkejar berlari mencuri masa..sebab itu aku tekad tiada lagi istilah menonton live dalam diri aku (konon2 lah..hahaha).


                 Inilah gig yang mula2 menghancurkan TEKAD aku tadi..hahaha..kedatangan mereka (Surrender Of Divinity) bermain disini adalah sesuatu yang pada aku ianya tidak harus DILEPASKAN...jagoan Extreme Metal Thailand ini telah melakukan show mereka yang pada aku cukup tiptop dan sesiapa yang turut hadir pada gig ini pasti setuju kalau aku katakan ini antara gig Extreme Metal yang cukup cemerlang pernah dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun lepas....untuk review penuh klik je di SINI


                          27 June 2011 akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.Tarikh dimana kali pertama aku dapat melihat hero grindcore (sekarang mereka bermain typical Death Metal) dunia NAPALM DEATH didepan mata aku.Gig ini adalah siri kedatangan ke-3 mereka ke Malaysia,kali pertama dan kedua aku hanya mampu "GIGIT JARI DAN TERMENUNG MENGENANG NASIB" yang tiada rezeki untuk melihat mereka beraksi.....namun bak kata orang tua2 KALAU JODOH TAK KEMANA makanya dapat juga aku saksikan salah satu favorite band aku ni bermain live....dulu layan kaset album scum tapi sekarang dah tengok live....syukur.....review penuh korang boleh klik dekat SINI



                   SEARCH aku pernah tengok,WINGS pun pernah...tapi ada satu lagi kuasa jentera lama yang aku sebelum ni sekadar mendengar kehebatan aksi mereka melalui abang2 dan pakcik2 Rock yang selalu bercerita.Namun tatkala mereka diangkat sebagai opening band bagi kumpulan LOUDNESS maka aku anggap ini satu bonus kerana selain dapat menyaksikan band Jepun tu aku juga berpeluang melihat aksi SOFEA di depan mata aku....jadi kalau ada lepas ni kawan2 dari luar negara yang bertanya Rock Malaysia itu bagaimana rupa bentuk nya nescaya SOFEA lah yang aku akan promote kan pada mereka....ini dia Rock N Roll buatan Malaya beb!!!....review penuh boleh klik dekat SINI


                 Woowww....satu perkara yang tak pernah terlintas di otak....aku ulang...tak pernah terlintas di otak...sapa sangka LOUDNESS akan berkonsert di sini walaupun usia sedikit senja...sapa sangka legend dari japan ini sudi datang kemari??...dan lebih penting sapa sangka yang mereka dah pun bermain di sini pada 24 July yang lalu....gambaran yang sukar dicerita...antara show yang pasti akan jadi kenangan...dibaris line up klasik yang menggegarkan seluruh nadi pada mereka2 yang hadir di KL LIVE JLN SULTAN ISMAIL dan jika anda salah seorang yang hadir pasti anda akan tersenyum mengenang balik akan konsert ini bukan??dan pada yang tidak ada rezeki hadir korang boleh klik dekat  SINI untuk review yang aku buat...


                     Jujur aku cakap yang kalau aku tak dapat pergi konsert ni aku akan NANGIS...aku akan ambil masa lama untuk pulihkan semula semangat...ini kerana selain dari DEEP PURPLE yang cukup mempengaruhi aku WHITESNAKE juga adalah satu nama yang menjadi penyebab aku fall in love dengan music Rock...pengelan dari seorang teman permainan,membeli kaset pertama mereka (the greatest hits) pada umur 12 tahun,menonton video klip mereka melalui vcd cetak rompak sampailah sekarang ni dah bekerja dan mampu memiliki stuff mahupun merchandise semuanya menjadi kenangan dalam hidup....segalanya telah terbayar pada 30 Oct 2011 apabila dapat menyaksikan sendiri kehebatan WHITESNAKE...ini hadiah terbaik buat diri sendiri pada tahun 2011.....klik SINI untuk review penuh.

NOTA : tahun 2012 ni tak pasti lah kalau masih punya kesempatan untuk menonton persembahan live yang macam ni....so pada kawan2 blogger yang lain tu silalah posting cerita2 menarik korang pada tahun 2011 sebab aku suka baca pengalaman2 menarik kawan2 lain...bro IJAU dah buat dah...yang lain???...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...