Bila bercerita tentang label ni dia ada PRO & CONTRA...pernah sekali aku update status di laman sesawang MUKA BUKU yang mana aku menegaskan perihal penutupan label ni,ada yang sedih sebab tahu lepas ni akan sulit bagi mereka mendapatkan sebuah produk dari oversea yang di re-press untuk jualan asia dalam harga yang murah,dan ada yang tak kurang juga EGO,BERLAGAK,SOMBONG yang memuji akan penutupan label ini dengan alasan konon nya label ni adalah sebuah label rip off akan produksi orang lain.Dan lebih KESAT lagi mereka kata "kalau tahu takde duit jangan layan Metal"..
Jika di facebook puak2 berlagak ni menghentam aku tanpa belas kasihan,jadi di blog ni biar aku bagi sedikit penjelasan supaya kamu faham.Kehadiran label seperti ASIA LINK ni sedikit sebanyak membantu peminat2 music Metal yang mana jika purata gaji mereka rendah agar dapat memiliki sebuah product dengan harga murah.Sekaligus dapat mendidik mereka dengan budaya MEMBELI hasil seni bukannya MUAT TURUN PERCUMA
antara koleksi ASIA LINK aku!!!!
- Tidak semua diantara kita yang bertuah untuk memiliki kemampuan membeli seMAHAL mana sesebuah product ,perbelanjaan dapur,duit sekolah anak2,belanja makan di tempat kerja semua nya harus dihitung...apakah hanya kerana mahu dilabel sebagai TRUE COLLECTOR kita wajib untuk mengikat perut ataupun potong belanja anak2 kita bersekolah hanya untuk memiliki sebuah special boxset yang diidamkan??....jika ditanya pendapat aku pastinya TIDAK..jadi dengan kehadiran ASIA LINK sedikit sebanyak dapatlah mereka2 ni membeli dan memiliki album walaupun look nya tidak seperti album yang original.
- kembali pada jawapan yang dorang bagi kat aku iaitu "Kalau tahu takde duit jangan layan Metal"...jadi Metal ni untuk kelompok seperti korang saja ke yakni kelompok kaya yang mampu keluarkan beribu ringgit setiap bulan demi memiliki stuff mahupun album??jangan cakap macam tu,seperti alasan yang aku bagi pada nombor 1 tadi tidak semua seBERTUAH anda...jika anda ditempat kami pasti anda juga akan membeli sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.
Bohonglah kalau aku cakap aku langsung takde download apa2 album,ada mesti ada...namun aku ambil sekadar untuk pre-listen dalam masa mencari album original berkenaan.Tapi selamatlah aku ni bujang dan masih mampu manage kewangan dan membahagikan duit samada untuk hidup mahupun minat,tapi katakanlah ditakdirkan aku dah kahwin nanti belum tentu aku akan berterusan membeli album dengan berbekalkan gaji aku yang cukup terhad.Jadi soal label itu illegal ke hapa ke soal kedua,asasnya ialah mana yang berpatutan.Jadi kepada mereka yang kesat menghina aku kerana beli produk ASIA LINK ni aku taknak dengar korang cakap "stop Download dan beli lah album ori" sebabnya label2 yang membekalkan album murah telah pun tutup..dan kami tak mampu beli barangan semahal anda miliki!!!!
Nota Tambahan : album2 keluaran ASIA LINK jauh lebih profesional produknya dari album2 keluaran yang berlabel "Malaysia Edition"

1. Pirated products adalah antara sebab banyak band tak support Malaysia. Mereka tak mau datang sebab yang untung nanti adalah label pirate macam Asia Link.
ReplyDelete2. Barangan pirated tiada nilai jual semula. Tempat akhir ialah bakul sampah.
3. Band/label akan rugi kalau download atau beli pirated stuffs. Tapi dengan download, takde pirate yang ambil untung kerana tiada transaksi duit.
4. Banyak barang ori boleh dapat dengan murah. Cuba eBay atau trading boards. Cuma kena rajin sikit le.
teringat zaman kaset "apache"...tapi tu jam nak dapat yang ori memang susah...
ReplyDeletekat ebay...2nd hand cd kalau rajin mencari...memang boleh dapat bawah RM25...