Ada beberapa trivia yang harus kita tahu perihal album ni...antaranya ia adalah album yang menyaksikan Dave Mustaine dah berumur dan sudah tiada lagi sikap seorang fighter...ini boleh dirujuk melalui kesudian beliau untuk berkongsi stage dengan band yang pernah memecat beliau dan beliau sendiri pernah meludah tepat kepada band berkenaan satu masa dulu...sekarang ia dah berakhir...keduanya melihat kembalinya BUDAK SURUHAN Dave iaitu David Ellefson kepangkuan MEGADETH...yang ketiga album ini menaruhkan angka bertuah Dave iaitu '13'...
Ok...masa untuk review...menurut aku pasca millenium menyaksikan MEGADETH banyak melahirkan katalog2 album yang gagal (pendapat aku),sekembalinya Dave yang aktif semula bermain music pada tahun 2004 selepas kecederaan tangan dan mengeluarkan special album MEGADETH "still alive & well' MEGADETH seakan merombak segala macam bentuk melodi...mungkin pada peminat setia mereka ia dianggap POSITIF namun pada mereka yang sedikit pasif macam aku ia cukup janggal.Sebut je album apa yang dibuat pada alaf 2000 ni yang laris manis???..semua nya gagal menarik perhatian aku dari The System Has Failed sampailah ke United Abomination dan kemuncak segala kegagalan pada album Endgame.Perkara ini lah yang menyebabkan aku tidak berapa nak ambik port dengan rilisan terbaru mereka ini (thirt3en) yang awalnya aku jangka kan ia adalah sequel kegagalan Endgame.
Pendek cerita beberapa bulan lepas keluar didalam notification di Facebook aku yang MEGADETH telah meletak kan advance track didalam Official Page mereka,tatkala mendengar beberapa track ketika itu hanya satu yang terlintas di otak aku....album A World Need A Hero....ya mereka patah semula ke album itu,album yang sendat juga padat dengan riffing2 yang berstatus LEKAT DI OTAK..album yang pernah dianggap sebagai album "Tiada Friedman pun MEGADETH boleh hidup"..dan ia sekali lagi dizahirkan oleh Mustaine dengan tujuan menjawab pada semua bahawa umur dah tua kutuk pun MEGADETH masih Metal and kickin....
Meletakkan lagu "public enemy no 1" sebagai taruhan album ini aku rasakan tepat,dan menurut aku lagi bukan sahaja lagu berkenaan bahkan apa2 lagu juga dalam album ni boleh Mustaine angkat sebagai main track .....apesal baru sekarang kau nampak cerdik Mustaine oiiii???....hahaha...jika sebelum2 ni selirat2 berlawan solo diantara Dave dan mana2 guitarist MEGADETH kali ini ia masih dikekalkan,cuma ia dimenarik kan dengan style2 yang kita dengar seakan2 sebuah sesi jamming namun sebuah heavy jammed dan ini meletakkan album ni sedikit lari dari diksi2 MEGADETH yang umumnya tahu ia adalah band yang paling cerewet dalam bab pemilihan riffing selain dari PANTERA..
Dari segi pemasaran pula ia seakan2 tepat pada waktu nya.....kenapa aku cakap macam tu??...sebabnya ia dikeluarkan ketika semua tengah meluat dengan projek najis Metallica & Lou Reed melalui album lu lu ...ia mengingatkan kita pada peristiwa lahirnya album Youthanasia tatkala satu dunia terkejut beruk dengan imej baru Metallica yang macam baru keluar dari pusat pemulihan akhlak..Namun Metallica tetap Metallica...dia buat album konsep dondang sayang mahupun ghazal sekalipun dorang tetap Winner dan MEGADETH hanya mampu jadi bayang2 kejayaan Metallica sahaja....dah macam sumpahan pulak kan??..bahkan di dalam carta undian album Megadeth ini jauh ketinggalan rating vote nya berbanding lu lu yang jadi top 5 ...selera mat saleh memang susah nak kita teka....ok pada mereka2 yang diluar sana yang dah baca review ni maka rendah diri aku recommend album ni sebagai album yang wajib korang simpan dalam katalog koleksi music korang...apatah lagi jika korang ni memang mengangkat MEGADETH sebagai hero music dalam kehidupan seharian....
track
- Sudden Death
- Public Enemy no.1
- Whose Life (Is It Anyways?)
- We The People
- Guns,Drugs & Money
- Never Dead
- New World Order
- Fast Lane
- Black Swan
- Wrecker
- Millennium Of The Blind
- Deadly Nightshade
- 13
Nota : Selamat menyambut hari Natal bagi mereka yang meraikan nya...

















































