Memandangkan selepas dari ini aku akan mulai sibuk dengan tuntutan pekerjaan,makanya aku ambil keputusan untuk henjut 4 review album dalam satu posting.Untuk yang pertama ni aku highlight beberapa rakaman LIVE (ROCK) yang ada dalam simpanan aku dan Insyaallah dalam masa terdekat nanti rakaman album LIVE untuk METAL pulak akan aku review (harap2 sempat lah siapkan).Jadi sebelum blog ni akan bersawang dalam masa beberapa minggu,jadi biarlah aku tinggalkan dengan cara terhormat ...harap sudi membaca..Ok lah dah panjang sangat melalut...let's go crazieeee!!!!
BLACK SABBATH "Live At Last"- ini adalah testimoni live terakhir Ozzy selaku tukang carut bagi band yang berstatus pioneer dalam pengkelasan Heavy Metal sebelum beliau dipecat dari BLACK SABBATH.Antara live yang terbaik juga dari mereka pada era itu dan sesiapa yang memang kutu dengan band ni pasti tahu akan teori live mereka macam mana iaitu menampilkan lagu2 yang doomy dan moody (kadang2 bosan juga dengan style macam tu) kemudian diselang pula dengan lagu yang Heavy.Seleksi juga menarik kerana mereka mendendangkan hampir keseluruh lagu2 penting mereka seperti children of the grave,war pig dan sudah pasti anthem song mereka iaitu paranoid.Terasa akan semangat dalam live ni,dan pastinya boleh dirasai oleh pendengar yang memang mengikuti jatuh bangun akan kumpulan berstatus AYAHANDA ni..mereka mempersembahkan muzik yang gila pada generasi2 yang cukup taksub dengan aliran music baru (waktu itu..) dan lebih nostalgik ia adalah rakaman akhir Ozzy sebelum tampuk pemerintahan nya diberi pada beberapa lagenda yang pernah mengisi posisi itu seperti Ian Gillan (Deep Purple),Rob Halford (Judas Priest/Fight) dan yang paling akronim iaitu mendiang Ronnie James Dio...album ni aku sarankan buat mereka yang baru berjinak dengan music aliran berat....
KIX "Live" - Pada peralihan awal 90an banyak band Hard Rock yang kecundang dengan peralihan kuasa music baru dari generasi grunge.Jika diamati beberapa nama sahaja yang mampu meneruskan survival perjuangan mereka seperti BON JOVI,MOTLEY CRUE mahupun GUN N ROSES namun yang lain nya seperti CINDERELLA,DOKKEN dan lain2 hanya sekadar mampu tersenyum dengan kejayaan mereka yang terdahulu.Tapi ada satu lagi band yang menurut pendapat aku ia cukup Humble dan bergerak secara senyap pada era 90an dan percaturan mereka bagi menyemai benih Rock pada generasi baru cukup MENJADI iaitu kumpulan KIX.Jujur aku nyatakan aku baru terdedah dengan mereka lebih kurang 2-3 tahun lepas.Tak banyak yang aku tahu perihal mereka,namun rakaman LIVE ini menjadi saksi dimana mereka dijemput oleh pelajar2 Universiti bagi menjayakan sebuah show yang berstatus gig di dewan universiti mereka menuntut.....ia sekaligus membuktikan yang band ini punya persona yang mampu menarik generasi baru (90an) untuk hanyut dengan Rock N Roll ciptaan mereka...menarik bukan??..seleksi lagu2 hebat mereka seperti hot wire,blow my fuse,dan pastinya don't close your eyes (arghhh!!!) menjadi taruhan pada show malam itu.Jika anda meminati Rock yang berbaur sedikit GATAL mungkin ini adalah album yang dirilis khas buat anda kerana jika selama ni anda menjangka kan yang MOTLEY CRUE itu adalah band Playboy makanya KIX adalah band yang mampu menangkis tanggapan tersebut..
MSG "Unplugged Live" - Sepertimana AC/DC yang aku memang tidak pernah ambik pusing perihal sejarah mereka mahupun kekuatan lagu mereka,nasib serupa juga buat MSG...aku memang langsung tidak pernah ingin ambil peduli,dan aku hanya sekadar mengetahui yang Guitarist band ini adalah guitar hero yang lahir dari generasi ke-2 gergasi Rock German iaitu SCORPION..itu je yang aku tahu.Ego aku mula hancur sikit demi sedikit bilamana lagu2 di dalam album ni menerjah masuk ke dalam telinga aku dan terus melekat...sangkaan aku meleset..mereka jauh lebih tajam nilai susunan lagunya berbanding SCORPION..
Aku cukup terdedah dengan seleksi balada yang ala2 rhythm of love mahupun still loving you,tapi selepas aku sudah memiliki album acoustic ini SCORPION bukan lagi band yang harus aku beri perhatian penuh,MSG menyempurnakan seleksi lagu2 mereka dengan cukup kemas melalui live ini dan cukup kena dengan term unplugged itu sendiri.Mereka mempersembahkan seleksi lagu2 hantu mereka seperti anytime,when i'm gone,nightmare dan sudah pastinya doctor doctor....arghhh!!!
Bukan lah aku mengatakan bahawa mereka ini adalah terbaik,aku juga tidak mengatakan bahawa mereka telah mengalahkan SCORPION,manakan mungkin ada band yang mampu memijak sejarah panjang SCORPION,andaikata SODOM berjaya cipta 100 album terbaik sekalipun nescaya German tetap juga mengiktiraf SCORPION adalah eksport terbesar music dari negara mereka.Cuma aku nyatakan jika anda ingin mencuba sedikit kelainan mood acoustic itu,cubalah dengarkan album ni.Ini kerana acuan mereka masih sama hanya kematangan menyusun note2 penciptaan itu sahaja yang membuatkan aku nampak MSG ada sikit beza dari SCORPION.....
VAN HALEN 'LIVE" - Ini aku tak mahu ulas panjang2 sebabnya kalau korang rasa yang korang ni Mat Rock pastinya apa juga produk Van Halen korang mesti kasi support.Live yang menampilkan Sammy Hagar sebagai vocalist (waktu itu) menyajikan seleksi lagu2 lama era pasca David lee Roth sehingga ke lagu2 zaman sebelum dorang berkubur (sekarang dah aktif semula dan bergabung balik dengan David Lee Roth)..
Pada kaki2 Van Halen aku tak payah lah susah2 nak review sebab aku tahu korang mesti suka apa juga yang Van Halen bikin,tapi pada mereka yang masih kabur aku sarankan cubalah nikmati rakaman live ini.Sepertimana anda mendengar lagu2 mereka melalui cd begitulah juga bunyinya tatkala lagu tersebut dibawa ketika konsert,ini adalah kehebatan Van Halen (juga band2 otai yang lain)..hanya pemuzik2 80an je yang cerewet perihal sound sebab tu bunyi konsert mereka semuanya superb..Lagu2 hit mereka seperti panama sehinggalah lagu terhebat mereka ketika menjengah abad 90 iaitu dream disempurna dengan cukup profesional...satu rilisan buat Mat Rock diluar sana.....
Lepas ni review album Live untuk METAL pulak...tapi tak janji lah...hehehe




This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesebut pasal Van Halen, baru2 ni aku ternampak kat Giant Shah Alam majalah Classic Rock cover depan Van Halen: The Making of 1984. ingat klu ada lagi mau rembat la kot..
ReplyDeleteMSG dan Van Halen punya belum dengar.
ReplyDeleteKix ni agak underated...tapi dorang memang best...album dia zaman 90an "$how Bu$ine$$" tu pun sedap...
ReplyDeletedalam 4 live yang ko sebut tu...MSG aku lum dengar...
kaboi > apa lagi tunggu...kasi angkatlah itu majalah...
ReplyDeleteDr.ben > live mereka ada juga di youtube
Berteromber > Kix pernah kalahkan band TOOL dalam senarai ranking rock band plg berpengaruh...
MSG unplugged tu ada dalam youtube bro..