bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, March 25, 2012

LEFTHANDED "Nafas"

             
            Rasa macam dah lama tak review album dari kumpulan2 lagenda Rock Melayu 80'an kan??...last rasanya aku ada review pun adalah album SOFEA "Anak Liar" ..walaupun aku tak sempat nak merasa keghairahan kancah dunia Rock Melayu yang hebat pada dekad tu namun kerana membesar dengan lagu2 dari kumpulan2 dari zaman berkenaan rasanya wajar juga jika dibuat satu kolum khas untuk setiap posting berkenaan album2 Rock zaman tu yang aku label kan sebagai "Review Rock Melayu"
            Ok...ini adalah album yang dikeluarkan pada tahun 1996 iaitu album kedua LEFTHANDED tanpa Nash sebagai vocalist iaitu selepas pertama kalinya melalui album "Fanatisme" yang keluar pada tahun 1991 dimana Abang Ramli Sarip menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Nash.Vocalist bagi album 'Nafas' ni pula ialah Arab,yang mana pada pendapat aku adalah susuk yang paling tepat untuk membawa apa juga lagu2 dari LEFTHANDED ni.
             Bukan sahaja vocalist namun drummer nya juga adalah personal yang berbeza,bukan lagi Man Dayak namun diganti dengan drummer dari kumpulan REVOLVER iaitu Abang Tom....terlanjur bercakap pasal Abang Tom ni rasanya beliau ni cukup layak untuk diberi penghormatan.Bukan sahaja kerana bakatnya mengemudi jentera pukul memukul tu je namun kreadibiliti beliau mengiringi mana2 artis dalam dan luar negara tak kiralah apa konsep dan rupa bentuk music mereka sekalipun.Andaikata Rosli Mohalim diangkat sebagai Guitar Hero Melayu pertama rasanya tak keterlaluan juga jika kita mengangkat Abang Tom ni sebagai Drum Hero Melayu yang pertama.


                  Berbalik pada album ni tadi (hehehe) ianya nampak begitu eksklusif kerana menampilkan tiga bentuk rakaman sekaligus iaitu rakaman live,rakaman lagu baru dan juga rakaman semula dua lagu lama yang diberi  nafas secara akustik.Untuk rakaman live ia adalah rakaman pada sebuah konsert LEFTHANDED yang berlangsung di Stadium Merdeka pada tahun 1994.
                  Dan kalau tak salah (kalau salah tolong betulkan) lagu2 studio pada album ni (bukan lagu2 live) hanya dimainkan oleh Arwah Samad sahaja kerana pada waktu itu Man Keedal terlalu busy menyiapkan album solo beliau sendiri.Tapi pada aku walaupun album ni tanpa Man Keedal sekalipun ia tetap sempurna kerana individu2 penting pada nama LEFTHANDED itu masih ada seperti Yan dan juga Arwah Samad.Jika sebelum2 ni album2 LEFTHANDED dikemudi oleh Abang Ramli Sarip sebagai penerbit namun pada produksi ini ia diterbitkan oleh personal LEFTHANDED sendiri.
                 
Track :

  1. Seruan (live) 
  2. Keadilan (live) 
  3. Hidup Dan Perjuangan (live) 
  4. Blues (live) 
  5. Debunga Wangi (live) 
  6. Semangat Lamina (live) 
  7. Kenangan Bersamamu (versi akustik) 
  8. Sutra 
  9. Nafas Rindu 
  10. Maya Persada (versi akustik) 

Sunday, March 18, 2012

Cromok "Special Interview With Original Line up"


               Special nya edisi Majalah Karisma pada bulan ini adalah mereka membawakan Interview eksklusif bersama CROMOK (original members Karl,Sam,Miji) bersempena dengan Konsert Reunion mereka pada April ini iaitu "Thrashing Kuala Lumpur 2012"..sebelum2 ni pun Karisma ada membuat interview namun untuk Line up super classic ni ia baru pertama kali..bahkan aku rasa semenjak Reunion ini adalah interview pertama Cromok.
              Pada sesiapa yang bakal bertandang pada konsert mereka nanti tu apakata korang rembat senaskah majalah ni bagi penaik semangat kalian sebelum korang menyaksikan aksi sebenar CROMOK pada April ni nanti.Aku mungkin pergi dan mungkin juga tidak,faktor masa masih lagi kabur namun aku cuba sedaya upaya juga lah untuk turun sebab dinyatakan ni mungkin konsert terakhir mereka.
              Kepada sesiapa yang terlepas pandang,aku pernah juga menceritakan perihal CROMOK sebelum ni (click kat SINI kalau nak baca ok)...selain dari CROMOK ada juga kupasan2 menarik disertakan,antaranya penjelasan  sebenar Rosdan mengenai namanya yang diuar2 kan bakal beraksi bersama Bloodshed walaupun beliau sendiri terkejut dan menyatakan bahawa beliau tidak akan beraksi pada Konsert berkenaan..juga perkembangan terbaru dari lagenda Brutal Death negeri Perak iaitu NECROTIC CHAOS turut disertakan.Dan macam2 lagi lah (malas nak menaip!!)

sesiapa yang nak mengetahui perkembangan Konsert CROMOK bolehlah keep in touch melalui link ni :
http://www.facebook.com/pages/Cromok-reunion-thrashing-KL/230098253737356

dan kalau korang nak order naskah Majalah Karisma ni cuba berhubung melalui Facebook mereka :
http://www.facebook.com/pages/MAJALAH-KARISMA/169638825869

Saturday, March 10, 2012

Ozzy Osbourne "Tribute"


               Hahahahahaha..tergelak sakan aku bila aku teringat untuk review kan album ni.Mana tidaknya masa mula2 aku tubuhkan blog ni pada hujung 2010 dulu aku merancang untuk review album ni sebagai posting pertama...nah kau dah bertahun baru keluar!!!...
               Ok let's go crazeyyyy (scream like Ozzy)...pada sesiapa yang memang ambil pusing perihal karier Ozzy baik semasa dalam Black Sabbath mahupun solo pasti korang akan perasan nama RANDY RHOADS adalah yang paling kerap diceritakan beliau (Ozzy) baik didalam temuramah magazine mahupun dalam rakaman documentary.Aku cukup pasti RANDY RHOADS ni ramai yang kenal sapa beliau disisi Ozzy,namun nak lengkapkan cerita aku selitkan sikit lah info pasal RANDY RHOADS (RR).Selepas kena buang macam sampah dari Black Sabbath,Ozzy seakan buntu dengan karier music yang hakikatnya dia sendiri yang musnahkan (drug).
               Pendek kan cerita lepas jumpa dengan mantan guitarist "Quiet Riot" ni maka Ozzy mengorak langkah yang lebih panjang dan tinggi (lebih tinggi prestijnya berbanding semasa di Black Sabbath) bersama RR..guitarist muda inilah penyelamat SEBENAR buat Ozzy,andaikata Ozzy tidak jumpa dengan dia ni aku jamin Ozzy Osbourne yang kita kenali sekarang hanyalah sisa2 sejarah Rock/Metal 70's sahaja dan tidak lebih dari itu.Dan sebab itulah kenapa nama RR ni adalah nama yang paling kerap di mention beliau apabila berbicara perihal perjalanan karier seninya.RR bukan lagi sekadar pemuzik iringan namun telah menjadi generator utama dalam pembikinan lagu2 terbaik Ozzy.Kemalangan tragis yang menimpa RR memang membuat Ozzy tergamam.Walaupun selepas dari era RR ni datangnya guitarist2 yang tak kurang hebatnya disisi Ozzy seperti Jake E.Lee mahupun Zakk Wylde namun RR punya value yang teramat tinggi dimata orang tua gila ni!!

        Pabila orang yang disayang telah meninggalkan kita pasti sesuatu harus diabadikan sebagai kenangan,dan maka dari itu jugalah barangkali album ni dihasilkan bukan sekadar pelengkap dari siri2 akhir perjalan RR namun ia lebih berupa PENGHORMATAN dari kawan kepada seorang kawan.
        Aku pernah meminjam album ni dari seorang rakan semasa bersekolah dulu.Seingat aku jika di dalam kaset tidak disertakan banyak info berkenaan album ni (tujuan diterbitkan) dan pada tahun 2006 aku beli album ni dalam bentuk cd baru aku dapat fahami tujuan album ni dikeluarkan,ini kerana inlay setebal 16 muka surat itu sarat dengan informasi album ni..liner note yang ditulis oleh Ozzy,emak RR dan gambar2 klasik RR yang disertakan pasti membuatkan korang terasa betul2 telah kehilangan seorang music heroes.


         Ada rumors yang mengatakan bahawa semua lagu didalam ni adalah sebuah rakaman live yang dirakam oleh seorang penonton menggunakan tape recorder.Aku sendiri pun tak pasti sejauh mana kesahihan cerita ni walaupun ada 3-4 orang jugaklah yang dok cerita pasal ni.Tapi andaikata rumors itu benar??...andaikata ianya adalah benar itu bermakna RR telah jauh menjangkau zamannya dari segi sound.
         Pada sesiapa yang pernah dengar album ni pasti korang tahu lah kan bagaimana rupa bentuk sound yang dipupuk RR semasa live??..cuba korang bayangkan sound sebegitu hebat keluar dari sebuah tape recorder apa jadi sekiranya kalau ia dirakam secara official pula??...tercicir/tercirit lah METALLICA jawabnya kahkahkah...

track:

  1. I Don't Know
  2. Crazy Train
  3. Believer
  4. Mr.Crowley 
  5. Flying High Again
  6. Revelation (mother earth) 
  7. Steal Away (the night) & Drum Solo
  8. Suicide Solution & guitar solo 
  9. Iron Man (Black Sabbath cover) 
  10. Children Of The Grave (Black Sabbath cover) 
  11. Paranoid (Black Sabbath cover) 
  12. Goodbye To Romance
  13. No Bone Movies
  14. Dee (Rhandy Rhoad studio out-takes) 

Thursday, March 8, 2012

Vokill Fest 2012


                 Pada 26 february yang lepas telah berlangsung nya siri Vokill Fest buat kali ke-3...aku bersama Idham,Harry (vocalist dari band DEATH STORY) dan juga Fareez (Klang Metal Gangster) telah kesana.Tiada sebarang review akan dibuat berkenaan gig ini....ada 2 sebab...yang PERTAMA ini adalah gig yang paling TIDAK PROFESIONAL pernah aku hadirkan diri..dari segi perjanjian ketepatan masa (lebih melampau dari kebiasaan kelewatan gig di Malaysia) dari segi mutu sound,dari segi bayaran yang tidak setimpal (band yang dijanjikan beraksi tidak bermain) dan lain2 lagi yang semuanya kearah NEGATIF..dan ini menguatkan lagi iltizam aku untuk STOP dari berkunjung kemana2 lagi gig tempatan lepas ni..
                Sebab yang KEDUA aku tidak review gig ni adalah kerana menjaga sensitiviti rakan2 blogger lain,apatah lagi ia melibatkan band yang paling atas sekali logo nya di flyer tu..maka aku hanya posting gig ni sebagai sebuah arkib dalam blog ni tanda ia pernah aku hadiri!!!!

Sunday, March 4, 2012

Kisah Aku Dulu


                 Beberapa minggu ni aku kerap didesak untuk tunaikan janji2 aku pada anak buah aku.Aku pernah janji kalau dorang lulus cemerlang dalam peperiksaan akan ada ganjaran/hadiah/habuan atas usaha mereka.Kali ni dorang desak lagi pakcik dia ni untuk tunaikan apa yang telah aku lafazkan.Tiada masalah untuk aku mewahkan mereka dengan benda2 yang berbentuk MATERIAL sebegitu andaikata ia memang berfungsi merangsang dorang agar lebih positif dalam pendidikan.Cuma aku terdetik dalam hati aku "betapa mewahnya anak2 ni jika dibanding dengan aku atau rakan2 sebaya yang lain" tatkala bersekolah dulu.
                 Sekadar untuk posting ringan petang ni aku sorot balik cerita zaman aku kecil2 dulu.Seingat aku dari kecik sampailah ke sekolah menengah aku tidak pernah menyambut 'harijadi' ataupun 'birthday' party bahkan aku sendiri pun lupa tarikh lahir aku sebab terlalu busy dengan dunia kanak-kanak.Tapi ketika itu arwah ibu aku yang akan ingatkan,dia akan cium pipi aku dan ucap selamat hari lahir buat aku...itu aku dulu...cuba budak2 sekarang ni mak bapak just bagi ciuman dan ucapan je masa harijadi dorang..tengok apa jadi??..mau melalak tak mahu ke sekolah gamaknya..
                 Begitu juga dengan kalau aku lulus dalam peperiksaan (masa sekolah rendah aku cemerlang,dah masuk menengah baru bahalol sikit hahaha) ayah aku hanya akan bawa aku makan satay je kat Jln Chow Kit,aku tak pernah demand dengan ayah aku sebab memang aku faham hanya itu je kemampuan dia dan aku sendiri memahami akan keadaan keluarga kami yang berpendapatan sederhana....
                 Perihal music pulak macam mana??...hehehe walaupun zaman aku dulu internet sudah mula ada namun penggunaan nya masih terhad,bahkan bagi masyarakat kelas sederhana seperti keluarga aku perkataan internet tu pun kami tak tahu menatang apa..hahaha..makanya jika minat sesuatu music harus ada disiplin mengumpul duit untuk beli apa2 juga barangan music (t'shirt,kaset,cd dll)..betul kata kawan2 aku yang mana zaman tu dipanggil "no money no music'...sekarang ni budak2 mewah,klik je blog muat turun lagu berjuta album2 boleh mereka download...andaikata zaman kanak2 aku juga sama seperti mereka mungkin sekarang aku punya pengetahuan yang lebih tinggi dalam music sebab boleh explore tanpa batasan..
                 Dari mana aku dapat duit beli semua barangan music tu??...selain dari hasil tabungan sekolah, tatkala itu arwah ibu aku ada membuat perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual kelapa parut dirumah,jadi setiap kelapa yang dijual arwah ibu akan bagi upah pada aku (tukang parut) dengan sedikit upah dalam sekitar 30-40 sen dan dari situlah aku mendapat dana membeli apa juga yang aku suka dan minat.Itulah dia sedikit cerita pasal aku dulu2....tapi macam yang aku cakap tadi ianya DULU dan sudah tiada relevan untuk anak2 SEKARANG...
                                 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...