Rasa macam dah lama tak review album dari kumpulan2 lagenda Rock Melayu 80'an kan??...last rasanya aku ada review pun adalah album SOFEA "Anak Liar" ..walaupun aku tak sempat nak merasa keghairahan kancah dunia Rock Melayu yang hebat pada dekad tu namun kerana membesar dengan lagu2 dari kumpulan2 dari zaman berkenaan rasanya wajar juga jika dibuat satu kolum khas untuk setiap posting berkenaan album2 Rock zaman tu yang aku label kan sebagai "Review Rock Melayu"
Ok...ini adalah album yang dikeluarkan pada tahun 1996 iaitu album kedua LEFTHANDED tanpa Nash sebagai vocalist iaitu selepas pertama kalinya melalui album "Fanatisme" yang keluar pada tahun 1991 dimana Abang Ramli Sarip menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Nash.Vocalist bagi album 'Nafas' ni pula ialah Arab,yang mana pada pendapat aku adalah susuk yang paling tepat untuk membawa apa juga lagu2 dari LEFTHANDED ni.
Bukan sahaja vocalist namun drummer nya juga adalah personal yang berbeza,bukan lagi Man Dayak namun diganti dengan drummer dari kumpulan REVOLVER iaitu Abang Tom....terlanjur bercakap pasal Abang Tom ni rasanya beliau ni cukup layak untuk diberi penghormatan.Bukan sahaja kerana bakatnya mengemudi jentera pukul memukul tu je namun kreadibiliti beliau mengiringi mana2 artis dalam dan luar negara tak kiralah apa konsep dan rupa bentuk music mereka sekalipun.Andaikata Rosli Mohalim diangkat sebagai Guitar Hero Melayu pertama rasanya tak keterlaluan juga jika kita mengangkat Abang Tom ni sebagai Drum Hero Melayu yang pertama.
Berbalik pada album ni tadi (hehehe) ianya nampak begitu eksklusif kerana menampilkan tiga bentuk rakaman sekaligus iaitu rakaman live,rakaman lagu baru dan juga rakaman semula dua lagu lama yang diberi nafas secara akustik.Untuk rakaman live ia adalah rakaman pada sebuah konsert LEFTHANDED yang berlangsung di Stadium Merdeka pada tahun 1994.
Dan kalau tak salah (kalau salah tolong betulkan) lagu2 studio pada album ni (bukan lagu2 live) hanya dimainkan oleh Arwah Samad sahaja kerana pada waktu itu Man Keedal terlalu busy menyiapkan album solo beliau sendiri.Tapi pada aku walaupun album ni tanpa Man Keedal sekalipun ia tetap sempurna kerana individu2 penting pada nama LEFTHANDED itu masih ada seperti Yan dan juga Arwah Samad.Jika sebelum2 ni album2 LEFTHANDED dikemudi oleh Abang Ramli Sarip sebagai penerbit namun pada produksi ini ia diterbitkan oleh personal LEFTHANDED sendiri.
Track :
- Seruan (live)
- Keadilan (live)
- Hidup Dan Perjuangan (live)
- Blues (live)
- Debunga Wangi (live)
- Semangat Lamina (live)
- Kenangan Bersamamu (versi akustik)
- Sutra
- Nafas Rindu
- Maya Persada (versi akustik)


nice selection of older songs.
ReplyDeleteSutra lak sampai jadi lagu untuk satu drama bersiri popular.
Tom ni memang show2 besar dia ada lah, kat Singapore pun Esplanade show besar pun dia yang main.
Kalo gi tengok Toto kat Singapore pun nampak macam dia aje kat crowd.
And we all know Toto is .... the best.
Tapi aku cuma nak cakap
ReplyDeletePada aku Live Crowd kat album ni is so FAKE gitu. Cam ada adjust2 gitu.
setuju..boleh refer pada lagu "semangat lamina"..sound crowd mcm dibuat2
Deletemaya persada versi arab + akustik mmg menegakkan bulu roma!
ReplyDeletebetul2...lepas dah dengar versi ni langsung x layan dah versi nash..haha
Deletepada aku kalau bab rock melayu main live paling tight...paling best dari segi permainan muziknya...takder lain selain Lefthanded....
ReplyDeletebtw...aku ada cd ni yang 1st press (nak riak cdwi...hahaha...)
tiada sapa berani nafi bab lefthanded pnya perform
Delete