bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Thursday, May 26, 2011

MAY 25th Anniversary 'The Emperor Of Heavy Metal' 2011


                Pada mulanya aku ingatkan album ni memang tiada dikeluarkan dalam bentuk CD audio,ini kerana album ni dikeluarkan pada awalnya dalam bentuk Box Set yang disertakan dengan pakej seperti CD + DVD + buku Biografi akan kumpulan MAY yang dah menjangkau usia 25 tahun,sebab tu aku memang tak ambik tahu langsung pasal album ni sebabnya harga bagi sebuah Box Set pastinya tinggi dan aku bukan tergolong dalam golongan pembeli mampu milik bagi rilisan sebegitu.Tapi petang tadi masa merayap lepas balik kerja aku ternampak album ni yang dijual dalam versi CD DIGIPACK sahaja.Tanpa banyak tanya aku terus bayar sebab nya tawkey tu cakap CD yang ada ni last stock dan lepas pada ni dia hanya akan order yang versi Box Set sahaja.Syukur,rasanya recording company tu pun tahu kot ramai yang miskin macam aku ni yang minat MAY namun tak mampu membeli rilisan dalam bentuk sebegitu,mungkin sebabnya ia dikeluarkan juga dalam versi CD yang biasa.


               Album yang menampilkan beberapa lagu baru juga lagu lama yang diberi nafas baru ini adalah satu penanda aras ataupun lebih tepat sebagai LAMBANG kesetiaan MAY dalam memberikan kita semua rencah music Rock melayu selama 25 tahun tanpa rasa JEMU atau bosan dengan music yang mereka galas..ya mereka masih setia pada acuan Hard Rock dan akan sentiasa begitu.Semenjak Reunion mereka melalui album SINAR (2003??) kita boleh lihat komited mereka dalam memperjuangkan music ini tanpa menoleh kebelakang.Mereka terus dan terus aktif berproduksi dengan pelbagai jenis rilisan dikeluarkan samada rakaman Live mahupun kompilasi.


                    Aku dan beberapa rakan yang lain menggelarkan MAY ni sebagai HERO sebenar dalam sayembara kuasa music Rock,sebab nya dorang ni memang betul2 punya Gamble,mereka berani tampil dengan album/lagu baru tanpa ada perasaan takut samada album mereka bakal terjual atau tidak di pasaran modern,tidak seperti band2 lain yang berstatus legend namun hanya memainkan lagu lama mereka sebagai taruhan persembahan tapi tak berani langsung merekod album baru dengan seleksi lagu baru sebagai wadah dalam perjuangan mereka pada abad yang berlainan sekarang ni.Yang kedua nya MAY ni DARI KACAMATA aku dilihat antara kuartet lagenda yang Humble lah,manada dorang expose sangat kalau dibanding dengan band2 seusia mereka yang masih aktif,tapi mereka tetap akan sentiasa ada benda untuk diketengahkan secara tak langsung orang pun takdelah jemu tengok mereka.Kalau asyik2 buat konsert pastu lagu2 serupa mesti boring jugak kan??.
                Salah satu bukti yang mereka ni adalah band no1 dalam gugusan kumpulan Rock melayu adalah apabila mereka berjaya menggondol 3 kali anugerah dalam 'Anugerah Industri Music (AIM)' dalam kategori 'Best Hard Rock Album'.Bermula pada tahun 2003 melalui album SINAR,yang kedua pada 2004 melalui album OTAI JAMM 1 dan yang ketiga pada tahun 2005 melalui album Live&Unplugged @ Hard Rock Cafe.Testimoni yang MAY kecapi ni dah cukup membuktikan siapa mereka,kenapa mereka masih lagi relevan dalam persada music Rock Melayu.Jadi kepada anda yang memang membesar atau remaja nya anda memang bersama lagu2 mereka,makanya ni album wajib lu orang cari!!!!

Sunday, May 22, 2011

Satu pagi di Kampung Baru KL

                  Hari ni demam,dari malam tadi mata tak mahu lelap,dari satu DVD live ke satu DVD live aku pasang pun mata tetap tak nak pejam.Jadi secara automatik lah hari ni (ahad) aku bangun awal(dalam sejarah tu)..jadi dah terlanjur tak tido ni aku bawa lah ayah aku bersarapan pagi di Kampung Baru.Sebuah institusi atau lubuk makanan melayu terbesar di Kuala Lumpur.


                    Memang Kampung Baru ni heaven lah buat aku especially bab2 nak cari breakfast yang umpphh!! jadi ni lah dia makanan yang aku akan sental tiap kali kalau bangun awal pada hari minggu iaitu lontong + sambal sotong + nescafe tarik.Ada yang kata lontong ni kalau nak yang paling superb adalah lontong di daerah Klang,hakikatnya dah satu Klang aku pusing,tapi takdelah sesedap mana pun(pada tekak aku).Tapi yang kat Kampung Baru ni memang terangkat habis.Kalau korang nak rasa sajian ni pegi je kat Kampung Baru,sebabnya semua kedai yang menyediakan menu sarapan pagi mesti ada menyajikan jugak lontong yang sebegini....

NOTA : Ayah aku cakap breakfast kali ni adalah meraikan aku bangun awal pada hari Ahad,yang mana dua tahun belum tentu sekali aku akan bangun awal..hahahaha

Saturday, May 21, 2011

CROMOK...suatu cerita!!

               Rasanya perkenalan aku dengan band ni sekitar tahun 1997-98 lah kot..masa tu masih sekolah rendah.Yang mana waktu tu abang aku yang belajar di sebuah IPT ada membeli kaset dari kumpulan Thrash ni,jadi dia selalu lah juga pasang kan tape band ni masa dia tengah study atau pun masa nak tido..hahaha.Kalau diimbas balik waktu tu,rasanya music sebegini memang cukup ganjil lah buat aku,mana tak nya kalau time tu pada aku XPDC tu dah habis heavy bila masuk pulak CROMOK memang tak terbawak lah dek usia.
             Aku bukan lah fan CROMOK sebabnya bila dibangku sekolah menengah pula halwa telinga lebih tertarik pada bentuk2 music buatan dari band seperti SIL KHANNAZ,RIUSGNAL (LANGSUYR),dan dah sikit2 terjebak pada DARK THRONE mahupun BURZUM.Tapi dalam masa yang sama aku masih ada jugak follow dengan perkembangan CROMOK yang pada waktu itu Karl dah pun blah dari band ni dan diganti dengan Hillary Ang.Jadi adalah sikit2 bahan bacaan yang aku simpan tentang perihal band yang bernama CROMOK ni. 


         Ok,majalah ni adalah majalah dari ROTTW pada tahun 2000.Masa ni CROMOK ada buat press conference berkenaan dengan pengunduran Karl dan sekaligus mengumum kan guitarist terbaru mereka (waktu itu) iaitu Hillary Ang dan merasmikan terus album terbaru mereka iaitu 'What Left'...Logo CROMOK tu aku dah gunting untuk tampal kat buku teks...begitulah kemaruk nya nak jadi Mat Metal,kecik2 lagi dah menggila...


              Yang ni pulak masa interview berkenaan album mereka yang kedua bersama Hillary iaitu album 'Deafening Silence'.Melalui temuramah yang terkandung dalam majalah ni dia ada sebut yang Hillary ada membawa sedikit perubahan buat CROMOK,jadi oleh sebab itu jugak lah aku terus pergi beli kaset untuk album ni.Insyaallah kalau ada masa nanti aku review.


                 Pada sesiapa yang memang ikuti perkembangan band ni mesti korang ingat pada satu tahap selepas album 'Deafening Silence' CROMOK tiba2 hilang tanpa berita,tiada sebarang perkembangan bahkan ada yang menjangkakan yang CROMOK dah pun berkubur.Tahu2 dalam pada senyap tu  tiba2 kita digemparkan dengan berita CROMOK dah merilis sebuah album baru.Memang ramai lah yang terperanjat (Termasuk aku ni yang tak bape minat) kalau dibaca dalam setiap interview dalam majalah waktu tu semua nya bertanya tentang bila CROMOK merakam album dan sebagai nya.
               Album mereka yang kali ni bertajuk 'Untitled'.Aku ada pinjam album ni dari kawan aku,pada aku album ni ada sikit kurang dan telah melarikan bau CROMOK itu sendiri.Kalau tak silap dalam album nilah rasanya ada satu lagu yang bunyi riff dia macam bunyi video game,ni semua kerja Hillary Ang lah kot.Dan sekembalinya CROMOK kali ni bukan nya kosong,kali ni mereka tampil lebih garang dimana mereka telah kembali berkonsert antara nya mengisi slot show di Hard Rock Cafe dan yang lebih memory adalah mereka menjadi Headliner dalam konsert Rock The World yang kalau kita lihat dalam video ribuan penonton hadir hanya untuk menyaksikan lagenda yang pernah menggoncang kan industry music berat Australia ini beraksi di pentas yang besar seperti Rock the World. 


                Yang ni pulak adalah special isu mengenai pahit manis CROMOK bergelar pemuzik.Segala suka duka pahit maung semua nya diceritakan satu persatu.Dan tak salah rasanya kalau aku cakap yang review pada keluaran kali ini adalah review paling lengkap perihal CROMOK yang pernah aku baca.   



NOTA ; Kemajuan sesebuah negara bermula dari masyarakat yang membaca!!!hehehehe

Sunday, May 15, 2011

NAPALM DEATH Live At Kuala Lumpur 2011


                  Rasanya antara perkara hangat tahun 2011 ni adalah apabila berita tentang Morbid Angel mengesahkan akan bermain di gelanggang asia (Singapore) telahlah pun diketahui umum.Rata2 semua Mat Metal kat negara kita pun tak senang duduk lah mendengar berita gempar ni,mana tak nya,ibarat bulan jatuh ke riba.Macam2 lah ragam ada aku dengar pasal dorang ni,ada yang sanggup ikat perut untuk beli tiket,ada yang terpaksa menjual koleksi2 stuff mereka semata2 untuk menampung perbelanjaan kesana,dan paling menarik ada yang sanggup tukar/postpone tarikh perkahwinan sebab tak mahu ketinggalan menyaksikan salah satu jagoan Death Metal dunia ni beraksi...hahaha..salute for you guys!!!
                Jadi belum sempat pun debaran konsert tu berhenti,kita sekali lagi dikejutkan tentang kesudian lagenda Thrash Metal dunia iaitu 'Death Angel' yang akan beraksi di Malaysia (telah pun berlangsung minggu lepas).Perghhhh...rasanya 2011 menjanjikan santapan halwa yang terbaik untuk penggemar music exotic ni hehehe.Jadi selesai Death Angel ni ingatkan dah habis dah siri2 menarik menanti konsert besar di Singapore tu,rupanya tidak,sekali lagi (atau lagi sekali...hahaha) kita diberitakan yang NAPALM DEATH telah bersedia untuk menggempur bandaraya Kuala Lumpur buat kali ketiga.
                 Satu perkara yang harus aku highlight dalam diary aku.Ini adalah konsert yang berstatus have to go!!!.Kali pertama mereka singgah pada awal 2000 dulu mungkin aku masih keanak anakkan untuk menghadirinya.Kemudian tahun 2007 mereka datang lagi sekali dalam rangka promosi album 'smear campaign' sayang nya rezeki belum ada pada waktu itu (baru masuk kerja!!) jadi kali ketiga ni aku memang harap sangat untuk pergi dan moga2 takdelah apa2 aral menghalang. 

kenapa konsert ini kalian harus datang???? sebab nya ini...
  1. Aku cukup2 yakin yang konsert ini jauh lebih hebat pengalaman nya dari menyaksikan siri2 konsert tempatan 
  2. Ini kali ketiga mereka datang dan tidak mustahil kalau dikatakan mungkin ini kali terakhir mereka kesini
  3. Menyaksikan NAPALM DEATH situasinya pasti lebih menarik buat anda dari pengalaman menyaksikan lain2  Band/Group oversea yang pernah datang berkonsert di sini dan diakui sendiri oleh mereka2 yang pernah hadir dalam siri Tour NAPALM DEATH di Kuala lumpur sebelum ini. 
  4. Mereka antara band yang punyai sejarah panjang dalam kronologi karya berat dunia iaitu bermula sebagai band Anarcho Punk kemudian telah menjadi salah satu pelopor dan trendsetter bagi pembentukan irama Grindcore modern,dan sekarang lebih selesa dalam kontek Death Metal yang terarah pada laungan provokasi. 
             Jadi memang takde sebab kenapa korang tak mahu datang.Kalau ada masa dan ruang waktu yang cukup jom kita joint show ni.Kita catat satu lagi lembaran baru dalam hidup kita yang mana kita dah menyaksikan NAPALM DEATH telah pun bermain live di depan mata kita sendiri...saya harap saya akan dapat hadirkan diri,dan saya juga berharap anda juga pun sama!!

Sunday, May 8, 2011

GARY MOORE 'After The War'


                     Sebagai seorang budak mentah yang baru bertatih dalam menyelami dunia music Rock rasanya tak banyak yang aku tahu perihal mendiang Gary Moore ni,yang aku tau sekadar dia ni adalah Guitarist yang sifat mainan nya lebih kearah Contemporary Blues/Modern Blues,dia ni adalah orang yang mendendangkan lagu2 yang berstatus GEMPAK macam 'Still Got A Blues' mahupun 'Parisienne Walkways' itu je yang aku tahu selain dari mengetahui dia jugak pernah bermain dalam grup Hard Rock iaitu SKID ROW (bukan yg slave to the grind tu taw!!).
                    Pengalaman aku pertama kali mendengar hasil tangan dia ni rasanya pada tahun 2007 dimana waktu itu sebuah record store di Mid valley Megamall (Rock Corner) ada membuat jualan murah untuk album2 dari EMI,jadi salah satu nya adalah cd dari Gary Moore iaitu 'Blues Compilation'.Lagu yang terdapat dalam album tu pun pada aku sendiri sekadar OK2 jelah,mungkin aku bukan kaki BLUES yang tulen.Jadinya nama Gary Moore ni bukan lah nama yang aku harus mention sebagai setlist music harian aku.
              
                                          Minggu ni punya santapan 

                      Jadi nak dipendek kan story,minggu lepas aku dengan kawan saja je pergi pusing2 Amcorp Mall (tempat keramat!!) untuk buang masa,jadi terjumpa dengan kaset ni,aku tengok condition kaset ni masih elok dan cover nya pun masih cantik lagi,mungkin owner yang dulu jarang pasang album ni kot.Jadi aku pun ambik lah kerana harga yang murah (RM5) apatah lagi ianya adalah Rock album.Sampai kat umah aku sekadar letak je dalam kabinet kaset,kerana pada aku nak layan BLUES ni semoleknya waktu malam lah baru feel ada mariii!!
                     Bila dah malam,aku pun dengan semangatnya lah konon2 nak layan BLUES terus pasang kaset ni,dan aku cukup terkejut sebab ini bukan album BLUES...sekali lagi aku sebut ianya bukan album BLUES.Tapi ini adalah album Hard Rock yang punyai riffing2 Metal 80an dari Gary Moore.Ada dua sebab kenapa aku betul2 terkejut,yang pertama aku tak sangka yang Gary Moore mampu bermain music Hard Rock yang baik,yang kedua pulak lagu2 yang terkandung dalam album ni pada aku semua nya berstatus kelas 'A'.Rupanya mamat ni dia memang ada selection Rock album sebenarnya,manalah aku tahu almaklumlah budak baru belajar.
                     gempak tak gempak lah Ozzy Osbourne pun turut menyampaikan sebuah lagu iaitu Led Clones dan menjadi backing vocal dalam lagu Speak For Yourself.Lagu dalam ni ada yang dijana melalui mood yang betul2 speed (masih dalam genre Rock) dan ada juga yang sedikit berbaur Funky bentuk nya.Namun dinyatakan feel2 BLUES dalam album ni masih terasa terutama bahagian solo antara kita perasan atau tidak sebenarnya.Antara lain yang buat album ni best buat aku secara peribadi kerana Drummer Favorite aku iaitu COZY POWELL turut terlibat dalam pembentukan stroke2 drum yang tidak seperti yang dia biasa mainkan bersama RAINBOW mahupun pasca RISING FORCE (album FAcing The Animal). 

Lagu
  1. After The War 
  2. Speak For Yourself
  3. Livin' On Dream 
  4. Led Clones 
  5. The Messiah Will Come Again
  6. Running From The Storm
  7. This Thing Called Love
  8. Ready For Love
  9. Blood Of Emeralds 
  10. Dunlece 

'These song are for the most ,true story.Some of them are about me and some of them are about other people.One of them might even be about you' -Gary Moore (Blues Compilation statement)

Thursday, May 5, 2011

Aku & Kultur

                    Beberapa hari lepas ada member yang bagi lebih kurang sekotak minuman ringan kat aku.Dia ni memang kerja di sebuah kilang minuman ringan di Selangor.Mungkin ada lebihan stock barangkali,jadi dia bawakan sekotak untuk aku.Aku terima juga pemberian dia dengan hati yang terbuka walaupun aku memang sudah tiada selera untuk minuman2 yang berkultur ini (walaupun berkhasiat).Kerana apa aku tak meminum minuman sebegini lagi??hehehe..ok aku nak cerita sesuatu pada malam ni (tatkala bosan).

                                    ni bukan gambar aku tau..hahaha..gambar contoh je!!  

                     Selepas habis zaman persekolahan,aku macam remaja2 lain juga lah,sibuk nak cari kerja Part Time sementara nak menanti keluarnya keputusan SPM.Jadi aku pun bekerjalah di sebuah Hypermarket  di Kuala Lumpur,rasanya kalau aku sebut kan nama Hypermarket ni semua kenal kot,sebabnya ia memang Hypermarket yang terkemuka di Malaysia ni.Ok pendek kan cerita aku bekerja disitu sebagai pembantu jurual atau dalam bahasa PENJAJAH nya dipanggil 'Sales Assistant' lah.Aku ditempatkan dibahagian keperluan asas seperti beras,gula,serbuk2 makanan,dan macam2 lagilah.
                     Untuk sebuah Hypermarket sebesar tempat aku kerja ni,data2 pengambilan stock harus kerap dilakukan atau pun dipanggil 'Stock Take' setiap barangan.Ini kerana barangan selalunya keluar masuk dengan kadar yang cepat.Oleh itu boleh dikatakan tiap2 malam selepas waktu kerja (dalam pukul 10 malam) aku dan rakan2 lain akan disuruh overtime bagi melakukan kerja2 'Stock Take' ni.Cuba korang bayangkan aku masuk kerja pukul 7.30 pagi,lepas tu diwajibkan ambil overtime sampai pukul 10 malam,dan lepas tu kena suruh lagi sambung buat 'Stock Take' yang ada kalanya selesai pada pukul 3 pagi??esok nak datang balik pukul 7.30 pagi untuk kerja..hahaha..memang giler kerja macam ni.

                                           Gambar contoh 

                      Jadi tiap2 malam ketika melakukan stock take ni,ada lah 2-3 orang kawan satu department aku yang nakal ni pergi menjelinap masuk ke dalam tempat penghawa beku minuman2 ringan untuk bawa keluar berbotol2 dan berkotak2 minuman kultur ni untuk diminum tatkala bertugas waktu malam.Aku yang sememangnya perut kosong (duit takde nak makan) yang dari pagi dok teguk air kosong je memang happy lah bila geng2 ni bawak minuman yang macam tu,macam yang kita tahu,minuman berkultur ni tak macam air yang berkarbonat,air berkarbonat kalau kita minum diwaktu perut kosong pastinya akan mendatangkan senak,tapi air berkultur ni lain,dia akan mengenyang kan kita.Jadi berbotol2 aku minum,macam2 perisa aku rasa.Ada yang best ada yang kureengg sikit.Tapi time tu semua aku sebat (sebab dah lapar).

                                                    Gambar contoh lagi!!  

                  Lebih kurang 6 bulan aku bekerja disitu memang inilah dia tabiat aku kalau kena paksa keje lebih masa,iaitu bekerja sambil belasah air free.Bahkan pada suatu malam tu seolah2 macam keadaan di dalam sebuah Bar yang mana semua pekerja dok berkerumun kat tempat kitorang sebab nak belasah air minuman ni.Hahahaha..ini kalau kantoi memang sah2 kena buang kerja.Oleh sebab tulah tekak aku sampai sekarang ni memang susah nak masuk minuman2 sebegini.Yelah selama 6 bulan air sebegitu je jadi hidangan.
                Ok,berbalik pada kisah pemberian sekotak minuman percuma dari kawan aku tadi tu aku ambil juga dengan syukur.Ada juga orang yang ingat dekat aku.Semua minuman tu aku sedekah kan pada anak2 jiran terdekat.Aku pandang je kotak minuman tu memory aku terus melayang pada waktu zaman bekerja di Hypermarket berkenaan.Sebuah sejarah manis aku lalui waktu remaja dan mengenali pahit maung mencari duit sendiri. 


Nota : Selain aku,ada sorang lagi member aku yang ada problem yang sama dengan aku,beza nya aku tak boleh minum air berkultur,dia pulak tak boleh nak makan 'Sushi'..hahaha..sebab nya apa??sebab kes yang sama macam aku,dia bekerja di Hypermarket yang sama tapi bahagian makanan segera.Jadi hari2 dok rembat Sushi  lepas tu makan dekat kantin.hahahaha..sekarang ni tanggung lah dosa yang kita buat dulu ye?? hahaha..orang lain seronok minum air sedap dan lazat aku pulak selera dah hilang,orang lain dok layan Sushi kau pulak termuntah tengok benda tu...nasib kita lah!!hahahaha

Sunday, May 1, 2011

WHITESNAKE "Forevermore"

               Minggu ni kalau nak diceritakan perihal menarik tentang England pasti nya semua tahu majlis pernikahan Putera William lah yang paling hangat diceritakan semua orang sana sini bahkan ada yang angau nak buat majlis sebegitu pun ada..takpelah itu dorang bukan aku,sebab nya aku ada satu lagi benda yang datang dari England yang lebih teruja buat aku pada minggu ini,iaitu aku dah mendapatkan album terbaru dari lagenda Hard Rock Britain iaitu WHITESNAKE yang bertajuk 'Forevermore'. 
              Rasanya tak perlu sebuah introduksi panjang perihal WHITESNAKE kerana semua Mat Rock umum nya cukup kenal dengan band ini,yelah kalau aku yang baru berumur pertengahan 20an ni pun tahu pasal WHITESNAKE tak kan lah brother2 Rocker yang usia remaja dorang pada tahun 80an tak kenal kot?pelik lah kan?
               Pada tahun 2005 banyak band2 lagenda Hard Rock yang buat comeback,antaranya seperti EUROPE,POISON,MOTLEY CRUE (Formasi line up asal),KIX,T&T dan banyak lagi mula bangkit untuk menunjuk kan kekuatan music mereka yang pernah di gunakan mereka sebagai gegaran era kehebatan Rock 80an dulu,tak kira lah samada mereka hanya wujud sekadar mengisi slot2 konsert live mahupun tegar mengeluarkan album.Dan kumpulan WHITESNAKE antara yang berbuat demikian,dengan sebuah konsert tertutup yang berlangsung pada tahun 2006 dan ia melihat kan konsentrasi padu WHITESNAKE untuk berkarya bukan hanya untuk reunion semata2.Memang David Coverdale nak GIGIT semua generasi baru dengan sengatan band yang pernah menjadi Head Liner dalam siri2 konsert besar seperti di Doninton Park ini.
 

                                          Aku beli dengan harga RM37.00
                    
                 Jadi kesinambungan itu maka terlahirlah album terbaru ini.Jujur aku katakan walaupun aku cukup meminati karya2 WHITESNAKE,namun aku sendiri tidak pernah ambik port pun dengan WHITESNAKE yang baru ni,pada aku zaman hebat mereka adalah zaman dimana JOHN SYKES,zaman garang mereka adalah di zaman STEVE VAI bukan lah pada waktu ini.Apatah lagi aku memang tak berapa suka dengan corak pemain guitarist mereka (yang sekarang) ni iaitu Doug Aldrich (pernah menganggotai DIO),aku benci mamat ni sebab suka tiru corak mainan Rhandy Rhoads.
                Jadi beberapa hari lepas aku pun pergi ke kedai yang biasa aku datang beli stuff bila dah gaji,tawkey tu terus tunjuk kat aku album baru ni.Aku berbelah bagi samada nak beli atau tak.Aku pun suruh jelah tawkey tu pasang dulu album ni,dalam hati aku bercakap andaikata album baru ni hanya sekadar Recycle semula album2 dorang yang macam '1987' atau 'Slip On The Tongue' confirm aku tak kan beli,sebab nya pada aku kedua2 album berkenaan adalah karya MASTERPIECE yang mustahil dorang boleh cipta kembali.Akhirnya tatkala lagu yang dipasang pun berbunyi aku memang terkejut...ya terkejut..mereka sudah patah balik pada pasca album READY AND WILLING (1980). 
               Perkara ini yang menyebabkan aku ambik CD ni.Mereka menggunakan formula asal WHITESNAKE tatkala baru ditubuhkan dahulu,iaitu music Hard Rock yang RAW.Bezanya Sound di dalam album ini diBERATkan mungkin mengikut kesesuaian mood zaman sekarang (seperti album reunion Black Sabbath).Vocal David Coverdale masih lagi mengancam,masih lagi hebat.Lantang suara nya menyanyikan lagu2 yang heavy,dan masih lunak dalam tone suaranya tatkala menyanyikan lagu2 dalam mood yang perlahan,dia ni memang aku cukup RESPECT.  

Line Up;
David Coverdale (Vocal)
Dough Aldrich (Guitar)
Reb Beach (Guitar)
Michael Davin (Bass)
Briian Tichy (Drum) 

Lagu:
  1. Steal Your Heart Away 
  2. All Out Of Luck
  3. Love Will Set You Free
  4. Easier Sad Than Done
  5. Tell Me How
  6. I Need You (Shine A Light) 
  7. One Of These Day
  8. Love & Treat Me Right 
  9. Dogs In The Streets 
  10. Fare Thee Well
  11. Whipping Boy Blues
  12. My Evil Ways 
  13. Forevermore 
                          Pada aku album ni masuk dalam kategori BEST untuk dilayan.Tapi pada mereka yang kenal WHITESNAKE dengan lagu macam 'Still Of The Night' aku tak pasti korang dapat ke tidak nak hadam album ni sebab lagu2 sebegitu memang takde langsung yang ada hanya seperti lagu2 lama mereka macam 'Slide It In' tu adalah,tapi macam aku sebutkan tadi mereka cuma BERAT kan lagi sound dalam sebuah Look yang baru dan modern.Jadi kalau anda rindukan suara Coverdale sama yang macam aku rindukan jugak,jadi rembatlah album ni sebelum ianya lenyap dipasaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...