bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Wednesday, November 23, 2016

WINGS Menakluk Kosmos..

                         Artikel ni dah pending dua tahun dalam draft..cuma ada penambah baik sikit dari sudut review.Sepatutnya minggu lepas lagi aku post artikel ni tapi sebab taknak ganggu mood SCORPION LIVE korang tu maka minggu ni baru aku publish.Tu pun pikir 2-3 kali juga nak post minggu ni takut bertembung dengan review2 pasal album Metallica pula hahaha...takpelah,disaat korang tengah mabuk dengan album baru Metallica tu harap sudi baca apa yang aku merapu ni ok..


                                 Ramai yang terkejut dengan perkhabaran ni..tanpa ada sebarang petanda tiba2 berita tentang album baru dari lagenda Rock WINGS berlegar di media sosial..menambahkan lagi teka teki apabila nama2 seperti Edrie Hashim,Ito Blues Gang dan Ramli Sarip menurusi laman Twitter dan Fb masing2 menyatakan mereka telah mendengar beberapa track dalam album tersebut dan ianya cukup solid and heavy.
                                 Apa yang aku nak sentuh perihal album ni ada dia punya sudut positif dan  negatif.Dan aku mulakan dengan negatif dulu.Ok,seperti yang kita tahu ini adalah koloberasi pertama diantara WINGS dengan KRU MUSIC,dari apa yang aku tahu KRU MUSIC sememangnya jagoan dalam melahirkan album baik dari segi produk mahupun promosi,ia akan dibuat secara besar2an dan ini standard bagi mana2 company besar bagi dapat pusingan modal dan untung...jika difikir WINGS bertuah dan pasti hasilnya adalah positif jika album baru ini dibawah KRU MUSIC.Namun sebaliknya pula berlaku.
                                 Untuk pengetahuan korang KRU MUSIC telah membayar station radio melayu SINAR,FM sebagai rangkaian rasmi promosi.Sehinggakan untuk dalam masa seminggu SINAR.FM menukar nama mereka kepada WINGS.FM.....ini bermakna jika sebelum ni tagline station mereka berbunyi seperti ini "JANGAN KEMANA-MANA TERUSKAN BERSAMA SINAR.FM" tapi dalam masa seminggu ia bertukar menjadi JANGAN KEMANA-MANA TERUSKAN BERSAMA WINGS.FM"...faham kan??...jadi ini bukan melibatkan kecik anak punya modal dan pastinya amaun besar digunakan dalam rangka promosi.


                                   Tapi sayang seribu kali sayang sedikit pertelagahan berlaku diantara dua pihak mengakibatkan pengedaran terbatas pada waktu tu.Aku dimaklumkan hanya lebih kurang 100-200 keping sahaja yang terlepas kepasaran sebelum pihak pengedar terpaksa memberhentikan edaran ikutan dari pertelagahan tersebut.Aku sendiri terpaksa tawaf satu kedai ke satu kedai untuk mendapatkan edaran terhad tu,dari cheras terus ke ampang,kemudian terus ke pusat bandar last2 dekat kedai speedy video area umah aku juga yang ada baki 2 keping...mereka yang terlambat terpaksa menunggu 2-3 minggu selepas itu baru dapat stock cd.
                                   Disinilah mistake besar telah berlaku menurut perhatian aku,disaat promosi sedang ligat berjalan tapi album tiada dipasaran.Cuba korang fikir SINAR.FM adalah salah satu station radio yang gah dan ramai pendengar,takkan dalam nisbah 10 takde sorang pun yang tertarik nak beli kan?...kalau 5000 pendengar dah berapa pula tapi semua tu tak berguna sebab album tiada dipasaran.

                                Dari sudut positif pula album ni aku anggap dah melepasi garis statik rock kapak melayu,ia bukan tipikal lagi tapi sebuah album yang betul2 boleh kita iktiraf sebagai album.Tahun 2002 WINGS keluar dengan "Naga Kramat" dimana ianya cukup gelap dan raw seolah2 mereka mempersembahkan album solo joe kerana bunyi guitar work joe sahaja yang menari2 disetiap lagu,tetapi beza dengan album ni ianya tampak balance dan terlalu hebat jika hendak diletak sama taraf dengan album2 rock baru mainstream sekarang ni.
                                 lagu-lagunya hebat,boleh dikatakan joe mendominasi pembuatan lagu dan produksi,sepertimana yang kita tahu album2 WINGS sebelum ni ada juga kesan2 air tangan dari Andy Rahman mahupun M.Nasir,tapi kali ni WINGS betul2 punya WINGS dan mereka pukul rata.Kalau 2002 lagu "ranggi metropolis" menghiasi taruhan album tapi kali ni lagu "ingatkan dia" meninggalkan bisa yang lebih tajam,bukan saja taruhan utama album ni tetapi lebih dari itu,menjuarai pilihan2 diradio dan digunakan sebagai soundtrack drama dan sebagainya membuktikan ia betul2 secret bullet WINGS yang benar2 menjadi..

                                Segalanya tampak lengkap,baik dari segi sound mahupun lagu2 yang terkandung,tapi kalau korang yang dah biasa dengan WINGS pasti akan rasa ada sikit ruang kosong dalam produksi kali ni,bukan aku maksudkan album tempang tapi seakan2 ada satu sisi yang kita rasa WINGS tak buat dalam "menakluk kosmos"...mungkin jawapan dia ada pada trivia note dekat bawah ni...


TRIVIA NOTE

  1. Peminat WINGS terpaksa mengambil masa hampir 12 tahun selepas "Naga Kramat" untuk mendengar hasil terbaru WINGS "menakluk kosmos" 
  2. Kembalinya WINGS mengguna nama band mereka sendiri..berbeza dengan "Naga Kramat" band terpaksa meletak nama WINGS & AWIE sebab masing2 terikat dengan kontrak syarikat rakaman yang berbeza waktu tu. 
  3. Langsung tiada hasil air tangan dari M.Nasir dalam album ni,malah dalam credit thanks pun langsung tiada disebut nama M.Nasir...jadi bolehlah WINGS tepuk dada dengan bangga sambil sebut "NO M.NASIR...NO PROBLEM" 
  4. Eddrie Hashim menyumbang 2 lagu sahaja dalam album ni,syukur juga cuma 2 lagu kalau 7-8 lagu takut WINGS jadi Projek Pistol Malam Edan pulak...masak nak menjawab nanti.. 
  5. Album kali ni tiada lagi nama2 seperti J.S Kevin dan Loloq...dan inilah mungkin punca mengapa album ni agak sedikit berlubang kosong..ini kerana 2 nama ni adalah orang2 kuat produksi WINGS sebenarnya terutama Allahyarham J.S Kevin...natijah dari kehilangan 2 insan hebat ni bukan sahaja WINGS yang terkesan malah mana2 band yang pernah mendapat bantuan nasihat produksi dari arwah J.S Kevin turut terkesan....contoh mudah tu XPDC tu..kan jahanam lagu2 baru dia.. 
  6. WINGS dah ada killer song baru "ingatkan dia" sementara SEARCH masih lagi statik dengan pawana rozana isabella... 


Dah beli dah...nak ke kalau diulas??...ke biar ia terus positif dimata korang yang mendambakan ia kembali ke era And Justice For All???kahkahkahkah...






Saturday, October 29, 2016

SWEET CHARITY






Telah kupeluk telah ku dakap cita-cita...telah ku genggam kau dengan cerita lara......

Sunday, October 16, 2016

Rotting Evil Issue #5


                            Edisi ke-5 zine Rotting Evil (RE) ini bermakna aku dah terlepas 4 siri zine yang bermula dari tahun 1998 ni,edisi ke-4 ada terlihat beberapa tahun dulu disekitar gig-gig atau kedai music yang familiar dengan barang2 extreme metal sekitar KL ni,tapi tak tau apa sebab aku tak beli cuma bilamana edisi ke-5 ni keluar baru ada sikit inisiatif nak memiliki...boleh jadi sebab Necrotic Chaos menjadi tangkal penarik untuk edisi ni maybe ....
           
                                                       brother bob (Damokis)

                              Sebelum aku meraban jauh jom kita selidik latar belakang orang yang bertanggungjawab dalam pembikinan zine ni.Brother Bob Agigi adalah individu yang bertanggungjawab dalam 98% pembikinan zine R.E,sememangnya beliau cukup2 layak untuk membuat atau memikul tanggungjawab sebagai editor.Ini kerana beliau sendiri adalah saksi pergerakan awal underground temasik.Bukan itu sahaja malah beliau juga terlibat dalam beberapa band besar extreme metal temasik seperti Beheaded dan juga Demisor (jika tak salah) sebelum lebih selesa mencurah kreativiti seni beliau kepada bandnya sendiri iaitu Damokis yang masih aktif sehingga sekarang.
                              Jadi menurut pendapat aku beliau bukan sahaja peminat,penggerak atau aktivis dalam dunia underground Singapore dan Malaysia tapi beliau juga adalah pemain dalam pergerakan yang dipanggil "Scene" itu sendiri.Jadi sudah pasti bro bob mampu menjana penulisan2 hebat berkenaan sejarah susur galur music extreme metal lampau,bahkan mampu mengulas baik band2 generasi baru kerana beliau masih aktif sehingga sekarang.
                           



                                   Oleh sebab itulah menurut pendapat aku R.E ini begitu istimewa.Informasinya berkenaan sesuatu isu itu cukup menarik untuk dibaca bahkan ada beberapa perkara yang kita (atau aku je kot) tidak tahu namun diselongkar satu persatu oleh saudara bob....ini punya style interview hanya orang lama je boleh bikin kawan hahaha.Jika korang dah ada zine ni atau bakal membelinya nanti boleh korang lihat bagaimana sejarah pergerakan music extreme temasik dikupas halus satu persatu,ia bukan sahaja dititipkan dengan tulisan malah artifak2 purba extreme metal seperti gambar klasik band dan juga demo2 meraka melalui satu rekaletak yang menarik dan tidak merimaskan mata melihat sambil membaca informasi yang terdapat dalam ruangan tu.




                                  Nama2 jaguh dunia seperti Possessed ,Necrophobic,Cianide dan juga Vulcano ada dalam sesi interview beliau selain lagenda Malaysia sendiri iaitu Necrotic Chaos dan juga Thrash Metal band wanita dari Singapore iaitu Tormentress yang menjadi front cover untuk isu kali ni.Selain itu banyak nama2 hebat dari Singapore seperti Sadiztik Impaler dan juga Vrykolakas juga diberi ruang dalam penulisan beliau....selain band2 baru seperti Vault (Thrash metal dari kajang,Selangor),Deathevoker (Death Metal dari Sabah) dan Nekrad (Melodic Black Metal dari Perak) dan ini hanya beberapa nama dan banyak lagi sebenarnya...malah band Death Metal baru dari Thailand iaitu Savage Deity juga ada diberi slot....



                                 Kalau tak silap tahun lepas (2015...magazine ni release dah setahun) brother bob ada menyatakan beliau ingin menganjurkan sebuah gig sempena keluarnya isu R.E yang terbaru ni.Yang mana jika ia jadi kenyataan nama2 penggempur klasik dari Singapore seperti STUKAS,NUCTEMERON,IMPIETY dan yang paling menggoncang iman aku iaitu ABHORER akan bermain di gig itu.Berita berkenaan gig tu betul2 mengoncang media sosial berminggu2..sapa yang tak terkejut jika nama2 sebegitu lama berkubur diseru semula untuk sebuah persembahan.Harus kita ingat takde benda yang mustahil dalam hal sebegini,kerana sekitar tahun 2010-2011 sapa menyangka nama2 besar dalam extreme metal Malaysia seperti BLACKFIRE,RATOR dan NEBIRAS mampu membuat persembahan walau sekadar one night show dan tidak mustahil jika keajaiban ni mampu dicipta pula oleh lagenda2 Singapore.
                                Namun berita tinggal berita dan sehingga ke hari ni gig tersebut belum berlangsung,aku positif dalam hal ni kerana aku yakin gig ini tidak menjadi kenyataan kerana pada tahun lepas saudara bob terpaksa berperang dengan penyakit beliau (semoga beliau kembali sihat) dan itu mungkin menjadi salah satu sebablah....takpelah nak buat macam mana...lagi satu zine ni ditulis 100% menggunakan bahasa penghantar Inggeris,namun jangan risau ia lebih kepada lingua English ala America bukan bahasa Inggeris England...kalau England punya speaking memang masaklah orang yang gagal spm macam aku ni nak baca hahaha..

                              Aku tak pasti samada dah sold out belum zine ni,tapi kalau korang nak cuba2 merisik bolehlah contact terus editornya dekat SINI ...tapi don't worry lah aku yakin benda ni belum sold out walaupun dah setahun keluar sebab orang kita ni bukan jenis membaca punya genetik hahahaha..

Monday, October 10, 2016

Cassette Store Day 2016

                         Blog ni hidup lagi erk??...hahaha..blognya aja slow tapi tuan empunya akaun Alhamdulillah still alive and well bak kata orang rembau....so mukadimah sebelum kembali menulis aku post gambar dulu.....andaikata dalam sehari dua takde juga posting that's mean korang tunggu jelah tahun 2017 kalau panjang umur...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...