bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Wednesday, November 7, 2012
Nasi Ayam Penyet & Xtrajoss
Bagi penggemar makanan tradisi sebegini apakata korang try pula nasi ayam penyet di Restoran "D'Laman" ni.Kedai yang menyajikan nasi ayam penyet sebagai menu utama sekaligus menjadikan kedai ni antara yang terbaik jika anda mahu mencuba masakan sebegini.Pada yang memang menggemari masakan jawa,minang atau padang rasanya ia cukup menarik untuk anda.
Lokasi dia cukup simple iaitu hanya dibelakang balai polis daerah gombak.Menariknya lagi tentang kedai ni ialah mereka hanya mengenakan caj pada harga ayam sahaja,manakala jika untuk nasi berapa banyak korang nak tambah boleh tambah dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran.Selain ayam goreng ada juga burung dan ikan untuk dipilih sebagai lauk nasi ni.
Harga rasanya cukup munasabah,tak membebankan kalau bawa seluruh isi rumah (keluarga) sekalipun.Aku makan nasi ayam penyet + Xtrajoss tak sampai pun rm7.Jadi kepada pemburu2 makanan sila lah singgah dan rasa!!!
Sunday, November 4, 2012
WHITESNAKE "Slip Of The Tongue"
Tahun lepas aku dah pun review album "1987" (klik SINI untuk baca)..dan tahun ni pula ada rezeki sikit untuk membeli album "Slip Of The Tongue" ni pula.Maka rasanya cukup cantik lah untuk di reviewkan dan boleh lah dianggap sebagai posting genap setahun aku menyaksikan band ni beraksi di Kuala Lumpur (review penuh klik SINI ) hahahaha.
Ok,album WHITESNAKE yang satu ni membuatkan terpecahnya dua kelompok peminat,bagi peminat yang pertama iaitu mereka2 yang memang alert dengan band ni pasti kurang senang kerana trademark utama WHITESNAKE iaitu BLUES telahpun dilucutkan hampir 90%...maka branding yang WHITESNAKE pegang dari awal penubuhan memang dah pupus sama sekali.
Dan bagi peminat kedua pula ni adalah album yang cukup kick ass dimana guitar work dari tukang petik 7 string ada di dalam album ni,bagi mereka ini album "the darkness part" bagi WHITESNAKE sama macam DREAM THEATER di dalam album "Train Of Thought".
Ni pendapat aku secara peribadi,album ni bukanlah "lost" sangat pun,cuma pada waktu ni WHITESNAKE berada di tengah kemuncak,dorang tengah stylo dengan jualan gempak album "1987",dorang tengah stylo bila dah menjadi headliner untuk konsert2 besar,dorang tengah hot bila Steve Vai datang and join as a team so tak heranlah kenapa album ni tampak lain dari yang lain,kira dorang punya mind set waktu tu "kalau buat album ghazal pun takpe sebab dah ada fanbase".
Jadi atas sebab musabab tulah album ni berbeza dengan album 1987,kerana album 1987 tu dorang rekod semasa John Sykes kena kutuk kaw2 dengan semua guitarist hebat masa tu kononnya mamat tu punya permainan nampak tipikal,kira 1987 tu album John Sykes nak tebus malu lah sebab tu album 1987 tu nampak sangat2 PERFECT.
Rasanya tak rugi pun kalau beli album ni,banyak lagu2 yang sedap dan sesuai untuk dibawa masa kenduri cukur jambul (hahaha gurau2) sebab ia datang dari band yang cukup detail dari segi produksi dan pastinya setiap produk mereka bukan dari hasil yang tangkap muat...aku suka album ni dan bagi 5 bintang..
Track: aku malas nak menaip so tengok jelah gambar
Subscribe to:
Posts (Atom)




