bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, November 4, 2012

WHITESNAKE "Slip Of The Tongue"

                     
                   Tahun lepas aku dah pun review album "1987" (klik SINI untuk baca)..dan tahun ni pula ada rezeki sikit untuk membeli album "Slip Of The Tongue" ni pula.Maka rasanya cukup cantik lah untuk di reviewkan dan boleh lah dianggap sebagai posting genap setahun aku menyaksikan band ni beraksi di Kuala Lumpur (review penuh klik SINI ) hahahaha.
                    Ok,album WHITESNAKE yang satu ni membuatkan terpecahnya dua kelompok peminat,bagi peminat yang pertama iaitu mereka2 yang memang alert dengan band ni pasti kurang senang kerana trademark utama WHITESNAKE iaitu BLUES telahpun dilucutkan hampir 90%...maka branding yang WHITESNAKE pegang dari awal penubuhan memang dah pupus sama sekali.
                    Dan bagi peminat kedua pula ni adalah album yang cukup kick ass dimana guitar work dari tukang petik 7 string ada di dalam album ni,bagi mereka ini album "the darkness part" bagi WHITESNAKE sama macam DREAM THEATER di dalam album "Train Of Thought".




                Ni pendapat aku secara peribadi,album ni bukanlah "lost" sangat pun,cuma pada waktu ni WHITESNAKE berada di tengah kemuncak,dorang tengah stylo dengan jualan gempak album "1987",dorang tengah stylo bila dah menjadi headliner untuk konsert2 besar,dorang tengah hot bila Steve Vai datang and join as a team so tak heranlah kenapa album ni tampak lain dari yang lain,kira dorang punya mind set waktu tu "kalau buat album ghazal pun takpe sebab dah ada fanbase".
               Jadi atas sebab musabab tulah album ni berbeza dengan album 1987,kerana album 1987 tu dorang rekod semasa John Sykes kena kutuk kaw2 dengan semua guitarist hebat masa tu kononnya mamat tu punya permainan nampak tipikal,kira 1987 tu album John Sykes nak tebus malu lah sebab tu album 1987 tu nampak sangat2 PERFECT. 
               Rasanya tak rugi pun kalau beli album ni,banyak lagu2 yang sedap dan sesuai untuk dibawa masa kenduri cukur jambul (hahaha gurau2) sebab ia datang dari band yang cukup detail dari segi produksi dan pastinya setiap produk mereka bukan dari hasil yang tangkap muat...aku suka album ni dan bagi 5 bintang..

Track: aku malas nak menaip so tengok jelah gambar

6 comments:

  1. zaman cover ular tu lebih ganas. Time ni tak berapa selera.

    ReplyDelete
  2. Album ni ok...tapi aku lebih suka 1987...

    ReplyDelete
  3. Deeper the love ending paling best. Sailing ship pun best. Now youre gone pun best. Judgement day pun best. Semua pun best la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice bro...album ni memang menarik kalau dipasang dalam kereta jika long distance...tak jemu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...